Tolong terangkan boleh?

June 09, 2017

"Cik, memang selalu naik uber ke?"
"Nak dekat sebulan lebih gak lah..."
"Oh..."
"Kenapa tak bawak motor?"
"Motor? takde..."
"Takde motor tapi reti bawaklah ni?"
"Tak reti jugak...huhuhuhu"
"Ada boyfriend tak?"
"???!!!"
...

Sampai sekarang aku masih tak faham, apa kaitan antara aku yang selalu naik uber or grab car ni dengan keperluan pada boyfriend. TOLONG TERANGKAN BOLEH?

Sumpah aku rasa macam tak  masuk akal giler dan aku terpaksa buat muka....'what??'

Hari ni aku terpaksa rant isu ni. 

Untuk korang yang dah taken, aku nasihatkan bolehlah pangkah laman aku, aku tak rasa entri ni ada manfaat untuk korang. Ini untuk orang yang tak percaya pada cinta bukan pada yang layaknya. 

Untuk mereka yang merasakan hati itu hanya satu cuma dan sanggup menjaga hati hanya untuk yang istimewa kerana menjaga definisi kesucian cinta itu, aku perlukan pandangan kalian...serius.

....

"Encik, apa presepsi encik pada orang yang tak pernah involve dalam dunia berpasangan sebelum kahwin?"
"Bagi saya, ianya satu bonus untuk mengenali seseorang sebelum kahwin. Tapi, tak boleh nak yakin sebab jodoh itu Allah dah tentukan..okay tak jawapan saya?"
"Nope. Sangat tak puas hati..."

.....

Itu jawapan klise. Jawapan itu aku pun sudah tahu. Ia sama seperti jawapan kepada soalan 'apa pandangan encik tentang seseorang yang meninggal sebelum dia bersedia?'.

TAKDIR. 

See, itu maksud jawapan yang aku dah tahu. 

Aku terpaksa tunda banyak persoalan sebab keadaan tidak mengizinkan. Kepala masih pusing dengan persoalan 'Kaitan boyfriend dan juga transport'.

Aku tak faham. 

Hari-hari aku naik uber, grabcar...tipu kalau takde rasa takut atau gerun. Tapi sebelum langkah aku tak akan lupa nasihat umi. 

"Sebelum keluar rumah, bacalah bismillahitawakkaltu a'lallah wala hawlawa qu wata illa billa hil a'liyil adzim..."

Semua orang tahu kita ada Allah. Kita sandar seluruh keyakinan dibawah lindunganNya. Jadi kenapa perlu ada boyfriend?

Okaylah, kalau aku jawab iya, aku ada boyfriend. Yang satu dan sentiasa diatas itu (sambil tersenyum ala-ala drama islamik) choi!

Kau jugak yang akan muntah meluat bukan. Ah! manusia manusia keletahmu buat aku tertawa gila!

....

Aku ada prinsip dalam soal hati. Tidak dinafikan manusia lain juga punya prinsip mereka. Aku hormat itu. Tapi dalam hal hati ini, jujur aku hanya menerima manusia yang tidak pernah tercemar hatinya dengan kewujudan manusia lain sebelum aku. (except parents, siblings, nabi, rasul, Allah...)

Kalau kita mahu jadi yang pertama untuk dia, kita jua kena jadikan dia yang pertama dalam hidup kita...

Itu mantera yang aku dah serap sejak jejak usia 14 tahun. Sebab? aku tak mahu isu diserang ex tanpa hala. Isu fitnah berleluasa, isu yang aku sering baca dalam novel cinta dan hadap depan mata. Aku serik dan muak untuk hadap isu itu. 

So, do you think I'm gonna find a boyfriend just because I don't have a transportation?

A BIG HELL NO! 

Why soo demand?
Kau tanya kenapa aku demand? 
Kau lihatlah betapa ramai manusia yang hatinya hancur kerana cinta manusia.

Alah, kau banyak sangat lihat presepsi negatif dalam sudut ni. 

Macam mana aku nak lihat sudut positif kalau terang lagi bersuluh cara itu tidak molek dalam Islam.

....

Tipulah kalau aku nafikan fitrah. Tapi pengorbanan itu tak pernah sia-sia pada akhirnya. Jadi kenapa beralah dengan janji hawa yang belum tahu hujungnya?

Mahu kawan?
Boleh. No hard feeling. 

Mahu kenal?
Boleh. Tapi, sorry to say because I'm not good with people. Sarcastic? It's sooo meeee. I don't think orang boleh tahan. hahahahaha (sebab aku sendiri pun cuba bertahan hahahah)

Mahu teman berbicara?
Boleh. Ajukan persoalan akukan bahas. No judging please?

Mahu serius?
Jangan segan terus hubungi keluarga. No problem. Itu lebih baik. Aku tak kenal kau. Tapi kau cukup serius itu sudah memadai. Ingat, hati bukan mainan bukan? Sekali kau campak, berjuta akukan koyak hingga sepaiannya kau sendiri takkan mampu untuk mengutipnya lagi...

Katalah aku kolot sekalipun, hati itu rawatnya bukan kamu. Akurlah.
....

love is waste

Aku tak paksa orang setuju. Sebab namalah prinsip. Ia fleksible bila masanya sudah benar-benar sesuai. Bila? Wallahua'lam.

Doakan yang terbaik. Untuk kau, aku dan kita semua. 

Mungkin Allah hantar manusia itu bertanya kerna mahu mengingatkan aku tentang sesuatu...
Yang aku masih punya 'kawan' yang perlu dijaga temu janjinya. 
Mungkin aku masih sambil lewa dalam setiap pertemuan itu...
Mungkin hati aku masih tidak lurus dan telus saat berbicara sama Dia..
Oh Tuhan, sungguh halus teguranMu...
....

This rant is for the people who think a boyfriend is needed.

Dan aku tak rasa bacaan ini akan bermanfaat. Sampai masa aku ketemu jawapannya, mungkin aku patut delete entri ni. Mungkin...

Chiao lu!

16 comments

  1. Adakah dia nak masuk line? tertinya tanya pasal boyfriend?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahha dia dah kawenlah bro!
      siap cakap lagi dulu pun dia banyak gak ex...huuuuu cayalah kalau dah kawen pun nak masuk line...
      >_<!

      Delete
  2. Good entry.
    Lebih banyak bertanya kepada diri sendiri, lebih dalam kita kenal diri kita.
    Soal hati itu sukar utk dijelaskan, sangat subjektif.
    Apapun, I like ur attitude. Teruskan dengan pendirian kamu.
    Dan, memang tak da kaitan transport and boyfriend.
    Pelik bila org bertanya soalan mcm tu.
    Have a nice day dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. terima kasih mrs pip.

      insyaAllah. have a nice day too mrs pip!

      Delete
  3. no sofie, this post is meaningful for me. Keep on posting your rant, I will always appreciate it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you nina!!! your opinion always give me the strength.
      Terharu sangat >_<
      InsyaAllah.
      Doakan yang terbaik dan jadi yang terbaik selalu!!

      Delete
  4. aok eh apa kaitan transport ya dgn boyfriend? mun kmk sik selesa lah boyfriend tiap2 hari peg ambik kita,mun dah kahwin sikpa hahaha

    kmk forever alone kak haha tapi lebih selesa sikda hbungan camtok nak? pkir pasal drik jak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalahkan? mun dah kahwin agik mampu gi dirikmpun, memang sekda mok nyusah orang.
      aiyyy iboh madah kedak ya....tiba masa siklah kitak forever alone...
      #doakanyangterbaik selalu tashira!
      ^_^

      Delete
  5. Btol tu.. slagi kita mampu bergerak sendiri wtpe nak susahkan org lagi lagi boyfriend.. dl pn pnah terfikir klu ada boyfriend senang nak kemana mana tapi lama lama pk baik takde boyfriend dari hari hari makan hati dapat yang tak sesuai ngan kita.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaha...kelakar kan? ada boyfirend tapi makan hati, lagi sakit dari naik grab car.
      biar poket sakit keluarkan duit, janji tak makan hati..heheheh

      #doakanyangterbaik

      Delete
  6. hehehehe, cabaran nak diayat abang uber ke kak?

    Kinda agree with you... Isu ni kat mana2 pun ada yang bertanya, "tak susah ke gerak sorang?"
    "Kau ni, ada bf kan senang nak gerak gi mana2... keselamatan pun terjaga"

    for me? whatta ? keselamatan kita tu Allah yg jaga.. hehehe. kalau ada bf pun belum tentu selamat...
    Baik takda bf, hati dan maruah insya-Allah terjaga untuk bf yg halal..
    macam sis kat atas ni, better gerak sorang dari menyusahkan orang...

    hahaha, tapi hati2 jugak ye kak naik grabcar dan uber tu..^^

    moga haappy selalu in yr life. bertabahlah ya menghadapi setiap liku hidup ni yg selalunya diasak persoalan yg mcmm "hurmmm, tak perlu pun diaju"..

    ahakksss... sekian kome panjang penanda hai 15 Ramadhan~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhahahhahahhaha ayat apanya ct? orang dah kawen kita pun tak mbh aih kacau! hahahah

      yup! keselamatan kita semua Allah yang jaga. Kita dah lakukan yang terbaik untuk tidak berada dalam konidisi bahaya, sepenuhnya doa pada Allah untuk lindungi segalanya.

      kan??? tapi itulah, mungkin dia nak berbasa basi tapi...silap soalan...huhuhuh

      insyaAllah. Amin. #doakanyangterbaik

      ^_^

      Delete
  7. Hihi even akak yang dah taken by mr.husband, akak takkan pangkah laman awak.. Next time kan Sofie, kalu uber driver tanya lagi soalan tue, awak jawab la camnie, 'ha'aa dah ada boyfriend, tapi saja nak berdikari sebab jika satu hari nanti boyfriend saya tinggalkan saya, takdelah saya terkial2 nak naik kenderaan awam.."

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhu....geli rasa nak cakap macam tu hahahahha
      nice gak sebenarnya idea tu kak...pi baik kita sonyap je masa naik keta dah...malas giler nak layan..
      hahahahha
      #doakanyangterbaik kak! :)

      Delete
  8. Suka hati jer tanya orang soalan begitu..
    Kadang-kadang tak faham sesetengah orang tak faham soalan beramah mesra dengan soalan personal.
    Betul sofie, akak pun suka senyap bila naik public transport. I mean tak beramah-mesra dengan orang yang baru kita jumpa untuk tempoh masa singkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! betul tu...tak faham dengan orang yang terlalu open dalam isu ni.
      yeah! kalau sekadar sneyum tu no hal...ni sampai persoal kita punya personal life...OMG! sangatlah annoying!

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.