Miri, Raya dan Hujan.

June 25, 2017

Salam Aidil Fitri kepada semua warga Muslim yang hidup di muka bumi ini. 😊

Raya mana tahun ni gais?

Alhamdulillah, hari ni aku diberi kesempatan untuk menyambut raya di tanah air ter-chenta; Miri i'm coming!!! Yuhuu!!!

Walaupun balik raya kali ini merupakan keputusan 'last minute', but worth it! 
Walaupun flight sedikit delay tadi..
Walaupun malam raya aku tak dengar takbir, 
but it's okay...

InsyaAllah, pagi raya yang tinggal beberapa jam saja lagi...laungan takbir itu akan kedengaran meriah dicorong pembesar suara di masjid, surau dan juga segala peranti yang mengeluarkan bunyi. (sebab tak tahu takbir tu akan keluar dari celah mana lagi...hahahaha)

Okaylah...aku tak payah pening fikir baju raya pun tup-tup dah ada orang prepare. Thanks to my sister merangkap custome and make-up manager bagi keluarga kami. Hahahahaha...bapak mudah giler hidup aku kalau tiap kali raya macam ni. Mana yang ada tu, kita bedal je sarong. Kaler sama, tema tak lari tu...syukur sangat!

Balik Miri? Kata tak balik raya....
Hahahahahha gimik tak gimik raya kali ni. Hari tu beria kemain cakap tak balik. Tapi memandangkan umi buat ayat touching dua minggu lepas, kata beliau; 

"Umi naklah beraya sama-sama dengan anak-anak umi yang belum bekeluarga ni..."
"Umi...orang bukan nak kahwin pun dalam masa terdekat ni...insyaAllah raya akan datang kita raya sama ya.."
"Raya akan datang itu pun kita takde kepastian untuk sambutnya cik oii..."

Dan, aku sebak sikit. Nak seminggu raya baru kalut ambil tiket. Haila, haila...cerita dia memang kaw-kaw lah harga diorang kasi kan? Ini pun terpaksa beli one way dulu. Itu pun syukur sebab masih ada lagi tiket...kus semangat!

Tadi naik Air Asia. MasyaAllah, proses nak naik flight tu saja...sabar ajelah. Sepanjang perjalanan aku pilih untuk tido je. Penat menunggu ni lain macam sikit. Biarlah tak buat mende pun...tapi...tu lah..

Sekarang 0525, Miri hujan sejak malam tadi. Habis je orang takbir dekat rumah tadi...terus hujan. Rahmat Tuhan melimpah-limpah. #Alhamdulillah

Kek lapis made by sofie?
Erm...tak sempat nak buat..😞 Namalah balik malam raya, memang kirim salam pada tepung dan segala bahannya. Tahun ni raya kita berlaukkan nota dan ingatan pada exam saja...hahahaha

So, chow dulu...mana tau duduk rumah ni, line kemain laju...rasa macam nak up entry setiap masa pulak!😂 Idea pun selebat hujan kat luar pulak...

Last but not least....

Salam aidil fitri dan maaf zahir batin dari sofie buat semua pembaca! Moga Raya tahun ini lebih berkat dari tahun sebelumnya. 😊

Amin!

raya, hujan

p/s: misi ke Dolly Dim Sum terpaksa ditunda...

12 comments

  1. Sama laaa, asalnya takde nak balik raya pun. Tapi mengenangkan tinggal bertiga je mak ayah abg huhu sedihnya rasa. Kot2 ada rezeki kerja awal tahun depan, macam high chance takde cuti raya, meh la kita hargai masa yg ada :) duit boleh dicari, peluang jangan dilepaskan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??
      peluang yang jarang2 jumpa pulak tu..
      selamat hari raya nina!

      Delete
  2. selamat hari raya.. hehe. beraya di kg best tu.. :) aah musim hujan skrg ni ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak :)
      alhamdulillah rahmat hujan musim raya

      Delete
  3. Alhamdulllilah ada tiket lagi. Dapat bersama family sambut hari raya <3
    Selamat hari raya Sofie =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ah...selamat sudah raya nya siqah... :)
      selamat hari raya jugak.. (After a month ..-_-...huhuuhuhu)

      Delete
  4. mun kmk nang nangis eh ngenang sikpat balit raya hahaha
    selamat hari raya kak :) enjoy ur time!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha apalah mok dinangiskan...ceh ceh...mun jeles ya adalah sebab semua orang tengah berkumpul, kita jak sekda....hurm...sedih juaklah..hahahhahah

      Delete
  5. waaah orang Miri rupanya.. alhamdulillah dapat balik kampung juga beraya =)
    salam aidilfitri.. maaf zahir batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza yezza! orang miri disini!!!

      alhamdulillah syukur...selamat sudah...
      salam aidilfitri jugak untuk kak siti! :)

      Delete
  6. Happy Eid akak :) nak alamat miri tuu nak hantar kad raya :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sabarnya nak dapat kad raya dari numigx!!!! #terujagilernamatey!

      Delete

© SOFIEADIE. Design by FCD.