Asing.

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

‘Cik datang sini shopping ke?’ tanya Encik Grab Car.
Aku hanya angguk dan mengiyakan.

‘Haah, shopping.’Dan dialog kami berhenti meninggalkan radio Era yang riuh memasarkan barang dicorong pembesar suara. Bingit!Jap! Aku dah tipu orang ke?

where, are, you, now

Hurm…kalau kebenaran itu bakal menyebabkan diri ini diadili tanpa sebarang siasatan, apa salahnya jika menipu sekali dua.

Ah! abaikan. Sebab malas mahu bersembang.  Semalam, Uncle Grab Car turut mengajukan soalan yang semakin lali aku dengar.

‘Cik hari-hari naik grab car pergi balik ke?’

‘Hurm…’ aku iyakan saja.

‘Uish! Cik kerja manager ke? Hari-hari naik grab car…’

Nak aje aku jerkah pada pak cik tu.

‘Weh, aku nak naik uber ke nak naik grab car hari-hari ke, aku tak susah hidup oranglah. Orang kasi masyuk pun mau bising ka?’Tapi, aku pilih untuk senyap.

Diam lagi bagus. Amin-kan saja doa dia. Semoga seorang aku ini berjaya hingga ke tahap manager diperingkat empayarnya kelak. Amin. Lepas Sekarang ni, kalau mereka tanya…aku dah pandai menipu. Aku dah mula bagi auta dari fakta. Aku dah lali dengan kebenaran identiti.’Datang sini nak bukak puasa ke?’

‘Iya…’

Tipu.’Datang sini, nak ke bazaar ke?’

‘Iya…’

Tipu lagi….Dan penipuan itu semakin rancak dipenghujung Ramadhan…

Allah.

Bukan niat aku….’Cik, saya sekarang berada di sekitar sini. Cik kerjakah hari ni? Mahu saya ambil?’

Satu mesej masuk.

Aku baca sekilas.

Ah, malas mahu ada kaitan dengan manusia begini.

‘I already have my own transport. Thanks for asking.’

Tipu….Takut.

Sumpah takut. Tapi, nak buat macam mana….untuk hidup kena pandai survive. Kena pandai auta. Tapi, biarlah berpada.

Satu benda saja aku takkan pernah tipu.

‘Cik orang mana?’

And I’m proudly saying that;

‘Saya orang Sarawak.’

Benda ini saja aku takkan tipu. Tapi, jangan tanya aku di Sarawak ada apa.

‘Aih, hidup dah guna smartphone kemain besar siap data berpuluh GB, takkan tak pernah google kot?’

Pergilah manfaatkan tepon besar gabak hang tu…jangan asyik dok baca benda viral pastu sibuk nak kecoh. Benda tak viral tak mau ambik pusing. #domorelah

‘Ini kedai awak sendiri punya ke? Ke kerja dengan orang?’

‘Kerja dengan orang.’

‘Awak pun boleh buat bisnes macam ni sendiri.’

‘InsyaAllah…”Adik, kenapa kerja dekat kedai ni?’

‘Pengalaman bermula dari bawah..’

‘Ah, tak payah nak start dari bawah sangat…nanti susah nak ke atas…’

Senyum.

‘Bagus adik terus mintak kerja dekat badan professional sana. Ha, senang hidup..’

Itu kata kau.Kerja hanya untuk penuhi dompet yang kosong, tidakkan mampu kenyangkan jiwa…

Kerja hanya sekadar lewa, duit yang masuk juga takkan kekal lama…Kalau boleh, aku pun tak nak kerja makan gaji.
Kalau boleh, aku pun mahu hidup tiada syarat…

Bebas…hidup senang.

Belanja mewah

Tanpa sebarang kerja?

Mimpi itu!

Angan mat jenin kata orang…Terasa asingnya bila hidup untuk masa depan.

Terasa jauhnya bila hidup tak serupa idaman orang…

Terasa kerdilnya…
……

Cukuplah…banyak sangat nak cerita sampai tertipu diri sendiri. Tipu orang tentang identiti sampai diri sendiri hampir hilang.

Nak hilang pergi mana? ada je kat sini.Orang yang kita kenal tiga tahun dulu dah tak sama dengan orang yang duduk depan mata kita sekarang.

People changes buddy…people changes…terimalah hakikat itu.Dan boleh jadi juga, aku yang kalian kenal suatu waktu dahulu, bukanlah orang yang sama lagi. Boleh jadi kawan, boleh jadi….Tanya khabar, bunyinya sudah hambar…

Fasa perkenalan kita sudah terbatas.

Ruang dan waktu jadi alasan.

Kita adalah orang asing…..

Sua muka tetapi hati sudah tidak bertemu

Sedih bukan?

Ada baiknya kita tak pernah kekal dan akrab

Ada baiknya kita sekadar kenal atas angin…

Kau tidak serik dan aku tidak sakit…

Sebab kita adalah orang asing…Seperti biasa, seorang aku ini memang tidak pandai bermasharakat…sebab itu dia selalu warning;

“Don’t get too close…it’s dark inside…”
if it’s have a light…maybe it’s not for you…

#salamramadan dan #doakanyangterbaik

Keep reading on

Spare Part by Sean McNamara Film

“ASSALAMUALAIKUM” Spare Part movie adalah cerita yang terbaik untuk menaikkan balik semangat yang hilang. Alkisahnya …

The New Challenge

Kenapa Arau? *kos hidup rendah *makanan murah dan sedap *suasana damai dan tenang *4 musim …

Pyan aka Ammar Sufian

“ASSALAMUALAIKUM”Ini bukan kisah syok sendiri, tapi realiti yang tak pernah wujud.Kisah si Pyan ni bermula …

Fail sebelum praktikal

Selepas korang mohon tempat praktikal, dah dapat tempat, siap hantar borang pengesahan semua, tiba-tiba result sem …

Happy Birthday To Me…

“ASSALAMUALAIKUM” Cerita kek tahun lepas punya.. Soundtrack: If you’re not the one by Daniel Bedingfield …

How’s the Ramadan?

Ramadhan tahun ni adalah paling……nak kata hambar tu, takdelah hambar sangat. Alhamdulillah makan semua cukup. …

Any thought?

0 thoughts on “Asing.”

  1. selama wak bawak Uber and Grab last year, x penah lagi contact girl ex-rider for whatever reason..

    tapi ade je girl riders yg tanya wasap wak mcam2, udah mndi? udah makan? udah tidur .. hahar2 yg nih wak tipu ..,

  2. Kadang2 niat dorang nak bersembang untuk nampak tak kekok kot. Hihi. Siqah pun kadang2 menipu jugak bila naik teksi. Setakat skrg, tak pernah lagi naik grab car or uber. Lebih percaya teksi nanye. Masih di takuk lama Siqah ni. Hihi

    Setuju sangat dengan Sofie. People change. Yes. Tambah lagi yang lama tak jumpa dan berhubung. Huhu

  3. I really love your writing. Keep your head up and keep fighting. Plus.. kalau tanak menipu, try la belajar mengelak.. hehe XD (jangan ikut kata igs, dia jahat)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *