A letter to my best friends

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Holla there my friends! 
Dari utara Malaysia hinggalah ke Sabah nun…kabare kalian semua? Aku harap korang semua sihat dan sejahtera hendaknya bersama keluarga tercinta….
[Entri kali ni adalah untuk mengembalikan mood menulis yang sudah kelaut. Sebagai langkah pertama, aku cari challenge yang betul-betul aku rasa macam nak buatlah. Disebabkan petang kelmarin, tadi or semalam, salah sorang member aku bagitau yang dia dah terima kad raya, maka aku tetiba rasa maam nak tulis surat lagi….Tapi, versi ‘e-book’ jer lah…]
 
Dear HSMS, Aina, N, F, A, K…dan aku rasa lama kelamaan jarak mula menyusutkan perkenalan kita selama lima tahun. Aku harap, memori itu takkan dilupuskan begitu saja. (Ah, harapan aku saja!) Korang semua dah berkeluarga…harapnya sentiasa ceria…Kenangan korang aku tetap akan simpan dalam diari, ingatan dan juga lagu. Oh, plese jangan invite aku dalam group lagi k? sebab zaman kita dah habis. Atmosfera kita dah berbeza yang kadang buat aku rasa….ah! biarkanlah aku terus lesap…rindu itu aku sandar pada gambar. Kena pada waktunya, insyaAllah kitakan bersua seperti dulu kala….
Zaman 2014…
Dengar cerita masing-masing dah ada anak? Apa? nak masuk anak kedua dah? Tahniah weh! Gembira aku dengar bila korang bahagia gini…oh! lupa pulak…hai ayuni! Apa kabar kamu di sabah sana? Kamu pun bukan hebat jadi cikgu mendidik generasi bangsa untuk negara. 
Buat Nadhirah yang sibuk menyambung pengajian di UPSI, (hurm….aku tak tau bila last aku KIT dengan dia…tapi adalah nak dekat tiga or dua tahun?…) saya harap kamu berjaya dunia akhirat. Amin! Doakan untuk saya jugak ya! Ni confirm student dean every sem kan? Alah, takyah nak tipulah….erm, gambar dengan kamu? serasanya macam takde pulak. Apasalla tak ambik masa zaman ritu kan? 
Untuk semua penghuni rumah pink
Alhamdulillah, so far kita masih lagi KIT dekat insta…hari tu korang tanya bila saya nak turun sana lagi? Saya pun masih takde jawapan tepat. Ada rezeki, adalah….buat apa sekarang? erm….baru nak hayati kehidupan penuh masa lapang tapi tiada uang….korang pun, saya harap bahagia jua hendaknya….(jangan sedih pulak kalau aku tak mention nama korang…korang tau aku tengah tuju surat ni untuk korang…kalau korang bacalahkan…kalau tak sampai bebila pun takkan tahu….)
Dear roomate 2082,
Terima kasih untuk memori sepanjang semester satu. Urm, sebenarnya aku dah lama nak mintak maaf pasal insiden 3043. Tapi, tulah…kau buat tak dengar dan aku pun dah malas nak ambil tahu, maka haluan kita mula bercabang. Silap aku…menyesal? tak jugaklah….pengajaran untuk hidup aku. Terima kasih 🙂 Aku rasa, mungkin masa sem lima kot kita last jumpa. Harapnya, cerita kita akan setia dalam helaian memori… (tipulah kalau aku kata aku tak rindu zaman tu, sebab koranglah first ‘partner-in-crime’ zaman U…

Kenangan bersama korang, terlalu banyak aku kongsikan dalam catatan, blog dan gambar…korang pun taukan….setiap kali kita lepak jumpa balik…mesti ambil masa seminggu untuk move on….lepas tu masing-masing tak nak berjauhan bila depan mata…sekarang semua dah jauh. Nak harapkan dapat mesej wasep tanpa sebab…memang tadaklah cerita dia….maka, semua hanya dapat berita melalui insta, twitter tak pun fesbuk je…dapat ‘like’ dari korang pun dah cukup buat aku happy tahu…
Surat ni aku tak spesifikkan untuk individu, sebab semua situasi ni aku ditemani best friends yang berbeza. Semuanya sangat penting untuk menyerikan lagi kisah hidup aku. Garapan yang sangat halus dari Dia. Semoga kalian semua tidak melupakan kenangan kita bersama seperti memori Riley yang melupakan Bing-Bong…selama-lamanya….
Thanks for reading this letter.
Regards,
Sofie…

Keep reading on

Things gonna change….

Salam Merdeka buat penduduk bumi di Tanah Melayu pada zaman 1957. Kabare kalian penghuni yang …

Week 1: Rasa Tua

Hallo, it’s me… I was wondering if after all these years you’d like to meet.. …

Movie of the Month

Bulan Mei ni adalah bulan paling banyak aku ke wayang…(3 kali je pun!) Lebih pada satu …

Otakku kelaut…..

Sambil baca, aku mohon korang mainkan playlist ni…ambik mood kelaut aku. Kalau korang sudilah…kalau korang …

#Gift4them: Dalam proses

First of all, aku minta maaf kepada semua rakan blogger sebab dah dua hari tak …

Orang

Dalam penggunaan kata ganti nama diri, aku selalunya bahasakan ‘orang’. Digunakan dengan campuran bahasa melayu …

Any thought?

0 thoughts on “A letter to my best friends”

  1. first of all…I love your new layout! I have hard time as well to reconnect with my friends. Sometimes, I feel ashamed of myself when people treat me as best friends but I have no idea about it.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top