Satu ≠ Pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Satu tak sama dengan Pertama.
Satu adalah satu dan pertama adalah pertama. Apa yang membezakan nombor ni?
Satu.
Satu orang yang lahir setiap hari adalah bukan orang yang pertama lahir didunia. 
Satu orang yang pergi, juga bukan orang yang pertama tinggalkan alam fana.
‘Satu hari’ juga bukan ‘hari pertama’ untuk kita jadikan ianya adalah ‘satu hari’…

Pertama.
Pertama hadir sebelum satu wujud.
“Kiranya kau cuba katakan yang Pertama dulu, kemudian baru satulah?”
Habis, kalau macam tu pembelajaran nombor kita selama ni, silap bukan?
Zero. Pertama. Satu. Dua…begitu maksud kau?
Bukan. Pertama tiada dalam senarai digit number. Ia adalah nombor dalam bentuk tulisan. 
Jadinya jika satu = 1, maka pertama = ? 
1 = satu, dalam ayat. Tapi pertama = apa dalam digit?
Kalau kau cakap, pertama dulu baru satu, ada lagi satu ke belakang satu? Ah! Pening aku!
‘Pertama’ digunakan untuk menyedapkan bunyi kepada nombor satu…(kedengaran relevan untuk logik akal…)
Selalu orang rebut menjadi yang pertama, berada di nombor satu…kalaulah satu tu bukan letaknya dihadapan, barangkali nombor apa yang akan layak didamping oleh zero dan dua? 
Jika Zero ada kosong,
Satu ada pertama,
Maka dua……
Abaikan hujahan mengarut aku yang boleh bazirkan karan orang yang membaca…aku pun dah naik gila mencari teori jika satu tidak sama dengan pertama, kenapa pertama boleh jadi nombor satu? Adakah ianya sama atau beza dari segi bahasa? Mungkin! 
Usah dihujah jika belum habis selidik…maka, aku pilih untuk berhenti berhujah tentang topik yang ‘satu’ ini…berhenti sebelum akidah terpesong. Mengucap….
Cerita disebalik satu dan pertama.
Aku bawak kereta selalu mati enjin masa gear satu. Bukan pertama kali. Bahkan berkali-kali. Ah! Practice makes perfect huh? Alright…aku cuba untuk ‘satu hari’ tu aku bawak enjin stabil…kadang hari tu bertuah, aku lega….kadang aku hilang fokus…All is well!
Dan semalam, aku rasa hari itu semacam teruk. Tiada ‘Bismillah’ barangkali. Bukan barangkali…acap kali…Maka, esok aku mesti cuba yang terbaik! Harus!!!
p/s: Satu lagi, aku kurang gemar digit jam ditulis 130, melainkan kalau 1300 atau kau cuba maksudkan dengan 1:30 pm…rasanya lebih senang kalau ditulis 1330? 
0128 dari otak yang bercelaru….

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Satu ≠ Pertama”

  1. Oh, aku dulu pernah pertikaikan angka kosong.
    'Pertama' pada aku ialah giliran no.1. Jadi pertama adalah kali ke-1.
    Sebab tu kali ke-2 jadi kedua, ke-3 jadi ketiga dan seterusnya.
    Tapi kosong?
    Ada tak kali ke-kosong? ke-0, 0th?
    Itu bermakna 'pertama' ialah perihal adanya nilai angka.
    Disebabkan sifar nilainya kosong, maka tiada kali ke-0. Huhuhu

  2. good idea. mengingatkan formula yang prof bagi masa pembelajaran, "1+1 tak bersamaan dengan 2. awak kena tipu"haha. sampai skrg tak dpt cari jawapan dia.haha.

  3. Satu dan pertama itu berbeza. Sukaaa style sofie tulis walaupun kadang kadang rasa mcm nak pecah kepala bila baca. Hehe

    All is well – Rancho .

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top