The Other Side of Open House…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time
Holla there!
How your normal life going? Adakah menarik seperti majlis pembukaan SUKMA di Kuching tempoh hari atau seperti cuaca di Miri yang sentiasa hujan mendung setiap hari? 
Hujan? – Alhamdulillah. Syukur atas rahmatMu – 
Sebenarnya dari hari tu lagi aku nak cerita pasal open house…tapi penat dia semacam belum pulih. Penat fizikal, minda, mental, emosi….kalau boleh ditulis semua, memang semualah penat! Padahal sekarang bukan ada buat apa-apa pun…kerjanya, belajar driving. Tu je…yelah tu je…(kerja naip artikel tak bertauliah dari aku pun terbengkalai since ramadhan hari tu…teruk punya perangai tak boleh kasi komitmen langsung!)

Okaylah…back tu other side of Open House
Kitaorang buat majlis open house plus majlis doa selamat pada raya ke-17. Masa tu, Sarawak PH. Maka, rata-rata tetamu yang hadir adalah orang masjid. Kawan aku? Macam biasa, takde langsung pun yang datang…but aku still boleh bersuka ria dengan kazen mazen yang kiut miut ^_^!
Majlis makan-makan tu berlangsung sepanjang tiga hari. Satu hari tu, baru makan besar. Seminggu awal tu, kitaorang pulun buat kek lapis. Tiga hari tu, penyediaan makanan berat macam: rendang, bihun sup, kelupis, sushi, ayam masak merah, ayam masak kunyit, bubur pedas, sayur masak lemak…lepas tu buah oren dan kek raya…
Gambar makanan hari tu, tak sempat nak tangkap…sebabnya penyediaan meja agak lambat sikit dari yang diduga. Sebab tetamu pun datang awal. Maka, berperanglah kami didapur…..Fuh!
Habis sesi menghidang, sesi menyambut tetamu…sampailah pukul 12 malam…lepak sat sambil habiskan makanan mana yang berbaki, barulah kitaorang ke fasa mengemas…
Dan untuk malam tu, semua benda yang tak pernah keluar masa hari biasa, keluar untuk dibasuh…basuh kuali, bekas, tray, bekas air, bekas kuih, bekas, senduk, senduk nasi, belanga, kuali lagi…papan, pisau, eh, eh…sunlight dah habis… Bukak lagi sunlight baru…basuh kain, susun pinggan, simpan balik ke tempat asal…
Sampailah ke pagi…habis sesi basuh dan kemas! Tinggal sesi sapu dan mop. Yang itu kita tukar shift…ayam berkokok baru masuk tido….
Tiga hari berturut-turut macam tu…dan sekarang kembali normal…ahhh…normallah sangat! 
Normallah jugak…kan? – Thank God! –
The Other Side of Open House,
Ada kawan yang datang (kawan pada beradik yang lain…) tapi tak terlayan sebab sibuk didapur. Maklum, topup makanan mana yang dah habis. Macam terkilanlah jugak sebab…ada yang tak makan. Katanya malu nak ambil makanan…man??? kalau malu, sah-sahlah laparkan? 
Nak buat macam mana…
(Time aku nak update ni jugaklah karen buat hal T_T ) Ish lah….
Konklusinya…(apa yang aku dah taip tadi…semua hilang… T_T dan aku lupa apa yang aku tulis… ) time open house ni, dia seronok bila tengok makanan habis. Tengok orang makan, makan dan makan….ah! kan best kalau kawan jejauh semua datang…syoklah nak borak….

Okaylah, mood open house aku dah campak jauh ke laut. Ntah bila akan datang balik, aku pun tak tau…mungkin time raya je datang, atau mungkin setiap kali perayaan…mungkin…sekarang ni totally having fun dengan masa lapang. Cuti masih ada tu hargailah sepenuhnya! hahahahaha…

Chiao lu!

Thanks for reading..

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “The Other Side of Open House…”

  1. yalah…ikut rasa lelah ya, anang sik polah dah open house…kepak tangan membasuh…
    bena ya…nangga org dtg, alu trus lupak lelah penat…
    ^_^!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading