Latest Posts

Minggu lepas banyak peristiwa. Tapi aku tangguh lagi untuk bercerita dengan alasan internet giler slow-na-matey! Jadinya, aku peram lagi sem...

Minggu lepas banyak peristiwa. Tapi aku tangguh lagi untuk bercerita dengan alasan internet giler slow-na-matey! Jadinya, aku peram lagi semua cerita itu menjadi satu entri. Yang sebenarnya aku sendiri pun dah lupa segala peristiwa yang terjadi.

Masuk minggu ni, dah sebulan berlalu bagi semester dua. Terasa cepat dalam lambatnya. Sebab jadual sem ni, Alhamdulillah sangatlah lapang. Sebab tu semacam rugi kalau aku tidak gunakan masa itu untuk mencari apa-apa yang boleh menambahkan nilai diri sendiri. Cyeh, ayat!

Antaranya adalah:-

1) Teater.

Aku bukan gila teater. Tapi aku adalah sebahagian darinya. Teater adalah satu ruang untuk mencerna minda supaya berfikir lebih dalam lagi. Malangnya, semua penghuni rumah aku bukanlah kaki teater menyebabkan aku terpaksa guna cara kasar. Tapi aku tak paksa. Syukur, semua rela.

Bakal pergi menonton teater Polos by Anomalist Production di DPAC nanti. Sinopsis dia buat jiwa aku meronta kegalauan. Ya, semua kata tiket dia mahal dan tempatnya jauh. Gilakan aku! 

Anomalist, polos, teater

gila tak kecur hati baca sinopsis

2) Bengkel

Ikut minat, aku teringin nak sesaja join bengkel DFKL. Ikut minat memang aku buat kerja giler tanpa tengok harga. Tapi, bila ikut kemampuan, aku hanya mampu join bengkel anjuran universiti saja. Segalanya harga student. Tapi, sampai bila nak limitkan minat? So, bila fikir balik...selagi ada peluang untuk kejar apa yang aku minat, why not aku laburkan saja duit tu.

Pesan pada diri, jangan berkira sangat demi ilmu dan pengalaman. Biar mahal asal setanding dengan kualiti yang kita mahu. Dan, aku pun buat kerja gila lagi.

3) Reunion?

Ini lagi satu hal. Awal rancangan, aku hanya nak jumpa, lepak macam biasa dengan orang yang sudah 8 tahun tak jumpa. Tapi, bila member dari Sabah pun turun, apa lagi semua pakat turun dengan bawak anak memasing. Dan jadilah ia REUNION. Nasib baik dulu aku sekolah perempuan. Sekolah yang dulu selepas sekolah rendah sebelum aku merantau ke pantai timur.

Yang ini pulak, bila mereka bertanya:

"Kau buat apa sekarang?"

Dari selepas aku tinggalkan sekolah tu sampailah sekarang, jawapan aku tak habis dan tak pernah sudah adalah :

"Aku belajar sekarang."

Bertanya lagi mereka, "Bila lagi lu mau kawen der?"

Dan aku pun ketawa. ha ha ha

Kelakarnya reunion ini, hampir semua dah tukar status. Aku? Wat lek wat cool udeh ler...

4) Konvo

Jakel buat sale. Jakel ni dari rumah sewa aku boleh nampak dah lampu dia. Lip lap lip lap kaler kuning. Riuh tu kadang buat goyah iman. Tapi, kalau tak jejak sana, selamat duit. Silapnya hari tu, aku terpijak kawasan Jakel. Dan aku terpegang baju yang diorang jual. Maka, aku telah dipukau. Chis! Melayang jugak le duitnya. Konon takde lagi baju untuk konvo. Ada ke patut??

Walhal awal pengesahan konvo, aku bertekad TAK AKAN mengeluarkan sebarang duit demi sebuah konvo yang aku rasa aku dah tak layak untuk terima skrol jurusan tu. Sayangnya, duit itu Jakel punya. Gila kan?

5) Part-time

Melepek lesu di rumah selepas habis kelas sambil menanti episod akhir 'Misteri Wan Peah' bukanlah satu perkara yang begitu menarik ye kawan-kawan. Ye, ye, ye...memang seronok sebab kelas tak padat. Memang seronok dapat banyak masa lapang. Tapi, sedarlah...kondisi dan lokasi yang aku hadapi sekarang memerlukan sara hidup yang tinggi jugek.

Nak buat duit online, ke laut jadinya..Pasai orang kuning tak tau naik lift. Maka, mereka panjat menyebabkan line menjadi slow.

Peliknya, walau setinggi mana pun manusia hidup, nyamuk dapat jugak sampai ye? Boleh tahan tinggi jugak nyamuk ni terbang. Dan, aku masih menanti hidup tiga dimensi. Ha ha ha ha

#

Pohon kecil.

Cerita sebenar adalah,

pohon yang telah diatur cantik oleh Dia untuk menyelamatkan kenderaan yang dipandu oleh umi selepas hujan dari terbabas masuk ke gaung di Bukit Grand Old Lady. Alhamdulillah, umi selamat. Syukur tak terkata.

Takut?

Kau, giler aku tak takut. Kus semengat...Minta dijauhkan dari perkara sebegini berlaku sepanjang ketiadaan kami semua. Umi, semoga trauma umi beransur hilang.

grand old lady, sofieadie

"Baru orang tau fungsi pohon kecik ni umi..." itu kata didi.

#

Jangan dipandang sepi jasa si pohon kecil.

Melatanya masih berjasa.

Rendahnya dibangga.

Metafora baru tercipta.

Minggu lepas banyak peristiwa. Tapi aku tangguh lagi untuk bercerita dengan alasan internet giler slow-na-matey! Jadinya, aku peram la...

sofieadie, pohon, kecil

Holla! Ramai yang sedia maklum, Lazada sekarang sedang rancak mengadakan contest terbuka kepada semua blogger Malaysia sempena birthda...

Lazada, contest, birthday

Holla! Ramai yang sedia maklum, Lazada sekarang sedang rancak mengadakan contest terbuka kepada semua blogger Malaysia sempena birthday Lazada yang ke-5 tahun! Minggu ni saja ramai blogger memeriahkan ruangan "reading list" dengan join Lazada Birthday Blogger Contest. 

Mahu tidak tergugat iman gua bila peluang ni muncul depan mata. Seminggu aku ambik masa untuk pilih tiga barangan terbaik untuk dicalonkan dalam post kali ni. Sampai terkeluar falsafah tentang hidup dulu, barulah aku dapat putuskan pilihan. Siapa kata senang nak buat pilihan bila Lazada buka peluang??

Berdebar ni nak join contest besar. Phew! Untuk yang masih ragu-ragu untuk join contest ni, korang bolehlah klik banner kat atas. Jangan sampai habis tarikh baru nak pi check! Melepas peluang aih! 

Let's begin the main part of this contest!

Q.a: What do you love about Lazada Malaysia?

1. Lazada has the most friendly website. 
Pembahagian kategorinya memudahkan pencarian bagi manusia yang sangat teratur dan spesifik macam aku. Bukak je kategori, semua ada. Kalau malas nak belek satu-satu, taip je dekat "Search", semua ada. 

2. Website Lazada senang dan laju loading even line semput macam siput, aku masih mampu lagi untuk shopping dan membeli barang di Lazada tanpa sebarang masalah. 

3. Pilihan barangan yang banyak dan memenuhi semua keperluan.
Untuk manusia macam aku yang takde kenderaan, bagi aku cukup dengan shopping kat Lazada kita boleh dapatkan semua barang. Almari, tilam, bantal, katil sampailah ke Maggi...semua ada! Cuma ada dengan takde duit je nak beli. 

4. Penghantaran yang cekap.
So far, barang yang aku beli semua sampai dalam tempoh masa yang dijangkakan. Nak kata terlalu awal atau terlalu lambat tu, tak pernah lagilah. Sampai ke depan pintu rumah dengan pembungkusan  dalam keadaan yang baik. Memang pusa hati! 

5. Sale! Sale! Sale!
Part ni memang menguji iman sungguhlah. Setiap hari bukak nak tengok sale barang apa. Kalau mampu terus beli, kalau tidak masuk wishlist dulu.  Nak-nak pulak Lazada buat sale sempena hari jadi yang ke-5 ni. Cerita dia, memang kena save habis-habisan untuk membeli semua barang dalam wishlist. Dugaan hujung bulan sungguhlah! 

Q.b: Top three Product picks from Lazada Malaysia.

lazada, products, top 3

Ini soalan paling mencabar sekali bagi aku. 😅

humidifier,

1. Aku pilih Zero Radiation Humidifier sebagai pilihan pertama. Sejak aku rasa macam kurang semangat je nak jalani hari-hari yang panjang dan tidak menentu cuacanya, aku tetiba memerlukan pada benda ni. Kesegaran, wangian udara...

Headphone, wireless

2. Aku, muzik, kamu dan pilihan kedua adalah Wireless Bluetooth Headphone. Headphone adalah satu item wajib bawa kalau aku pergi mana-mana. Memandangkan headphone yang sedia ada sudah nazak menanti belah, maka aku pilih kamu, headphone...

huawei, p9 plus, dual sim

3. Huawei P9 Plus 64GB dual sim adalah pilihan yang paling utama. Aku tahan je diri ni nak beli hari tu. Katanya, tunggu harga dia murah sikit baru beli. Nasib baik P10 dah keluar, maka P9 punya harga adalah berkurang dari awal dulu. Kalau dapatlah handphone ni, tak angkat muka bhai! Ralit dok main phone saja. Hahahahaha...

Q.c: How do you think Lazada Malaysia can improve?

Lama jugaklah nak fikir jawapan kepada soalan ni. Sebabnya bagi pengalaman aku sendiri, servis dan penghantaran Lazada sangatlah memuaskan. Totally tip top! Dulu aku biasa shopping kat eBay, Amazon tapi sejak Lazada muncul, tak bukak dah yang lain. Huhuhuhu....so far soo good!

Q.d: What is your birthday wish to Lazada Malaysia?

lazada, wish, birthday

Lazada, this is serious. Because I know, there is no one would survive during the zombie attacked. But, I hope you Lazada, could be there for us for supply our food and other needed thing. If you cannot be where we hope you to be, then...no one could survive...

~don't take it too serious lorh!~😂

The End.
###

So, buat semua yang sudah join contest ni, aku ucapkan jutaan "ALL THE BEST" dan "GOOD LUCK"! Yang mana belum join, sila-sila join, the more the merrier. Korang masih ada tiga hari lagi untuk sertai. Pergi ke link tersebut untuk ketahui lebih lanjut tentang contest anjuran Lazada.

http://www.lazada.com.my/blogger-contest/

Makin ramai join, makin banyak hadiah! 

Kawasan licin adalah situasi yang paling merbahaya. Tak kiralah secara nyata ataupun secara metafora. Zon kawasan licin berlaku apabila kit...

Kawasan licin adalah situasi yang paling merbahaya. Tak kiralah secara nyata ataupun secara metafora.

Zon kawasan licin berlaku apabila kita mula takut pada gelinciran. Gelincir yang menyebabkan kita takut juga pada kejatuhan.

Jatuh.

Istilah yang paling kelakar bila seseorang itu sudah berpaut pada tempat yang kukuh tapi masih jatuh tergelincir!

Ini metafora.

Semua orang takut akan jatuh. Lebih lagi gelincir tanpa sengaja. Walau pautannya sudah kukuh, ia tidakkan mampu untuk menampung.

Pernah jatuh? 

Maksud aku, kalian 'gelincir' dan 'jatuh' ke dalam 'gaung' hati tak bernama.

Kalian takkan merasakannya hinggalah kalian sudah hampir ke kerak bumi. Tika itu bahangnya sudah mula terasa.

Ini metafora,

untuk mereka yang pernah 'gelincir' tapi masih bertahan dari terus 'terjatuh'.

Kiasan bagi orang yang takut untuk mengeksperesikan sukanya pada orang dan mengambil langkah untuk terus mengelak "kawasan licin".

Usah disalahkan "lantai yang licin" atau faktor jalan menjadi basah jika sendiri yang gagal mengawalnya. Mahu dimarah "tukang mop" atau "hujan"?

###

Kawasan licin adalah situasi yang paling merbahaya. Tak kiralah secara nyata ataupun secara metafora. Zon kawasan licin berlaku apab...

Kawasan licin adalah situasi yang paling merbahaya. Tak kiralah secara nyata ataupun secara metafora.

Zon kawasan licin berlaku apabila kita mula takut pada gelinciran. Gelincir yang menyebabkan kita takut juga pada kejatuhan. 

Jatuh.
Istilah yang paling kelakar bila seseorang itu sudah berpaut pada tempat yang kukuh tapi masih jatuh tergelincir!

Ini metafora.
Semua orang takut akan jatuh. Lebih lagi gelincir tanpa sengaja. Walau pautannya sudah kukuh, ia tidakkan mampu untuk menampung. 

Pernah jatuh? 
Maksud aku, kalian 'gelincir' dan 'jatuh' ke dalam 'gaung' hati tak bernama.

Kalian takkan merasakannya hinggalah kalian sudah hampir ke kerak bumi. Tika itu bahangnya sudah mula terasa. 

Ini metafora, 
untuk mereka yang pernah 'gelincir' tapi masih bertahan dari terus 'terjatuh'.

Kiasan bagi orang yang takut untuk mengeksperesikan sukanya pada orang dan mengambil langkah untuk terus mengelak "kawasan licin".

Usah disalahkan "lantai yang licin" atau faktor jalan menjadi basah jika sendiri yang gagal mengawalnya. Mahu dimarah "tukang mop" atau "hujan"? 
###

Orang selalu kata, hidup ini adalah pilihan . Pilihannya yang terlalu banyak sehingga kita, spesifiknya aku menjadi "buta". Buta d...

Orang selalu kata, hidup ini adalah pilihan. Pilihannya yang terlalu banyak sehingga kita, spesifiknya aku menjadi "buta". Buta dalam membuat pilihan. Bila pilihan terlalu terhad, dikatakan tiada kepelbagaian dan tidak kreatif. 

Dua perkara ini sebenarnya buat hidup aku menjadi tergantung. Masih diambang keliru mahu memilih hidup untuk menjadi apa. Cukupkah hidup aku sekadar hidup?

Hidup = Bernafas

Tidaklah dinamakan hidupnya kita jika tidak bernafas.

Aku tahu, semua orang sudah penat bahkan persoalan tentang hidup ini tidakkan pernah berhenti dalam diri setiap manusia.

Hidup.

Untuk apa kita hidup? Apa matlamat hidup yang sebenar?

Buku tentang "HIDUP" saja sudah berapa banyak di kedai. Movie? Drama? Usahlah dikira. Bilanglah jika kau mahu bilang. Aku sendiri saja sudah beratus helaian dicoretkan penerangan tentang hidup pada diri aku yang satu lagi. Peliknya, masih jua aku tidak faham. Sepertinya tidak akan pernah berhenti.

Jawapan itu logiknya aku sendiri tahu. Manusia hidup untuk beribadah kepada-Nya. Bahkan jawapan ini di-bold-kan dalam semua buku.

Tapi, adakah aku cerna dan serapkan ia dalam rutin harian aku?

Ada turun naiknya. Sukar untuk kekalkan cartanya.

Ada pasang surutnya.

Iman manusia adalah satu "bubble" yang paling sukar untuk di'centre'kan.

Persoalan tentang hidup bunyinya bingit seperti ada nyamuk dalam kepala. Diketuk tidak mahu keluar.

Awalun belajar kenal erti dunia, setiap orang pastikan bertanya:

"Kenapa Tuhan pilih aku untuk hidup? Hidup sebagai seorang manusia?"

Maka, akan diterimalah jawapan:

"Tuhan cipta seseorang manusia itu bukan saja-saja. Dia punya sebab. Ada hikmahNya yang kita sendiri *tidakkan pernah faham."

"Manusia. Adalah sebaik-baik ciptaan Tuhan. Kau harus bangga dan bersyukur Tuhan tidak jadikan kau binatang dan jamadat."

*tidakkan pernah faham - suatu istilah yang bakal menimbulkan lagi pelbagai persoalan.

Kalau Tuhan membenarkan manusia mempersoalkan dengan apa yang Dia lakukan, kenapa kita manusia takut untuk dipersoalkan diatas apa yang kita buat? Walhal, yang menilai kita pada akhirnya adalah Dia, Allah yang Maha Mengetahui. (Maha Suci Allah dari segala kekurangan dan kelemahan.)

Buktinya, kita takut untuk mengamalkan cara hidup yang Dia mahu kerana takut dikata orang. Takut riak, ujub dan takbur. Maka, kita pun tidak melakukan apa-apa yang 'diri kita' perlukan seperti kehendak-Nya. Biarpun kita sendiri tahu yang hidup ini adalah sebuah pinjaman.

Kita bertanya, "kenapa Tuhan buat begitu begini...", tapi kita tidak pernah menjawab persoalan: "kenapa aku tidak buat apa yang Dia suka".

Hidup, pilihan yang infiniti.

Dalam hidup jua semua orang dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Yang besar, yang kecil, yang sukar, yang mudah.

Kenapa kita memilih?

Untuk pastikan kita dapatkan yang terbaik.

Pernahkah apa yang dipilih itu adalah pilihan yang terbaik? 

Dari sini, kita belajar lagi suatu perkara = "Belajar untuk menerima" bila suatu yang kita pilih itu diluar jangkaan kita.

Expectation. 

Ramai mengalami tekanan dan juga kemurungan hanya kerana apa yang mereka ingin dan mahukan itu tidak setanding apa yang mereka bayangkan.

Kecewa.

Bila kecewa, timbullah persoalan: "Mengapa hidup aku sebegini?" Tanpa sedar kita persoal kerja Tuhan yang awalnya kita yang pilih.

Dan ia berputar lagi hingga ke infiniti. Seperti gasing dalam Inception. Terperangkap dalam dimensi mimpi kerana realiti hidup itu bukan seperti yang kita impi.

###

Minta dijauhkan persoalan ini dari bisikan syaitan.