Latest Posts

Bila Rancangan (A) bertemu dengan Perasaan (B), maka berlakulah satu komunikasi yang boleh dikira berpotensi untuk menyalahkan 'tak cu...

Bila Rancangan (A) bertemu dengan Perasaan (B), maka berlakulah satu komunikasi yang boleh dikira berpotensi untuk menyalahkan 'tak cukup masa'

A: Eh, portfolio english kena submit rabu ni.
B: Malam nantilah aku pulun
A: Kelas petang habis awal, balik ni terus buatlah...

Sesampainya di bilik. Buka laptop:-


A: Cantik! Internet ada...boleh terus buat nih..
B: Mana ada orang panas-panas buat kerja. Baru habis kelas kot...come onlah...relax dulu..

Tengok jam, baru pukul 3:30 petang. Pandang katil... 
A: Petang ni aku relax dulu, simpan energy untuk malam. Pastu malam karang aku stay up lah...
B: Cantik gak tu...lagipun tadi baru bebankan otak dengan markah test. Nanti buat kerja tak faham. Rugi je..

Lantas, aku pun menuju ke katil dan belek-belek semua laman sosial. Apa lagi, pejamlah...

Malamnya...
Laptop dah buka, internet ada...pergi buka email..lepas tu, dashboard blog...dan tersangkut. 

Belek nota subjek X, baru perasan nota masih tak lengkap.
A: Kena print dulu nota ni..
B: Haah, memang kena print dulu..nanti tak payah kelam kabut. 
A: Pergi print dekat bilik memberlah, sambil tu boleh catch up...

Maka, pergilah bilik kawan dari pukul 10:30 malam.

Sambil print, terbukalah isu tentang 'kenapa perkhidmatan bas percuma dalam kampus dihentikan ketika saat-saat nak final exam?' Termasuklah cerita tentang tragedi di TBS. Betapa pahitnya dan bahayanya dunia zaman sekarang. Melalui sentuhan, apa-apa boleh terjadi. 

"Lepas ni, kita yang kena buat-buat gila supaya orang tak datang dekat..." kata Suci
"Benda kalau nak berlaku, apa pun kita tak dapat nak jangka..." Yong bersuara. Satu bilik berteleku.

Belum lagi diceritakan peristiwa di MC dan ragam masa kem di Ayer Keroh. 

MC, Melaka Central. 
Hari tu, dok kalut cari tiket. Semua bas kebanyakkan dah habis. 
A: Kau gila?! Dahlah isnin aku kelas pukul 10. Kalau naik pagi pun, belum tentu sempat berkejar ke kelas.

Disebabkan otak tengah berkecamuk, badan pun tak tentu hala sehingga terlanggar orang pun dah tak kisah. Janji tiket dapat. 

"Kau ada mintak maaf tak dekat orang tu?" Suci menyampuk. Baru terfikir. 
"Aku rasa macam dah. Memang tak pandang dowh siapa yang aku langgar. Otak aku fikir tiket je.."
"Apa da kau ni...ko langgar mana masa tu?"
"Dada dialah. Tu yang sengal sakit kat hidung aku langgar pintu toilet hari tu naik balik. Ko bayangkan, speck besar aku langgar dia, bunyilah jugak..."
"Tak rasa sakit ke masa tu? Masa bila pulak ko langgar pintu toilet ni?!" Angguk macam budak nak chikedes lepas tu buka pulak cerita masa di kem dekat Perak dua minggu lepas.

"Time tu aku rasa aku dah buka pintu luas-luas, tapi entah kenapa time aku bukak pintu tu, gedebuk langgar muka aku...Memang berdenyut sehari jugaklah..."
"Kau ni dengan pintu pun bermasalah..."

I really miss this moment...😇
Ayer Keroh.
Masa tengah lapar, kau disuruh tukar pinggan dengan kawan-kawan satu kem tak kira lelaki atau perempuan.
"Guna tangan?" Aku angguk.
"Kira kau makan air tangan orang campur-campurlah ni? Ergh! Kalau aku tak makan dah!"
"Kau tengah lapar pun terpaksa habiskan..."
"Lepas tu, aku terjatuh tangga, ipad aku tenggelam dalam khemah masa hujan, sampai sekarang takleh buka.."
"Bahayanya....kau ni macam-macamlah..."

Disebabkan tragedi yang berturutan itu, satu gambar pun aku tak ambil sepanjang 4H3M kem berlangsung.

Okay...ni je gambar yang aku ambik...sebelum kem "banjir"

 -banyak pulak cerita dia, maklumlah lepas cuti...-😅

"Aku chow dulu, pape hal roger...nak buat assignment lu.." 

Tengok jam dah pukul 11:45 malam.
A: Tadi kirim burger dengan kawan. Makan dululah
B: Buat kerja masa lapar tak jadi kerja...
A: Okay, aku start buat kerja pukul 12.

Sampai je bilik, aku pun makan. Burger dan ayam Uncle Bob. Tak tahulah kenapa hari ni dia punya kebulur tu pelik semacam. Asyik nak maaaaaakann je kerja..

A: Lepas makan, edit slide subjek Law dulu, baru buat english.
B: Bolehlah, follow je mana-mana. Tapi, otak aku berat..serabut pulak time macam nilah nak selsema...
A: Tak yah buat stress-stress sangat, nanti sendiri sakit sape susah? Aku jugak....

Sekarang, 01:41 pagi dan aku masih melayan lagu UG14, Bunga Larangan. Hasil dari mood karok yang tak tercapai, habis aku layan playlist lagu lama. Bermula dengan lagu Penantian by Blackrose. Perut dah kenyang, gigi pun dah gosok. Mata pun masih tak dapat tidur. Kelas esok pukul 11. Bolehlah nak mula buat english ni...

Tapi dalam masa yang sama, masih mencari solution untuk masalah "kenapa gambar untuk contest aku tak keluar dekat muka depan blog?" Macam-macam cara dah cuba, tapi gambar tak muncul jugak...😐

Ah, abaikan! katanya nak buat assignment, pergilah buat sana...minggu ni je kena pulun...lepas tu kau boleh fokus untuk final dah...

Aiy, aiy...

To all my friends yang tengah bertungkus lumus dalam pengajian masing-masing, aku doakan korang all the best and may Allah ease our way! 

Untuk orang yang aku langgar hari tu, mintak maaf giler-giler sebab gua nak cepat punya pasal, memang tak sempat nak berdrama akasia bagai...

Untuk kalian yang telah join contest, saya ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH dan SALAM BLOGGER!😊

Untuk semua yang membaca entri ni, syukran jazzilan...😊



daripada lagu Bunga larangan, sampai lagu Karam...baru selesai entri ni...okay, gua chow buat assignment...serius seyes...seyes..

Jom join segmen by the zafirah nazri! Klik banner untuk join ya! All the best untuk semua!

Jom join segmen by the zafirah nazri!
Klik banner untuk join ya!


All the best untuk semua!

!! ONGOING CONTEST !! !!TAMAT!! SYARAT WAJIB: Merupakan followers blog sofieadie PERATURAN: Like page sofieadie ...

!! ONGOING CONTEST !!


!!TAMAT!!



SYARAT WAJIB:

Merupakan followers blog sofieadie


PERATURAN:

Like page sofieadie


Follow instagram


Lengkapkan form dibawah

Last sekali, jangan lupa....
Copy banner dan backlink kepada entri ini supaya kawan-kawan blogger yang lain tahu tentang contest ni.
(tak perlu tinggalkan link anda di ruangan komen ini kerana penyertaan dikira berdasarkan isian form)


DONE! 

ALL THE BEST AND THANK YOU SOO MUCH!! 😇

Preview hadiah

Jemput join semua!  Sila klik banner ya untuk join! All the best!

Jemput join semua! 
Sila klik banner ya untuk join!
All the best!


giveaway, mini, hadiah, blogger

Assalamualaikum and Holla! Seperti yang telah diwar-warkan, maka hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba.... Penghujung tahun tela...

Assalamualaikum and Holla!
Seperti yang telah diwar-warkan, maka hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba....

Penghujung tahun telah menjelma dan peraduan untuk mendapat hadiah dari sofie telah pun terbuka. 
Bermula 2 Disember 2016 sehingga 2 Januari 2017,

maka aku/saya seru kepada semua blogger yang berminat untuk mendapat hadiah dijemput untuk menyertai contest #LASTGIFT by sofieadie.
(bermula esok, 0000 nanti saya update ya!)

Sebelum tu, meh kita review hadiah dia dulu. 
Hadiah dia aku dah balut siap-siap. Maka yang korang dapat tengok hanyalah pembalutnya sahaja. 

Hadiah, lastgift, sofieadie, blogger, contest,

Seperti biasa, permulaan hadiah hanyalah DUA sahaja. 
Kemungkinan pada penambahan itu tertakluk kepada pihak penaja 😁

Jutaan penghargaan kepada semua blogger yang pernah meriahkan contest #dearsofie pada tahun lepas. Kalau korang nak hadiah lagi, dijemput untuk meriahkan contest ni ya!

Thanks for reading! 😊

Penutup bulan november 2016 kali ini agak kurang bernasib baik. Tapi, takdelah tragis mana pun. Cuma, poket yang rabak. Itu aje...tapi itu p...

Penutup bulan november 2016 kali ini agak kurang bernasib baik. Tapi, takdelah tragis mana pun. Cuma, poket yang rabak. Itu aje...tapi itu pun buat aku rasa macam nak hantuk kepala ke dinding berjuta kali setiap kali teringat peristiwa 'hitam' tu.


Apasal aku tak tahu kes ni? apasal aku senang-senang je percaya cakap dia? apasal aku tak cuba lari tapi layan dia? kenapa sesenang itu aku kasi dia? kenapa, kenapa dan kenapa terus bermain dalam otak aku sampai hari ini...naifnya lahai...dahlah, nak buat macam mana, memang rezeki dia, walau itu duit aku, tapi kalau dah tertulis itu rezeki dia, aku tak boleh nak buat apa jugak...

Tapikan, aku boleh kawal, aku boleh elak benda macam tu? cumanya, benda tu dah berlaku, macam mana aku nak elak lagi...nak buat bubur jadi nasi? macam nak jernihkan dakwat hitam!

Sekarang, aku nak marah dengan mak cik tu atau aku nak marah takdir? benda dah berlaku,..kalau kita terima, mungkin kita redha...tapi kalau kita persoalkan, kita nak marah, nak marah dekat siapa? Kenapa dalam ramai-ramai orang dekat situ, mak cik tu pilih aku? kenapa tidak orang lain?

Okay, mungkin ada mangsa dia yang lain, tapi kenapa kami? adakah dia pilih mangsanya secara random, atau memang dia dah ekori mangsa??

Begini kisahnya....


Isnin lalu (281116), selepas lepak dengan member aku dekat KL Sentral, aku pun berkejaranlah pergi TBS untuk naik bas ke melaka. Waktu tu, ktm baru lepaslah kot, sebab masa aku turun tu, dah kosong. Next train pulak pukul 8:59 malam. Okaylah, aku berharap yang akan ada bas paling lewat pukul 10 malam. Aku pun, relax jerlah...tunggu sambil belek-belek phone. Dengar lagu...paling kurang pun goyang kaki...


Dalam pukul 9:02 malam tu, train pun sampai..time tu, orang dah tak ramai. Rezekilah aku dapat duduk. Sebab selalunya dari kl sentral nak ke TBS, train dia macam sardin sikit. Kalau dapat duduk, itu memang rezeki. Dalam setengah jam jugaklah nak sampai ke TBS. Aku dah tak senang duduk dah, sebab takut tiket habis ke apa.


Sampai je TBS, laju aku melangkah. Terus beratur beli tiket.Sampai kaunter tiket, orang tu kata, tiket ke melaka dah takde. last bas tadi pukul 9:30. Aku tengok jam, dah pukul 9:33...aiyooo...sikit jer lagi...pastu, aku tanyalah;


"Paling awal esok pukul berapa?" Dia pun tunjuk kat skrin; pukul 5:45 pagi bas kejora. Aku terpaksalah tanya kakak aku dulu, samada dia available ke tak kalau aku ambik bas pagi buta tu. Lepas, buat perkiraan semua, aku pun beli jugaklah tiket pagi tu. Time tu, jam baru pukul 10.


Nak buat apalah ni...Aku pusing TBS, cari loker untuk simpan beg. Yelah, takkan nak hangkut berat-berat..plus, semua orang suruh berhati-hati. Aku pun tak tahu bala apa yang datang, baiklah aku simpan barang dulu.


Segala dak buku, baju tu, aku tinggal dalam loker...yang berharga tu aku bawaklah. Pusing naik atas, turun bawah...dah macam orang tak betul pun ada. Pastu, aku nampak ada meja food court, aku pun duduk lah. Nampak macam ramai orang. Okaylah kot...takdelah aku takut sangat...


Kemunculan mak cik misteri entah dari mana-mana...

Tengah dok main wassep semua tu, tetiba aku disapa seorang mak cik ni. Masa tu, dah pukul 11 malam. Oh okay, mungkin dia nak teman borak ke apa. Aku pun berbaik sangka ajelah. Layan cerita dia...dalam hati macam taknak percaya, sebab dari gaya dia memang kontra dengan cerita.

Penipu ni...tapi entahlah aku pun tak tahu benda apa yang buat aku mudah sangat percaya...(rasa macam nak tampar je diri sendiri time tu)

mak cik, penipu, tbs, kl sentral

(aku malas nak censored-censored bagai, disebabkan censored tu lah aku terkena...maafkan saya makcik, sebab ketidak jujuran mak cik, saya terpaksa dedahkan gambar penuh makcik supaya tiada mangsa yang terkena selepas ini...)

Mula-mula dia tanya,

kenapa ramai askar malam ni? Aku pun cakaplah tak tahu. Dia pun berbasa basi macam tahu semua benda yang berlaku. Dia tanya aku, ada ambik ptptn ke? Pernah pergi penang ke? Kalau pergi penang, jemputlah ke rumah mak cik.

Aku pun pelik dah, wujud lagi ke manusia yang first time jumpa, terus diajak ke rumah? tak logik sungguhlah!

Dan disinilah semuanya bermula....
"Mak cik ni teacher MUET, ada krusus kat putrajaya Rabu ni. Pagi tadi mak cik sampai dari Penang, kononnya nak datang awal sebab nak jenjalan pusing KL. Masa mak cik keluarkan duit dekat Brickfield, mak cik kena ragut. Adalah dalam rm500 jugaklah duit mak cik melayang. Handphone mak cik pun dia kebas. Hilang semua IC, kad bank. Mak cik ada anak sorang kat Dubai, kerja oil and gas. Mak cik dok mengajar kat Penang. Pak cik dah meninggal. Sedara pun dah takde. Itu yang mak cik menangis sebab tak tahu nak mintak tolong siapa dah. Polis pun tak dapat nak tolong. Ini kalau adik ada duit, mak cik ingat nak pinjamlah sikit. Nanti mak cik bayar balik. Adik bagilah nombor telefon, no. akaun semua, supaya senang mak cik bayar semula. Mak cik nak duit buat beli tiket ke penang je. Mak cik kena buat IC baru sebelum pergi kursus..."

Aku pun tekun dengar. (Siotlah aku ni!!) Kesian jugaklah bila dengar cerita sadis dia. Dalam hati, ragu-ragu jugaklah. Betul ke mak cik ni, nampak macam selekeh tak macam cikgu pun. Pastu, aku kasi tau kawan aku. Dia pun cakap, kalau dapat lari, lari dari mak cik tu...masalahnya, aku dah pun kasi mak cik rm50!!! huargh!!!!!

Mak cik tu, naik balik ke food court dan dia tunjukkan tiket yang dia beli.

Aku tanya dia, harga tiket berapa? Dia jawab, rm28.90. Masalahnya, dia tunjuk kat aku baki rm10 je. Aku tanya lagi, mana baki rm21?

Kat situ dah nampak dah dia macam berdolak dalih. Aku pun, ikutlah permainan dia. Dia cakap laparlah, nak makan nasi kandar bagai, aku pun kata, saya tak pernah makan sini. Dia pun blah pergi beli makanan.

Then, dia datang balik, cakap nasi kandar tak best, dia nak makan kfc. Pulak dah! ikut mak ciklah kan.

Sebelum tu, dia dah tulis maklumat dia sebab aku paksa sebagai bukti yang dia tak menipu. Tapi, tak tahulah kalau maklumat ni betul ke palsu. Wallahua'lam. Kata dia nombor telefon tu dah 14 tahun guna. Tadi aku cuba telefon, nombor tu dah takde dalam perkhidmatan..pigidaa!!

Alamat tu pulak entah alamat sesiapalah dia ambik...?

maklumat, mak cik, penipu, tbs

Tembelang hampir pecah!

Dalam 5 ke 10 minit tu, mak cik tu dah tak datang-datang. Aku jenguk KFC, macam dah nak tutup. Maka, aku bangunlah ke KFC. Tanya staff kat situ, ada tak mak cik ni (sambil tunjuk gambar mak cik tu) datang beli.

Diorang semua cakap takde. Pastu, staff tu tanya kenapa.

Aku jawablah..."Saya syak yang mak cik ni, mak cik yang sama pernah tipu orang dulu. Tadi dia cakap nak beli makanan kat KFC, tu yang saya cari tu..."

dan diorang kat situ meng-'o' kan sajalah...then aku turun.

Turun turun tu, pusing dari hujung ke hujung, baru nampak dia dekat 'kerusi pelbagai ragam' (sebab kat situ macam-macam gelagat manusia yang korang boleh tengok. Ada yang cakap sorang diri siap beraksi bagai...).

Dia lambai kat aku, aku tengok jam; pukul 11:29. Bas dia jam 11:59.Aku tanya;

'Mak cik kenapa tak masuk lagi? Bukan kena masuk awal setengah jam ke?' dia pun kata;
'nak masuklah ni..'

'tiket mak cik mana?' aku tanya. Dia pun keluarkan tiket yang dah renyuk lipat tu dekat aku. Aku ambik tiket dia dan tangkap gambar. Pastu, bagi dia balik.

'Pergilah masuk sana mak cik.. karang tertinggal pulak' dia pun ambik beg dia, beg plastik dan paling tak bleh blahnya bersalaman! hahahahahahah

apa dowh yang merasuk aku ni?? ---biasalah tu, budi bahasa, budaya kita kan?---

tiket, pass, bas, tbs

Berjumpa mangsa kedua

Tengah aku ekori mak cik tu ke bahagian perlepasan, aku ditahan sorang lelaki ni. Dahlah time tu aku tengah gigih nak ambik gambar 'lawa' mak cik tu dari atas ke bawah, dia pulak tahan. Aku sempat hantar dengan mata jerlah mak cik tu. (mak cik tu pakai selipar besar dari saiz dia, satu beg tangan hitam, satu beg sling kaler coklat dan satu beg plastik koyak gitu...)


Mak cik tu sempat berpesan;




"Adik nanti delete gambar tu kalau mak cik dah bayar..."


dan aku pun, tengoklah kalau mak cik bayar...kalau tidak saya simpan ajelah...


Lelaki itu tanya; 'Mak cik awak ke?" (puith! jadahnya mak cik aku nak datang sini memalam buta..pernah pulak mak cik aku nak tegur aku kan?)


'Eh, taklah! itu mak cik penipu tu...kenapa?' <--amboi statement menuduh betul! kes geram punya pasal! hahahaha


'Mak cik penipu?! tak faham?! tadi saya ada kasi dia duit untuk beli makanan dengan tambang teksi...'


Maka, aku pun ceritalah apa yang berlaku. Dan dia pun tukar cerita dengan aku. Lama kitaorang borak, baru dia kata;


'apa kata kita duduk..'


aku kat situ dah nak tergelak dah. Macam cerita tragedi yang lawak pun ada...mana taknya, dua-dua kena pau!


Pendedahan cerita palsu


Jalan cerita lebih kurang. Alih-alih, cikgu Penang - asal Johor - Mengajar MUET - anak kerja kat Dubai - kena ragut masa jalan kat kl - takde duit nak makan - then dia kata nak pinjam duit - nanti dia bayar balik- 


Dari pukul 11:40 ke pukul 1 pagi jugaklah kitaorang kenang nasib. Aku nasib baik sikitlah kawan aku ada kongsikan perihal mak cik ni. Sharelah dekat mamat yang sama nasib dengan aku. Tanya dia, berapa kasi? 'RM50'.. geleng kepala ajelah.


Untung mak cik...semalam boleh dapat rm100. Aku pun tak tanya apa nama mamat tu, yang pastinya dia punya bas lagi lambat dari aku; 12:30 tengahhari. Itu je. Dan kitaorang blah. Sebelum dia bla, dia kasi aku air tin ribena satu. Ada lagi kat beg. Masih belum minum. Aku ingat nak simpan buat fosil ke artifak ke dulu...(terima kasih awak!)


Sebelum tu, kitaorang pergilah semak kat kaunter tentang penumpang yang naik bas ke penang. Samada ada tak yang tak naik. Mujur semua naik.


So, tak tahulah mak cik tu kat Penang ke atau masih di TBS. Wallahua'lam....


ribena, air, minuman


Disebabkan kes itu, aku lupa nak wish birthday dekat kawan aku....esok paginya baru aku ingat. Itupun mujur ingat...


Dalam kepala ni dok pikir siapalah mangsa mak cik tu seterusnya ya? Kenapalah mak cik tu nak menipu? kalau nak duit, nak makan ke apa, cakap jerlah, tak payah nak menipu kata nak bayar balik bagailah, kan senang.


At least kalau dapat rm5, ke rm10, pun mak cik tu dah boleh survive makan ke...ini, orang belikan roti pun dia bersungut; "Roti je?".


Kita yang nak kasi duit ni pun dah lama tak makan kfc, dia pulak nak kfc demand sungguhlah! Jadinya, apa yang aku beri tu, kasarnya memang dah takde ikhlas.. (ikhlas itu rahsia Allah)


Lepas baca artikel dari link yang kawan aku share, memang sahlah mak cik tu kaki kelentong duit orang sejak tahun lepas lagi. Cuma aku ni ha, tak pernah dengar. Bila dah kena batang hidung sendiri, ambik kau! - aku pun tak faham, kenapa aku baik tak bertempat?? ?


So, untuk sesiapa saja yang diluar sana, aku bukan nak memburukkan mak cik ni ke apa, cuma aku nak ingatkan agar korang semua perlulah berhati-hati bila nampak mak cik ni. Duit kita tu memang duit kita, kalau korang nak tolong pun, jangan sampai yang meminta lebih berkuasa dari yang mahu memberi.


http://hiburan.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=871597


http://www.ohmedia.my/2015/04/hati-hati-dengan-penipuan-di-kl-sentral.html


https://www.facebook.com/ohmedianetwork/posts/10154115302669572


Bila aku tanya mangsa lelaki tu,


'kenapa awak tolong mak cik tu?' dia jawab;




'Saya teringat dekat mak saya, kalau saya tolong mak cik ni, mungkin bila mak saya dalam kesusahan akan ada orang tolong mak saya...'



Niat nak memberi tu kita dah tunaikan. Tapi, terkilan sebab kenapa mak cik tu perlu menipu?? Kalau tak dapat nak bayar, tak payahlah cakap nak bayar.


Aku pun tertanya, kalau mak cik ni pernah ditangkap oleh pihak berkenaan atau tidak? kenapa tak dihantar ke rumah kebajikan? kenapa oh kenapa?? Dan persoalan hanya tinggal persoalan...


Semoga mak cik tu diberi hidayah dan keselamatan dunia akhirat, Mungkin kisah dia tu benar, cuma dah tak relevan atau dia tak terima hakikat sebab tu asyik ulang jaja cerita yang sama. Sebab tu lakonan dia hebat dan ramai percaya termasuk aku.


Mungkin dia tak pernah pun mintak untuk survive hidup dengan menipu orang. Harap suatu hari nanti dia sedarlah sebelum terlambat.


Kongsikanlah dengan orang lain kalau korang rasa patut. Tapi, sebab aku tak nak orang yang aku kenal alami peristiwa sama, maka aku ingatkan sekali lagi, berhati-hatilah dengan kelicikan dan penipuan yang berlaku dimana sahaja.


Perkara macam nilah yang menyebabkan orang susah nak menghulur.


Mana yang dapat dijadikan iktibar, ambillah..mana yang terkasar tu, emosi si mangsa yang masih belum reda lagi...Thanks for reading! ?