Latest Posts

Banyak peluang selalu tersasar bila kita mula perasan selepas kehilangannya. Macam mana kita tahu yang kita telah guna setiap peluang itu se...

Banyak peluang selalu tersasar bila kita mula perasan selepas kehilangannya. Macam mana kita tahu yang kita telah guna setiap peluang itu sebaiknya?

Cerita dia, hidup.

Hiduplah sepenuh hati seolah kau akan mati tak lama lagi. Kau suka orang, cakaplah dekat dia...sebab memang betul, setiap malang itu tak pernah punya bau. Aku suka orang. Ramai sangat! Tapi satu pun aku tak pernah luah secara lisan. Sebab? Aku takut rejection. Tapi sampai bila?

Dan selepas menerima sejuta kata nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman, aku mula terfikir. Yang hidup ni memang simple. Terlalu simple. Dan yang menyukarkan ia adalah kita. Aku sendiri. Haa...baru kau sedar...selama ni kau seorang yang berkepentingan dan tidaklah seperti yang kau harapkan ianya menjadi.

Bersempena Ramadhan mubaraq 1440H ni, aku telah diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Hidup pijak duri ni kadang ada pros and cons yang tersendiri. Berbalik pada apa definisi duri kau tadi.

Mungkin duri itu adalah suatu pengajaran dan boleh jadi ia adalah satu kenikmatan sementara. Wallahua'lam. Rahsia tafsiran itu terpulang pada kita dan hanya Dia yang tahu setiap atom analisa hambaNya.

Ramadhan ni banyak celikkan hati yang buta...buat kita sedar yang hidup bukan sekadar untuk meraih people pleasant. Tapi lebih kepada redha Ilahi. Amboiii...kau kalau ceramah orang nombor satu kan?

Yup! Sebab aku dimasa hadapan barangkali akan belek entri tu untuk dijadi pedoman. Mungkin aku itu perlukan ia lebih dari aku yang sekarang.

Dearest whoever has read this entry and all of other entries...I just want to let you know that...I appreciate all of our memories together. Maybe you don't realize because I never tell you...but honestly...your name permanently carve in my diaries...and also my heart....most importantly...our name always together in the Doa.

Jadi...setiap orang menghargai peluang bukan sekadar terkesan pada perbuatan. Ia juga boleh melalui lisan, perkataan dan pemerhatian. (Harfiah, feeliah dan syuuriah)

Okays, since aku pun terpaksa update entri melalui fon (and it's really hard to wrote it), aku akhiri entry dengan salam Ramadhan.

P/s: mungkin aku hargai orang itu dengan tidak menyimpan segala barang dan lebih kepada menulis setiap cerita mengenainya.....

Macam biasa bila wujudnya internet, aku akan update satu entri mengenai status kehidupan aku sekarang sebelum memulakan kerja-kerja akademia...

Macam biasa bila wujudnya internet, aku akan update satu entri mengenai status kehidupan aku sekarang sebelum memulakan kerja-kerja akademiah ini. Malas nak cerita panjang, aku summarizekan dalam bentuk point bullet dimana ianya lebih senang untuk aku tidak berbunga bahasa.

  • 12 April - Tengok Shazam dengan lagak thesis dah sempurna, walhal haprak tak siap!









            • Hati ni tisu sangat ke bila menangis tengok Shazam? T^T





        • Terjebak dengan Absolute foodfest O_O God! I really allergic with crowded space

        • Kehilangan yang menakutkan - Wifi- mula buat hal







  • 13 April - Pasai tak puas hati, pergi lagi ke foodfest dan kutip data untuk thesis yang tak sudah-sudah

  • 14 April - Call Maxis untuk aduan mengenai masalah yang melanda





        • Tapi gua tak kisah, pasai tengah ralit marathon Marvel movies (dengan total 22 movies)

        • Of course lepas siapkan thesis kita layan marathon back-to-back







  • 18 April - Advance booking untuk Endgame.

  • 19 April - Seminggu tanpa Wifi, hidup boleh tahan haru jugak rupanya





        • Adakah aku sudah berjangkit dengan penyakit kemodenan?







  • 24 April - This is it! The day has arrived.





        • This is it huh? God! I really need to re-watch this movie!!!!







  • 25 April - Join briefing dari SSM.

  • Lalalala - Minggu yang sangat santai, demi nak move on dari Endgame, aku layan Starwars.

  • 28 April - Attend kursus Kad Hijau.

  • 29 April - Argh!!! Jiwa kacau, kena rewatch!

  • 30 April - Deng it! Why am I still crying even dah tahu ending?





        • Maxis bagitau, rupanya cable internet block aku dari level 8-17 kena curi!

        • Hantu punya kabel!!!

        • What on earth orang masih lagi punya tabiat mencuri?

        • Mungkin sebab masih nama dunia, istilah curi tak akan pernah terpadam sampai bila-bila








So, itulah dia cerita yang menyebabkan aku hilang tanpa khabar. Itu baru tiga minggu, kalau lima tahun hilang sebab terkena tempiasan populasi yang dilesapkan oleh Thanos macam mana?

God! Endgame really awesome!!!!!!  Adios!

p/s: Free fall - illenium

p.p/s: Mood nak review Endgame dan Shazam kelaut.

April 2019 Banyak cerita lama digali semula. Kalau bernilai macam fosil atau emas berharga takpelah jugak. Ini, macam bangkai bernyawa. Seti...

April 2019

Banyak cerita lama digali semula. Kalau bernilai macam fosil atau emas berharga takpelah jugak. Ini, macam bangkai bernyawa. Setiap kali keluar, bermacam bau dan warna. Tidak termasuk lagi dengan sejuta rasa yang diperam terlalu lama.

Hari ni, aku tahu...semua orang sudah punya hidup sendiri pada usia yang sama. Malah sebagai manusia yang masih kurang komitmen hidup, aku bersyukur. Syukur sangat-sangat. Sebab tak perlu pening kepala fikirkan hal orang lain. Aku hanya pening fikir hal sendiri dan masalah duit. Duit.

Isu duit ni, sampai bila pun takkan pernah habis. Sedih tau terpaksa mengemis macam orang asing. Tapi dalam banyak hal bukan itu yang paling aku sedihkan. Tapi bila manusia itu berubah kerana duit. Betullah duit tu boleh jadi sumber kebaikan dan kejahatan.

Moga kita semua tidak tergolong dalam kelompok manusia yang jadikan duit sebagai jambatan kejahatan. -Amin-

Jadi, post kali ni aku betul-betul dah move on. Move on dari tempat kelahiran sendiri. Bukan sebab aku lupa daratan, tidak! Tapi sebab terasa asing di tanah sendiri. Asing dia lebih asing dari seorang traveler pergi menapak ke tanah luar.

May 2019.

Saksi terakhir jejak Miri sebagai pengemis. Dan hidup disconnected zillion kalinya. Because offline, is new luxury.

Cerita paling besar dalam hidup aku untuk bulan lepas adalah, khabar penutupan kiosk tempat aku kutip pengalaman dan belajar menstabilkan hi...

Cerita paling besar dalam hidup aku untuk bulan lepas adalah, khabar penutupan kiosk tempat aku kutip pengalaman dan belajar menstabilkan hidup pelbagai sisi. Dua tahun kot aku ulang alik, habiskan masa hujung minggu, puasa, raya dekat situ. Siapa tak feeling bhai....banyak memori tercipta dekat situ. Tapi sekarang tinggal sejarah.

in memoir

Walaupun penutupan March aku dipenuhi dengan bergambar bersama artis, ianya tidaklah dapat mengubah rasa sedih tu. Huhuhu

Macam drastik pun ada...tapi hidup ni kalau takde perubahan, tak hidupla namanya. Maka, aku belajar untuk terima perubahan itu sebagai satu kebaikan. InsyaAllah, banyak lagi rezeki lain yang akan datang.

Hidup kembali normal. Yang tinggal, hanya bergegas dengan dateline assignment. Fokus hidup sebagai pelajar tahun akhir. Mencari kehidupan perjalanan yang seterusnya. Sampai tiada lagi impian yang mahu dicapai selain dari hidup bersama Tuhan.

Sebulan dah berlalu sejak aku tinggalkan blogger dan pindah ke platform Nexbuilder. Feel dia, tetap lain. Yelah, tujuh tahun main dengan blogspot. PBAKL kali ni pun tak dapat pergi disebabkan kekangan lain. Takpelah, banyak lagi buku yang aku tak habis baca.

Esok ada modul finishing school. Dah nak habis dah belajar. Bersediakah untuk hadap dunia sebenar?

Kerjaya, keluarga, kehendak, impian.....aku sandarkan hidup ini hanya untukMu Tuhan. Permudahkanlah segala urusan kami dunia akhirat. Amin.

Wallahua'lam....

Dua minggu lepas, aku rasa terlalu down sampaikan rasa nak harakiri pun ada. (Cepatnyalah aku putus asa dengan hidupkan?) Then selepas je da...

Dua minggu lepas, aku rasa terlalu down sampaikan rasa nak harakiri pun ada. (Cepatnyalah aku putus asa dengan hidupkan?) Then selepas je dapat noti yang duit poket dah masuk, laju je bawak diri pergi ke mall. Hahaha, shopping kan boleh release segala stress! Dan memang betul, memang bahaya jadikan shopping sebagai jalan untuk buang stress. Sedap tu sedaplah, tapi yang naya duit makan kaulah merana.

Dah terlalu lama tak jaga diri ni. Lagi-lagi manjakan diri sendiri. Kesian dia, baru sekarang tuannya nak belajar cara jaga diri sendiri. Jadi, post kali ni, aku nak ceritakan macam mana cara aku self care on budget.


  • Beli barang idaman yang kau peram sejak tiga bulan lepas.




Al Quran Humaira Special Edition

Disebabkan, tiga bulan lepas aku broke as hell, dan baru sekarang ada duit lebih, jadinya...aku lunaskan impian tu dengan beli barang tersebut. Pergh! rasa dia macam dunia ni ana yang punya bhai! hahaha. Okaylah, bahaya jugak pupuk dendam shopping macam ni. Mau tak ingat baki akaun sendiri.


  • Beli barang berkualiti dengan harga murah




Jam tangan

Aik? Boleh ke beli barang berkualiti dengan harga ciput? Apanya tak boleh, awak pergilah time dia ada offer. Tak pun, dekat kedai-kedai yang selalu ada sale. Aku suka pergi AEON. Sebab AEON, barang-barang dia boleh tahan cantik dan berkualiti jugaklah. Plus, bila shopping kat AEON, kau tak perlu risau sangat, sebab fasiliti yang AEON sediakan sangatlah selesa.


  • Beli produk penjagaan dengan saiz percubaan




treat your self

Namalah baru nak belajar cara jaga diri sendiri, nak manjakan diri kan...benda yang nak kena beli mestilah termasuk; scrub badan, losyen, krim malam, krim siang, perlindungan UV dan sebagainya (since barang yang aku beli tu mostly tadak pakej percubaan, ambiklah saiz paling kecil yang dia ada).

Aku belajar benda macam ni agak lambat jugaklah. Sebab jenis manusia yang suka ambil mudah dalam banyak hal. Maka, tak perlu beli saiz gabak terus (walaupun dia lagi murah) sebab takut kau tak konsisten pakai. Karang bazir jer.


  • Pelihara kesihatan




Walaupun ubat-ubatan ni tidak elok untuk diamalkan, tapi bagi aku ia adalah keperluan. Aku terpaksa jugak ambik kalau tak nak sengsara sendiri. Aku serik dowh bila ubat aku habis stok. Hbis segala rutin aku lari sebab merana tahan sakit dia. Allah saja tahu. Untuk yang sihat wal-afiat tu, jagalah kesihatan elok-elok. Ikhtiar itu penting untuk teruskan hidup.


  • Bawa diri makan sedap sebulan sekali




Tasty food

Kalau mampu, pergilah belanja diri dengan makanan kesukaan dengan harga mahal. Bukan selalukan? Jarang-jarang. Kalau ada lebih yang banyak, belanja diri pergi short vacay. Tapi, berbekalkan status 'pelajar' ni, income pun masih bergelar 'duit poket', terpaksalah tahan hati dulu dengan impian nan satu.

Biasa aku akan spend dalam 400 untuk self-care. Jaranglah bawah dari tu. Sekali setahun aku belanja diri sendiri dengan barang berkualiti. Sebab selalunya semua barang tu tahan setahun. Berbaloilah kan? Beli produk penjagaan muka dengan harga mahal tapi tahan setahun. Samalah jugak dengan make up dan lain-lain. Aku jenis manusia yang akan target something pricey of quality instead of temporary beauty. Ecececececeh....

Okaylah, budget tu takdelah badget sangat. Tapi, kalau dibahagikan dengan setahun, sangatlah jimat;

400 / 365 = 1.10

Jimatlah kan?
Kalau korang pulak, selalunya habiskan berapa untuk belanja diri sendiri?

[analytify-stats metrics="ga:users" permission_view="author"]

Dalam tahun ni, kemungkinan aku akan tamat belajar. InsyaAllah. Doakan segalanya dipermudahkan. 2019 adalah tahun dimana aku patut pilih unt...

Dalam tahun ni, kemungkinan aku akan tamat belajar. InsyaAllah. Doakan segalanya dipermudahkan.

2019 adalah tahun dimana aku patut pilih untuk fokus kehidupan sebagai seorang pelajar. Yup! Betul-betul belajar. No more part time work, no more cari gali sisi yang aku tahu lambat laun iakan pergi. Itulah hidup. Yang datang akan pergi, yang hidup akan mati.

Pilihan itu tak akan sentiasa jelas. Ia sentiasa ada dua, tiga, empat atau lima jalan yang perlu kita tapis. Itu cara Dia agar kita sentiasa merujuk pada Yang Kuasa. Dia beri pilihan, sepertimana Dia kurnia Hidayah. Kita, dengan ilmu yang dangkal, iman yang senipis helaian kajang, perlu minta pada Dia...dipermudahkan segala urusan.

Sampai bila pun, pilihan kan sentiasa ada. Ada kos melepas, faktor yang perlu diambil kira.

Macam sekarang, adik aku baru sudah STPM, dihadap dengan berjuta pilihan. Mana hala tuju, ikut hati atau tunjuk kata ibu. Dia pun tak tahu. Pening haru biru! Kesian pun ada, tapi nak buat macam mana...aku sebagai kakak yang sekadar wujud memenuhi mayapada ini, hanya mampu mencucuh akal dia dengan setitis dua hikmah.

Kuasa pilihan tu sebenarnya ada dalam diri setiap orang.


Tapi, disebabkan faktor luaran, kita jadi kecut perut untuk dengar kata sendiri. Iyalah, segala yang dipilih sekarang itu seolah pantulan masa hadapan. Ambil kos ini, kata ramai akan menganggur. Mana tidak serba kena dibuatnya.

Dari sudut pandangan aku, benda memilih kos ni sebenarnya bukanlah suatu yang kau perlu fedup, bergaduh, tarik muka bagai nak rak semua. Ia adalah suatu proses dimana kau perlu enjoy the moment of understanding your true desire. Tak perlu gelabah, tak perlu kalut. Rezeki Tuhan semua ada jaminan. Bukan sebab kos yang dipilih, bukan jugak sebab universiti yang kau masuk dan bukan jugak sebab keputusan yang kau agungkan.

Semua tu asbab. Tuhan kata 'Kun' maka 'Fayakun'.

Usaha ya kita usaha. Tapi jangan lupa Dia. Tuhan sangat suka bilamana kita libatkan Dia dalam setiap urusan kehidupan kita. Nampak remeh, tapi itulah dia indahnya hidup bersama Ilahi. Mana ada manusia yang tahan kita rengek dekat dia minta nasihat selalu. Tapi, dengan Tuhan, Tuhan lagi suka. InsyaAllah, proses kehidupan yang seterusnya itu semacam smooth. Semacam lancar dan terasa ringan.

Lepas dah dapat setiap apa yang kita nak, tadah tangan, syukur. Usaha lagi, doa dan tawakkal.

Senang kan nak kasi ceramah free dekat orang. Aku pun masih bertatih lagi libatkan Tuhan dalam setiap keputusan. Kadang lupa, terasa angkuhnya dengan Tuhan. Bila tak jadi, marah diri sendiri. Bodoh sombong tak bertempat.

Bila dah pilih, belajar untuk YAKIN. Yakin setiap keputusan itu adalah yang terbaik dari Dia untuk kita. Berhenti, berhenti salahkan diri sendiri dan orang lain. Belajar untuk berdamai dengan Takdir.

Dari sisi hidup aku yang sekarang, aku pilih untuk berhenti kerja sambilan, dan fokus pada dunia pembelajaran (sambil selam celup update blog). Memang rasa lain. Otak kau senget benget, jadual hidup dari kelawar kena jadi ayam. Memang pening. Sampai FYP yang orang lain dah submit, aku masih terhegeh-hegeh bersengkang mata nak buat pembetulan. Sedih, cemburu sebab ketinggalan. Tapi itu lah pilihan awal yang aku buat tak pakai otak. Jadi tanggunglah risiko sendirikan.

Jadi, buat adik-adik yang masih mencari dan mengkaji pilihan kalian, pilihlah diiringi dengan Dia. Dia tahu kamu tidak tahu, Dia tahu kamu buntu...jadi call-lah Dia.

Semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. InsyaAllah.