To all sushi lovers out there, please take notes gais, 21-24 Ogos ni ada sushi king bonanza.
Holla there! How are you? Hopefully, everything is beyond expectation. Bagi sesiapa yang telah follow instagram aku korang mes...
Starting my hashtag!
Aku ada satu lagu. Lagu tu first time aku dengar dalam aeon. Yah, kadang aeon punya lagu ni bosan nak mati! Tapi, ada sesetengahnya pulak, b...
The Cloud Song, just for you...
Aku ada satu lagu. Lagu tu first time aku dengar dalam aeon. Yah, kadang aeon punya lagu ni bosan nak mati! Tapi, ada sesetengahnya pulak, buat aku ulang dengar banyak kali. Dan salah satu lagu bertuah di halwa telinga aku adalah lagu nyanyian Meiko, The cloud song.
Masa tu, aku tengah fed up pasal apa aku dah lupa. Aku pergi toilet cuba refresh balik diri. Cuci muka, basuh tangan, termenung tengok air sinki. Dan lagu ni bermain di pembesar suara. Seakan memujuk...terasa lembutnya.
Aku tak tahulah. Tapi, sungguh lagu ni, buat aku sedih jugaklah. Hahahaha...
Dan lagu ni adalah lagu terakhir aku download sebelum aku langgan Spotify secara premium. Dah layan Spotify, mana ada nak download manual dah. Senang!
In case, korang pun ada tempuhi hari-hari yang sukar. Aku hadiahkan lagu ni untuk korang.
Dah lama sebenar aku peram lagu ni buat simpanan memori. Tapi, sebelum dia pudar...aku publishkan hanya untuk tatapan korang.
Thanks for reading!
May you find the happiness that you have looking for!
Aku ada satu lagu. Lagu tu first time aku dengar dalam aeon. Yah, kadang aeon punya lagu ni bosan nak mati! Tapi, ada sesetengahnya pulak,...
The Cloud Song, just for you...
Aku tak tahu nak up cerita apa. Cuma sebabkan aku dah lama tak up entri jadi aku rasa aku patut kot up dengan cerita yang mana aku rasa patu...
Be strong buddy!
Aku tak tahu nak up cerita apa. Cuma sebabkan aku dah lama tak up entri jadi aku rasa aku patut kot up dengan cerita yang mana aku rasa patut. Hahahah...
Minggu lepas aku pergi lepak dengan member aku dekat DC Super heroes cafe. Tapi tak makan pun, kitaorang just minum. Ya, aku lepak dengan member masa zaman diploma dulu. Just nak catch up cerita, sementara cuti sem masih berbaki empat minggu.
Satu hari tu, aku saja call adik aku yang seorang ini. Katanya, dia rasa...nak menangis. Dan aku rasa, sebagai seorang kakak yang jarang sekali berada dirumah, dan telefon semua orang, aku pinjamkan sebentar telinga aku untuk semua cerita dia.
Dan aku tak sangka kitaorang dah on call selama tiga jam lebih.
Dia...aku rasa masih tak okay. Aku tak cukup kuat untuk jadi pendengar setia dia. Sebab aku sendiri tak tahu. Aku sendiri keliru. Dan aku cuma mampu kata, be strong buddy. You are stronger than you think.
Aku dan dia sama-sama karam dan lemas.
Childhood memori kitaorang telah merobek semula parutnya. Seakan berdarah kembali.
Aku tahu, aku ada unfinished bussiness. Sebab, setiap kali buka isu tu, aku akan jadi amat sensitif. Aku senyap. Dia bercerita. Dan cerita hingga dia boleh ketawa semula baru aku dapat matikan talian.
Sedihkan?
Dia yang duduk rumah, tapi hati dia jauh..
Nak tahu sebab apa aku suka duduk jauh dari rumah?
Sebab perjalanan itu rumah aku yang sebenar.
Sebulan tak bermusafir boleh jadi gila! Boleh jadi penasaran jiwa. Dan aku rasa, itulah yang berlaku pada dia. Adik aku.
Be strong buddy...
Aku tak mahu dia tertekan. Sebab buat masa sekarang, dia telah berada pada tahap yang paling bawah dalam hidup dia. Dan...seorang pun tak tahu...seorang pun. Aku rasa, aku teruk sebab aku tak ambil tahu. Tentang dia. Adik aku...
Adik aku seorang lagi yang lelaki marah aku. Marah sebab aku keluar makan dengan kawan lelaki yang boleh aku kata kamceng zaman diploma dulu. Aku tak tahu nak cakap apa...Aku hargai emosi dia.
Alasan? sebab aku pernah cakap dengan dia aku anti-lelaki. Ah, adik oh adik!
Kadang, anti-lelaki itu hanya valid pada yang melibatkan masa hadapan. Sekadar kawan satu kumpulan itu, mustahil untuk aku tidak memberi kerjasama dengan lelaki.
Dan giliran aku pula cakap pada diri sendiri, be strong buddy!
Aku pun tak tahu apa orang expect tentang aku. Did they expect me to be a saint?
Too much expectation you put there....
Satu hal lagi, aku susah nak cerita. Sebab, nobody cares right?
Then, why I should let people know my story, my life when nobody cares?
No wonder, hati aku selalu berontak untuk menjadi nomad dan musafir.
Ah! Cerita aku bukanlah sajian indah yang orang harapkan. Ini bukan cerita novel dan skema buku teks yang indah. Ini adalah sebuah kisah indie yang suram dan kusam. Takde siapa layan cerita indie.
Kalau ending Arrow pun boleh tergantung macam tu, apatah lagi hidup ni. Mana nak jadi Legends kalau life smooth?
Adik, if you read this...I hope you find the way to be happy. InsyaAllah orang akan berada saat dia jatuh. Walau orang selalu takda dengan dia, tapi orang harap dia tak buat kerja gila....
Be strong buddy and have a faith man.
Let it go buddy.
I've tried.
Then try harder.
I can't.
Why?
Because it's already in my blood man.
Why you let them in?
I don't know. It just happen.
Be strong buddy. Because we are the legends. If not in this centuries, maybe in the future. After life...
See you soon.
Aku tak tahu nak up cerita apa. Cuma sebabkan aku dah lama tak up entri jadi aku rasa aku patut kot up dengan cerita yang mana aku rasa pa...
Be strong buddy!
Aku ada satu phobia yang aku cipta dalam minda. Nama dia Gamophobia dan philophobia . Dulu, aku tak tahu pun pasal istilah ni. Aku cuma per...
I'm 25 and single
Aku ada satu phobia yang aku cipta dalam minda. Nama dia Gamophobia dan philophobia. Dulu, aku tak tahu pun pasal istilah ni. Aku cuma percaya pada prinsip yang satu aku selalu pegang bila ia berkisar soal 'masa depan'.
Untuk kesekian kalinya aku menaip ayat yang sama:
"Kalau kita mahu jadi yang pertama untuk orang itu, kita pun mestilah jadikan dia yang pertama untuk kita."
Prinsip itu menjadi benteng pada aku bila aku sudah mula lagha. Bukan sebab aku tak normal, aku single. Tapi, sebab aku cukup waraslah aku pilih untuk single. Katalah aku loser sekalipun, asalkan hati itu aku memang jaga untuk yang selayaknya.Sebab aku bukan malaikatlah aku letak sempadan.
Dan aku sejenis manusia yang setia pada prinsip.
Apa yang lebih teruk dari single? -kahwin dengan orang yang salah-
Berapa ramai orang masih mencari the other half, the other significant, the other...the other bla bla bla?
Kenapa tidak cari saja diri kamu yang hilang disebabkan terlalu mencari the other kamu itu?
Aku tidak bantah jika kamu punya bf/gf untuk berkongsi suka duka, tapi aku minta sedikit hormat dari kamu agar tidak pertikai pada manusia yang sukar memberi komitmen pada hubungan emosi.
Single tak bermaksud dia seorang yang sadis.
Sendiri tak bermaksud dia tidak laku.
Sendiri itu dia yang pilih.
Dia pilih untuk hidupkan hidupnya dahulu baru mencari hidup lain.
Dia punya misi, dia punya visi.
Sedikit pun dia tidak kisah pada hubungan emosi yang mungkin melambatkan perjalanan hidup dia untuk mencapai impian.Aku tak bermaksud untuk berkasar dalam perkara begini. Tapi, realitinya aku lebih selesa sendiri.
Sendiri sakit, sendiri rawat.Aku hormat mereka yang punya ruang dan masa serta komitmen dalam hubungan emosi ini. Bahkan aku tabik dan kagum. Aku yang sendiri ini pun masih sukar mengendali hati dan emosi sendiri apatah lagi kalau berdua, bertiga, kita berdansaa. Ok stop!Aku 25 dan single.
Dah macam tajuk confession dekat IIUM tu. Beza dia, aku tak guna platform IIUM. Tu je...
Dalam 24 tahun 8 bulan hidup ni, aku rasa puas dan bahagia sebab masih punya keluarga, kawan, kerja, belajar, rumah, kereta. Cukup lengkap sudah rasa puzzle hidup itu. Cuma ada satu piece hilang. Hahahaha sebab piece itu aku terbuang dengan sengaja. Aku pilih untuk buang.
Sejak dua menjak ni macam kerap pulak aku rant soal hati. (Kalau perasanlah, kalau tak perasan...fuh! selamat gua!) Adakah hati aku ni sudah parah perangnya? Sampai aku sendiri seakan tewas untuk berjuang bersama hati sendiri? Seakan mahu mungkir prinsip dan janji pada diri? Adakah aku terlalu berkeras dalam isu ini sampai aku sukar bezakan...
Aku jaga hati atau menjaga ego?
Aku sendiri pun dah keliru. Sebab aku rasa ia bukan keperluan. Lagi-lagi lepas tengok teater Gamophobia. Dasyat betul penangan teater tu pada aku.Soalan ini aku boleh terima: Sudah kahwin ke belum?
Tapi soalan ini sila blah: Kenapa belum kahwin?
Sebab lifetrack semua orang tak pernah sama. Lagi sekali aku ulang, sebab life track semua orang takkan pernah sama.
Entri ni aku dah ambil masa tiga hari untuk post. Nampak macam simple nak akur. Tapi hati bertingkah. The other aku mahu menjadi nomad, the other pulak nak jadi normal, dan the other nak jadi superheroes. Jadi Vibe, sama geng dengan Cisco.In case kalau korang yang baca entri ni ada terserempak dengan aku dekat luar sana ke apa ke an, please...stop asking me this question once I told you my age.
Aku ni malas benar nak menipu orang sebenarnya. Tapi, aku pun penat nak ulang cerita sama. Same old same old stories.Ini aku yang 25 pun bising semacam bila orang tanya soalan ni, yang lebih pada tu?
Kami tak mintak simpati kami cuma mahu kalian hormati pendirian individu.InsyaAllah aku up entri punya kalau phobia aku hilang. (Jangankan korang, aku sendiri wonder bila phobia itu akan hilang.)
Buat masa sekarang, aku lebih suka begini. Sibuk sendiri. Sebab requirement aku tinggi, jadi preparation makan masa. Aku pilih single, sebab aku tahu aku tak reti dan tak gemar masak.
Aku stay single, sebab aku tak reti jaga hati orang.
Aku single sebab aku malas nak ambil pusing hal orang.
Jadi untuk bahagia, aku pilih single.and this is my story.
I'm 25 and I am single and happy!




