Untuk kesekian kalinya aku menaip ayat yang sama:
"Kalau kita mahu jadi yang pertama untuk orang itu, kita pun mestilah jadikan dia yang pertama untuk kita."
Prinsip itu menjadi benteng pada aku bila aku sudah mula lagha. Bukan sebab aku tak normal, aku single. Tapi, sebab aku cukup waraslah aku pilih untuk single. Katalah aku loser sekalipun, asalkan hati itu aku memang jaga untuk yang selayaknya.
Sebab aku bukan malaikatlah aku letak sempadan.
Dan aku sejenis manusia yang setia pada prinsip.
Apa yang lebih teruk dari single? -kahwin dengan orang yang salah-
Aku tak bermaksud untuk berkasar dalam perkara begini. Tapi, realitinya aku lebih selesa sendiri.
Sendiri sakit, sendiri rawat.
Aku hormat mereka yang punya ruang dan masa serta komitmen dalam hubungan emosi ini. Bahkan aku tabik dan kagum. Aku yang sendiri ini pun masih sukar mengendali hati dan emosi sendiri apatah lagi kalau berdua, bertiga, kita berdansaa. Ok stop!
Aku 25 dan single.
Dah macam tajuk confession dekat IIUM tu. Beza dia, aku tak guna platform IIUM. Tu je...
Dalam 24 tahun 8 bulan hidup ni, aku rasa puas dan bahagia sebab masih punya keluarga, kawan, kerja, belajar, rumah, kereta. Cukup lengkap sudah rasa puzzle hidup itu. Cuma ada satu piece hilang. Hahahaha sebab piece itu aku terbuang dengan sengaja. Aku pilih untuk buang.
Sejak dua menjak ni macam kerap pulak aku rant soal hati. (Kalau perasanlah, kalau tak perasan...fuh! selamat gua!)
Adakah hati aku ni sudah parah perangnya? Sampai aku sendiri seakan tewas untuk berjuang bersama hati sendiri? Seakan mahu mungkir prinsip dan janji pada diri? Adakah aku terlalu berkeras dalam isu ini sampai aku sukar bezakan...
Aku jaga hati atau menjaga ego?
Aku sendiri pun dah keliru.
Sebab aku rasa ia bukan keperluan. Lagi-lagi lepas tengok teater Gamophobia. Dasyat betul penangan teater tu pada aku.
Soalan ini aku boleh terima: Sudah kahwin ke belum?
Tapi soalan ini sila blah: Kenapa belum kahwin?
Sebab lifetrack semua orang tak pernah sama. Lagi sekali aku ulang, sebab life track semua orang takkan pernah sama.
Entri ni aku dah ambil masa tiga hari untuk post. Nampak macam simple nak akur. Tapi hati bertingkah. The other aku mahu menjadi nomad, the other pulak nak jadi normal, dan the other nak jadi superheroes. Jadi Vibe, sama geng dengan Cisco.
In case kalau korang yang baca entri ni ada terserempak dengan aku dekat luar sana ke apa ke an, please...stop asking me this question once I told you my age. Aku ni malas benar nak menipu orang sebenarnya. Tapi, aku pun penat nak ulang cerita sama. Same old same old stories.
Ini aku yang 25 pun bising semacam bila orang tanya soalan ni, yang lebih pada tu?
Kami tak mintak simpati kami cuma mahu kalian hormati pendirian individu.
InsyaAllah aku up entri punya kalau phobia aku hilang. (Jangankan korang, aku sendiri wonder bila phobia itu akan hilang.) Buat masa sekarang, aku lebih suka begini. Sibuk sendiri. Sebab requirement aku tinggi, jadi preparation makan masa.
Aku pilih single, sebab aku tahu aku tak reti dan tak gemar masak.
Aku stay single, sebab aku tak reti jaga hati orang.
Aku single sebab aku malas nak ambil pusing hal orang.
Jadi untuk bahagia, aku pilih single.
and this is my story.
I'm 25 and I am single and happy!






