Uber vs Grab Car

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Masuk bulan Ogos ni, maka genaplah tiga bulan setengah aku naik public transport bergelar uber dan grab car ni. Jangan persoal kenapa aku tak naik bas. Dia akan jadi isu masa vs duit. Sebab aku sayang masa maka, aku pilih uber dan grab.

Biasanya jarak dari tempat kerja aku dan rumah adalah 6.2km (dengan menggunakan highway).

Jadi range normal tambang aku antara RM9 – RM13. Kalau kurang dari tu memang murahlah dan kalau lebih dari tu…memang mahal!

Dua-dua servis ni ada pros and cons dia. So far aku tak menangkan mana-mana pihak sebab dua-dua okaylah…nak kata tip top pun, dua-dua lebih kurang.

Ini adalah review bagi uber dan grab car dikawasan Shah Alam/Klang berdasarkan pengalaman penulis.

Dalam entri ni aku akan buat beberapa senarai yang menjadi faktor dan sebab aku pilih antara Grab Car dan Uber.

1. Tambang.

Grab Car: Tambang dia telus. No hidden fees yang dikenakan. Melainkan kalau perjalanan kita tadi ada melibatkan tol. Kalau dalam booking tu dia tulis harga RM9, maka RM9 jugalah yang kita akan bayar setibanya di destinasi tadi.

Uber: Kalau bukan peak time, harga dia tak berubah masa kita tengok awal booking. Tapi…haaa tapi kalau tetiba kita terlibat dalam jammed or mana-mana laluan yang bergerak secara perlahan tu, baiklah pilih Grab Car…sebabnya Uber automatik akan kira jarak jammed tadi macam teksi meter.

Tak pasal-pasal tadi awal book RM9 boleh jadi RM14. Aku dah kena lebih kurang tiga kali macam ni. Satu masa ada lawan bola dekat stadium shah alam, dua masa musim nak dekat raya, tiga sebab ada accident dekat simpang nak keluar highway. 😓

2. Khidmat mesra

Dua-dua sama. Sebab dia tertakluk pada pemandu. Tapi semalam aku naik uber yang dipandu oleh seorang veteran yang sangat penuh tatasusila dalam pemanduan. Rate dia dalam uber pun tinggi. Selepas dengar perkongsian dia semalam, no wonderlah orang rate dia tinggi.

Beliau kata;

“Memandu uber dan grab car bukan sebab untuk cari duit lebih. Kalau sekadar nak cari duit lebih, kita akan cenderung kepada stress, tak ambil kisah pasal penumpang, kita tak jaga adab pemanduan…bagi saya memandu uber ni lebih kepada mencari pengalaman. Belajar tentang karenah manusia diatas jalan dan memahami penumpang. Bila kita enjoy kerja sebagai pemandu, kita akan seronok.”

Dan aku rasa bertuah sebab dapat naik uber dengan pak cik tu dua kali!

Setuju sangat sebab aku pernah naik uber yang pemandu dia siap demand lagi. Ada jugak pemandu Grab car tu tak reti sabar. Disebabkan aku serik setiap kali book kena tunggu terpacak macam tiang 10-15 minit, maka aku selalu order awal.

Entah macam mana pemandu tu naik angin sebab dia kena tunggu aku 3 minit. Aku pun…senyaplah..dah salah aku tak sengaja. End up aku malas nak layan dia. Bulan puasa pulak masa tu. Aku fikir, mungkin dia moody sebab tak dapat sahur kot.

3. Keselesaan kereta.

Dua-dua sama. Takde beza.

4. Promotion

Grab Car: Lagi banyak promotion berbanding Uber. Macam hari tu Grab ada buat collaboration dengan Traveloka. Time ni aku sanggup guna Grab dari Uber semata-mata nak ambil peluang menang tiket dari traveloka. Tapi, dah tamat. Tak tau siapa yang bertuah tu. Dahlah world wide dia buat. Huhuhuhu

5. Friendly apps.

Aplikasi Grab Car lagi mesra pengguna. Dari segi interface dia. Pastu kita boleh collect point untuk redeem apa-apa yang ditawarkan dalam apps tu.

member, points

Points tu jugak tentukan kita punya membership. Dia ada empat peringkat; Member, Silver, Gold, Platinum. Sekarang aku masih dekat Silver. Masih dalam misi untuk unlock ke peringkat Gold. Ni yang lagi eksited guna Grab even dia mahal seringgit dua dari Uber.

grab,member

Grab boleh jimat dengan cara GrabShare. Tapi kalau tak nak lambat, jangan mengada guna GrabShare.

Uber dia terlalu simple sampai kadang tu rasa annoying nak guna apps dia. Dia takde apa-apa point yang kita boleh tebus. Such a boring apps. hahahahaha Dia hanya ada rate kita yang diberi oleh pemandu uber. Argh! siapa suka kena rate kan?? hahahaha aku punya rate 4.77 je👽…Uber buat aku rasa muhasabah setiap kali lepas guna.

Sebagai konklusinya dari segi kutipan bintang untuk semua faktor di atas tadi, aku kasi….

rate, star,

Dua-dua aku akan guna. Even aku tak gemar Uber punya apps, tapi dia masih membantu aku untuk lebih jimat. Sikitlah…Dan Grab kadang bila guna promo, tak ramai pemandu yang akan ambil. Itu kata pemandu sendirilah. Aku pun tak faham konsep tu. Janji dapat tambang murah..😉

Suka aku tekankan lagi sekali, review ini adalah dari sudut pandangan aku yang baru tiga bulan berturut-turut naik Grab Car dan Uber bagi kawasan Klang/Shah Alam. Sampai semua orang mempertikaikan betapa tidak ekonomikalnya aku. Tapi, alhamdulillah…so far semuanya tertampung.

Mungkin grab dan uber dekat kawasan korang ada lainnya sikit. So, apa kata share pengalaman korang pulak sepanjang menggunakan perkhidmatan Uber dan Grab car ni.. Korang akan pilih mana satu, UBER atau GRAB?

Keep reading on

Nota untuk Pembaca…

Minggu depan aku ada hydro camp. Subjek terakhir dalam sesi praktikal. Dalam tempoh tu, aku …

Rant on cermin mata

Cermin mata. Siapa pakai cermin mata mesti faham semua perasaan yang dilalui oleh setiap yang …

Kawan…

Kawan itu… Tidak dihitung pada waktu gembira, Tapi dibilang pada waktu berduka Kawan itu.. Satu …

BEST 2019 CROSS TRAINING SHOES FOR MEN

Cross training shoes are vital parts for the effective performance of many exercise activities especially …

A note from past me…

Jika kalian sedang membaca entri ini, ia bermaksud aku telahpun menaipnya barang dua tiga hari …

PRIVACY IS THE TOP CONCERN ABOUT WEARABLES DEVICES

Wearable devices have gained great popularity in the health and sports sectors. The technology has …

Any thought?

0 thoughts on “Uber vs Grab Car”

  1. maunya tak nangis! dia punya rate kalau time peak hour boleh cecah 3.5% tau. hati2lah kalau naik time musim kemuncak. pernah musim bola sukan sea indon lawan laos, diorang uber cas rm30++ nak balik rumah. ish ish ish….

  2. laaa…camtu rupanya. hari tu masa konvo adik kan pegi sana. naik la Uber. xtau mase tu kalau masa puncak/jammed berubah harga die. dapat RM37 total bila sampai destinasi, sebab kena dengan jammed! uuu nangis dalam hati ja.

  3. ohhhh…kadang tu uber memang murah. promo on weekends…hurm kena pi cek ni..

    saya selalu naik free grab car kalau diorang tengah promo…hehehehhe..terasa macam untung giler!

  4. Saya dulu guna grab car kat KL tp nowadays guna uber sbb if kat Seremban, uber lagi murah. And uber selalu ada promo especially weekends. Biasanya ada discount RM7 and RM5. So biasa tambang saya RM7 lebih, macam haritu tetiba kena bayar 39 sen je hehe

  5. huwaaa untung r member buat grab car. area mana dowh? mana tau aku pernah ternaik kereta member kau tu ke an? hahahaha uber pun not bad gak. tapi aku fobialah kena rate. tu pasai malas naik uber.

    tapi jujurlah, grab car win. salute! kasi tau kawan kau jangan sign up jadi driver uber. #setiapadagrabcar! hahahahahha

  6. Aku tak pernah booking uber sbb aku lebih suka apps grabcar lagi sebab mcm kau ckap user friendly app dia. tambang pun dah tahu dari awal tak berubah… And the most important thing is kat rumah aku ada dua orang buat grabcar. So aku memang penyokong tegar grabcar. Uber boleh blah!! Boikot uber!!. Haha.. tetiba lak..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *