Assalamualaikum and Holla! Seperti yang telah diwar-warkan, maka hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba.... Penghujung tahun tela...
Review hadiah contest #LASTGIFT by sofieadie
Penutup bulan november 2016 kali ini agak kurang bernasib baik. Tapi, takdelah tragis mana pun. Cuma, poket yang rabak. Itu aje...tapi itu p...
Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
Penutup bulan november 2016 kali ini agak kurang bernasib baik. Tapi, takdelah tragis mana pun. Cuma, poket yang rabak. Itu aje...tapi itu pun buat aku rasa macam nak hantuk kepala ke dinding berjuta kali setiap kali teringat peristiwa 'hitam' tu.
Apasal aku tak tahu kes ni? apasal aku senang-senang je percaya cakap dia? apasal aku tak cuba lari tapi layan dia? kenapa sesenang itu aku kasi dia? kenapa, kenapa dan kenapa terus bermain dalam otak aku sampai hari ini...naifnya lahai...dahlah, nak buat macam mana, memang rezeki dia, walau itu duit aku, tapi kalau dah tertulis itu rezeki dia, aku tak boleh nak buat apa jugak...
Tapikan, aku boleh kawal, aku boleh elak benda macam tu? cumanya, benda tu dah berlaku, macam mana aku nak elak lagi...nak buat bubur jadi nasi? macam nak jernihkan dakwat hitam!
Sekarang, aku nak marah dengan mak cik tu atau aku nak marah takdir? benda dah berlaku,..kalau kita terima, mungkin kita redha...tapi kalau kita persoalkan, kita nak marah, nak marah dekat siapa? Kenapa dalam ramai-ramai orang dekat situ, mak cik tu pilih aku? kenapa tidak orang lain?
Okay, mungkin ada mangsa dia yang lain, tapi kenapa kami? adakah dia pilih mangsanya secara random, atau memang dia dah ekori mangsa??
Begini kisahnya....
Isnin lalu (281116), selepas lepak dengan member aku dekat KL Sentral, aku pun berkejaranlah pergi TBS untuk naik bas ke melaka. Waktu tu, ktm baru lepaslah kot, sebab masa aku turun tu, dah kosong. Next train pulak pukul 8:59 malam. Okaylah, aku berharap yang akan ada bas paling lewat pukul 10 malam. Aku pun, relax jerlah...tunggu sambil belek-belek phone. Dengar lagu...paling kurang pun goyang kaki...
Dalam pukul 9:02 malam tu, train pun sampai..time tu, orang dah tak ramai. Rezekilah aku dapat duduk. Sebab selalunya dari kl sentral nak ke TBS, train dia macam sardin sikit. Kalau dapat duduk, itu memang rezeki. Dalam setengah jam jugaklah nak sampai ke TBS. Aku dah tak senang duduk dah, sebab takut tiket habis ke apa.
Sampai je TBS, laju aku melangkah. Terus beratur beli tiket.Sampai kaunter tiket, orang tu kata, tiket ke melaka dah takde. last bas tadi pukul 9:30. Aku tengok jam, dah pukul 9:33...aiyooo...sikit jer lagi...pastu, aku tanyalah;
"Paling awal esok pukul berapa?" Dia pun tunjuk kat skrin; pukul 5:45 pagi bas kejora. Aku terpaksalah tanya kakak aku dulu, samada dia available ke tak kalau aku ambik bas pagi buta tu. Lepas, buat perkiraan semua, aku pun beli jugaklah tiket pagi tu. Time tu, jam baru pukul 10.
Nak buat apalah ni...Aku pusing TBS, cari loker untuk simpan beg. Yelah, takkan nak hangkut berat-berat..plus, semua orang suruh berhati-hati. Aku pun tak tahu bala apa yang datang, baiklah aku simpan barang dulu.
Segala dak buku, baju tu, aku tinggal dalam loker...yang berharga tu aku bawaklah. Pusing naik atas, turun bawah...dah macam orang tak betul pun ada. Pastu, aku nampak ada meja food court, aku pun duduk lah. Nampak macam ramai orang. Okaylah kot...takdelah aku takut sangat...
Kemunculan mak cik misteri entah dari mana-mana...
Tengah dok main wassep semua tu, tetiba aku disapa seorang mak cik ni. Masa tu, dah pukul 11 malam. Oh okay, mungkin dia nak teman borak ke apa. Aku pun berbaik sangka ajelah. Layan cerita dia...dalam hati macam taknak percaya, sebab dari gaya dia memang kontra dengan cerita.
Penipu ni...tapi entahlah aku pun tak tahu benda apa yang buat aku mudah sangat percaya...(rasa macam nak tampar je diri sendiri time tu)
(aku malas nak censored-censored bagai, disebabkan censored tu lah aku terkena...maafkan saya makcik, sebab ketidak jujuran mak cik, saya terpaksa dedahkan gambar penuh makcik supaya tiada mangsa yang terkena selepas ini...)
Mula-mula dia tanya,
kenapa ramai askar malam ni? Aku pun cakaplah tak tahu. Dia pun berbasa basi macam tahu semua benda yang berlaku. Dia tanya aku, ada ambik ptptn ke? Pernah pergi penang ke? Kalau pergi penang, jemputlah ke rumah mak cik.
Aku pun pelik dah, wujud lagi ke manusia yang first time jumpa, terus diajak ke rumah? tak logik sungguhlah!
Dan disinilah semuanya bermula....
"Mak cik ni teacher MUET, ada krusus kat putrajaya Rabu ni. Pagi tadi mak cik sampai dari Penang, kononnya nak datang awal sebab nak jenjalan pusing KL. Masa mak cik keluarkan duit dekat Brickfield, mak cik kena ragut. Adalah dalam rm500 jugaklah duit mak cik melayang. Handphone mak cik pun dia kebas. Hilang semua IC, kad bank. Mak cik ada anak sorang kat Dubai, kerja oil and gas. Mak cik dok mengajar kat Penang. Pak cik dah meninggal. Sedara pun dah takde. Itu yang mak cik menangis sebab tak tahu nak mintak tolong siapa dah. Polis pun tak dapat nak tolong. Ini kalau adik ada duit, mak cik ingat nak pinjamlah sikit. Nanti mak cik bayar balik. Adik bagilah nombor telefon, no. akaun semua, supaya senang mak cik bayar semula. Mak cik nak duit buat beli tiket ke penang je. Mak cik kena buat IC baru sebelum pergi kursus..."
Aku pun tekun dengar. (Siotlah aku ni!!) Kesian jugaklah bila dengar cerita sadis dia. Dalam hati, ragu-ragu jugaklah. Betul ke mak cik ni, nampak macam selekeh tak macam cikgu pun. Pastu, aku kasi tau kawan aku. Dia pun cakap, kalau dapat lari, lari dari mak cik tu...masalahnya, aku dah pun kasi mak cik rm50!!! huargh!!!!!
Mak cik tu, naik balik ke food court dan dia tunjukkan tiket yang dia beli.
Aku tanya dia, harga tiket berapa? Dia jawab, rm28.90. Masalahnya, dia tunjuk kat aku baki rm10 je. Aku tanya lagi, mana baki rm21?
Kat situ dah nampak dah dia macam berdolak dalih. Aku pun, ikutlah permainan dia. Dia cakap laparlah, nak makan nasi kandar bagai, aku pun kata, saya tak pernah makan sini. Dia pun blah pergi beli makanan.
Then, dia datang balik, cakap nasi kandar tak best, dia nak makan kfc. Pulak dah! ikut mak ciklah kan.
Sebelum tu, dia dah tulis maklumat dia sebab aku paksa sebagai bukti yang dia tak menipu. Tapi, tak tahulah kalau maklumat ni betul ke palsu. Wallahua'lam. Kata dia nombor telefon tu dah 14 tahun guna. Tadi aku cuba telefon, nombor tu dah takde dalam perkhidmatan..pigidaa!!
Alamat tu pulak entah alamat sesiapalah dia ambik...?
Tembelang hampir pecah!
Dalam 5 ke 10 minit tu, mak cik tu dah tak datang-datang. Aku jenguk KFC, macam dah nak tutup. Maka, aku bangunlah ke KFC. Tanya staff kat situ, ada tak mak cik ni (sambil tunjuk gambar mak cik tu) datang beli.
Diorang semua cakap takde. Pastu, staff tu tanya kenapa.
Aku jawablah..."Saya syak yang mak cik ni, mak cik yang sama pernah tipu orang dulu. Tadi dia cakap nak beli makanan kat KFC, tu yang saya cari tu..."
dan diorang kat situ meng-'o' kan sajalah...then aku turun.
Turun turun tu, pusing dari hujung ke hujung, baru nampak dia dekat 'kerusi pelbagai ragam' (sebab kat situ macam-macam gelagat manusia yang korang boleh tengok. Ada yang cakap sorang diri siap beraksi bagai...).
Dia lambai kat aku, aku tengok jam; pukul 11:29. Bas dia jam 11:59.Aku tanya;
'Mak cik kenapa tak masuk lagi? Bukan kena masuk awal setengah jam ke?' dia pun kata;
'nak masuklah ni..'
'tiket mak cik mana?' aku tanya. Dia pun keluarkan tiket yang dah renyuk lipat tu dekat aku. Aku ambik tiket dia dan tangkap gambar. Pastu, bagi dia balik.
'Pergilah masuk sana mak cik.. karang tertinggal pulak' dia pun ambik beg dia, beg plastik dan paling tak bleh blahnya bersalaman! hahahahahahah
apa dowh yang merasuk aku ni?? ---biasalah tu, budi bahasa, budaya kita kan?---
Berjumpa mangsa kedua
Tengah aku ekori mak cik tu ke bahagian perlepasan, aku ditahan sorang lelaki ni. Dahlah time tu aku tengah gigih nak ambik gambar 'lawa' mak cik tu dari atas ke bawah, dia pulak tahan. Aku sempat hantar dengan mata jerlah mak cik tu. (mak cik tu pakai selipar besar dari saiz dia, satu beg tangan hitam, satu beg sling kaler coklat dan satu beg plastik koyak gitu...)
Mak cik tu sempat berpesan;
"Adik nanti delete gambar tu kalau mak cik dah bayar..."
dan aku pun, tengoklah kalau mak cik bayar...kalau tidak saya simpan ajelah...
Lelaki itu tanya; 'Mak cik awak ke?" (puith! jadahnya mak cik aku nak datang sini memalam buta..pernah pulak mak cik aku nak tegur aku kan?)
'Eh, taklah! itu mak cik penipu tu...kenapa?' <--amboi statement menuduh betul! kes geram punya pasal! hahahaha
'Mak cik penipu?! tak faham?! tadi saya ada kasi dia duit untuk beli makanan dengan tambang teksi...'
Maka, aku pun ceritalah apa yang berlaku. Dan dia pun tukar cerita dengan aku. Lama kitaorang borak, baru dia kata;
'apa kata kita duduk..'
aku kat situ dah nak tergelak dah. Macam cerita tragedi yang lawak pun ada...mana taknya, dua-dua kena pau!
Pendedahan cerita palsu
Jalan cerita lebih kurang. Alih-alih, cikgu Penang - asal Johor - Mengajar MUET - anak kerja kat Dubai - kena ragut masa jalan kat kl - takde duit nak makan - then dia kata nak pinjam duit - nanti dia bayar balik-
Dari pukul 11:40 ke pukul 1 pagi jugaklah kitaorang kenang nasib. Aku nasib baik sikitlah kawan aku ada kongsikan perihal mak cik ni. Sharelah dekat mamat yang sama nasib dengan aku. Tanya dia, berapa kasi? 'RM50'.. geleng kepala ajelah.
Untung mak cik...semalam boleh dapat rm100. Aku pun tak tanya apa nama mamat tu, yang pastinya dia punya bas lagi lambat dari aku; 12:30 tengahhari. Itu je. Dan kitaorang blah. Sebelum dia bla, dia kasi aku air tin ribena satu. Ada lagi kat beg. Masih belum minum. Aku ingat nak simpan buat fosil ke artifak ke dulu...(terima kasih awak!)
Sebelum tu, kitaorang pergilah semak kat kaunter tentang penumpang yang naik bas ke penang. Samada ada tak yang tak naik. Mujur semua naik.
So, tak tahulah mak cik tu kat Penang ke atau masih di TBS. Wallahua'lam....
Disebabkan kes itu, aku lupa nak wish birthday dekat kawan aku....esok paginya baru aku ingat. Itupun mujur ingat...
Dalam kepala ni dok pikir siapalah mangsa mak cik tu seterusnya ya? Kenapalah mak cik tu nak menipu? kalau nak duit, nak makan ke apa, cakap jerlah, tak payah nak menipu kata nak bayar balik bagailah, kan senang.
At least kalau dapat rm5, ke rm10, pun mak cik tu dah boleh survive makan ke...ini, orang belikan roti pun dia bersungut; "Roti je?".
Kita yang nak kasi duit ni pun dah lama tak makan kfc, dia pulak nak kfc demand sungguhlah! Jadinya, apa yang aku beri tu, kasarnya memang dah takde ikhlas.. (ikhlas itu rahsia Allah)
Lepas baca artikel dari link yang kawan aku share, memang sahlah mak cik tu kaki kelentong duit orang sejak tahun lepas lagi. Cuma aku ni ha, tak pernah dengar. Bila dah kena batang hidung sendiri, ambik kau! - aku pun tak faham, kenapa aku baik tak bertempat?? ?
So, untuk sesiapa saja yang diluar sana, aku bukan nak memburukkan mak cik ni ke apa, cuma aku nak ingatkan agar korang semua perlulah berhati-hati bila nampak mak cik ni. Duit kita tu memang duit kita, kalau korang nak tolong pun, jangan sampai yang meminta lebih berkuasa dari yang mahu memberi.
http://hiburan.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=871597
http://www.ohmedia.my/2015/04/hati-hati-dengan-penipuan-di-kl-sentral.html
https://www.facebook.com/ohmedianetwork/posts/10154115302669572
Bila aku tanya mangsa lelaki tu,
'kenapa awak tolong mak cik tu?' dia jawab;
'Saya teringat dekat mak saya, kalau saya tolong mak cik ni, mungkin bila mak saya dalam kesusahan akan ada orang tolong mak saya...'
Niat nak memberi tu kita dah tunaikan. Tapi, terkilan sebab kenapa mak cik tu perlu menipu?? Kalau tak dapat nak bayar, tak payahlah cakap nak bayar.
Aku pun tertanya, kalau mak cik ni pernah ditangkap oleh pihak berkenaan atau tidak? kenapa tak dihantar ke rumah kebajikan? kenapa oh kenapa?? Dan persoalan hanya tinggal persoalan...
Semoga mak cik tu diberi hidayah dan keselamatan dunia akhirat, Mungkin kisah dia tu benar, cuma dah tak relevan atau dia tak terima hakikat sebab tu asyik ulang jaja cerita yang sama. Sebab tu lakonan dia hebat dan ramai percaya termasuk aku.
Mungkin dia tak pernah pun mintak untuk survive hidup dengan menipu orang. Harap suatu hari nanti dia sedarlah sebelum terlambat.
Kongsikanlah dengan orang lain kalau korang rasa patut. Tapi, sebab aku tak nak orang yang aku kenal alami peristiwa sama, maka aku ingatkan sekali lagi, berhati-hatilah dengan kelicikan dan penipuan yang berlaku dimana sahaja.
Perkara macam nilah yang menyebabkan orang susah nak menghulur.
Mana yang dapat dijadikan iktibar, ambillah..mana yang terkasar tu, emosi si mangsa yang masih belum reda lagi...Thanks for reading! ?
Penutup bulan november 2016 kali ini agak kurang bernasib baik. Tapi, takdelah tragis mana pun. Cuma, poket yang rabak. Itu aje...tapi itu...
Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
Begini kisahnya....
Isnin lalu (281116), selepas lepak dengan member aku dekat KL Sentral, aku pun berkejaranlah pergi TBS untuk naik bas ke melaka. Waktu tu, ktm baru lepaslah kot, sebab masa aku turun tu, dah kosong. Next train pulak pukul 8:59 malam. Okaylah, aku berharap yang akan ada bas paling lewat pukul 10 malam. Aku pun, relax jerlah...tunggu sambil belek-belek phone. Dengar lagu...paling kurang pun goyang kaki...
Dalam pukul 9:02 malam tu, train pun sampai..time tu, orang dah tak ramai. Rezekilah aku dapat duduk. Sebab selalunya dari kl sentral nak ke TBS, train dia macam sardin sikit. Kalau dapat duduk, itu memang rezeki. Dalam setengah jam jugaklah nak sampai ke TBS. Aku dah tak senang duduk dah, sebab takut tiket habis ke apa. Sampai je TBS, laju aku melangkah. Terus beratur beli tiket.
Sampai kaunter tiket, orang tu kata, tiket ke melaka dah takde. last bas tadi pukul 9:30. Aku tengok jam, dah pukul 9:33...aiyooo...sikit jer lagi...pastu, aku tanyalah;
"Paling awal esok pukul berapa?" Dia pun tunjuk kat skrin; pukul 5:45 pagi bas kejora. Aku terpaksalah tanya kakak aku dulu, samada dia available ke tak kalau aku ambik bas pagi buta tu. Lepas, buat perkiraan semua, aku pun beli jugaklah tiket pagi tu. Time tu, jam baru pukul 10. Nak buat apalah ni...
Aku pusing TBS, cari loker untuk simpan beg. Yelah, takkan nak hangkut berat-berat..plus, semua orang suruh berhati-hati. Aku pun tak tahu bala apa yang datang, baiklah aku simpan barang dulu. Segala dak buku, baju tu, aku tinggal dalam loker...yang berharga tu aku bawaklah. Pusing naik atas, turun bawah...dah macam orang tak betul pun ada. Pastu, aku nampak ada meja food court, aku pun duduk lah. Nampak macam ramai orang. Okaylah kot...takdelah aku takut sangat...
Kemunculan mak cik misteri entah dari mana-mana...
Tengah dok main wassep semua tu, tetiba aku disapa seorang mak cik ni. Masa tu, dah pukul 11 malam. Oh okay, mungkin dia nak teman borak ke apa. Aku pun berbaik sangka ajelah. Layan cerita dia...dalam hati macam taknak percaya, sebab dari gaya dia memang kontra dengan cerita. Penipu ni...tapi entahlah aku pun tak tahu benda apa yang buat aku mudah sangat percaya...(rasa macam nak tampar je diri sendiri time tu)
(aku malas nak censored-censored bagai, disebabkan censored tu lah aku terkena...maafkan saya makcik, sebab ketidak jujuran mak cik, saya terpaksa dedahkan gambar penuh makcik supaya tiada mangsa yang terkena selepas ini...)
Mula-mula dia tanya, kenapa ramai askar malam ni? Aku pun cakaplah tak tahu. Dia pun berbasa basi macam tahu semua benda yang berlaku. Dia tanya aku, ada ambik ptptn ke? Pernah pergi penang ke? Kalau pergi penang, jemputlah ke rumah mak cik. Aku pun pelik dah, wujud lagi ke manusia yang first time jumpa, terus diajak ke rumah? tak logik sungguhlah!
Dan disinilah semuanya bermula....
"Mak cik ni teacher MUET, ada krusus kat putrajaya Rabu ni. Pagi tadi mak cik sampai dari Penang, kononnya nak datang awal sebab nak jenjalan pusing KL. Masa mak cik keluarkan duit dekat Brickfield, mak cik kena ragut. Adalah dalam rm500 jugaklah duit mak cik melayang. Handphone mak cik pun dia kebas. Hilang semua IC, kad bank. Mak cik ada anak sorang kat Dubai, kerja oil and gas. Mak cik dok mengajar kat Penang. Pak cik dah meninggal. Sedara pun dah takde. Itu yang mak cik menangis sebab tak tahu nak mintak tolong siapa dah. Polis pun tak dapat nak tolong. Ini kalau adik ada duit, mak cik ingat nak pinjamlah sikit. Nanti mak cik bayar balik. Adik bagilah nombor telefon, no. akaun semua, supaya senang mak cik bayar semula. Mak cik nak duit buat beli tiket ke penang je. Mak cik kena buat IC baru sebelum pergi kursus..."
Aku pun tekun dengar. (Siotlah aku ni!!) Kesian jugaklah bila dengar cerita sadis dia. Dalam hati, ragu-ragu jugaklah. Betul ke mak cik ni, nampak macam selekeh tak macam cikgu pun. Pastu, aku kasi tau kawan aku. Dia pun cakap, kalau dapat lari, lari dari mak cik tu...masalahnya, aku dah pun kasi mak cik rm50!!! huargh!!!!! Mak cik tu, naik balik ke food court dan dia tunjukkan tiket yang dia beli.
Aku tanya dia, harga tiket berapa? Dia jawab, rm28.90. Masalahnya, dia tunjuk kat aku baki rm10 je. Aku tanya lagi, mana baki rm21?
Kat situ dah nampak dah dia macam berdolak dalih. Aku pun, ikutlah permainan dia. Dia cakap laparlah, nak makan nasi kandar bagai, aku pun kata, saya tak pernah makan sini. Dia pun blah pergi beli makanan. Then, dia datang balik, cakap nasi kandar tak best, dia nak makan kfc. Pulak dah! ikut mak ciklah kan.
Sebelum tu, dia dah tulis maklumat dia sebab aku paksa sebagai bukti yang dia tak menipu. Tapi, tak tahulah kalau maklumat ni betul ke palsu. Wallahua'lam. Kata dia nombor telefon tu dah 14 tahun guna. Tadi aku cuba telefon, nombor tu dah takde dalam perkhidmatan..pigidaa!! Alamat tu pulak entah alamat sesiapalah dia ambik...😑
Tembelang hampir pecah!
Dalam 5 ke 10 minit tu, mak cik tu dah tak datang-datang. Aku jenguk KFC, macam dah nak tutup. Maka, aku bangunlah ke KFC. Tanya staff kat situ, ada tak mak cik ni (sambil tunjuk gambar mak cik tu) datang beli. Diorang semua cakap takde. Pastu, staff tu tanya kenapa. Aku jawablah...
"Saya syak yang mak cik ni, mak cik yang sama pernah tipu orang dulu. Tadi dia cakap nak beli makanan kat KFC, tu yang saya cari tu..." dan diorang kat situ meng-'o' kan sajalah...then aku turun.
Turun turun tu, pusing dari hujung ke hujung, baru nampak dia dekat 'kerusi pelbagai ragam' (sebab kat situ macam-macam gelagat manusia yang korang boleh tengok. Ada yang cakap sorang diri siap beraksi bagai...). Dia lambai kat aku, aku tengok jam; pukul 11:29. Bas dia jam 11:59.
Aku tanya;
'Mak cik kenapa tak masuk lagi? Bukan kena masuk awal setengah jam ke?' dia pun kata;
'nak masuklah ni..'
'tiket mak cik mana?' aku tanya. Dia pun keluarkan tiket yang dah renyuk lipat tu dekat aku. Aku ambik tiket dia dan tangkap gambar. Pastu, bagi dia balik.
'Pergilah masuk sana mak cik.. karang tertinggal pulak' dia pun ambik beg dia, beg plastik dan paling tak bleh blahnya bersalaman! hahahahahahah apa dowh yang merasuk aku ni?? ---biasalah tu, budi bahasa, budaya kita kan?---
Berjumpa mangsa kedua
Tengah aku ekori mak cik tu ke bahagian perlepasan, aku ditahan sorang lelaki ni. Dahlah time tu aku tengah gigih nak ambik gambar 'lawa' mak cik tu dari atas ke bawah, dia pulak tahan. Aku sempat hantar dengan mata jerlah mak cik tu. (mak cik tu pakai selipar besar dari saiz dia, satu beg tangan hitam, satu beg sling kaler coklat dan satu beg plastik koyak gitu...)
Mak cik tu sempat berpesan;
"Adik nanti delete gambar tu kalau mak cik dah bayar..." dan aku pun, tengoklah kalau mak cik bayar...kalau tidak saya simpan ajelah...
Lelaki itu tanya; 'Mak cik awak ke?" (puith! jadahnya mak cik aku nak datang sini memalam buta..pernah pulak mak cik aku nak tegur aku kan?)
'Eh, taklah! itu mak cik penipu tu...kenapa?' <--amboi statement menuduh betul! kes geram punya pasal! hahahaha
'Mak cik penipu?! tak faham?! tadi saya ada kasi dia duit untuk beli makanan dengan tambang teksi...'
Maka, aku pun ceritalah apa yang berlaku. Dan dia pun tukar cerita dengan aku. Lama kitaorang borak, baru dia kata; 'apa kata kita duduk..' aku kat situ dah nak tergelak dah. Macam cerita tragedi yang lawak pun ada...mana taknya, dua-dua kena pau!
Pendedahan cerita palsu
Jalan cerita lebih kurang. Alih-alih, cikgu Penang - asal Johor - Mengajar MUET - anak kerja kat Dubai - kena ragut masa jalan kat kl - takde duit nak makan - then dia kata nak pinjam duit - nanti dia bayar balik-
Dari pukul 11:40 ke pukul 1 pagi jugaklah kitaorang kenang nasib. Aku nasib baik sikitlah kawan aku ada kongsikan perihal mak cik ni. Sharelah dekat mamat yang sama nasib dengan aku. Tanya dia, berapa kasi? 'RM50'.. geleng kepala ajelah. Untung mak cik...semalam boleh dapat rm100. Aku pun tak tanya apa nama mamat tu, yang pastinya dia punya bas lagi lambat dari aku; 12:30 tengahhari. Itu je. Dan kitaorang blah. Sebelum dia bla, dia kasi aku air tin ribena satu. Ada lagi kat beg. Masih belum minum. Aku ingat nak simpan buat fosil ke artifak ke dulu...(terima kasih awak!)
Sebelum tu, kitaorang pergilah semak kat kaunter tentang penumpang yang naik bas ke penang. Samada ada tak yang tak naik. Mujur semua naik. So, tak tahulah mak cik tu kat Penang ke atau masih di TBS. Wallahua'lam....
Dalam kepala ni dok pikir siapalah mangsa mak cik tu seterusnya ya? Kenapalah mak cik tu nak menipu? kalau nak duit, nak makan ke apa, cakap jerlah, tak payah nak menipu kata nak bayar balik bagailah, kan senang. At least kalau dapat rm5, ke rm10, pun mak cik tu dah boleh survive makan ke...ini, orang belikan roti pun dia bersungut; "Roti je?". Kita yang nak kasi duit ni pun dah lama tak makan kfc, dia pulak nak kfc demand sungguhlah! Jadinya, apa yang aku beri tu, kasarnya memang dah takde ikhlas.. (ikhlas itu rahsia Allah)
Lepas baca artikel dari link yang kawan aku share, memang sahlah mak cik tu kaki kelentong duit orang sejak tahun lepas lagi. Cuma aku ni ha, tak pernah dengar. Bila dah kena batang hidung sendiri, ambik kau! - aku pun tak faham, kenapa aku baik tak bertempat?? 😓
So, untuk sesiapa saja yang diluar sana, aku bukan nak memburukkan mak cik ni ke apa, cuma aku nak ingatkan agar korang semua perlulah berhati-hati bila nampak mak cik ni. Duit kita tu memang duit kita, kalau korang nak tolong pun, jangan sampai yang meminta lebih berkuasa dari yang mahu memberi.
Bila aku tanya mangsa lelaki tu, 'kenapa awak tolong mak cik tu?' dia jawab;
'Saya teringat dekat mak saya, kalau saya tolong mak cik ni, mungkin bila mak saya dalam kesusahan akan ada orang tolong mak saya...'
Niat nak memberi tu kita dah tunaikan. Tapi, terkilan sebab kenapa mak cik tu perlu menipu?? Kalau tak dapat nak bayar, tak payahlah cakap nak bayar.
Aku pun tertanya, kalau mak cik ni pernah ditangkap oleh pihak berkenaan atau tidak? kenapa tak dihantar ke rumah kebajikan? kenapa oh kenapa?? Dan persoalan hanya tinggal persoalan...
Semoga mak cik tu diberi hidayah dan keselamatan dunia akhirat, Mungkin kisah dia tu benar, cuma dah tak relevan atau dia tak terima hakikat sebab tu asyik ulang jaja cerita yang sama. Sebab tu lakonan dia hebat dan ramai percaya termasuk aku. Mungkin dia tak pernah pun mintak untuk survive hidup dengan menipu orang. Harap suatu hari nanti dia sedarlah sebelum terlambat.
Kongsikanlah dengan orang lain kalau korang rasa patut. Tapi, sebab aku tak nak orang yang aku kenal alami peristiwa sama, maka aku ingatkan sekali lagi, berhati-hatilah dengan kelicikan dan penipuan yang berlaku dimana sahaja. Perkara macam nilah yang menyebabkan orang susah nak menghulur.
Mana yang dapat dijadikan iktibar, ambillah..mana yang terkasar tu, emosi si mangsa yang masih belum reda lagi...
Thanks for reading! 😊
Hai there! Apa khabar kalian? Alhamdulillah baik-baik saja semuanya. Minggu lepas terlalu banyak perkara yang aku nak review...pertamanya te...
Teater oh Teater
Hai there! Apa khabar kalian? Alhamdulillah baik-baik saja semuanya. Minggu lepas terlalu banyak perkara yang aku nak review...pertamanya tentang tiga buah teater yang aku tengok;
- Rasa:Jiwa 3.0 by AKSES
- Krue-se (Faizal Tehrani) by Aksara Seni
- Setanggi Serapah by Anomalist
Ikutkan ada lagi satu malam ni, Genesis by Faculty Law. Sayangnya, petang ni aku dah kena pergi kem. Jadinya, terpaksalah lelong tiket tu pada kawan lain.
1- Rasa:Jiwa by AKSES ***
Dalam teater ni ada 5 cerita berbeza. (Janji, Kesal, Setia, Panas dan Dahaga Kasih). Dari tajuk dia kita boleh tahu yang kisahnya banyak berkaitan dengan kecelaruan perasaan antara satu atau dua orang manusia. Antara lima, tu aku paling terkesan dengan cerita akhir sekali.
Mantap dan hebat lakonan dia! Seorang bawak lima watak! Memang terkesan sangat...mana tidaknya dia lakonlan watak seorang autism yang dipandang serong. Sedih sangat... ?
sempatlah bergambar dengan pelakon masa akhir tu.
2- Krue-Se by Aksara Seni ****
Cerita dia awalnya aku tak faham. Mungkin sebab tak pernah baca buku dia kot. Tapi, apa yang aku kagum dengan teater ni adalah baju dia semua lawa-lawa... (well, perempuan...?) aku pun dah lupa siapa penaja baju tu. Tapi, selepas 30 minit berlalu, baru ada faham sikit. Pasal Abdullah, Nisbah, Fatimah,...sakit jugaklah bila berada dalam situasi macam tu.
Cerita dia dilakonkan pada zaman Pattani dulu. Latar tempat dia Pattani dan Madinah.
Latar masa dia mungkin zaman 40-50'an. Itu dari apa yang aku tengoklah.
Mesej yang dia nak sampaikan adalah elemen kesetiaan. Tak semua orang sanggup untuk setia...
Kebetulan masa tengok teater ni, hero Chowrasta iaitu Chem Amar tengok sekali. Maka ber-welfie-lah kami...?dan senior masa dalam kelab teater dulu pun berlakon dalam teater ni, tukarlah cerita berita semua tu, dan macam biasa bergambar dengan aktor kesukaan.
3- Setanggi Serapah by Anomalist ****
Dengar je teater dari Anomalist, cepat-cepat aku book tiket. Tak menyempat dah!? Memandangkan minggu tu aku ada kem, terpaksalah tengok tayangan tu pada hari pertama. Wow! memang hebat dan terbaik! Agak seram sikit, sebab masa tengok tu malam jumaat pulak, mahunya balik tu terbayang dan terngiang segala lagu...giler r...aku siap nak berdiri atas kerusi lagi..nak kata teruja tak teruja dia. Kemas dan cantik!
Akhir sekali mestilah bergambar dengan si hero...ngeh ngeh ngeh...Apa yang aku dapat dari cerita ni pulak, kalau nak orang setia, jangan sampai salah guna cara. Niat tak menghalalkan cara...
Ada satu teater yang aku terlepas tengok sebab dia buat kat Puncak Alam...memang susah sikitlah nak pergi kalau takde kenderaan sendiri. Iaitu Mandatori by Malice Movement. Wonder jugaklah cerita ni pasal apa...huhuhuhu
Teater loverkah aku? ?
Hurm...entahlah..tapi selagi ada teater yang ditayangkan disekitar kawasan aku dapat pergi, memang aku akan serbu...memang weh...lagi-lagi 1-4 Disember ni Anomalist ada buat Projek K(dengan nombor tiga kecik dibahagian atas)
So, kalau antara kalian ada yang teringin dan berminat tengok teater dari Anomalist ni, jangan lepaskan peluang untuk serbu teater yang akan datang ni. Aku? ada rezeki, insyaAllah aku pergi...
Berakhir sudahlah kisah teater untuk hari ini. Nak pergi tengok dengan aku? beres...takdak masalah...? gerak lu.. pape roger awal...okeh? .
Thanks for reading!
p/s: seronok pulak main emoji dalam blog ni since dia dah update...??
Hai there! Apa khabar kalian? Alhamdulillah baik-baik saja semuanya. Minggu lepas terlalu banyak perkara yang aku nak review...pertamanya ...
Teater oh Teater
- Rasa:Jiwa 3.0 by AKSES
- Krue-se (Faizal Tehrani) by Aksara Seni
- Setanggi Serapah by Anomalist
Cerita dia dilakonkan pada zaman Pattani dulu. Latar tempat dia Pattani dan Madinah. Latar masa dia mungkin zaman 40-50'an. Itu dari apa yang aku tengoklah. Mesej yang dia nak sampaikan adalah elemen kesetiaan. Tak semua orang sanggup untuk setia...
Apa yang aku dapat dari cerita ni pulak, kalau nak orang setia, jangan sampai salah guna cara. Niat tak menghalalkan cara...
Kepada kamu, terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku ^_^ Kamu yang sentiasa buat hariku ceria walau sebenar ia kelabu suram. Kamu yang se...
Cerita tentang kamu...
Kepada kamu, terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku ^_^
Kamu yang sentiasa buat hariku ceria walau sebenar ia kelabu suram.
Kamu yang sentiasa ada dikala aku bermuram durja.
Kamu yang tak pernah jemu walau aku meninggi suara.
Kamu, yang akan hadir saat aku tiada siapa.
Kamu itu bilangannya tidaklah ramai
Mungkin dua orang atau tiga,
Mungkin juga hanya satu
Di setiap tempat yang berbeza
Kamu tahu...
Yang tanpa kamu
Aku hanya sang bisu
Apa khabar kamu?
Apa khabar hatimu?
Apa khabar keluargamu?
Lama tidak bertemu
Moga semuanya sihat selalu
Kamu tahu...
Yang cerita tentang kamu tak pernah lekang dari buku
Ada saja mahu dicoret,
Ada saja mahu dicerita
Saksi saat ketiadaanku
Untuk tatapan kamu
Kamu itu orangnya baik,
Bijak dan cerdik usah dikira
Lebih pula petah bersuara
Bertuah mereka
Kamu,
Mungkin kamu sedang membaca
Berfikir siapa 'kamu' yang kucerita
Padahal 'kamu' tahukan,
Cerita ini untuk kamu
Tapi kamu ragu
Kerna aku jarang memberitahu
Yang aku sayang padamu
Jaga hati jaga iman
Tidak kira makmum atau imam
Kerna tiada jaminan
Untuk tetap beramal
Dari aku untuk kamu,
Malam ini suramnya tidak kelihatan,
kerna dilindungi sang hujan yang berpanjangan.
Bulan yang terang juga gagal dikesan,
walau direnung secanggih alatan

