Kepada kamu, terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku ^_^
Kamu yang sentiasa buat hariku ceria walau sebenar ia kelabu suram.
Kamu yang sentiasa ada dikala aku bermuram durja.
Kamu yang tak pernah jemu walau aku meninggi suara.
Kamu, yang akan hadir saat aku tiada siapa.
Kamu itu bilangannya tidaklah ramai
Mungkin dua orang atau tiga,
Mungkin juga hanya satu
Di setiap tempat yang berbeza
Kamu tahu...
Yang tanpa kamu
Aku hanya sang bisu
Apa khabar kamu?
Apa khabar hatimu?
Apa khabar keluargamu?
Lama tidak bertemu
Moga semuanya sihat selalu
Kamu tahu...
Yang cerita tentang kamu tak pernah lekang dari buku
Ada saja mahu dicoret,
Ada saja mahu dicerita
Saksi saat ketiadaanku
Untuk tatapan kamu
Kamu itu orangnya baik,
Bijak dan cerdik usah dikira
Lebih pula petah bersuara
Bertuah mereka
Kamu,
Mungkin kamu sedang membaca
Berfikir siapa 'kamu' yang kucerita
Padahal 'kamu' tahukan,
Cerita ini untuk kamu
Tapi kamu ragu
Kerna aku jarang memberitahu
Yang aku sayang padamu
Jaga hati jaga iman
Tidak kira makmum atau imam
Kerna tiada jaminan
Untuk tetap beramal
Dari aku untuk kamu,
Malam ini suramnya tidak kelihatan,
kerna dilindungi sang hujan yang berpanjangan.
Bulan yang terang juga gagal dikesan,
walau direnung secanggih alatan

pengubat hati di kala duka.. :')
BalasPadamKamu itu pastinya sukar dicari. Dan, jika ditemui hargailah si kamu itu. ;)
BalasPadamnice!...
BalasPadamKawan baik-baik sahaja =)
BalasPadamglad to know that! =)
BalasPadaminsyaAllah...saya amat menghargai kamu :D
BalasPadamthank you! :)
BalasPadamalhamdulillah. gembira mengetahuinya.. =)
BalasPadamdik.. padat !! KAMU yang kakak ade cuma 4 orang sahaja.. tapi kakak selesa.. kakak gembira.. hee~
BalasPadamalhamduillah! semoga berkekalan ya kakak! =)
BalasPadamKalau aku jumpa 'kamu' yang macam tu, aku takkan lepas. Hehehe
BalasPadamyup! susah nk lepaskan...tp 'kamu' yg satu itu masih belum bertemu lagi...
BalasPadamSemoga kamu bertemu 'kamu' yang didambakan.
BalasPadamSinggah dari segmen review blog Safirul Amar.
What a nice blog yang kamu ada :-)
amin!
BalasPadamterima kasih sudi singgah sini :D
Beruntungnya ada kamu...W
BalasPadamboleh jadi ianya kamu..^_^
BalasPadamsetiap orang ada 'kamu'. cuma kamu tidak perasan atau tidak tahu..
boleh jadi...