Cermin mata.Siapa pakai cermin mata mesti faham semua perasaan yang dilalui oleh setiap yang berkaca mata. Bila hujan, bila sejuk, bila ada wap, bila terpegang cermin dengan jari, dan macam-macam lagilah yang boleh menganggu penglihatan normal.
Kalau dulu boleh fikir orang yang pakai cermin mata ni semua bijak pandai, tapi bila sendiri pakai, kirim salam ajelah dengan istilah tu. Apa bijak tu disimpan oleh cermin mata ke? *sambil betulkan speck mata*

Siapa-siapa pun boleh bijak tanpa perlukan cermin mata sebenarnya. Asal pakai speck je doktor, asal pakai speck je bergaya, asal pakai speck je pandai, asal pakai speck je....dahlah sampai bila pun takkan habis.
Cermin mata.
Satu keperluan bukan kehendak. Keperluan kepada mereka yang rabun jauh, rabun dekat, silau...sebagai perlindungan kepada mata. Cermin mata tebal, power mata tinggi...cermin mata gelap, silau mata tinggi...cermin mata takde cermin...cucuk mata nak? kalau dah jadi trend tu, biar ajelah...asalkan dia tak ganggu sesiapa, sudah!
Apa sebenarnya aku nak cerita ni?
Oh, terlupa ...awalnya aku nak cerita pasal impian 2016 ni kena lebih besar dari speck mata.
Kenapa speck mata?
Sebab dari matalah kita boleh buat penilaian. Bukan judgemental ek...selagi mata masih berfungsi, dengan bantuan cermin mata, gunalah sebaiknya untuk teroka dunia dan alam dengan bijak. Alang-alang dah pakai speck mata macam orang bijak, tak salah kita berfikiran genius kan?

Cermin mata lagi....
Setiap dua tahun bertukar. Power pun macam tipu je...makin tukar, makin tinggi...asal tukar je, naiklah power tu. Nak-nak pulak kalau dulu pakai versi besi yang boleh karat telinga pakai...sekarang dah tukar ala-ala plastik. Tak perlu risau nak betulkan nose pads la, pad arms lah...semua dah terlekat rapi hanya pada speck. Mudah!

Dear cermin mata,
Terima kasih kerana membantu aku untuk menghadapi dunia dengan penuh jelas dan bergaya.
[perasan tak sudah!]
Kadang dengan cermin mata pun boleh mengajar kita melihat dunia dengan pelbagai presepsi.
Thanx for reading!