![]() |
| Doa keluar dan masuk tandas. (aku hafal doa ni masa jaga budak tadika dulu...hahahah) |
Hi there! Kenapa tandas? Percaya atau tidak privasi manusia ketika di tandas adalah 100% terjamin. *perhaps* Dan paling a...
Kenapa Tandas?
"ASSALAMUALAIKUM" Pernah tengok tak cerita Ostwind? Cerita tentang kuda yang bernama 'Ostwind'?? Ostwind ni maksud dalam B...
Penangan Ostwind!
"ASSALAMUALAIKUM"
Pernah tengok tak cerita Ostwind?
Cerita tentang kuda yang bernama 'Ostwind'??
Ostwind ni maksud dalam BI nya adalah 'Windstorm'. Cerita ni terbaiklah..patut dibuat koleksi dan jadi salah satu cerita yang tak akan di delete.
Cerita ni dulu pernah ditayangkan di Astro A-List. Masa tu setiap kali ulang, setiap kali tu jugaklah aku tengok. Tak jemu langsung!
| Poster Ostwind |
Cerita pasal 'ostwind' membuatkan aku rasa berbangga! hahahaha
Eh, lupa pulak nak bagitau yang cerita ni fully Germany..
(salah satu faktor aku 'jatuh cinta' dengan cerita ni..hehehehe)
Baru-baru ni 'Ostwind 2' dah ditayangkan. Tapi sayangnya tidak di Malaysia.
Huhuhuhuh...sayangnya. Bilalah nak dimainkan pulak, itu tak tau. Nak cari pun susah giler nak mati..
Habis segala soundtracknya aku download...dengar soundtrack pun boleh terkenang pastu sengih sorang...hahahaha
(Memang diakuilah orang German ni cantik and handsome belaka...)
Bilalah dapat pergi German?? *entah!*
Tak payah German, kuda pun tak pernah..hahaha
Wish sangat satu hari nanti dapat pergi sana...
Dan jerit kuat-kuat;
"GERMAN I'M COMING!!!"
(Amin...)
The horse is a mirror to your soul...
and sometimes you might not like what you see in the mirror."
-Buck Brannaman-
"ASSALAMUALAIKUM" Pernah tengok tak cerita Ostwind? Cerita tentang kuda yang bernama 'Ostwind'?? Ostwind ni ma...
Penangan Ostwind!
| Poster Ostwind |
"ASSALAMUALAIKUM" Jom meriahkan segmen saudara parihh sempena cuti sem yang sangat panjang... Klik banner untuk join! ...
Segmen Blowalking Cuti Semestar By Parihh
Assalamualaikum! Semalam, time belek-belek semua koleksi gambar lama-lama, tetiba terjumpa view senja ni. Dan teringat pada satu rumah '...
Rumah Sewa Pink!
Assalamualaikum!
Semalam, time belek-belek semua koleksi gambar lama-lama, tetiba terjumpa view senja ni. Dan teringat pada satu rumah 'sejuta kenangan';
Rumah Sewa Pink!
Gambar ni diambil time aku tinggal sensorang kat rumah tu. Semua orang balik kampung masing-masing. Hanya aku si perantau asing aje kat situ...untuk hilangkan rasa takut, aku hanya berpeluk pada besi tingkap je. sambil menghayati view senja...
Lupa pulak nak bagitau, 'Rumah Sewa Pink' ni adalah teduhan aku dari segala cuaca semasa belajar kat Kelantan dulu.
Wasehmen...satu-satunya view yang paling aku tak boleh lupa..hahahaha
konon nota jer lebih..memang tak boleh blah langsungkan? Tapi, alih-alih result takdelah gempak sangat! Tapi, syukurlah dapat jugak sambung U kan?
Baru aku perasan, aku tak pernah tangkap gambar rumah sewa ni dari luar...sebab apa ek? Oh! masa tu kan pakai handset cikai jer..memori pun kecik sangat..tak bleh nak simpan banyak gambar, lagu apatah lagi. Zaman yang aku masih pergi ke C.C semata-mata nak update lagu dengan blog!
Wah, rindunya! (aii...sejak bila pandai rindu-rindu ni?)
Rindu itu adalah, anugerah dari Allah....
Even time tu aku rasa sangat beban untuk habiskan semua, tapi bila throwback balik, banyak jugak memori yang tersimpan dan terpendam di situ. Yang banyak ajar aku betapa hidup ni tak boleh lepas dari bermasyarakat. Al-maklumlah daku ni bukan seorang yang reti bersosial...huhuhu
Untuk semua penghuni 'Rumah Sewa Pink' batch 2011 terima kasih atas segala memori yang korang tinggalkan...
Nori, Ika, Sarah, Amalina, Aisyah, Husna
Yana, Syieda, Ada, Mira, Tikah, Ayuni,
dan yang lain...(maaf dah nyanyuk tak berapa nak ingat dah nama semua...huhuhu)
Nanti kalau dapat reunion balik, jangan lupa ambil gambar ramai-ramai...
Maaf, saya takde koleksi gambar korang semua...
Miss U all!!
Wasehman! Kelas kau Yuha! Lepas baca novel terus pandai bermadah bagai yer? Ha ha ha...mana ada! Aku memang suka bermadah kata berulam bahas...
Cinta Pertama by Adiwarna
Wasehman! Kelas kau Yuha! Lepas baca novel terus pandai bermadah bagai yer?
Ha ha ha...mana ada! Aku memang suka bermadah kata berulam bahasa la..sejak azali lagi..
Aku bagi 6.5/10 bintang untuk buku ni. Tu pun dah kira tahap sengih 30 minit sensorang lepas baca. Overall sangat bestlah..berbaloi baca, dapat menambahkan dan mengukuhkan lagi bahasa Malaysia...
Apa yang bestnya tentang 'Cinta Pertama' ni?
Bagi aku bestlah, sebab orang yang tak pernah ada pengalaman tentang cinta-cinta cukuplah dengan membaca dah terasa macam...pergh! Peritnya...mungkin ada yang manis tapi terselit kepahitan ya di situ. Seperti yang di'mukunkan' oleh uncle Edward tadi...
"Kalau ku tahu peria itu pahit,
Takkan ku gulai dalam kuali,
Kalau ku tahu bercinta itu perit,
Takkan ku mahu bercinta lagi..."
And, disebabkan membaca dan melihat keperitan orang bercinta ni pahit bagi aku, so buat apa nak alaminya lagikan? Ianya seperti mencampakkan diri ke dalam lava berapi...sob sob sob.
Buku ni ada 44 buah cerpen yang ditulis oleh penulis adiwarna jemari seni sendiri. Semua best, khayalan, fantasi bergabung realiti penulis sangat berkesan dan berjaya buat aku terhanyut dalam dunia mereka. Indahnya membaca...
Pesan aku pada diri, jagalah hati dari mencintai sesuatu yang bukan milikmu...
(Still waiting Pyan huh?? the one that never exist!)






