Hiatus by Budak Tomato : Minyak & Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
I heart Ramadhan 1440H
Peluang
Endgame dan Hantu Kabel
Move On zillion time

Apa yang cuba disampaikan oleh penulis sebenarnya dalam buku Hiatus?

Review, buku,
Okay, aku beranggapan yang buku terbitan kali ini adaah sebuah fiksyen
Bila fiksyen, dia adalah rekaan. 
Bila rekaan, maksudnya ia hanya sebuah ilusi yang dicipta oleh penulis…(hopefully)
Itu yang aku harap. Agar buku ini bukanlah dari sebuah kisah benar yang terlalu sadis dan tragis. Tapi kebarangkalian untuk berlaku secara realitinya, ia bukanlah mustahil.
Bagi pendapat peribadi akulah, buku ni seolah membuka parut lama yang darahnya sudah terhenti. 
Ia seperti mengingatkan aku pada suatu zaman yang tak semua akan rasa bangga dengan apa yang telah dilakukan.
Seakan satu trend…yang ‘fasa itu’ semua orang ada. Sikit atau banyak, lama atau sekejap,…semua kita simpan dan lipat kemas dalam memori yang tak semua layak tahu. Sebab bila mereka tahu, presepsinya seakan menyerong. 
Buku itu telah buat aku bertanya pada ramai orang;
“Minyak dan air boleh bersatu ke?”
Ada yang jawab, boleh. Ada jawab tidak.
Boleh, sebab dia termasuk kategori psycopath. 
Blur kejap. Apa kaitan minyak, air dan psycopath? 
Dia ni lah kan….faham ke tidak soalan?
Boleh ke? Tanya aku lagi…
“Minyak dan air bergabung larutnya seperti bancuhan gula?”

Kadang itu ujian untuk dia. Mak kami pernah habaq, keistimewaan itu boleh jadi ia satu rahmat atau istidraj…Naudzubillah min dzalik!

####
Itu review aku terhadap buku Hiatus tulisan Budak Tomato.
Ayat dia masih menarik. Macam ada sedikit gaya Pingu Toha. Bila baca terasa sesat didunia tanpa sempadan masa…
Best ke tak?
Define ‘best’…😎
Tapi, aku cadangkan korang baca Esc. dulu baru baca buku ni. Sebab dari Esc. korang dapat tahu prosesnya. Proses perkembangan cerita…mungkin!
Tapi, aku setuju dengan pendapat Nina, yang Esc. tu lagi best dari Hiatus. πŸ™Œ
Sebab Hiatus dia bagi ‘rahsia’ untuk kita simpan terlalu besar. Sampai aku tak rasa lagi ia sebuah rahsia…
Kalau siapa yang dah khatam buku ni, aku rasa korang pun mesti banyak persoalan yang bermain di benak kan? Rasa macam speechless…kagum tapi dalam masa yang sama kecewa. Kecewa dan terkilan. Mungkin?
Tetiba aku ingat satu pesanan ni;

terimalah penyampaian daripada sesiapa sekalipun walau dia bukan alim ulama selagi perkara itu benar…bukan lihat pada si penyampainya, tapi lihat pada isi yang disampaikan…

Bila penghujung buku ni, aku terasa macam baca tulisan Ismi Fa Ismail pulak. Mungkin Ramlee Awang Murshid juga..
Kenapa aku cakap macam tu? Bacalah karya diorang, insyaAllah korang faham kenapa aku kasi review Hiatus diganding bersama Minyak dan air…
As an avid reader, aku bagi Hiatus 3.5/5
Dah, aku kena cuci otak dulu sebelum aku sambung ke bacaan yang seterusnya….
See ya when I see ya! Thanks for spending your precious time just to read “a-not-related” review.
p/s: what is rong with the blogspot exactly?? Nak balas komen pun tak dapat πŸ˜ž

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Hiatus by Budak Tomato : Minyak & Air”

  1. ESC –> HIATUS –> DETOUR
    tapi detour tu bukan budak tomato yang tulis. org lain…honestly, saya akan rate dia lagi rendah dari hiatus. huhuhuh

  2. hahahahahah….susah kan? saya nina, ambik masa berjam2 dok kerah otak, 'macam manalah aku nak kasi review buku ni' terlalu banyak persoalan dalam benak, yang rasanya sampai sekarang masih lagi tersekat dalam minda.

    kan? rahsia apa lagi kalau semuanya dah public?T_T

    hr tu saya tanya awam, air yang kita masuk time masak tu dia bergabung ke? pastu semua serentak jawab tak. ^_^!
    huhuhu

    but, tomato…i don't know lah…mungkin one in a trillion? maybe….

  3. kenak sik baca gik? alaaa…ajuh baca cepat. hehehehe
    makaseh! ^_^ review buku tok pun ambik masa berjam2…speechless katakan…hahahaha
    insyaAllah, masih dalam pembacaan gik kinek. Marathon 6 buah buku karya IFI. phew!

  4. Hahaha masih fikir panjang nak review Hiatus ni macam mana. Nak buat points macam biasa rasa macam akan bagi spoilers banyak sangat. Tapi agree sgt with you, rahsia yang diamanahkan terasa besar walaupun novel ni kiranya public la kan. T_T

    Minyak dan air macam tak bisa bergabung je? T_T

    Tapi ada je orang buat kuah dia tuang air dalam tumisan yang asasnya ada minyak kan? And it mixes well tu yang rasa sedap je makan? HAHAA entahlah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading