Home

April 16, 2014 / No comments

"AHMAD AMMAR AHMAD AZAM"

Assalamualaikum,

Entri kali ni aku nak berdiskusi pasal seorang tokoh yang mengagumkan dan mengetarkan jiwa ramai pemuda. Beliau adalah 
Ahmad Ammar Ahmad Azam
Sebelum berbicara tentang beliau, baiklah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk beliau...
Al-Fatihah.



"Sebuah kematian yang menghidupkan"

Itulah ayat yang paling aku rasa kagum. Ayat inilah yang berjaya meruntunkan sekeping hati aku yang dah lama mencari idola sezaman. Akhirnya muncul juga. Walaupun beliau sudah tiada, tapi semangat beliau tetap bersemarak dalam setiap pembaca. Walaupun aku sendiri pun tak kenal siapa beliau, tapi insiden pemergian beliau sangat hebat diperkatakan. Malah kisah hidup beliau terus menjadi suatu fenomena yang amat membanggakan sesiapa sahaja yang mengenali rapat dengan beliau. Sangat terharu ni...

Teringat tentang nukilan emak beliau tentang beliau dan nasihatnya;

"Seseorang yang pada pandangan kasar kita itu buruk, tidak mustahil boleh berubah jauh menjadi hamba Allah SWT yang jauh lebih baik daripada kita suatu hari nanti...maka haruslah kita bersangka baik dengan sesiapa sahaja."

Ammar juga disenaraikan sebagai seorang yang:
- sentiasa bersyukur dengan apa yang ada
- sifat belas ihsan
- tiada sekelumit pun perasaan dendam
- sentiasa tertib dan hormat dalam setiap butir bicara mahupun perlakuan
- memelihara perasaan orang lain.

Sapelah yang tak bangga mempunyai anak yang ulungnya bagai Uwais Al-Qarni dan semangat Sultan Muhammad Al-Fateh.

Dan selepas baca buku ni, aku baru tahu yang 29 Mei adalah tarikh sambutan sempena pembukaan Kota Constantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
Ish, ish, ish...teruknya aku. 

Ammar juga pernah berpesan kepada ayah beliau, 

"Abah, dunia ini untuk berjuang dan untuk penat, kita rehatlah bila mati nanti di syurga."

Terharunya...
Hati yang sedingin ais di greenland pun boleh cair selepas baca biografi beliau.


Benarlah, perancangan dan jadual Allah itu lebih kemas dan teratur jika di bandingkan dengan rangkaan plan kita. Sangat, sangat, sangat speechless.

Buku yang jika dibaca bergetar jiwa. menusuk kalbu. Terasa macam rohnya sedang memerhati setiap pembaca. Oh, indahnya caturan Ilahi.

Terima kasih Tuhan kerana telah menghantar Ammar sebagai batu loncatan dan pencetus ummah generasi muda yang kian alpa ini. Moga dirimu kekal dalam lubuk hati setiap insan yang inginkan perubahan. Termasuklah aku...sob sob sob...malu dengan diri sendiri.

Kalau korang nak tahu macamana 'soul' tu kenalah baca buku ni, sangat menyentuh perasaan. Kalau yang dah baca tu, marilah kita sama-sama melakukan transformasi secara istiqomah. Walau tak besar macam yang di buat oleh saudara Ammar ni, buatlah apa yang termampu. Mula dari diri sendiri, nawaitu perlu diperbetulkan supaya transformasi berkekalan. Insya Allah, aku pasti kita boleh. Amiin.
***THE END***


"Jika engkau mahukan teman,
cukuplah Allah sebagai teman.
JIka engkau mahukan musuh, 
cukuplah nafsu sebagai seteru.
Jika engkau mahukan hiburan,
cukuplah al-Quran sebagai bacaan.
Jika engkau mahukan nasihat,
cukuplah mati sebagai penasihat."
-Ahmad Ammar- 
Related Posts

No comments:

Post a Comment

Latest Posts

Facebook

    @Gallery