GIVEAWAY BUKU by budakvanilla

November 16, 2018

Kali terakhir aku join segmen, giveaway dan segala perkara yang berkaitan dengan penyertaan adalah pada 25 Ogos 2017. Dah hampir setahun aku tinggalkan arena tersebut. Hahahaha pasai? Pasai aku ada misi yang kononnya mahu tampil blog dengan gaya lebih professional gitu....

Maka, professional tak blog aku? Eh, celah pulak...

Salam November 17 Rabiul awal 1440H kepada kalian pembaca budiman yang masih setia menatap laman serba Oreo ini. Fokus post kali ini adalah untuk MEMENANGI HADIAH BUKU DARI BV!

Maka, dengan itu...bagi menjadi pemenang yang berpotensi di mata penganjur, aku akan jawab segala soalan yang dikemukakan oleh BV. 

 klik banner untuk join!
Klik banner untuk join!

Soalannya:- Macam mana boleh terjebak dengan buku?

Macam mana? 
Panjang sejarahnya. Jika aku tulis mahu berkajang kain dilipat bumi takkan habis. Tapi yang buat aku terjebak secara serius dengan dunia buku ini bila aku yang kecik dulu baca buku KBSR bagi subjek sains. Cayalah!

Then, dari situ aku pun tercari-cari buku yang seterusnya untuk dijadikan mangsa. Buku apa? Opkoslah komik Doraemon! Lepas tu majalah sains (uhukz skemanya aku...hahahaha).

Aku teringat zaman kecik dulu, komik Doraemon ni selalu jadi target umi. Umi kata Doraemon ni buat kitaorang jadi lagha. Ada satu hari tu, time kitaorang balik dari sekolah, tengok ada pembakaran besaran belakang rumah. 

Cuba teka benda apa yang dibakar?

Mahu tak menangis bhai!!! Doraemon!!!!! 
Lepas je api habis terbakar, kitaorang curi-curi pergi tapak pembakaran dan selamatkan mana-mana helaian yang selamat. Phew....adalah dalam dua ke tiga buah yang survive daripada seguni hitam sampah. Maka, selepas dari peristiwa itu, lubuk pembacaan kitaorang yang baru adalah dikaki bukit belakang rumah. Petang-petang je, kitaorang akan lepak kat belakang sambil main tanah. Adoyai! Nostalgic sungguhlah....😂😂😂

Aku start baca novel secara serius darjah enam. Novel pertama aku baca adalah 'Cinta Pertama' oleh Norhayati Berahim. Tapi kesayangan tetaplah novel 'Soalnya Hati' oleh Nurul Syahida.

Mungkin environment pembesaran aku dikelilingi oleh keluarga yang ulat buku, kaki buku dan mereka yang introvert, aku rasa menjadi salah seorang hantu buku itu awesome. Bila kita baca banyakkan, kita jadi makin pendiam. Dan kita tahu bila waktu paling sesuai untuk bersuara. Smapai aku rasa seolah hidup berzaman-zaman hasil dari pembacaan buku. Plus, buku meluaskan dunia imaginasi tanpa sempadan!

Fixi
Aku baru berjinak selepas dipromote oleh Igs@numigx. Dulu lambat jugak aku nak cerna penggunaan bahasa genre buku fixi. Sebab bagi aku dia terlalu pasar. Huhuhu...Dan aku pun tak tau macam mana aku terjebak dan jadi salah seorang peminat  fixi.

So, kepada semua peminat buku jom meriahkan Giveaway BV yang akan tamat pada 2 December 2018. Dan good luck!

6 comments

  1. wahhh lama betul tak join giveaway tuuu, BV pun sama :D
    sedihnyaaaa komik doraemon kena bakar T^T dulu selalu jugak baca doraemon pinjam ngan kawan XD BV zaman sekolah menengah baru baca novel cinta tebal2 tu sebab terjebak dengan cousin :3


    thanks sebab sudi join GIVEAWAY BUKU by budakvanilla!
    boleh semak senarai peserta kat -> budakvanilla.com/p/participants-giveaway-buku.html

    all the best and good luck ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're welcome and thank to you too sebab anjurkan segmen yang menarik! ^_^

      Delete
  2. Komik Doraemon tu dibakar? Alahai sayangnya. Good luck ye sofie

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal...sedih sangat T^T
      thank you! good luck too

      Delete

© SOFIE ADIE. Design by FCD.