Waktu menjadi saksi…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

I always told myself that 2017 going to be a rough year.

Why? My other self ask me back.

Because, you have to struggle a little bit harder than you ever did…

Kenapa?

Ditanya-tanya lagi…

Sebab, tak lama lagi 2020. Kau ingat Tun M sesaje je ke letak wawasan 2020 sebagai target? Aku dari kecik lagi dok tunggu je tahun 2020 tu.  Apalah transformasi diri yang berlaku waktu tu ek…

Masa kecik aku hitung waktu itu…aku ada 20 tahun untuk merealisasikannya. Tapi sekarang, aku hanya ada tiga tahun je…Makanya…aku kena push diri sendiri untuk selari dengan Wawasan 2020.

Habis TN50? 

Aku tak sanggup hitung lagi waktu itu. Mungkin time tu aku dah settle down dekat German ke an, sape tau…tak pun aku tengah tawaf Kaabah hari-hari…hari-hari. (Aamiin!)

Menjadi generasi 90’an…, TN50 agak lewat sudah untuk tunaikan impian. Yelah, 2050, umur dah 50, 60…itupun insyaAllah umur panjang. Sepatutnya, usia macam tu…at least empayar sudah serantau dunia. Walau tidak gah pada nama, tapi cukup buat generasi kita bangga.

Generasi yang tidak jadikan viral sebagai satu kebanggaan.

Generasi yang masih cinta pada buku untuk maju ke hadapan.

Generasi yang tidak tolak buku kerana disua sekeping gadget yang jika tidak punya jaringan jalur lebar lantas tidak bermakna.

Generasi yang cinta dan takutkan Tuhan.

Generasi yang berjiwa pejuang untuk menjadi Sultan Alfateh ke-dua.

Waktu kan menjadi saksi untuk semuanya. 

Perit rasanya untuk cerita perihal waktu ini. Selagi ia berputar, selaju itu juga emosi kita berubah. Dari detik ke saat hingga bertahun makannya masa itu…Tapi, adakah mentaliti kita bergerak sejajar dengan perubahan waktu itu?

2020.

Perlahan Generasi 90’an kan melangkah masuk ke fasa-3. Fasa dimana pergolakan hidup semakin deras dan berbolak balik. Semua sudutkan diuji. Sudah cukupkah pakej hidup yang kita pilih sekarang untuk menghadapi zaman itu? Kalian tahu jawapannya…

Tiga tahun lagi kawan. Tiga tahun itu tidak lama.

2012 pun sudah lima tahun berlalu…

Waktu kan menjadi saksi setia,

lahirnya sebuah legenda…

Kita berdaya untuk merancang yang terbaik demi masa hadapan, maka buatlah sebaiknya…walau kita tahu Tuhan sebaik-baik perancang.

Moga perancangan hidup kita dinaungi rahmat Tuhan.

Amin…

##

Jumpa kalian di puncak 2020!

Keep reading on

5 Stupid things I spent my money on

Obsesi terhadap menghabiskan duit ini memang agak bahaya. Bahaya dia boleh cecah tahap petala ke-18! …

Panas Otak!

Panas otak  Ia berlaku bila kita ada idea tapi takde ayat nak diluahkan. Boleh jadi …

Hiatus by Budak Tomato : Minyak & Air

“Apa yang cuba disampaikan oleh penulis sebenarnya dalam buku Hiatus?” Okay, aku beranggapan yang buku …

What happens when you change your blog platform?

Masuk bulan Julai ni, genaplah lima bulan aku tukar platform blogging daripada Blogger ke Nexbuilder. …

Cuti Raya di Mana???

“ASSALAMUALAIKUM”Cuti raya di mana??Of courselah kat Miri!Alhamdulillah, dengan selamatnya aku telah pun tiba di rumah …

Brand New Blog!

Mahu sebulan jugak aku menyepi dari radius blogging! Lesap pergi mana entah mood blogging. Jangankan …

Any thought?

0 thoughts on “Waktu menjadi saksi…”

  1. u're welcome nina! 🙂

    tak sangka kan dah tinggal tiga tahun…takutnya nak hadapi cabaran tu…
    diri sendiri pun masih belum cukup maju untuk lalui saat genting tu…

    #bestrong #2020 ^_^

  2. Sofieee thanks for this!

    Tersedak jugak dibuatnya bila baca 2020 hanya 3 tahun lagi. Dr. M memang pandangannya jauh ke depan, memang cantik apa yang beliau nak capaikan. Dan kalau tengok cabaran2 yg disenaraikan utk capai wawasan 2020 tu… nmpk jauh realiti dari impian. Semua 9 cabaran tu untuk membentuk masyarakat yg sekian sekian. Kat sini boleh nampak, negara tu takkan maju dengan sendirinya kalau rakyatnya tak bersatu padu and improve diri. T_T

    hanisamanina.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *