Nabil...dia bukan lelaki. Dia roomate masa aku semester satu diploma dulu. Orang Kedah. Tinggi lampai. Bijak. Budak sains.
Of course bila dia bukan lelaki nama dia automatik jadi Nabilah. Dengan 'H' di hujung.
Pagi tadi 16 Januari 2017, pukul 4 pagi, mak dia dikhabarkan telah dijemput Ilahi..Al-Fatihah...
Hari ini, 16 Januari pukul 2 petang, dia ada final exam. Paper third last. Dan ada lagi dua paper yang dia kena ambil sebelum officialy tamat final.
Dan...dari berita roomate aku yang seorang lagi, Alin...dia call Najla disebabkan phone Nabil rosak dan memberitahu bahawa paper yang dia sepatutnya ambil terpaksa dikorbankan...
Dan bayangkan pada dua paper lagi yang dia akan ambil...aku, aku speechless. Aku, tak dapat nak bagi sokongan fizikal kepada dia. Aku hanya mampu doa agar dia kuat dan tabah. Lagi-lagi musim 'perang' belum habis ni...
Sedih dowh!
Dulu masa part one, dia pernah menangis sebab fizik dan biologi...part one degree ni pulak dia menangis lagi...sebab mak dia. Emak...
Roomate part one diploma dulu, walau masing-masing tak selalu bertemu, tapi jujurlah aku cakap, dioranglah the best roomate. Aku, nabil, alin dan ain. Yeah, walau aku dengan ain macam anjing dan kucing...tapi dasarnya...aku suka perasaan bila duduk dengan diorang. (2082 in memoir)
Dan, bila tragedi ini berlaku, seolah jantung aku disayat bagi pihak nabil. Paper dia tak habis lagi, sudah diuji. Ujian dan berita yang acap kali aku cuba untuk tidak membayangkan ia berlaku..kun fayakun...
Tiada siapa dapat tukar jadualNya.
Berita ini pun aku dapat dari Suci. dan aku sampaikan pada Alin. Dan entry ini aku tujukan khas untuk Nabil khususnya..
Salam takziah kepada nabil sekeluarga atas kehilangan ibu, emak tercinta. Semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang bertaqwa dan dipermudahkan urusan beliau disana. Amin.
Nabil, aku tak dapat bayangkan kalau aku ditempat kau. Tapi, untuk waktu yang sedang sengit sebegini aku berharap agar kau tabah dan sentiasa panjangkan harapan kau pada Dia. Dia yang lebih tahu tentang haluan hidup kau. Sedih kehilangan itu memang sakit. Lebih lagi kehilangan yang tiada galang gantinya...
Mak kau pasti bangga punyai seorang anak seperti kau Nabil. Sayang beliau tak sempat melihat kau menyarung jubah konvo sebelum waktunya. Tuhan sayang dia...
Teruskan harapan mak kau nabil. Capailah hajat beliau walaupun setelah ketiadaannya..
2017, January 16.
Nabil, aku akan ingat tarikh ni...
UPDATE:- Nabil selamat mendirikan rumah tangga June 8, 2019. Tahniah Nabil!!!


nabilah ni yang mana????? sedihnyeeeee..aku x dpt byg kalau aku dkt tempat die T.T
BalasPadamal-fatihah :'( salam takziah. sikdpt kmk bayangkan mun kmk kat tempat nya :(
BalasPadamyang pakai speck dalam gambar tu..
BalasPadamaku lagilah xdpt byg dowh...wakil sedih untuk dia...huhuhu
T^T
amin amin amin...
BalasPadamsamalah kmk pun..sedih bah kan...moga nya tabah hadapi semua tok...
sedihnya T^T
BalasPadamAL-FATIHAH utk emak nabil. moga dia tabah. T^T
Cuba nasihatkan dia suruh berbincang dgn pihak universiti sebab sesetangah universiti ada prosedur untuk hal-hal emergency macam ni. At least jangan biarkan subjek tu ada GAGAL je laa. Boleh. Kalau kau nak tolong maybe boleh ke bahagian HEP dan tanya prosedurnya :)
BalasPadamsalam , moga kawan sofie tu baik baik saja, tabah . salam takziah dari yana
BalasPadaminnalillahiwainnailaihirajiun... seriously, bergenang air mata. tengah final exam. Allahu... :'(
BalasPadamAl fatihah. Takziah..
BalasPadamAlfatihah. Allahu..
BalasPadamNabil orang yg hebat sebabtu ujian dia pun hebat. InshaAllah terus kuat! :")
InsyaAllah dia akan terus tabah.
BalasPadamalhamdulillah dipermudahkan urusan dia.
BalasPadamsalam. amin amin.
BalasPadamkan? masa dapat tahu tu bergetar jugaklah hati....
BalasPadamalhamdulillah dia dah okay..
amin amin amin
BalasPadamhebatnya beliau. tabahlah nabil..
BalasPadam