Special entry to my friend, Nabil…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Nabil…dia bukan lelaki. Dia roomate masa aku semester satu diploma dulu. Orang Kedah. Tinggi lampai. Bijak. Budak sains.

Of course bila dia bukan lelaki nama dia automatik jadi Nabilah. Dengan ‘H’ di hujung.

Pagi tadi 16 Januari 2017, pukul 4 pagi, mak dia dikhabarkan telah dijemput Ilahi..Al-Fatihah…

Hari ini, 16 Januari pukul 2 petang, dia ada final exam. Paper third last. Dan ada lagi dua paper yang dia kena ambil sebelum officialy tamat final.

Dan…dari berita roomate aku yang seorang lagi, Alin…dia call Najla disebabkan phone Nabil rosak dan memberitahu bahawa paper yang dia sepatutnya ambil terpaksa dikorbankan…

Dan bayangkan pada dua paper lagi yang dia akan ambil…aku, aku speechless. Aku, tak dapat nak bagi sokongan fizikal kepada dia. Aku hanya mampu doa agar dia kuat dan tabah. Lagi-lagi musim ‘perang’ belum habis ni…

Sedih dowh!

Dulu masa part one, dia pernah menangis sebab fizik dan biologi…part one degree ni pulak dia menangis lagi…sebab mak dia. Emak…

Roomate part one diploma dulu, walau masing-masing tak selalu bertemu, tapi jujurlah aku cakap, dioranglah the best roomate. Aku, nabil, alin dan ain. Yeah, walau aku dengan ain macam anjing dan kucing…tapi dasarnya…aku suka perasaan bila duduk dengan diorang. (2082 in memoir)

Dan, bila tragedi ini berlaku, seolah jantung aku disayat bagi pihak nabil. Paper dia tak habis lagi, sudah diuji. Ujian dan berita yang acap kali aku cuba untuk tidak membayangkan ia berlaku..kun fayakun…

Tiada siapa dapat tukar jadualNya.

Berita ini pun aku dapat dari Suci. dan aku sampaikan pada Alin. Dan entry ini aku tujukan khas untuk Nabil khususnya..

Salam takziah kepada nabil sekeluarga atas kehilangan ibu, emak tercinta. Semoga beliau ditempatkan dalam golongan orang bertaqwa dan dipermudahkan urusan beliau disana. Amin.

Nabil, aku tak dapat bayangkan kalau aku ditempat kau. Tapi, untuk waktu yang sedang sengit sebegini aku berharap agar kau tabah dan sentiasa panjangkan harapan kau pada Dia. Dia yang lebih tahu tentang haluan hidup kau. Sedih kehilangan itu memang sakit. Lebih lagi kehilangan yang tiada galang gantinya…

Mak kau pasti bangga punyai seorang anak seperti kau Nabil. Sayang beliau tak sempat melihat kau menyarung jubah konvo sebelum waktunya. Tuhan sayang dia…

Teruskan harapan mak kau nabil. Capailah hajat beliau walaupun setelah ketiadaannya..

2017, January 16.

Nabil, aku akan ingat tarikh ni…

UPDATE:- Nabil selamat mendirikan rumah tangga June 8, 2019. Tahniah Nabil!!!

roomate, 2082

Keep reading on

Mencarik Rindu…

Kerja gila. 1. Untuk pertama kali bawa kereta auto, aku sendirian merempuh highway. Berpandukan google maps, syukur …

Ceritera Ramadhan…

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua!  Sebelum memulakan entri dengan lebih lanjut, bersamalah kita menghadiahkan Al-Fatihah …

Hey 2017, it’s time to Sayonara

Ada orang cakap 2017 will teach us to be strong. Dan ianya amat benar. So, …

Lan Berambeh Anak Sarawak 2015

“ASSALAMUALAIKUM”Pa kabar tak oghang semua? Alhamdulillah ada juak aktiviti berpekdah dapat dijoin cuti sem kedak …

Hiatus by Budak Tomato : Minyak & Air

“Apa yang cuba disampaikan oleh penulis sebenarnya dalam buku Hiatus?” Okay, aku beranggapan yang buku …

“Jodoh Itu Milik Kita?”

Memandangkan cuti sem masih lagi berbaki 8 minggu sebelum masuk ke sem yang seterusnya, maka …

Any thought?

0 thoughts on “Special entry to my friend, Nabil…”

  1. Cuba nasihatkan dia suruh berbincang dgn pihak universiti sebab sesetangah universiti ada prosedur untuk hal-hal emergency macam ni. At least jangan biarkan subjek tu ada GAGAL je laa. Boleh. Kalau kau nak tolong maybe boleh ke bahagian HEP dan tanya prosedurnya 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *