Cerita tentang kamu…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Kepada kamu, terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku ^_^

Kamu yang sentiasa buat hariku ceria walau sebenar ia kelabu suram.

Kamu yang sentiasa ada dikala aku bermuram durja.

Kamu yang tak pernah jemu walau aku meninggi suara.

Kamu, yang akan hadir saat aku tiada siapa.

Kamu itu bilangannya tidaklah ramai

Mungkin dua orang atau tiga,

Mungkin juga hanya satu

Di setiap tempat yang berbeza

Kamu tahu…

Yang tanpa kamu

Aku hanya sang bisu

Apa khabar kamu?

Apa khabar hatimu?

Apa khabar keluargamu?

Lama tidak bertemu

Moga semuanya sihat selalu

Kamu tahu…

Yang cerita tentang kamu tak pernah lekang dari buku

Ada saja mahu dicoret,

Ada saja mahu dicerita

Saksi saat ketiadaanku

Untuk tatapan kamu

Kamu itu orangnya baik,

Bijak dan cerdik usah dikira

Lebih pula petah bersuara

Bertuah mereka

Kamu,

Mungkin kamu sedang membaca

Berfikir siapa ‘kamu’ yang kucerita

Padahal ‘kamu’ tahukan,

Cerita ini untuk kamu

Tapi kamu ragu

Kerna aku jarang memberitahu

Yang aku sayang padamu

Jaga hati jaga iman

Tidak kira makmum atau imam

Kerna tiada jaminan

Untuk tetap beramal

Dari aku untuk kamu,

Malam ini suramnya tidak kelihatan,ย 

kerna dilindungi sang hujan yang berpanjangan.ย 

Bulan yang terang juga gagal dikesan,

walau direnung secanggih alatan

Keep reading on

News for my readers…

Salam sejahtera ke atas kalian semua and Holla there! Korang apa khabar? Lama tak borak-borak …

Lone Survivor

“ASSALAMUALAIKUM”Cerita hari tu… Mark wahlberg!!!!Cerita dia memang buat aku rasa bersemangat, terharu…Start je cerita terus …

JPJ Story from Miri

Alhamdulillah tamat sudah sesi belajar memandu aku tepat pukul 12:50 tadi. Syukur sangat ditemani hujan …

Raya, raya dan raya lagi-lagi raya tak habis raya……

“ASSALAMUALAIKUM”Kalau semua orang sedang bersupu-supu upload gambar raya keluarga, aku pun nak sibuk upload gambar …

QITMIR!

Qitmir! Dia senyap. Ekornya tidak berkutik seperti tadi. Setelah aku lalu, baru dia berlarian seperti …

The Other Side of Open House…

Holla there! How your normal life going? Adakah menarik seperti majlis pembukaan SUKMA di Kuching …

Any thought?

0 thoughts on “Cerita tentang kamu…”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *