Latest Posts

First of all aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada MYTONA kerana mencipta game yang sangat addictive dan cute iaitu Cooking Diary...

First of all aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada MYTONA kerana mencipta game yang sangat addictive dan cute iaitu Cooking Diary!

Aku start main game ni masa bulan April hari tu. Dan sekarang dah Jun. Kiranya dah masuk tiga bulan aku main game ni.

Biasanya, bila nak download sesuatu game atau apps tu, aku akan tengok pada review, either dia Editor Choice's atau rate yang lebih dari 4.5 star. Then, kalau bagus, aku akan cuba download, buka dan explore. Kalau dalam masa lima saat aku dah rasa hampeh, automatik aku akan uninstall apps/games tu.

Apa yang lagi menariknya, Cooking Diary telah berjaya memenangi 'People's Voice Award' dalam The Webby Awards tempoh hari. Akulah antara manusia yang mempengaruhi semua adik beradik aku untuk main game tu secara aktif. Siap letak rule lagi. Siapa tak online dalam masa sehari, akan di 'kick-out' dari guild kitaorang. heheheheh

Maklumlah, nak buat Guild tu perlukan 10 gems kot! Gem dia dahlah bapak segala mahal kau!

Sebelum aku start addict dengan game ni, aku ada jugak install 'MyCafe' dengan 'Cooking Madness'.



Then, lepas seminggu dua main tu, aku naik fedup main My Cafe tu, sebab sikit-sikit dia mintak duit. Kalau kita tak beli, kita tak boleh naik level dan akan stuck forever dekat situ. Dengan pelbagai limitation!

Yang Cooking Madness tu pulak, ergh...dahlah takde langsung bagi 'life/energy' free. Pastu, journey dia tu tak berapa memuaskan sebab belum lagi penuhkan tiga star dia dah suruh kita move ke level seterusnya. What??? Aku pulak jenis pemain yang suka penuhkan setiap star sebelum naik level atau buka 'cafe' yang seterusnya. It's killing me bila tahu star tu tak dipenuhkan. Ergh! It's so wrong!

Masa main My Cafe tu, adalah jugak aku terbeli gems dia. Habislah 50 camtu. Geram betul! Pastu, menyesal sebab memang untuk naik level kita kena spent duit betul. Then, aku rasa macam wasted gila. Selamat uninstall.

Sekarang, tinggallah Cooking Diary saja.

Selepas study sikit latar belakang developer game ni, maka lagilah aku setia pada game ni. Kalau dulu, kitaorang gila dengan 'Sim Freeplay' dan jugak 'Township'. Sebelum pada tu 'Candy Crush', 'Farm Saga' dan aku sorang je yang addict main game 'Sim City'. Pastu, since iPad dah rosak, semua game tu aku dah tak main sebab tak puas main dekat skrin kecik.

Latar belakang Cooking Diary:



FACTS


Developer: MyTona

Release date: soft launch - October 4, 2017. Global release - August 8, 2018.

Platforms: iOSAndroidAmazonWindows

ABOUT THE DEVELOPER


MyTona is a mobile game developer and publisher, that is one of the biggest IT companies in Russia and the CIS. The company's network is extensive: games are created in Yakutsk, Ivanovo, Saint Petersburg, Vladivostok, Singapore, and New Zealand.

Today, MyTona successfully competes with global developers of free-to-play mobile games. The projects the company has developed are on the lists of top-grossing games in the markets of the US, Russia, Western Europe, and many other countries. MyTona currently has 3 games published: Seekers Notes, Ravenhill, and Cooking Diary.

Its flagship game, Seekers Notes, is an acclaimed hit in the hidden object genre. Cooking Diary, a cooking time management game, is a winner of the People's Choice Award category in one of the most prestigious awards in the gaming industry—the 15th International Mobile Gaming Awards Global.

But the company has no plans to stop there: MyTona recently soft-launched a mystical match-3 game, Riddleside: Fading Legacy, and a hardcore game, Manastorm: Arena of Legends.

Ni pulak character yang menghidupkan game ni:




////

Aku tak tau kenapa aku prefer dengan Russian punya teknologi, software dan idea. Mungkin sebab dia tak hype dan too much 'sampah' kot. Papehal, aku salute lah pada team diorang sebab buat character dalam game tu macam real gila. Vivian, Johnny, Grandpa, Creighton dan lain-lain.

Aku dah lupa nak bebel pasal apa lagi berkaitan game ni. Korang memang terbaik. Tolonglah hargai pemain setia macam aku ni. Aku dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada episod seterusnya. Cukuplah rapuan pasal game ni dulu. Banyak lagi challenge dia yang kena dihabiskan sebelum masa tamat.

Kotlah korang pun pemain setia Cooking Diary, let's burn!!!

Kalau korang tak pernah dengar nama game ni, well you should bebeh. Korang boleh lah search Cooking Diary dekat Google Playstore/Apple Store korang. Kalau nak usha apa tu Cooking Diary secara detail, korang stalklah sini:

Website: https://cookingdiary.game/


Instagram: @cookingdiary_official


Facebook: @cookingdiaryMYTONA


Youtube: Cooking Diary


Twitter: @cookingdiary


////

Papehal roger!

Perihal dua benda yang menjadi asas awal dunia memasak. Boleh jadi ianya adalah bahan utama dalam menghasilkan sesuatu santapan yang menyele...

Perihal dua benda yang menjadi asas awal dunia memasak. Boleh jadi ianya adalah bahan utama dalam menghasilkan sesuatu santapan yang menyelerakan.

Ada air, hauskan hilang.

Ada tepung, perutkan berhenti bergendang.

Itu dia cerita air dan tepung di hari Jumaat yang penuh santai.

Ada berita, kita baca seperti air yang mengalir. Ada cerita kita adukkan bersama dengan tepung untuk dijadikan pengalas perut.

Tapi, tak semua cerita serta berita itu layak dikemam hingga keluar dari usus.

Setengahnya kita hanya patut rasa sedikit, dan muntahkan ia semula.

Kerana boleh jadi ia adalah suatu toksik yang bakal memudaratkan kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Air itu dibancuh sama gula agar berperisa. Ada juga yang ditambah lemon, agar menjadi detox pada kesegaran tubuh.

Masam, manis, masin, pahit, tawar, payau- itu semua rasa yang kita harus telan.

Air digaul sama tepung kan menghasil suatu sebatian yang utuh. Kita punya hak untuk menjadikan adunan itu likat mahupun rapuh.

Terpulang.....

Pada kita, manusia yang punya pancaindera yang lima.

Terpulang....

Kerna kita punya hak untuk bersuara dan memilih hidup yang kita damba.

Manusia boleh hidup tanpa tepung dalam masa 21 hari. Namun tanpa air, manusia kan rapuh dalam masa tiga, empat hari....

Air itu hidup.

Sebuah kehidupan bagi penubuhan tamadun.

Jernihkan air itu sebelum disalur mentah melalui esofagus...

Kerna mencegah lebih baik dari merawat.

Semalam dengar cerita keputusan UPU dah keluar. Dan macam biasa, bila keywords ' Geomatik ' ditaip, secara automatik blog ni akan me...

Semalam dengar cerita keputusan UPU dah keluar. Dan macam biasa, bila keywords 'Geomatik' ditaip, secara automatik blog ni akan mencelah di laman carian Google.

Well, sebagai ex-geomatician, aku rasa bertuah sebab update life series masa tempoh belajar dulu. Walaupun secara jujurnya masa tu hidup agak serabut dengan LP, dengan pelbagai report lagi. Tak ditambah lagi dengan lambakan assignment yang selalu datang tetiba.

Tapi tiada siapa jangka yang tahun 2020 akan menjadi satu tahun 'puasa' untuk plebagai aktiviti, Hampir semua jenis industri turut terkena tempias akibat penangan pandemik ni. Termasuklah industri geomatik sendiri.

Bercakap dari sudut pemerhati, aku sendiri pun hilang kerja selepas seminggu pengumuman pandemik ini dikuat kuasakan di Malaysia. Nasib baik bidang kerja tu bukan dalam dunia yang berkaitan dengan benda yang aku belajar. So, bagi aku masih ada peluang untuk mengadaptasikan perkara yang aku belajar secara meluas walaupun bekerja secara solo.

Jadi, untuk adik-adik yang berjaya menyambung pengajian dalam jurusan Geomatik mesti korang tertanya samada relevan ataau tak untuk belajar geomatik selepas fasa COVID-19 ni.

Kalau korang perasan, masa fasa ni, kita didedahkan dengan pelbagai peta berkaitan dengan status kes COVID-19. Termasuklah peta thematic atau dalam bahasa omputihnya 'Thematic Maps'.

Berikut adalah salah satu contoh bagi Thematic Maps sepanjang fasa pandemik ini berlangsung.

COVID-19 THEMATIC MAPS EXAMPLE

Apa itu Thematic Maps?


Secara ringkasnya thematic maps adalah suatu peta yang fokus pada tema atau bidang subjek yang tertentu. (Sumber wiki)

Pembikinan thematic maps ada dalam silibus pengajian Geomatik dibawah subjek Carthography. Kalau masa batch diploma 2013 dulu, kitaorang belajar subjek ni masa semester 4 (Geomatik semester 4).

Bestnya masa belajar subjek ni adalah semua berkaitan dengan gambar, warna, dan juga penggunaan software yang canggih seperti ERDAS dan ArcGIS. Setiap pelajar geomatik wajib memiliki software ni untuk menguasai kemahiran pembuatan peta.

Semakin kerap kita praktis dan buat latihan dengan software-software ni tadi, makin mahirlah kita. Sebab ianya agak tricky dan sangat complicated kalau kita tak familiar dengan terms yang diguna pakai dalam software ni.

Kebanyakkan assignment bagi subjek Carthography adalah berkaitan dengan maps. Samada secara berkumpulan atau solo tu terpulang pada barisan pengajar.

Selain daripada tu jugak, cabaran bagi persaingan dunia geomatik pada masa sekarang masih lagi ditahap yang tidak terlalu crowded dan masih difasa baru di Malaysia. Dia bukan suatu bidang yang terlalu popular seperti Doktor tapi sangat diperlukan dalam menjamin kelestarian pembangunan dunia modenisasi.

Jadinya, jawapan bagi persoalan relevankah geomatik selepas COVID-19?


Well, of course, it still relevant!

Kalau boleh sambunglah belajar sampai korang boleh hasilkan data seperti data-data yang dipamerkan pada masyarakat awam dalam menyampaikan kesedaran penyampaian statistik mengenai pandemik ni.

///

Dulu aku pernah up satu isu ni. Kalau nak tahu samada kos yang kita belajar itu akan membantu saat perang, maka ia berbaloi untuk dipelajari walau mengambil masa berapa lama sekalipun sebab ia membantu menimbulkan kesedaran kepada masyarakat awam.

Sebagai salah seorang pakar dalam bidang professional pada masa akan datang, ianya terpulang pada kita untuk menterjemahkan sesuatu ilmu kepada suatu bentuk yang boleh memberi faedah.

Tak kiralah bidang apa yang kita ceburi, semoga kita semua bersedia dengan apa jua kemungkinan serta diberi ketabahan dalam mengharungi cabaran yang akan datang.

Untuk adik-adik yang bakal menyambung pengajian, janganlah putus asa bila terpaksa menjadi salah satu titik dalam 'Lost Generation'.
Every cloud has its silver lining but it is sometimes a little difficult to get it to the mint  - Don Marquis

Salam sejahtera dan salam syawal yang ke-11. Amacam raya korang? Meriah ke? Aku? Raya? Well, sejak dari dulu lagi aku dan raya tak pernah n...

Salam sejahtera dan salam syawal yang ke-11.

Amacam raya korang? Meriah ke?

Aku? Raya? Well, sejak dari dulu lagi aku dan raya tak pernah ngam. Asal raya je, aku lebih suka duduk di rumah, makan kuih muih, kek dan juadah raya sambil layan skrin nan empat. Aku lebih prefer pagi raya didedikasikan untuk indoor activities. Dan bila saja tahun ini seolah bersutuju raya hanya disambut sekadar meraikan Syawal seadanya saja, akulah manusia paling gembira tak terkata! Inilah syawal impian seorang sofie!

Thanks to The Universe for this beautiful gesture. I always remember 2020 as the best year to celebrate Raya ever!

So, selepas genap 40 hari melayan nikmat kemalasan dan menghargai dunia tanpa sebarang interaksi social media, aku kembali lagi dengan rapuan yang mungkin takdelah manfaat sangat untuk korang. Sekadar nak panaskan enjin sebelum meneroka galaksi bima sakti.

Dalam masa 40 hari, aku telah berjaya:-



  1. Menghabiskan series 'Agent Carter'

  2. Marathon 6 season 'Agents of S.H.I.E.L.D' sebelum season finale dorang yang baru saja bersiaran hujung Mei lalu

  3. Sambil tu recap balik semua movie MCU yang 24 sebagai selingan

  4. Marathon 'Young Sheldon'

  5. Mulakan series baru berkisar sejarah Rom dengan 'Roman Empire' dan 'Ertugrul Resurrection'

  6. Memahami prinsip dunia gay dengan sitcom series 'Will&Grace'

  7. Mengungguli Culinary Tournament dalam 'Cooking Diary' sebagai Cosmic Chef

  8. Mendapat anugerah Silver Tubo-Chef dalam Culinary Bulletin competition

  9. Tolong Adam buat kek dalam Sugar Rush

  10. Khatam dua buku Seth Godin dan halfway habiskan satu buku Narcissist


Ni kalau masa sibuk kerja mana sempat nak menghargai nikmat memenangi pelbagai anugerah sebab main game. hahahahaha

Plus, kau pun terhindar dari doktrin-doktrin yang aku pun dah keliru apa yang terjadi dengan dunia hari ini. We are all living in the movies. Jadi, sepanjang tempoh 40 hari aku buat keputusan instead of jadi watak movies atau novel, aku pilih untuk terjun ke dunia series. Berjela-jela episodnya dan way too much exciting than movies.

Selain daripada tu, aku rasa aku just bersihkan otak dan minda dengan living the emptiness. Dan so far so great. Tak perlu sibuk kejar itu ini. Tak perlu nak stress over something yang buat kau rasa macam the-heck-do-I ever-care-about-that.

Walaupun tempoh ni jugak aku rasa macam nak hantuk kepala dekat dinding sebab kebodohan pelbagai memori yang aku sendiri rasa macam, pebendelah-yang-kau-terlalu-cerdik-sangat-dulu???? Yang akan berakhir dengan statement, "Argh, I just hate myself!" serta "Dahlah, aku malas nak socialize dah lepas ni...malas nak kenal orang dah..."

Pastu kawan lama cakap, 'Kalau kau berhenti kenal orang baru, macam mana kau nak belajar?"

Angkat bahu.

Mungkin, bila usia kau dah berada di era late 20's, kau dah tak rasa macam nak serabutkan hidup untuk rapat dengan orang baru. Bagi kau, orang baru cukup sekadar di zone hadapan Hijab Wakanda atau kata lainnya stay as stranger as you were.

Pheww!

Well, dalam majalah sekolah MAIP dulu aku pernah hantar karya pasal MALAS. Kalau korang pelajar MAIP SPM 2012, korang boleh semak majalah tu ada tulisan pasal 'Bila MALAS berbicara'. Kalau ada rezeki balik Miri, aku bolehlah re-published balik antara tulisan rapuan aku tu dekat sini. Okaylah ada dua karya aku dalam majalah sekolah. Itu pun bagi aku suatu pencapaian yang membanggakan.

Dah-dahlah tu nak kejar materialism ni. Aku pun tak rasa nak jadi komuniti yang dulu aku pernah impi. Bila hidup off-grid lagi mewah, kau dah tak rasa dah pentingnya dunia soc-med. Propaganda Gen-Z semua tu. hahahaha

Rite! Aku pun dah lama sangat tak upload new episode on merapuness dalam Podcast Orang. Till inspiration hit, aku akan upload lah rapuan tu. Oh ye, first thing first, aku perlu polish balik cara bercakap. Rasa macam dah berkurun tak bercakap. Boleh habis vocab aku.

Papehal aku roger balik (kalau nikmat malas dah habis atau aku dapat booster rajin). Since I'm not a fan of kerajiness, aku tak rasa nak brainstorming buat jangka masa ni. Pepandailah universe datang kasi ilham nanti. Pun boleh!

Salam Syawal 1441H! Maaf zahr batin untuk semua!!!!!!!!!

Alhamdulillah masih dipertemukan dengan Ramadhan Kareem 1441H. Tahniah kepada kita semua sebab diberi peluang untuk bertemu bulan yang penuh...

Alhamdulillah masih dipertemukan dengan Ramadhan Kareem 1441H. Tahniah kepada kita semua sebab diberi peluang untuk bertemu bulan yang penuh barakah ini.

So, amacam first day puasa dizaman pandemik? Seronok tak?

Hahaha apa jenis soalan la kau tanya tu. Kalau ikut puasa solo, sendiri, sadis, sepi macam ni...ni merupakan tahun ketiga aku puasa macam ni. Huhuhuhu...nasib baik ada pengalaman puasa sendu sorang. So, tadaklah sedih, koyak mana jiwa ni kan.

Banyak cerita nak update sebenarnya. Tapi, bagilah aku marathon series kasi cuci otak tepu ni dulu.

Nak bagitau jugak dekat korang, yang aku dah ada penambahan pada beberapa page untuk luaskan lagi legasi blog ni. (Kalau korang perasanlah..)

Tapi, cerita penuh tu aku dedikasikan rasmi pada post akan datang. Aku pun tadaklah rajin mana nak hadap komputer 4812namblas jam setahun. Ada masa tu, aku pun ambik masa shut-down dunia maya ni. Penat!

Penat nak kejar semua dah. Hahahaha....so, normallah kalau korang tengok, kejap aku meriah kejap aku suram. Itu memang pesen aku dah. Papehal aku banyak benda tertangguh jugak. Tak sangka ada jugak orang berminat nak contribute karya dekat laman nak merapu ni.

Aku ucapakan terima kasih buat Aiman Chong sebab bersemangat betul menyumbangkan hasil tulisan beliau (yang sepatutnya aku post sebelum ramadhan tiba..) Papehal, aku cuba konsisten.

Mana yang rajin teroka lama maya aku ni, sambil pusing-pusing jenjalan tu, kalau korang peminat podcast dan terasa nak contribute idea dekat podcast season akan datang, aku amat alu-alukan. (macam biasa cerita penuh, aku explain post rasmi dia...)

Itu saja short life update dari marhaen Midgard.

Salam Ramadhan!

Berita paling teruja bilaman kau dah bebas!!! Walaupun kita masih lagi dalam fasa PKP menghapus Covid-19 hingga sifar, tapi itu bukanlah men...


Berita paling teruja bilaman kau dah bebas!!! Walaupun kita masih lagi dalam fasa PKP menghapus Covid-19 hingga sifar, tapi itu bukanlah menjadi halangan untuk aku berjiwa bebas dan terusan bermimpi di siang hari.





Paling gembira sekali impian nak mendesign dan mempunyai authority 87% dalam blog ni sudah pun menjadi kenyataan. Amboi kau kemain nak menulis macam editor majalah ye? Takdelah, aku tengah mood teruja nak explore dan menggunakan sebaik mungkin kenikmatan blog menggunakan wordpress ni. Kasilah aku can untuk hari ni.





Oh ya, ini adalah post percubaan aku taip menggunakan writing block instead of classic. Awesome giler weh! Tak terkata awesomenya. Kalau siapa pernah guna Square Space, writing block Wordpress ni dia macam ada feel macam Square Space jugak.





Dulu masa awal kenal dunia blog, aku pernah guna wordpress.com. Masa tu adalah satu blog merapu dengan tajuk ambivertlife.wordpress.com. Lame giler nama blog. Huhuhu





Betul ke best guna Wordpress?





Ada ramai blogger yang dah memilih jalan untuk self-hosted. Dan sebelum mereka berhijrah, persoalan seperti best ke blog guna wordpress? Kenapa memilih untuk berhijrah? Dan apa kelebihan menggunakan Wordpress sebenarnya?





Kalau korang Google, lambakan carian akan keluar pasal ni. Cuma yang menjadikan dia best adalah bila kita pilih untuk ambil risiko dengan cuba berhijrah daripada blogger ke Wordpress. Penghijrahan ni bukanlah suatu perkara murah. Bahkan aku sendiri dah melabur lebih kurang 300 untuk pastikan blog ni stabil dengan jayanya.





Penghijrahan ni bukanlah suatu perkara murah.





Sebenarnya panjang lagi aku nak explain, tapi cukuplah dulu short-update nih. Aku pun tak tidur lagi hari ni. Korang nantikan perkongsian yang lebih menarik tentang keseronokan blog guna Wordpress!





Adios!