Latest Posts

Dalam hidup kita selalu dihadap pelbagai pilihan. Bila tiada pilihan, kita merungut kata tiada versatil. Itu mukaddimah yang kita selalu den...

Dalam hidup kita selalu dihadap pelbagai pilihan. Bila tiada pilihan, kita merungut kata tiada versatil.

Itu mukaddimah yang kita selalu dengar, baca dan tonton. Kadang kita rasa ia sangatlah berkait dengan kehidupan yang kita lalui. Sampai kita lupa sebenarnya jalan kita dan sesiapa saja yang berhujah itu tak pernah sama. Mungkin jalan mereka bercabang, jalan kita pula hanya ada satu lorong. Tapi panjangnya, tidaklah ketahuan. Beza!

Jadi, betul ke jalan yang kita pilih inikan membawa ke destinasi idaman?
Tanya diri. Semak diari lama. Selaraskan cerita yang direka dengan realiti yang dicipta?
Aku pun sukar untuk menentukan mana satu idaman dan mana satu jadi sempadan untuk aku bergerak ke hadapan. Sukar!

Betul ke?

Kalau kita ikut saja arus kehidupan tanpa sebarang tentangan angin, hidup inikan berakhir dengan indah?
Aku diam berteleku.
Soalan si anak muda itu, aku jawab dengan bisu.

Teringat zaman mudanya dahulu.
Suka benar mencari idea untuk dihujah dan disoal. Mencari identiti kata buku remaja. Jangankan anak muda itu, aku sendiri pun masih tertanya; Betulkah ini hidup yang aku harus jalani?

Termangu. Kalam dikulum kehalkum dalam.

"Bila kita asyik berfikir dengan persoalan betul dan salah, kita akan menjadi takut untuk memulakan langkah. Hidup ini, kuasa pertama yang memajukan kamu adalah MULA. Tidak kira ia betul atau salah janji kamu MULA bergerak, MULA melangkah, MULA merencana dan MULA ambil tindakan. Bila kamu sudah ada permulaan, kamu akan nampak strategi permainan.

Jika takut kalah jangan sesekali undur kebelakang seperti askar yang tiada pedoman. Tapi sandarkan keyakinan kamu pada 'kenapa kamu memilih medan itu dari awalnya'. Jika jawapan itu tidak kamu jumpa, nyatalah kekalahan itu guru terbesar yang kamu harus terima. Dan, dari situ kamu akan membuka jawapan baru untuk memulakan langkah yang seterusnya...."
life, train

Betul ke?

'Apa yang betul?' unjuk dia surat lama dari celahan buku yang dipinjam di perpustakaan tempoh hari.
'Entah. Ini semua kuasa minda. The power of mind kata orang putih. Apa yang difikir itu ada kata RAM. Ikut pada apa yang kau percaya...terpulang!'

Surat lama itu ditenung dan ditatap seolah punya azimat yang dia perlu gilap sebagai tangkal dirinya agar kuat semangat untuk tempuhi hidup kearah 2020.

"Kenapa kau janji kau pula tak tepati?" masa lalunya mempertikaikan gerakannya yang sekarang.
"Aku punya waktu tidak sepadan dengan caramu." jawabnya membela diri.

Betul ke?
Tapi, kenapa perlu berjanji jika tak mampu.
Dia diam.

Ada masa dia tidak kisah pada isu betul atau salah. Ada masanya pula dia terlalu menitik beratkan pada timbangan keduanya. Orang tak faham apa yang dia rencana. Jadi dia pilih untuk bisukan semua cerita agar sejarah dia tidak tercemar dari noda yang tidak diketahui puncanya dari mana.

Kalam terhenti.
Papan kekunci mula sunyi dari sentuhan jemari.
Aku pun masih takut pada betul dan salah.
Ia seolah memburu aku kemana saja.
Jika aku kata ianya betul, aku akan mula memandang lewa.
Tiada keseriusan dalam acara.
Jika salah, aku khuatir itulah yang akan kerap ku lakukan.

Betul ke?

Aku sudah mengantuk, sampai liang dikambus tanah terakhir persoalan ini tidak akan pernah berakhir..

Betul atau salah, itu pelajaran.

Dalam hidup kita selalu dihadap pelbagai pilihan. Bila tiada pilihan, kita merungut kata tiada versatil.  Itu mukaddimah yang kita sela...

Dalam hidup kita selalu dihadap pelbagai pilihan. Bila tiada pilihan, kita merungut kata tiada versatil. 

Itu mukaddimah yang kita selalu dengar, baca dan tonton. Kadang kita rasa ia sangatlah berkait dengan kehidupan yang kita lalui. Sampai kita lupa sebenarnya jalan kita dan sesiapa saja yang berhujah itu tak pernah sama. Mungkin jalan mereka bercabang, jalan kita pula hanya ada satu lorong. Tapi panjangnya, tidaklah ketahuan. Beza!

path, life, rant

Jadi, betul ke jalan yang kita pilih inikan membawa ke destinasi idaman?
Tanya diri. Semak diari lama. Selaraskan cerita yang direka dengan realiti yang dicipta?
Aku pun sukar untuk menentukan mana satu idaman dan mana satu jadi sempadan untuk aku bergerak ke hadapan. Sukar!

Betul ke?

Kalau kita ikut saja arus kehidupan tanpa sebarang tentangan angin, hidup inikan berakhir dengan indah?
Aku diam berteleku.
Soalan si anak muda itu, aku jawab dengan bisu.

Teringat zaman mudanya dahulu.
Suka benar mencari idea untuk dihujah dan disoal. Mencari identiti kata buku remaja. Jangankan anak muda itu, aku sendiri pun masih tertanya; Betulkah ini hidup yang aku harus jalani?

Termangu. Kalam dikulum kehalkum dalam.

"Bila kita asyik berfikir dengan persoalan betul dan salah, kita akan menjadi takut untuk memulakan langkah. Hidup ini, kuasa pertama yang memajukan kamu adalah MULA. Tidak kira ia betul atau salah janji kamu MULA bergerak, MULA melangkah, MULA merencana dan MULA ambil tindakan. Bila kamu sudah ada permulaan, kamu akan nampak strategi permainan. Jika takut kalah jangan sesekali undur kebelakang seperti askar yang tiada pedoman. Tapi sandarkan keyakinan kamu pada 'kenapa kamu memilih medan itu dari awalnya'. Jika jawapan itu tidak kamu jumpa, nyatalah kekalahan itu guru terbesar yang kamu harus terima. Dan, dari situ kamu akan membuka jawapan baru untuk memulakan langkah yang seterusnya...."

life, train

Betul ke?

'Apa yang betul?' unjuk dia surat lama dari celahan buku yang dipinjam di perpustakaan tempoh hari.
'Entah. Ini semua kuasa minda. The power of mind kata orang putih. Apa yang difikir itu ada kata RAM. Ikut pada apa yang kau percaya...terpulang!'

Surat lama itu ditenung dan ditatap seolah punya azimat yang dia perlu gilap sebagai tangkal dirinya agar kuat semangat untuk tempuhi hidup kearah 2020.

"Kenapa kau janji kau pula tak tepati?" masa lalunya mempertikaikan gerakannya yang sekarang.
"Aku punya waktu tidak sepadan dengan caramu." jawabnya membela diri.

Betul ke?
Tapi, kenapa perlu berjanji jika tak mampu.
Dia diam.

Ada masa dia tidak kisah pada isu betul atau salah. Ada masanya pula dia terlalu menitik beratkan pada timbangan keduanya. Orang tak faham apa yang dia rencana. Jadi dia pilih untuk bisukan semua cerita agar sejarah dia tidak tercemar dari noda yang tidak diketahui puncanya dari mana.

Kalam terhenti.
Papan kekunci mula sunyi dari sentuhan jemari.
Aku pun masih takut pada betul dan salah.
Ia seolah memburu aku kemana saja.
Jika aku kata ianya betul, aku akan mula memandang lewa.
Tiada keseriusan dalam acara.
Jika salah, aku khuatir itulah yang akan kerap ku lakukan.

Betul ke?

Aku sudah mengantuk, sampai liang dikambus tanah terakhir persoalan ini tidak akan pernah berakhir..

Betul atau salah, itu pelajaran.

Salam Rabu buat semua warga yang ralit menghidupkan hari-hari kalian dengan momentum yang baru. Sepatutnya aku dah lama update selepas dok u...

Salam Rabu buat semua warga yang ralit menghidupkan hari-hari kalian dengan momentum yang baru. Sepatutnya aku dah lama update selepas dok ulang dengar pasal 'Sembang Kencang' ni hari tu. Tapi, baru sekarang punya waktu. Jadi baiklah aku update yang ni dulu sebelum aku cerita apa yang berlaku Ahad lalu.

So kabare kalian pembaca yang masih setia menelaah setiap aksara yang bertakhta di laman gua! Hari ni kita borak pasal podcast. Nak sembang kencang mana gais?

Biasanya, podcast aku selalu dengar yang betul-betul aku ada intention untuk dengar. Dan semestinya, podcast itu tidak mengambil masa yang terlalu lama bagi setiap episod. Antara podcast yang aku adalah sedikit kerajinan untuk dengar sampai habis adalah:-

  1. The Minimalist

  2. The College info Geek

  3. The Daily Boost

  4. Secrets of the Most Productive People

Selepas pada tu, aku saja cari angin baru. Cerita baru, podcast baru. Malay version...dan tengah scroll-scroll cari podcast yang menarik, aku tetiba nampak 'Sembang Kencang'.

spotify, sembang kencang

Pergh! Sembang kencang pasal apa ni? Curious pulak nak tahu. Pasal cara membawang dengan baik ke cara hidup harmoni dengan bawang?

First episod yang aku dengar adalah 'Suarakan kebenaran'. Aku pasang earphone, klik button 'Play' dan buat suara podcaster itu sebagai peneman sepanjang perjalanan aku menapak ke kelas. Dari tangga satu, ke anak tangga seterusnya dah gelak dengar. Pasai? Trylah dengar sendiri...

Part paling aku rasa berkenan nak melekat terus dan berulang kali dengar adalah bila dia sebut pasal 'jerangkung dalam almari'. Uuuuu...aku rasa macam ter'klik' dan macam ada bunyi 'ting' atas kepala. Bertambah satu cahaya untuk aku lalui jalan yang gelap dan hening.

Kebiasaan yang kedua pulak, aku suka paksa orang dengar sesuatu yang bernas sampailah diorang sedar yang 'oh, aku perlu dengar podcast dia setiap episod'. (FYI: Ini review tidak berbayar.) Namalah aku paksa korang pulak yang cari siapa suara disebalik 'Sembang Kencang' ni. So, korang jangan risau, podcast ni tak perlu bayar pun untuk dengar. Macam radio. Ada akses, taip je Sembang Kencang.

Kebiasaan yang ketiga, aku senang untuk ingat bila nama dia unik. Muhammad Ha'iz Sokhini. Gitu! Ha'iz dan Sokhini. First time dengar nama Ha'iz. Biasa Faiz. Itulah kawan-kawan, mana yang nama dia tak pernah dengar dek orang, simple dan pendek, korang patut banggalah. Pasai nak google pun senang. Buat brand pun tak perlu pecah kepala nak letak nama apa. Bubuh ja nama sendiri. Confirm orang akan ingat sampai mati.

Second episod yang buat aku terus mendengar dan melanggan serta follow semua dia punya laman sosial adalah, 'Papehal kemas bilik kau dulu'.

Sembang, kencang, podcast

Pergh! Aku ingat dia nak buat citer lawak pasal mak mak. Ala, lawak yang bila ada tetamu datang je, mak mesti bagi arahan;

'Kemas bilik kau tu. Ada orang nak datang ni!'. 

Walhal logiknya, tetamu tu tak masuk pun bilik kau. So, aku pun shout out pada korang semua, trylah dengar episod 'Suarakan kebenaran' dan 'Papehal kemas bilik kau dulu'. Latest episod dia pasal 'Alienation' tu pun membakar semangat hidup jugak.

Yang First episod dia podcast-kan tu pasal 'Capitalism vs Socialism'. Isu menarik. Cara sampai pun santai, cumanya...suara dia macam kurang jelas. Aku dengar banyak kali untuk fahamkan, tak faham-faham jugak. Google. Habis cerita. Lepas google dengar balik dan cantumkan kupasan topik, baru faham...Kinda heavy, but worth listening. Give it a try!

So, to Ha'iz and the team of Sembang Kencang, keep podcasting and make till your podcast become a valuable podcast to someone life.

Adios amigos!

Selamat mendengar!

podcast, life

Dunia sekarang terlalu banyak informasi untuk kita tadah,

Dengan ilmu sebagai penapis,

Kitalah perlu bijak dalam memilih 'air' mana yang bersih untuk diminum...

p/s: insyaAllah akan lancarkan channel podcast sendiri jugak. #impianterpendam ??

Salam Rabu buat semua warga yang ralit menghidupkan hari-hari kalian dengan momentum yang baru. Sepatutnya aku dah lama update selepas dok...

Salam Rabu buat semua warga yang ralit menghidupkan hari-hari kalian dengan momentum yang baru. Sepatutnya aku dah lama update selepas dok ulang dengar pasal 'Sembang Kencang' ni hari tu. Tapi, baru sekarang punya waktu. Jadi baiklah aku update yang ni dulu sebelum aku cerita apa yang berlaku Ahad lalu.

So kabare kalian pembaca yang masih setia menelaah setiap aksara yang bertakhta di laman gua! Hari ni kita borak pasal podcast. Nak sembang kencang mana gais?

podcast, channel

Biasanya, podcast aku selalu dengar yang betul-betul aku ada intention untuk dengar. Dan semestinya, podcast itu tidak mengambil masa yang terlalu lama bagi setiap episod. Antara podcast yang aku adalah sedikit kerajinan untuk dengar sampai habis adalah:-
  1. The Minimalist
  2. The College info Geek
  3. The Daily Boost
  4. Secrets of the Most Productive People
Selepas pada tu, aku saja cari angin baru. Cerita baru, podcast baru. Malay version...dan tengah scroll-scroll cari podcast yang menarik, aku tetiba nampak 'Sembang Kencang'. 

spotify, sembang kencang

Pergh! Sembang kencang pasal apa ni? Curious pulak nak tahu. Pasal cara membawang dengan baik ke cara hidup harmoni dengan bawang? 

First episod yang aku dengar adalah 'Suarakan kebenaran'. Aku pasang earphone, klik button 'Play' dan buat suara podcaster itu sebagai peneman sepanjang perjalanan aku menapak ke kelas. Dari tangga satu, ke anak tangga seterusnya dah gelak dengar. Pasai? Trylah dengar sendiri...

Part paling aku rasa berkenan nak melekat terus dan berulang kali dengar adalah bila dia sebut pasal 'jerangkung dalam almari'. Uuuuu...aku rasa macam ter'klik' dan macam ada bunyi 'ting' atas kepala. Bertambah satu cahaya untuk aku lalui jalan yang gelap dan hening.

Kebiasaan yang kedua pulak, aku suka paksa orang dengar sesuatu yang bernas sampailah diorang sedar yang 'oh, aku perlu dengar podcast dia setiap episod'. (FYI: Ini review tidak berbayar.) Namalah aku paksa korang pulak yang cari siapa suara disebalik 'Sembang Kencang' ni. So, korang jangan risau, podcast ni tak perlu bayar pun untuk dengar. Macam radio. Ada akses, taip je Sembang Kencang.

Kebiasaan yang ketiga, aku senang untuk ingat bila nama dia unik. Muhammad Ha'iz Sokhini. Gitu! Ha'iz dan Sokhini. First time dengar nama Ha'iz. Biasa Faiz. Itulah kawan-kawan, mana yang nama dia tak pernah dengar dek orang, simple dan pendek, korang patut banggalah. Pasai nak google pun senang. Buat brand pun tak perlu pecah kepala nak letak nama apa. Bubuh ja nama sendiri. Confirm orang akan ingat sampai mati.

Second episod yang buat aku terus mendengar dan melanggan serta follow semua dia punya laman sosial adalah, 'Papehal kemas bilik kau dulu'. 

Sembang, kencang, podcast

Pergh! Aku ingat dia nak buat citer lawak pasal mak mak. Ala, lawak yang bila ada tetamu datang je, mak mesti bagi arahan; 

'Kemas bilik kau tu. Ada orang nak datang ni!'. 

Walhal logiknya, tetamu tu tak masuk pun bilik kau. So, aku pun shout out pada korang semua, trylah dengar episod 'Suarakan kebenaran' dan 'Papehal kemas bilik kau dulu'. Latest episod dia pasal 'Alienation' tu pun membakar semangat hidup jugak. 

Yang First episod dia podcast-kan tu pasal 'Capitalism vs Socialism'. Isu menarik. Cara sampai pun santai, cumanya...suara dia macam kurang jelas. Aku dengar banyak kali untuk fahamkan, tak faham-faham jugak. Google. Habis cerita. Lepas google dengar balik dan cantumkan kupasan topik, baru faham...Kinda heavy, but worth listening. Give it a try!

So, to Ha'iz and the team of Sembang Kencang, keep podcasting and make till your podcast become a valuable podcast to someone life. 

Adios amigos! 
Selamat mendengar!

podcast, life

Dunia sekarang terlalu banyak informasi untuk kita tadah, 
Dengan ilmu sebagai penapis, 
Kitalah perlu bijak dalam memilih 'air' mana yang bersih untuk diminum...

p/s: insyaAllah akan lancarkan channel podcast sendiri jugak. #impianterpendam 😇😇

Bismillah awalun kalam pemula jemari menaip kata diwaktu malam yang rata-rata memejam mata. Lena. Dia? Dia sibuk memikirkan urusan dunia yan...

Bismillah awalun kalam pemula jemari menaip kata diwaktu malam yang rata-rata memejam mata. Lena.

Dia?

Dia sibuk memikirkan urusan dunia yang entah sampai bilakan berakhir.

Mana semua orang?

Ditoleh kiri. Dipandang kanan.

Dia tersengih sumbing.

Manakan ada orang jika sendiri tinggal didalam gua tidak keluar.

Apa yang kau cari orang?

Orang sudah tidak wujud.

Kenapa?

Kerna yang tinggal hanya jasad yang bernyawa menanti dicabut.

Bila masakan Izrail datang menjemput.

Takut!

"Kau ponteng kenapa?"

"Saja nak cave in. Dah lama tak lepak dengan diri sendiri."

"Mana semua orang?"

"Entah! Dah balik rasanya. Maklumlah nak dekat cuti deepavali."

Dia senyum lagi.

Bestnya. Teringat zaman dimana dia juga pantang dengar istilah cuti, laju saja mencari tiket untuk balik. Kemana dimana destinasi dia tidak kisah. Janji tempat yang berbeza dari duduknya sekarang.

"Boleh tak kalau aku nak berhenti?"

"Berhenti apa?"

"Hidup. Eh, tak...kerja. Aku nak pencen jap."

"Bos sayang kau. Dia tak kasi kau berhenti lama."

2019.

19 rencana yang ditulis dipandang. Dibaca seolah semua itu sudah berlaku.

Dua bulan lagi. Cukupkah masa yang berbaki?

Mana semua orang?

Sunyi sepi hening tak bersuara.

Syhh...

Kau dengar itu. Bisikan hati mereka berbalah.

Yang satu ingin terbang, satu lagi mahu menjunam.

Yang satu pula menangis tak berkesudahan.

Kenapa?

Aku mahu pulang!

Malangnya destinasi itu jalannya sudah hilang.

Semaknya melukakan.

Bagaimana harus aku jalan?

Aku cuba. Cuba untuk bercerita dalam bahasa biasa. Dalam bahasa yang aku selalu guna untuk berbicara. Tapi bila berhadapan dengan alam maya, ayat itu seakan ditukar ritmanya. Lari nadanya seolah aku menjadi orang lama. Orang Merong Mahawangsa. Eh!

Mana semua orang?

Tadi berjalan sekadar membeli beras secupak dua. Hingga terputus tali beg yang digalas.

Mana ada orang galas beras sebelah tangan?

Tak pasal malu seorang. Haila haila....

Semua orang sihatkah? 

Lama menyepi khabar tak didengar.

Mesti dunia nyata mereka meriah hingga lupa pada kewujudan maya.

Maya yang akan hilang dek arus kemodenan yang pesat.

Surat diutus tidak beralamat.

Manakan sampai pada si tuan.

Apa ceritamu?

Sepi tak berlagu?

Asyik membaca buku atau sedang berkejaran menghabiskan waktu?

Dia pandang lipas yang dari tadi mencari sasaran untuk tempat lepak. Sampai ke dinding tingginya. Tak sangka lipas boleh memanjat. Tak sangka lipas tak gayat. Aku yang tengok sudah naik geli. Ergh!

Kalam kitakan bertemu lain waktu.

Akhir hidup, moga husnul khatimah.

Mana semua orang?

Jawablah sedang ralit mengait pahala bekalan ke alam baqa'.

Bismillah awalun kalam pemula jemari menaip kata diwaktu malam yang rata-rata memejam mata. Lena.  Dia? Dia sibuk memikirkan urusan ...

Bismillah awalun kalam pemula jemari menaip kata diwaktu malam yang rata-rata memejam mata. Lena. 

Dia?
Dia sibuk memikirkan urusan dunia yang entah sampai bilakan berakhir.
Mana semua orang?
Ditoleh kiri. Dipandang kanan.
Dia tersengih sumbing.
Manakan ada orang jika sendiri tinggal didalam gua tidak keluar.

life, rant

Apa yang kau cari orang?

Orang sudah tidak wujud. 
Kenapa?
Kerna yang tinggal hanya jasad yang bernyawa menanti dicabut.
Bila masakan Izrail datang menjemput.
Takut!

"Kau ponteng kenapa?"
"Saja nak cave in. Dah lama tak lepak dengan diri sendiri."
"Mana semua orang?"
"Entah! Dah balik rasanya. Maklumlah nak dekat cuti deepavali."

Dia senyum lagi.
Bestnya. Teringat zaman dimana dia juga pantang dengar istilah cuti, laju saja mencari tiket untuk balik. Kemana dimana destinasi dia tidak kisah. Janji tempat yang berbeza dari duduknya sekarang.

"Boleh tak kalau aku nak berhenti?"
"Berhenti apa?"
"Hidup. Eh, tak...kerja. Aku nak pencen jap."
"Bos sayang kau. Dia tak kasi kau berhenti lama."

2019.

19 rencana yang ditulis dipandang. Dibaca seolah semua itu sudah berlaku. 
Dua bulan lagi. Cukupkah masa yang berbaki?
Mana semua orang?
Sunyi sepi hening tak bersuara.

Syhh...
Kau dengar itu. Bisikan hati mereka berbalah. 
Yang satu ingin terbang, satu lagi mahu menjunam. 
Yang satu pula menangis tak berkesudahan.
Kenapa?

Aku mahu pulang!
Malangnya destinasi itu jalannya sudah hilang.
Semaknya melukakan.
Bagaimana harus aku jalan? 

green, worldAku cuba. Cuba untuk bercerita dalam bahasa biasa. Dalam bahasa yang aku selalu guna untuk berbicara. Tapi bila berhadapan dengan alam maya, ayat itu seakan ditukar ritmanya. Lari nadanya seolah aku menjadi orang lama. Orang Merong Mahawangsa. Eh!

Pray, the best