- Daftar keahlian di laman web SGShop Malaysia
- Hantarkan maklumat anda melalui email jade2sofie@gmail.com dengan menggunakan format berikut;
Subj: PEMENANG #RAMADHANGIVEAWAY 2017
Nombor dan link penyertaan
Username SGShop Malaysia
TAHNIAH dan TERIMA KASIH diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai #RAMADHANGIVEAWAY tajaan SGShop Malaysia anjuran sofiea...
Subj: PEMENANG #RAMADHANGIVEAWAY 2017
Nombor dan link penyertaan
Username SGShop Malaysia
Usai balik dari kerja, aku masuk ke rumah. Aku tengok semua orang tengah buat assignment. Aku rasa cemburu. Aku rasa dah lama tak lepak dan ...
Usai balik dari kerja, aku masuk ke rumah. Aku tengok semua orang tengah buat assignment. Aku rasa cemburu. Aku rasa dah lama tak lepak dan borak dengan kawan satu rumah.Cuma buat masa sekarang aku hanya dapat terjemah satu je rasa kedalam perkataan.
Aku penat!
Betul ke aku penat?
Penat buat apa?
Penat sebab asyik pendam rindu?
Hahahahah aku nak rindu orang?
Oh, come on....aku pun manusia apa..
Salahkah aku untuk merindu orang?
Keluarga?
Tanah air?
Semalam, satu hari itu bagi aku tidak cukup untuk cerita semua. Ah! masing-masing dah besar. Cerita pun, aku lah manusia paling terakhir sekali dapat khabarnya.
Bukan tak rindu...
Bukan aku tak rindu saat kita ketawa riang macam dulu...
Bukan aku tak rindu nak buat jenaka sebagai penghibur hari-hari akan datang...
Tapi, aku sendiri dah hilang identiti aku...
Aku dah keliru....
Aku....
Aku takde niat pun nak marah atau melatah saat kau jerkah...
Aku cuba untuk jadi manusia yang terbaik, tapi apa yang selalu aku dapat....aku pentingkan diri.
Aku dah kecewakan diri aku sendiri.
Aku memang manusia yang tak sedar untung ke ek?
Ah!
Aku penat dengan emosi gila begini...
Aku patut dicampak ke hutan arizona sana kot. hahahahahah
Okaylah,
Aku dah merapu banyak sejak dua menjak. Itu semua gara-gara fius otak aku terbakar.
Usai balik dari kerja, aku masuk ke rumah. Aku tengok semua orang tengah buat assignment. Aku rasa cemburu. Aku rasa dah lama tak le...
"Cik, memang selalu naik uber ke?" "Nak dekat sebulan lebih gak lah..." "Oh..." "Kenapa tak bawak motor?...
"Cik, memang selalu naik uber ke?"
"Nak dekat sebulan lebih gak lah..."
"Oh..."
"Kenapa tak bawak motor?"
"Motor? takde..."
"Takde motor tapi reti bawaklah ni?"
"Tak reti jugak...huhuhuhu"
"Ada boyfriend tak?"
"???!!!"
...
Sampai sekarang aku masih tak faham, apa kaitan antara aku yang selalu naik uber or grab car ni dengan keperluan pada boyfriend. TOLONG TERANGKAN BOLEH?
Sumpah aku rasa macam tak masuk akal giler dan aku terpaksa buat muka....'what??'
Hari ni aku terpaksa rant isu ni.
Untuk korang yang dah taken, aku nasihatkan bolehlah pangkah laman aku, aku tak rasa entri ni ada manfaat untuk korang. Ini untuk orang yang tak percaya pada cinta bukan pada yang layaknya.
Untuk mereka yang merasakan hati itu hanya satu cuma dan sanggup menjaga hati hanya untuk yang istimewa kerana menjaga definisi kesucian cinta itu, aku perlukan pandangan kalian...serius.
....
"Encik, apa presepsi encik pada orang yang tak pernah involve dalam dunia berpasangan sebelum kahwin?"
"Bagi saya, ianya satu bonus untuk mengenali seseorang sebelum kahwin. Tapi, tak boleh nak yakin sebab jodoh itu Allah dah tentukan..okay tak jawapan saya?"
"Nope. Sangat tak puas hati..."
.....
Itu jawapan klise. Jawapan itu aku pun sudah tahu. Ia sama seperti jawapan kepada soalan 'apa pandangan encik tentang seseorang yang meninggal sebelum dia bersedia?'.
TAKDIR.
See, itu maksud jawapan yang aku dah tahu.
Aku terpaksa tunda banyak persoalan sebab keadaan tidak mengizinkan. Kepala masih pusing dengan persoalan 'Kaitan boyfriend dan juga transport'.
Aku tak faham.
Hari-hari aku naik uber, grabcar...tipu kalau takde rasa takut atau gerun. Tapi sebelum langkah aku tak akan lupa nasihat umi.
Semua orang tahu kita ada Allah. Kita sandar seluruh keyakinan dibawah lindunganNya. Jadi kenapa perlu ada boyfriend?
Okaylah, kalau aku jawab iya, aku ada boyfriend. Yang satu dan sentiasa diatas itu (sambil tersenyum ala-ala drama islamik) choi!
Kau jugak yang akan muntah meluat bukan. Ah! manusia manusia keletahmu buat aku tertawa gila!
....
Aku ada prinsip dalam soal hati. Tidak dinafikan manusia lain juga punya prinsip mereka. Aku hormat itu. Tapi dalam hal hati ini, jujur aku hanya menerima manusia yang tidak pernah tercemar hatinya dengan kewujudan manusia lain sebelum aku. (except parents, siblings, nabi, rasul, Allah...)
Itu mantera yang aku dah serap sejak jejak usia 14 tahun. Sebab? aku tak mahu isu diserang ex tanpa hala. Isu fitnah berleluasa, isu yang aku sering baca dalam novel cinta dan hadap depan mata. Aku serik dan muak untuk hadap isu itu.
So, do you think I'm gonna find a boyfriend just because I don't have a transportation?
A BIG HELL NO!
Why soo demand?
Kau tanya kenapa aku demand?
Kau lihatlah betapa ramai manusia yang hatinya hancur kerana cinta manusia.
Alah, kau banyak sangat lihat presepsi negatif dalam sudut ni.
Macam mana aku nak lihat sudut positif kalau terang lagi bersuluh cara itu tidak molek dalam Islam.
....
Mahu kawan?
Boleh. No hard feeling.
Mahu kenal?
Boleh. Tapi, sorry to say because I'm not good with people. Sarcastic? It's sooo meeee. I don't think orang boleh tahan. hahahahaha (sebab aku sendiri pun cuba bertahan hahahah)
Mahu teman berbicara?
Boleh. Ajukan persoalan akukan bahas. No judging please?
Mahu serius?
Jangan segan terus hubungi keluarga. No problem. Itu lebih baik. Aku tak kenal kau. Tapi kau cukup serius itu sudah memadai. Ingat, hati bukan mainan bukan? Sekali kau campak, berjuta akukan koyak hingga sepaiannya kau sendiri takkan mampu untuk mengutipnya lagi...
Katalah aku kolot sekalipun, hati itu rawatnya bukan kamu. Akurlah.
....
Doakan yang terbaik. Untuk kau, aku dan kita semua.
Mungkin Allah hantar manusia itu bertanya kerna mahu mengingatkan aku tentang sesuatu...
Yang aku masih punya 'kawan' yang perlu dijaga temu janjinya.
Mungkin aku masih sambil lewa dalam setiap pertemuan itu...
Mungkin hati aku masih tidak lurus dan telus saat berbicara sama Dia..
Oh Tuhan, sungguh halus teguranMu...
....
This rant is for the people who think a boyfriend is needed.
Dan aku tak rasa bacaan ini akan bermanfaat. Sampai masa aku ketemu jawapannya, mungkin aku patut delete entri ni. Mungkin...
Chiao lu!
"Cik, memang selalu naik uber ke?" "Nak dekat sebulan lebih gak lah..." "Oh..." "Kenapa tak bawak...
"Sebelum keluar rumah, bacalah bismillahitawakkaltu a'lallah wala hawlawa qu wata illa billa hil a'liyil adzim..."
Kalau kita mahu jadi yang pertama untuk dia, kita jua kena jadikan dia yang pertama dalam hidup kita...
Tipulah kalau aku nafikan fitrah. Tapi pengorbanan itu tak pernah sia-sia pada akhirnya. Jadi kenapa beralah dengan janji hawa yang belum tahu hujungnya?
Aku tak paksa orang setuju. Sebab namalah prinsip. Ia fleksible bila masanya sudah benar-benar sesuai. Bila? Wallahua'lam.
Ramadhan tahun ni adalah paling......nak kata hambar tu, takdelah hambar sangat. Alhamdulillah makan semua cukup. Nak kata meriah tu, tak ju...
Ramadhan tahun ni adalah paling......nak kata hambar tu, takdelah hambar sangat. Alhamdulillah makan semua cukup. Nak kata meriah tu, tak jugak. Dia macam ada something missing. Something yang aku sendiri tak tahu macam mana nak terangkan. Something yang....
Mungkin sebab tahun ni puasa aku betul-betul sambut di bandar? Hah! bandarlah sangat! Walhal kat Miri tu pun, bandar jugak. Kalau nak compare dengan sini, Miri tu lagi ramai non-Muslim. Miri tu lagi...
Mungkin sebab keadaan aku meraikan puasa. Aku yang jarang berbuka dirumah. Hanya seminggu sekali dapat berbuka dengan nasi dengan rasa amannya dan feeling like home...walaupun nasi tu pun aku tetap beli dekat bazaar. Tapi, okaylah daripada enam lagi hari yang lain.
Kenapa tak berbuka nasi je hari-hari?
Ikut selera melayu kampung macam aku yang gilakan sambal udang petai ni, memang hari-hari aku akan ngadap nasi. Ngadap ayam percik, nasi kerabu, nasi dagang, ayam masak merah, ikan bakar, etc. etc. Tapi, hanya satu hari je aku dapat buat macam tu. Hari rabu. Sebab hari rabu je aku off kerja. Yang lain, semua aku terpaksa berbuka ditempat kerja.
Kadang, orang tak faham nikmat 15 minit untuk aku berbuka tu. Peduli pulak mereka aku nak makan? Janji diorang dah habis makan. Tu yang time orang nak berbuka, time tu jugak nak beli barang. Barang yang aku jual ni bukanlah keperluan wajib dalam hidup pun. Tapi...tu lah...orang tak faham.
Bayangkan aku baru nak mula makan nasi lepas minum air, tetiba diorang datang. Tengah nak 'aaa' bukak mulut ni, nampak diorang belek barang, automatiklah suapan aku terhentikan? Kadang tu, aku buat tak endah jerlah...sekali...dijelingnya kita macam tak hormat pembeli! What?? It's only two minute after azan kot?? Takkan nak assume aku terus habis makan?
Even bukan makan nasi pun, selera boleh merudum melihat manusia sebegitu. Sedih kot! Especially kalau manusia itu dari agama yang sama. Man! dekat Miri tu, lambakan non-Muslim elok je kalau waktu maghrib diorang bagi ruang untuk berbuka puasa. This is what we called:- Respect. Hormat.
Jika hanya kau saja mahu dihormati tetapi tidak pandai menghormati, kau boleh pergi mati kot! hahahahhahahah (Bapak kejam! tak pepasal aku pulak jadi setan bulan puasa macam ni...sedih!)
Takdelah, puasa tu memanglah takde penat mana pun. Setakat 14-15 jam tak makan/minum tu, memanglah tak mati...tapi, nikmat berbuka tu Ya Allah, tolonglah fahami...
So, how's the Ramadhan?
So sad ha?
Lagu Raya sudah meriah dimainkan...kuih, baju, langsir, karpet raya? Usahlah diperkatakan...apa yang dikejar dengan keperluan raya jika ramadhan masih huru hara?
Alah, kau bujang tak balik raya memanglah tak kecoh tak kalut fikir semua tu...cuba kau ada family bagai nanti? kau pun sama jugak dengan manusia yang kau kata..
Iya, iya..iya..bukan sebab aku tak puasa dengan keluarga, aku tak balik raya, aku nak marah semua orang yang sibuk beli persiapan untuk raya, bukan! Aku cuma mahu sampaikan, walau sesibuk mana pun kau membuat persiapan raya, janganlah sampai terlepas untuk mengejar pahala Ramadhan.
So, kau tu dah bagus sangat ke?
.....
Apa ertinya raya kalau ramadhan yang sedia ada ini tidak aku layan dengan penuh istimewa?
Apa erti raya jika pantang larang puasa pun aku buat sambil lewa?
Apa erti raya jika baru sehari puasa dah fikir baju raya warna apa?
Nothing...
Didunia tidak ada hari raya
Disini tidak ada hari ria
Juga tidak ada hari gembira
Tidak ada hari merdeka...
Aku ingat, bulan puasa...mall akan sunyi.
Aku ingat, bulan puasa...nasyid tentang sedih puasa dipasang.
Aku ingat, puasa itu sebulan rasanya...
Tapi, itu semua hanya aku saja yang ingat.
Aku pun tak boleh nak banyak bunyi, tak boleh nak bising...sebab aku jua manusia yang akan ulang kesilapan yang diperkata. Jadi, aku nasihatkan diri ini agar terus bersabar.
Biarlah...puasa kita lain-lain presepsinya..
Bagaimana kita mahu terjemahkan dalam perbuatan itu juga tidak sama...
Terpulanglah..
Semoga Ramdhan kita pada tahun ini lebih baik dari Ramadhan tahun lepas. Dan semoga kita berpeluang bertemu Ramadhan akan datang. ~Amin~
Hi, I'm Sofie.
Always remember, all dreams are within reach. All you have to do is keep moving towards them.
Created By SoraTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates