Latest Posts

Kepada kamu,  terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku ^_^ Kamu yang sentiasa buat hariku ceria walau sebenar ia kelabu suram...

Kepada kamu, 
terima kasih kerana sudi menjadi kawan aku ^_^

Kamu yang sentiasa buat hariku ceria walau sebenar ia kelabu suram. 
Kamu yang sentiasa ada dikala aku bermuram durja. 
Kamu yang tak pernah jemu walau aku meninggi suara.
Kamu, yang akan hadir saat aku tiada siapa.

cerita rindu, hanya kamu

Kamu itu bilangannya tidaklah ramai
Mungkin dua orang atau tiga,
Mungkin juga hanya satu
Di setiap tempat yang berbeza

Kamu tahu...
Yang tanpa kamu
Aku hanya sang bisu

Apa khabar kamu?
Apa khabar hatimu?
Apa khabar keluargamu?
Lama tidak bertemu
Moga semuanya sihat selalu

Kamu tahu...
Yang cerita tentang kamu tak pernah lekang dari buku
Ada saja mahu dicoret,
Ada saja mahu dicerita
Saksi saat ketiadaanku
Untuk tatapan kamu

Kamu itu orangnya baik,
Bijak dan cerdik usah dikira
Lebih pula petah bersuara
Bertuah mereka

Kamu,
Mungkin kamu sedang membaca
Berfikir siapa 'kamu' yang kucerita
Padahal 'kamu' tahukan,
Cerita ini untuk kamu
Tapi kamu ragu
Kerna aku jarang memberitahu
Yang aku sayang padamu

Jaga hati jaga iman
Tidak kira makmum atau imam
Kerna tiada jaminan
Untuk tetap beramal

Dari aku untuk kamu,

Malam ini suramnya tidak kelihatan, 
kerna dilindungi sang hujan yang berpanjangan. 
Bulan yang terang juga gagal dikesan 
walau direnung secanggih alatan

Holla!  Dah lama rasanya tak join giveaway, kali ini aku join atas jemputan kim chaa ^_^ Thanks to her. And for those yang tak join se...

Holla! 
Dah lama rasanya tak join giveaway, kali ini aku join atas jemputan kim chaa ^_^
Thanks to her. And for those yang tak join segmen ni lagi, moh la kita meriahkan Giveaway ni!

Tag:

Klik banner untuk join ya!

giveaway, fridge magnet

Orang pernah kata, You don't write because you want to say something, you write because you have something to say... Dunia  penulisan, t...

Orang pernah kata,

You don't write because you want to say something, you write because you have something to say...

Dunia  penulisan,

takkan pernah ada tarikh luputnya.

Dunia pembacaan, sentiasa ada pasang surutnya.

Orang kata juga;

penulis itu anugerah.

Sama seperti melukis.

Tapi tidak memasak.

Semua orang boleh menulis, semua orang boleh melukis dan semua orang boleh memasak. Yang bezanya adalah sedap atau tidak, cantik atau tidak...tapi, tak semua orang menolak untuk terus menghukum kita dengan memboikot apa yang kita usahakan. Sebabnya manusia ni unik. Apa yang tak indah di mata mereka, mungkin indah di mata yang lain.

Seperti juga kesukaan kita pada seseorang.

Tipikalnya, ramai orang akan berkata, 'putih itu cantik'. Tapi, bagi aku...sawo matang, hitam manis itu lagi lawa...ya, memang putih itu cantik, tapi hitam itu menawan. Jadi, disini tiada beza. Dua-dua seri. Samalah seperti penulisan seseorang itu.

Dunia pembacaan.

Setengah orang suka bacaan santai, sebab apa? Mudah hadam. Setengah orang pulak hanya membaca cerita berkisar konspirasi, dajjal, dan perjuangan, alasan..ianya lebih realiti, membantu meneguhkan jiwa, memberi semangat untuk hidup lebih bersiaga.

Lain orang pula, mereka sukakan sesuatu yang ada lakaran; komik - siapa tak minat komikkan? - Ada juga yang lebih cenderung untuk pembacaan awam, seperti biografi, motivasi, pengalaman, dan lain-lain lagi.

writing quote, anne tyler

Ini baru sikit aku tolong huraikan, Itupun dah rasa teleng kepala ni nak hadam. Kalau ditanya aku suka genre apa? Laju aku akan jawab; konspirasi, sejarah, self-development, biografi dan kewangan. Ah! semualah senang cerita. Buat masa sekarang, novel aku memilih sikitlah. hahahaha

Okaylah, bayangkan kalau aku jadi penulis pulak.

Tak terbayang weh!! gelakkan diri sendiri,..ada ke orang nak beli buku kau tu ha? Entah cerita merapu manalah yang kau nak olah..dan seterusnya... idea untuk miliki karya sendiri ditatap umum itu terus tertimbus hingga ke kerak bumi dan dibaling jauh! sejauh planet pluto.

Dulu, jika disingkap tabir sejarah itu, benar aku lebih cenderung pada seni sastera, tapi kerana percaya sastera tidakkan membantu aku pergi sejauh angkasa, maka aku pilih untuk menutup tabir itu dan dipaku rapat.

Malangnya, tabir itu masih kuintai hingga ke hari ini dan sehingga tercetusnya sebuah blog yang kukira tiada orangkan faham apa yang aku sampaikan kerana ideologi yang kubawa terlalu sarat dengan emosi yang tak terluah oleh suara.

Aku terlalu banyak bisu dan bermain dengan aksara sehingga orang jemu untuk membaca. - Dan disitulah aku hentikan anganku untuk menerbit walau sebuah buku-

Besar peranan penulis ni. Sampai aku mati pun orangkan tetap ingat. Paling tidak pun seorang. Paling r...

Aku? jadi penulis?

-tarik nafas panjang,... - penulisan aku tiada nilai untuk dibayar dengan wang ringgit pembaca, cukuplah aku mencuri masa orang untuk membaca laman tak bertauliah aku ni pun aku dah bersyukur giler! dapat satu komen pun dah senyum sampai langit.

Suatu hari suram bersama pelangi malam, aku bertanya seseorang itu tentang terbitan buku hari ini (atau lebih detail lagi tentang puisi)...dan jawapan yang aku terima adalah..."Puisi bukan sekadar medium luahan hati.." Terdiam kau! -akulah yang terdiam- mananya tidak, dah aku macam orang yang disua lada, dah tahu pedas pergi juga makan..

benjamin franklin quote, writing,

Puisi moden.

Namalah puisi moden, Tapi jiwa orang yang suka membaca ni, dia macam takkan pernah berkira dengan buku. Sebab setiap buku itu ada isi dia sendiri. Walau satu. Tak mampu beli, sanggup pinjam kat library. Nak, nak pulak library kat sini banyak.

Aku membaca bukan sebab penulisnya, aku baca sebab tulisannya. Isi. Sebab aku pernah jadikan sebuah buku ni sebagai sahabat aku. Dia ada waktu aku tengah hilang arah, buku tu penulis hadiah kan untuk kawan dia yang telah pergi. Simple but worth. Berjuta kali aku baca, aku akan berakhir dengan persoalan yang berbeza. Buku tu penuh conteng, banyak kena high-light, banyak kena bookmark. Buku tu dah bersama dengan aku since 2008. Sampai sekarang...

Dahlah, aku nak bagi gambaran kalau aku jadi penulis, ada buku sendiri ada kedai buku sendiri...tapi dah jauh menyimpang...cukuplah buat masa ni, aku jadi penulis kat blog dulu...standardlah penulis ada blog kan? hahahah -itu jawapan orang yang takde blog bila dia tahu penulis ada blog-

Aku bukan Hlovate,..yang mencipta Jade. Bukan Nurul Syahida yang menggarap watak Pyan..bukan jua RAM...yang menghidupkan laksamana sunan dalam lipatan sejarah...

Jika aku penulis,

Aku mahu dia jadikan tulisan aku sebagaimana aku menghargai setiap penulisan orang, tapi layakkah aku?

Kalau aku jadi penulis,

bersediakah aku dengan cabarannya?

sedih, termenung, menunggu, bear,

Generasiku,

Jika kamu menjumpai tulisan aku dicelahan buku mahupun komputer riba setelah ketiadaanku kelak, awalku berpesan, ambillah mana yang jernih...dan usahlah kamu pertikaikan apa yang keruh..kerna boleh jadi, itu adalah luahan emosi aku yang tak terluah pada manusia diwaktu itu. Gusar, kamu tidak mampu mendengar, jadi kutulis sebagai hilangkan rasa...bagiku, tulisan adalah bukti yang aku hidup hingga hari ini...jika ia terhenti, maka tahulah kamu dimananya aku...

-Thanks for reading...

Orang pernah kata, You don't write because you want to say something, you write because you have something to say... Dunia  pe...

Orang pernah kata,

You don't write because you want to say something, you write because you have something to say...

takkan pernah ada tarikh luputnya. 
Dunia pembacaan, sentiasa ada pasang surutnya. 

Orang kata juga;
penulis itu anugerah.
Sama seperti melukis.
Tapi tidak memasak.

menulis, diari, penulis, pen, buku

Semua orang boleh menulis, semua orang boleh melukis dan semua orang boleh memasak. Yang bezanya adalah sedap atau tidak, cantik atau tidak...tapi, tak semua orang menolak untuk terus menghukum kita dengan memboikot apa yang kita usahakan. Sebabnya manusia ni unik. Apa yang tak indah di mata mereka, mungkin indah di mata yang lain. 

Seperti juga kesukaan kita pada seseorang. Tipikalnya, ramai orang akan berkata, 'putih itu cantik'. Tapi, bagi aku...sawo matang, hitam manis itu lagi lawa...ya, memang putih itu cantik, tapi hitam itu menawan. Jadi, disini tiada beza. Dua-dua seri. Samalah seperti penulisan seseorang itu.

Dunia pembacaan.
Setengah orang suka bacaan santai, sebab apa? Mudah hadam. Setengah orang pulak hanya membaca cerita berkisar konspirasi, dajjal, dan perjuangan, alasan..ianya lebih realiti, membantu meneguhkan jiwa, memberi semangat untuk hidup lebih bersiaga. Lain orang pula, mereka sukakan sesuatu yang ada lakaran; komik - siapa tak minat komikkan? - Ada juga yang lebih cenderung untuk pembacaan awam, seperti biografi, motivasi, pengalaman, dan lain-lain lagi.

writing quote, anne tyler

Ini baru sikit aku tolong huraikan, Itupun dah rasa teleng kepala ni nak hadam. Kalau ditanya aku suka genre apa? Laju aku akan jawab; konspirasi, sejarah, self-development, biografi dan kewangan. Ah! semualah senang cerita. Buat masa sekarang, novel aku memilih sikitlah. hahahaha

Okaylah, bayangkan kalau aku jadi penulis pulak. Tak terbayang weh!! gelakkan diri sendiri,..ada ke orang nak beli buku kau tu ha? Entah cerita merapu manalah yang kau nak olah..dan seterusnya... idea untuk miliki karya sendiri ditatap umum itu terus tertimbus hingga ke kerak bumi dan dibaling jauh! sejauh planet pluto. 

Dulu, jika disingkap tabir sejarah itu, benar aku lebih cenderung pada seni sastera, tapi kerana percaya sastera tidakkan membantu aku pergi sejauh angkasa, maka aku pilih untuk menutup tabir itu dan dipaku rapat. Malangnya, tabir itu masih kuintai hingga ke hari ini dan sehingga tercetusnya sebuah blog yang kukira tiada orangkan faham apa yang aku sampaikan kerana ideologi yang kubawa terlalu sarat dengan emosi yang tak terluah oleh suara. Aku terlalu banyak bisu dan bermain dengan aksara sehingga orang jemu untuk membaca. - Dan disitulah aku hentikan anganku untuk menerbit walau sebuah buku-

Besar peranan penulis ni. Sampai aku mati pun orangkan tetap ingat. Paling tidak pun seorang. Paling r...

Aku? jadi penulis?
-tarik nafas panjang,... - penulisan aku tiada nilai untuk dibayar dengan wang ringgit pembaca, cukuplah aku mencuri masa orang untuk membaca laman tak bertauliah aku ni pun aku dah bersyukur giler! dapat satu komen pun dah senyum sampai langit. 

Suatu hari suram bersama pelangi malam, aku bertanya seseorang itu tentang terbitan buku hari ini (atau lebih detail lagi tentang puisi)...dan jawapan yang aku terima adalah..."Puisi bukan sekadar medium luahan hati.." Terdiam kau! -akulah yang terdiam- mananya tidak, dah aku macam orang yang disua lada, dah tahu pedas pergi juga makan..

benjamin franklin quote, writing,

Puisi moden. Namalah puisi moden, Tapi jiwa orang yang suka membaca ni, dia macam takkan pernah berkira dengan buku. Sebab setiap buku itu ada isi dia sendiri. Walau satu. Tak mampu beli, sanggup pinjam kat library. Nak, nak pulak library kat sini banyak. 

Aku membaca bukan sebab penulisnya, aku baca sebab tulisannya. Isi. Sebab aku pernah jadikan sebuah buku ni sebagai sahabat aku. Dia ada waktu aku tengah hilang arah, buku tu penulis hadiah kan untuk kawan dia yang telah pergi. Simple but worth. Berjuta kali aku baca, aku akan berakhir dengan persoalan yang berbeza. Buku tu penuh conteng, banyak kena high-light, banyak kena bookmark. Buku tu dah bersama dengan aku since 2008. Sampai sekarang...

Dahlah, aku nak bagi gambaran kalau aku jadi penulis, ada buku sendiri ada kedai buku sendiri...tapi dah jauh menyimpang...cukuplah buat masa ni, aku jadi penulis kat blog dulu...standardlah penulis ada blog kan? hahahah -itu jawapan orang yang takde blog bila dia tahu penulis ada blog-

Aku bukan Hlovate,..yang mencipta Jade. Bukan Nurul Syahida yang menggarap watak Pyan..bukan jua RAM...yang menghidupkan laksamana sunan dalam lipatan sejarah...

Jika aku penulis,
Aku mahu dia jadikan tulisan aku sebagaimana aku menghargai setiap penulisan orang, tapi layakkah aku? 

Kalau aku jadi penulis,
bersediakah aku dengan cabarannya?

sedih, termenung, menunggu, bear,

Generasiku,
Jika kamu menjumpai tulisan aku dicelahan buku mahupun komputer riba setelah ketiadaanku kelak, awalku berpesan, ambillah mana yang jernih...dan usahlah kamu pertikaikan apa yang keruh..kerna boleh jadi, itu adalah luahan emosi aku yang tak terluah pada manusia diwaktu itu. Gusar, kamu tidak mampu mendengar, jadi kutulis sebagai hilangkan rasa...bagiku, tulisan adalah bukti yang aku hidup hingga hari ini...jika ia terhenti, maka tahulah kamu dimananya aku...

-Thanks for reading...

Home. What is home? What is your perception when the word 'Home' come into your mind? What is the different between 'Home' a...

Home.

What is home? What is your perception when the word 'Home' come into your mind? What is the different between 'Home' and 'House'?

Home dalam melayunya rumah. Home itu rumah, house itu juga rumah. Okay, aku tak nak berbahas pasal home, sebab home itu subjektif. Ada nilai sentimental setiap kali kita perbahaskan beza antara keduanya. 

Teater Home by Anomalist Production.

Semalam, aku tengoklah teater 'HOME' anjuran kelab OIC kot kalau tak silap by Anomalist Production. Adalah dalam dua jam teater tu berlangsung, tapi serius aku rasa macam kejap giler! Sedar-sedar dia habis dah pukul 11. Mak aih! punyalah tak terasa masa tu berjalan.

Teater 'Home' ni kalau siapa yang pernah tengok mesti tahu perasaan dia kan. Rasa macam otak dok ligat berfikir, fikir balik tentang teater tu. Isi dia...maksudnya dalam! Terkesima, terpana..bukan sebab lakonan mantap lapan orang pelakon tu,..tapi sebab mesej dia...mesej dia aku nak cerna sampai tertidur-tidur. Bukan sebab unthinkable ke apa, tapi sebab...fakta dia. Realiti kini yang tak boleh disangkal lagi. -Nak cerita balik sinopsis dia, aku pun tak reti camane...-

teater, tiket, home, anomalist production

Tapi serius best! Kalau teater dari production ni ada buat show kat sekitar kawasan korang belajar ke tinggal ke kan, aku recommendkan sangat korang pi tengok. Tiket dia pun murah! Mampu milik dengan mutu lakonan yang diorang bagi. Nak belanja gambar pelakon dia pun, aku takde gambar...segan katanya...

Dan, sehari sebelum aku tengok teater ni, aku lepak dengan dua orang member dari arau. Kitaorang duduk sama-sama kumpul dekat bilik yang sorang ni, Suci (bukan nama sebenar). Masa tu dia CB, semua roomate dia balik. Aku dengan member sorang lagi ni temankanlah dia. Saja...sebab rindu nak gather-gather macam dulu...

Home = Arau

Serius kitaorang semua masih tak boleh move on dengan Arau. Hati masing-masing cuba untuk menerima keadaan sekarang, tapi dalam masa yang sama #rinduarau semakin menjadi-jadi. Semakin menebal! Ah, makanya kitaorang pun belek semua gambar time dekat Arau dulu...gembira tapi sedih...sayu sangat....

Masing-masing tukar cerita, berita hati, perasaan semua usah diperkatalah...

Ya, Arau memang takde apa-apa...tapi dia punya ketenangan, kedamaian yang hutan batu takkan pernah miliki. Walau ditiru dengan penambahan EcoWorld pun, Arau tetapkan menang...Yang dicipta takkan pernah setaraf dengan yang tercipta oleh Pencipta..-terngiang nasyid zaman sekolah rendah dulu...-

"...Ciptaan Tuhan Maha Sempurna, Ciptaan manusia banyak kelemahan...."

Ya, teater tu berbahas tentang golongan cerdik pandai yang berhijrah ke luar negara kerana kecerdikan mereka tak diiktiraf negara sendiri. Berlakulah beberapa pertikaian dan konflik yang berakhir dengan kesimpulan;

"Hujan emas di negeri orang, hujan batu di tempat sendiri. Bagus lagi tempat sendiri.." dan juga

"Jika semua golongan cerdik pandai mengambil langkah untuk ke luar negara, habis siapa yang akan tinggal untuk mempertahankan negara?"

Ya, memang Malaysia masih aman. - dengan pembuka dan penutup kata, tapi sampai bila semua orang akan ambil langkah begitu?- dan tak pernah tipu yang dulu pun aku pernah berfikir juga nak buat macam tu...hahahaha- biasalah zaman-zaman ritu -__-!

Dia lebih kuranglah dengan keadaan kitaorang sekarang yang, walau seagung dan semaju mana tempat ni, Arau tetap di hati...ya...itulah perasaan home..

Tapi, keputusan tu dah muktamad. No turning back. Nak tak nak kitaorang kena HADAM! Rindu, takkan pernah berkurang..percayalah...Sekali korang dapat jejak ke Arau, korang akan rasa nak datang lagi...dia macam ada 'roh' gitu...

Macam takde kaitan pun kan, tapi sengaja nak buat nampak berkait sebab nak move on tu susah bro...bukan senang macam tolak beban guna troli..

Apa-apa pun, definisi Home takkan pernah terhenti. Ianya akan tetap menjadi perbahasan segenap generasi. Lagi-lagi sekarang ni...yang cerdik pandai semakin ramai. Tapi, satu je aku nak ingatkan...jangan pernah lupa resmi padi...

lepak, uitm kampus arau, jerebu,

-Thanks for reading...-

p/s: sorrylah aku ni sekali sayang tu nak move on memang susah der...susah susah...sedetik cuma pun boleh makan masa beribu tahun, all the memories come in permanently...mungkin aku kena belajar terima 'masa sekarang'...bagi peluang mana tau masih ada ruang...hah hah hah!

Home. What is home? What is your perception when the word 'Home' come into your mind? What is the different between 'Home...

Home.
What is home? What is your perception when the word 'Home' come into your mind? What is the different between 'Home' and 'House'?

academic height, uitm arau, perlis,

Home dalam melayunya rumah. Home itu rumah, house itu juga rumah. Okay, aku tak nak berbahas pasal home, sebab home itu subjektif. Ada nilai sentimental setiap kali kita perbahaskan beza antara keduanya. 

Teater Home by Anomalist Production.
Semalam, aku tengoklah teater 'HOME' anjuran kelab OIC kot kalau tak silap by Anomalist Production. Adalah dalam dua jam teater tu berlangsung, tapi serius aku rasa macam kejap giler! Sedar-sedar dia habis dah pukul 11. Mak aih! punyalah tak terasa masa tu berjalan. 

Teater 'Home' ni kalau siapa yang pernah tengok mesti tahu perasaan dia kan. Rasa macam otak dok ligat berfikir, fikir balik tentang teater tu. Isi dia...maksudnya dalam! Terkesima, terpana..bukan sebab lakonan mantap lapan orang pelakon tu,..tapi sebab mesej dia...mesej dia aku nak cerna sampai tertidur-tidur. Bukan sebab unthinkable ke apa, tapi sebab...fakta dia. Realiti kini yang tak boleh disangkal lagi. -Nak cerita balik sinopsis dia, aku pun tak reti camane...- 

teater, tiket, home, anomalist production

Tapi serius best! Kalau teater dari production ni ada buat show kat sekitar kawasan korang belajar ke tinggal ke kan, aku recommendkan sangat korang pi tengok. Tiket dia pun murah! Mampu milik dengan mutu lakonan yang diorang bagi. Nak belanja gambar pelakon dia pun, aku takde gambar...segan katanya...

Dan, sehari sebelum aku tengok teater ni, aku lepak dengan dua orang member dari arau. Kitaorang duduk sama-sama kumpul dekat bilik yang sorang ni, Suci (bukan nama sebenar). Masa tu dia CB, semua roomate dia balik. Aku dengan member sorang lagi ni temankanlah dia. Saja...sebab rindu nak gather-gather macam dulu...

Home = Arau
Serius kitaorang semua masih tak boleh move on dengan Arau. Hati masing-masing cuba untuk menerima keadaan sekarang, tapi dalam masa yang sama #rinduarau semakin menjadi-jadi. Semakin menebal! Ah, makanya kitaorang pun belek semua gambar time dekat Arau dulu...gembira tapi sedih...sayu sangat....

Masing-masing tukar cerita, berita hati, perasaan semua usah diperkatalah...

Ya, Arau memang takde apa-apa...tapi dia punya ketenangan, kedamaian yang hutan batu takkan pernah miliki. Walau ditiru dengan penambahan EcoWorld pun, Arau tetapkan menang...Yang dicipta takkan pernah setaraf dengan yang tercipta oleh Pencipta..-terngiang nasyid zaman sekolah rendah dulu...-

"...Ciptaan Tuhan Maha Sempurna, Ciptaan manusia banyak kelemahan...."

Ya, teater tu berbahas tentang golongan cerdik pandai yang berhijrah ke luar negara kerana kecerdikan mereka tak diiktiraf negara sendiri. Berlakulah beberapa pertikaian dan konflik yang berakhir dengan kesimpulan; "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di tempat sendiri. Bagus lagi tempat sendiri.." dan juga "Jika semua golongan cerdik pandai mengambil langkah untuk ke luar negara, habis siapa yang akan tinggal untuk mempertahankan negara?"