Latest Posts

Empat minggu already huh? Okaylah, empat minggu itu memang sekejap. Sekejap giler! Tunggang terbalik, tunggang terbalik punya jadual, sedar ...


Empat minggu already huh?


Okaylah, empat minggu itu memang sekejap. Sekejap giler! Tunggang terbalik, tunggang terbalik punya jadual, sedar tak sedar...dah habis bulan pertama.


Hari ni...(pada masa aku menulis post ni...), dah masuk minggu ke-5.


Yang bermaksud, perang sudah bermula!


Takbir!


Allahu akbar!


Takbir!


Allahu akbar!


Allahu...tak terkejar dek akal untuk catch up semua benda. Gitulah hidup student ye kawan-kawan. Semua benda nak dikejar. Akademik, rohani, fizikal...memang kena stabil dan seimbang. (InsyaAllah...)


Hilang satu, cacatlah kita...cacat tu, tak dapat dilihat...tapi dapat dirasa...rasa kosong!


Terlalu fokus pada akademik, tanpa ambil pusing soal rohani, mungkin aku akan lebih mudah untuk alpa, leka, cuai dan kemungkinan besar...hilang tunjang utama yang menjadi pemegang untuk aku berdiri teguh pada hari ini.


Fokus pada rohani....insyaAllah dapat fokus pada hal akademi...


Fizikal?


Sudah tunggang terbalik bagai rak nak terbalik menampung segala buku atas kepala, maunya cacat jiwa...maka aku kena sediakan ruang untuk tenangkan balik kondisi tubuh..


Tarik nafas dalam-dalam, sedalam tenggelamnya kapal van der wijck...


Pukul 2 pagi, mata masih menatap segala tugasan yang ditulis pada papan putih. Semua masih belum bertanda. Menunjukkan satu pun tugasan tidak diselesaikan sepenuhnya sepanjang hujung minggu...


- sabtu; pergi pds.- ahad; pds lagi..


- senin; laundry, kemas kini time table...pastu...jadi tourist guide tak bertauliah...(padahal sendiri pun masih tercongak-congak setiap kali naik public transport...)


Isnin kelas pack. Selasalah satu-satunya hari untuk pulun otak. Stabilkan mana yang tertinggal pada hujung minggu...syukur masih bernafas walau terpaksa bersesak...


Terasa jugaklah betapa kelam dan kabutnya bila hidup tiada perancangan...Bukan tak ada, cuma tak ikut...sendiri buat, sendiri langgar...apa daa...


Okay..done bebel...aku tabiklah kepada student yang berjaya harungi semua cabaran dengan tenang...aku patut belajar teknik tu...ya...aku perlu belajar teknik bertenang...tak semua kerja aku dapat langasaikan dalam sehari...tapi sedikit, sedikit...lama-lamakan habis jua


Jawapannya, istiqomah beramal...Istiqamah =  consistent


Sungguh benar...perkara paling susah dibuat adalah...beramal secara berterusan setiap hari tanpa jemu...


Tepuk dada, tanya iman..



Empat minggu already huh? Okaylah, empat minggu itu memang sekejap. Sekejap giler! Tunggang terbalik, tunggang terbalik punya jadual, seda...

Empat minggu already huh? Okaylah, empat minggu itu memang sekejap. Sekejap giler! Tunggang terbalik, tunggang terbalik punya jadual, sedar tak sedar...dah habis bulan pertama. Hari ni...(pada masa aku menulis post ni...), dah masuk minggu ke-5. Yang bermaksud, perang sudah bermula!

Takbir!
Allahu akbar!
Takbir!
Allahu akbar!

sibuk, takde masa, busy

Allahu...tak terkejar dek akal untuk catch up semua benda. Gitulah hidup student ye kawan-kawan. Semua benda nak dikejar. Akademik, rohani, fizikal...memang kena stabil dan seimbang. (InsyaAllah...) Hilang satu, cacatlah kita...cacat tu, tak dapat dilihat...tapi dapat dirasa...rasa kosong!

Terlalu fokus pada akademik, tanpa ambil pusing soal rohani, mungkin aku akan lebih mudah untuk alpa, leka, cuai dan kemungkinan besar...hilang tunjang utama yang menjadi pemegang untuk aku berdiri teguh pada hari ini.

Fokus pada rohani....insyaAllah dapat fokus pada hal akademi...

Fizikal?
Sudah tunggang terbalik bagai rak nak terbalik menampung segala buku atas kepala, maunya cacat jiwa...maka aku kena sediakan ruang untuk tenangkan balik kondisi tubuh..

Tarik nafas dalam-dalam, sedalam tenggelamnya kapal van der wijck...

Pukul 2 pagi, mata masih menatap segala tugasan yang ditulis pada papan putih. Semua masih belum bertanda. Menunjukkan satu pun tugasan tidak diselesaikan sepenuhnya sepanjang hujung minggu...

- sabtu; pergi pds.
- ahad; pds lagi..
- senin; laundry, kemas kini time table...pastu...jadi tourist guide tak bertauliah...(padahal sendiri pun masih tercongak-congak setiap kali naik public transport...)

Isnin kelas pack. Selasalah satu-satunya hari untuk pulun otak. Stabilkan mana yang tertinggal pada hujung minggu...syukur masih bernafas walau terpaksa bersesak...Terasa jugaklah betapa kelam dan kabutnya bila hidup tiada perancangan...

Bukan tak ada, cuma tak ikut...sendiri buat, sendiri langgar...apa daa...

Okay..done bebel...aku tabiklah kepada student yang berjaya harungi semua cabaran dengan tenang...aku patut belajar teknik tu...ya...aku perlu belajar teknik bertenang...tak semua kerja aku dapat langasaikan dalam sehari...tapi sedikit, sedikit...lama-lamakan habis jua

Jawapannya, istiqomah beramal...

Istiqamah =  consistent

Sungguh benar...perkara paling susah dibuat adalah...beramal secara berterusan setiap hari tanpa jemu...

Tepuk dada, tanya iman..

Sebelum berakhir, sudilah kiranya kalian menonton video tugasan seorang dari kawan saya (yang asal dari you tube...). Topik dia pasal K-culture. Dia kongsikan pendapat dan presepsi mengenai dunia hiburan korea...FYI, dia juga termasuk dalam korean-fans...^_^!


dan aku dapat rasakan, lambat laun, aku pun terpaksa mempromote video tugasan sendiri jugak nanti...ngeee T_T! 

Thanks for reading! 

Hari ni dah masuk dua Muharram 1438H. Dua hari berturut semalam aku ada PDS (Pemantapan Destini Siswa) dan ya, aku dah pergi Puncak Alam. Ha...

Hari ni dah masuk dua Muharram 1438H.
Dua hari berturut semalam aku ada PDS (Pemantapan Destini Siswa) dan ya, aku dah pergi Puncak Alam.

Hari ni, baru aku ada peluang untuk 'me time'. Dua minggu selepas cuti seminggu hari tu, memang terasa hidup dalam fast lane. (Welcome to the real Rat Race sofie!)

Cuti Muharram. 
Kawan aku ajak jadi tourist guide. Ajar dia cara pergi ke KLIA. Sebab menurut beliau, dia tak nak menyusahkan orang setiap kali nak balik Langkawi menggunakan kapal terbang Air Asia, ataupun MAS airlines. So, aku terima tawaran dia.

Plus, aku pun banyak lagi benda yang perlu diteroka. Misalnya, menajamkan lagi pemikiran dan mata dengan keadaan sekeliling.

Done!

Aku dapat rasakan pengaruh penulisan aku kali ini disebabkan novel 'Awak Sungguh "Perfect"'. Malam tadi, aku khatamkan novel tu, yang sepatutnya aku baca masa cuti sem or mid-sem nanti. Disebabkan curiosity itu membunuh, jadi, aku tewas.

Awak Sungguh "Perfect"

Novel ni jadi peneman boring aku kalau penceramah PDS tu 'agak boring'. (mendengar ceramah untuk dua hari berturut-turut itu sangat memenatkan minda T_T...) Yup! memang semua orang yang baca title tu akan mencebik...dan berkata...

"Uish, tajuk novel zaman sekarang...semua lebih kurang je..."

sambil memandang sinis pada novel yang aku pegang. Sungguh, pandangan itu membuatkan aku rasa kredibiliti penulis yang aku sanjung itu bagai dipandang lekeh. Aku kurang gemar rasa tu...dan jika anda bukanlah penggemar novel, atau membaca atau anda gemar membaca tetapi tidak kisah siapa penulisnya, anda tidak layak untuk menilai.

Nurul Syahida aka kak shai adalah satu-satunya penulis yang aku sanjung penulisan beliau selain daripada RAM, Anis Ayuni, Aleya Aneesa, Aisya Sofea, Pingu Toha, Noor Suraya dan penulis otai yang lain.

Maka aku terangkan pada mereka.
"Kalau ikut saya, memang saya tak suka semua novel kat pasaran sekarang. Tapi, disebabkan saya dah lama menanti karya terbaru penulis ni jadi bila saya dapat tahu ada novel terbaru dari beliau, secara automatiknya saya akan berusaha untuk dapatkan! Dan saya hanya akan membeli novel dari penulis yang berjaya membuat saya hidup dalam dunia novel mereka..."

dengan bersungguh aku cerita.

"Siapa penulis tu?"

"Ala, penulis yang cipta watak Pyan..."

lagi berkerut dahi diorang lagi adalah.

Mana yang tahu, faham...yang tak tahu, diam dan angguk.

Aku tak rasa orang akan faham. Aku tak minta diorang tahu atau kenal atau paksa diorang baca semua karya beliau. Lain orang lain citarasa. Aku suka penulisan dia sebab rasa dekat dengan masyarakat sekeliling. Watak yang bukan dipelopori oleh semua bangsawan yang menyebabkan aku rasa rekaan cerita dia melampau-lampau.

Tak.

Nurul Syahida adalah penulis yang menyebabkan aku minat sejarah, sejarah politik dunia, perang, oldies dan jadi diri aku sekarang. Novel dia, wujud masa aku alami krisis identiti.
Awak sungguh "perfect"
Bukan cerita tentang kesempurnaan. Tapi, kesederhanaan.

Okaylah, kalau aku tanya soalan kepada para peminat novel diluar sana;
"Watak novel apakah yang berjaya membuatkan korang lemas dalam cerita mereka? sehingga bila dah habis baca novel tu, baru korang dapat udara..."

Jawapan aku: Uth.

Aku minat pyan, tapi Uth buat aku lemas dan sesak nafas.

Uth buat aku jadi overthinker.

Pyan buat aku nak mencari manusia semacam dia.

Uth, buat aku jadi macam dia.

Uth. Uth watak ciptaan Pingu Toha.

Pyan, rekaan Nurul Syahida.

Sunan,...idola aku untuk menjadi terbaik...

Sunan, buat aku malu sendiri.

Cuti Muharram dan Awak Sungguh "Perfect"

Cuti Muharram aku berjaya habiskan membaca Awak Sungguh "Perfect". Berbaloi untuk dimiliki. Buat aku kurang rasa takut dengan kucing. Entah sejak bila takut kucing tah...Dia bukan takut, tapi geli..teringat zaman dedulu aku pernah tercampakkan kucing bila sorang kawan aku letakkan kucing tu dekat riba aku tanpa aku perasan. Tindakan reflect!

Dan kucing tu jadi mangsa keadaan..hahahahhaha kesian kau kucing....-maafkan aku kucing..*_*...

Cerita fresh hari ini. Thanks guys sudi baca walau aku tak sempat lagi balas komen korang. All the best untuk semua dan Salam Muharram 1438H. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. ^_^

p/s: yang baru follow blog ni, terima kasih sudi jenguk and follow sini. Korang boleh tinggalkan link untuk aku follow korang balik :)

Hari ni dah masuk dua Muharram 1438H. Dua hari berturut semalam aku ada PDS (Pemantapan Destini Siswa) dan ya, aku dah pergi Puncak Alam....

Hari ni dah masuk dua Muharram 1438H.
Dua hari berturut semalam aku ada PDS (Pemantapan Destini Siswa) dan ya, aku dah pergi Puncak Alam.

Hari ni, baru aku ada peluang untuk 'me time'. Dua minggu selepas cuti seminggu hari tu, memang terasa hidup dalam fast lane. (Welcome to the real Rat Race sofie!)

Cuti Muharram. 
Kawan aku ajak jadi tourist guide. Ajar dia cara pergi ke KLIA. Sebab menurut beliau, dia tak nak menyusahkan orang setiap kali nak balik Langkawi menggunakan kapal terbang Air Asia, ataupun MAS airlines. So, aku terima tawaran dia. Plus, aku pun banyak lagi benda yang perlu diteroka. Misalnya, menajamkan lagi pemikiran dan mata dengan keadaan sekeliling.

Done! Aku dapat rasakan pengaruh penulisan aku kali ini disebabkan novel 'Awak Sungguh "Perfect"'. Malam tadi, aku khatamkan novel tu, yang sepatutnya aku baca masa cuti sem or mid-sem nanti. Disebabkan curiosity itu membunuh, jadi, aku tewas.

Awak Sungguh "Perfect"


Novel ni jadi peneman boring aku kalau penceramah PDS tu 'agak boring'. (mendengar ceramah untuk dua hari berturut-turut itu sangat memenatkan minda T_T...) Yup! memang semua orang yang baca title tu akan mencebik...dan berkata...

"Uish, tajuk novel zaman sekarang...semua lebih kurang je..." sambil memandang sinis pada novel yang aku pegang. Sungguh, pandangan itu membuatkan aku rasa kredibiliti penulis yang aku sanjung itu bagai dipandang lekeh. Aku kurang gemar rasa tu...dan jika anda bukanlah penggemar novel, atau membaca atau anda gemar membaca tetapi tidak kisah siapa penulisnya, anda tidak layak untuk menilai.

Nurul Syahida aka kak shai adalah satu-satunya penulis yang aku sanjung penulisan beliau selain daripada RAM, Anis Ayuni, Aleya Aneesa, Aisya Sofea, Pingu Toha, Noor Suraya dan penulis otai yang lain. Maka aku terangkan pada mereka.

"Kalau ikut saya, memang saya tak suka semua novel kat pasaran sekarang. Tapi, disebabkan saya dah lama menanti karya terbaru penulis ni jadi bila saya dapat tahu ada novel terbaru dari beliau, secara automatiknya saya akan berusaha untuk dapatkan! Dan saya hanya akan membeli novel dari penulis yang berjaya membuat saya hidup dalam dunia novel mereka..." dengan bersungguh aku cerita.

"Siapa penulis tu?"

"Ala, penulis yang cipta watak Pyan..." lagi berkerut dahi diorang lagi adalah. Mana yang tahu, faham...yang tak tahu, diam dan angguk.

Aku tak rasa orang akan faham. Aku tak minta diorang tahu atau kenal atau paksa diorang baca semua karya beliau. Lain orang lain citarasa. Aku suka penulisan dia sebab rasa dekat dengan masyarakat sekeliling. Watak yang bukan dipelopori oleh semua bangsawan yang menyebabkan aku rasa rekaan cerita dia melampau-lampau. Tak. Nurul Syahida adalah penulis yang menyebabkan aku minat sejarah, sejarah politik dunia, perang, oldies dan jadi diri aku sekarang. Novel dia, wujud masa aku alami krisis identiti.

Awak sungguh "perfect"
Bukan cerita tentang kesempurnaan. Tapi, kesederhanaan. 

Okaylah, kalau aku tanya soalan kepada para peminat novel diluar sana;

"Watak novel apakah yang berjaya membuatkan korang lemas dalam cerita mereka? sehingga bila dah habis baca novel tu, baru korang dapat udara..."

Jawapan aku: Uth. Aku minat pyan, tapi Uth buat aku lemas dan sesak nafas. Uth buat aku jadi overthinker. Pyan buat aku nak mencari manusia semacam dia. Uth, buat aku jadi macam dia. Uth. Uth watak ciptaan Pingu Toha. Pyan, rekaan Nurul Syahida. Sunan,...idola aku untuk menjadi terbaik...Sunan, buat aku malu sendiri.

Cuti Muharram dan Awak Sungguh "Perfect"

Cuti Muharram aku berjaya habiskan membaca Awak Sungguh "Perfect". Berbaloi untuk dimiliki. Buat aku kurang rasa takut dengan kucing. Entah sejak bila takut kucing tah...Dia bukan takut, tapi geli..teringat zaman dedulu aku pernah tercampakkan kucing bila sorang kawan aku letakkan kucing tu dekat riba aku tanpa aku perasan. Tindakan reflect! Dan kucing tu jadi mangsa keadaan..hahahahhaha kesian kau kucing....-maafkan aku kucing..*_*...

Cerita fresh hari ini. Thanks guys sudi baca walau aku tak sempat lagi balas komen korang. All the best untuk semua dan Salam Muharram 1438H. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. ^_^

p/s: yang baru follow blog ni, terima kasih sudi jenguk and follow sini. Korang boleh tinggalkan link untuk aku follow korang balik :)

Kabare kalian? Harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera. Dalam post kali ni, aku mintak maaf seandainya ada tuturan dari susunan kata ak...

Kabare kalian? Harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Dalam post kali ni, aku mintak maaf seandainya ada tuturan dari susunan kata aku yang bakal menyinggung rasa dalam hati kalian. Perkongsian ini, aku harap dapat mencelikkan minda kita semua.

Ini bukanlah topik serius, ia hanya satu isu kecil yang dipandang remeh.

Hari tu, aku dah cerita yang aku tukar kos. Bila kita tukar kos, tahu ajelah, cabaran dia memang banyak. Dugaan? tak payah cakaplah. Semuanya tertakluk pada diri kita samada nak jadikan perkara itu sebagai loncatan atau halangan.

Cabaran bila tukar kos masa ambil degree adalah:

Kita akan bermula dari semester satu balik.

Tak buat pengecualian kredit ke?

Ada. Tapi tertakluk pada subjek yang terlibat.

Jika ada persamaan sebanyak 80%, mungkin kita boleh kecualikan. Kalau tak, memang kita kena ambil balik subjek tu..walau bunyi dia ala-ala sama.Maka, nak atau tidak...pilihan tu aku dah buat. #bertabahlah.

Masa perjumpaan dengan semua pelajar baru dari FSPU (Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur), dia ada tiga kategori:-

  1. Pelajar diploma yang sambung dalam bidang yang sama

  2. Pelajar diploma yang sambung dalam bidang lain (tukar kos-ini aku-)

  3. Pelajar Asasi, STPM dan Matriks


Untuk kategori dua dan tiga mereka kebanyakkannya akan bermula dari semester 1 bagi peringkat degree. Dan kategori 1 pulak, akan terus lompat ke semester 3.


Sebabnya?


Subjek tu mereka dah belajar masa diploma dulu.Beruntungnya calon kategori satu ni, diorang hanya belajar selama dua tahun je untuk degree.


Dalam FSPU, calon kebanyakkan datang dari UiTM Sri Iskandar (S.I) dan juga UiTM Arau. Malangnya, ramai yang tak tahu bahawasanya di Arau ada UiTM! #bertabahlah


Aku ada dapat soalan yang 'sangat cerdik' dari salah seorang kenalan dari kenalan yang aku baru berkenalan. Takpe...pujuk dalam hati, kali ni aku maafkanlah dia. Sesungguhnya dia tidak mengetahui...so, kat sini aku nak cerita, in case masih ramai lagi yang tak tahu.


Arau ada apa ek?!


Arau ada UiTM. Namanya UiTM kampus Arau, Perlis. Ia juga dikategorikan sebagai kampus cawangan yang terbesar.


Lagi satu, ada Academic Height! - Tempat lepak paling best! -


Perlis ni walaupun kecil, tapi padat dengan institusi pendidikan.


Yang meriahkan Perlis adalah pelajar. Itu fenomena yang tak asing lagi. Di Perlis, tiada lapangan terbang. Walau tiada wayang, Perlis masih mampu menjadi destinasi liburan. Berbanggalah kalau korang dapat sambung belajar kat Perlis.


ni mesti kes tido masa MDS hari tu nih..sampai basic knowledge tentang uitm pun tak tau ni...kan?-


Aku sanggup ambil bidang Geoamtik semata-mata nak datang dan duduk kat Perlis.

Alhamdulillah, pengalamannya sangat berbaloi dengan risiko yang aku ambik... ^_^

Awak semua, yang mana dapat sambung belajar di UiTM, janganlah merasa kerdil. Berbanggalah walau sedikit. Tapi, jangan sampai riak.

Sifat 'humble' tu silalah semat dalam diri.

Jangan terlalu mendongak sampai lupa pandang ke bawah.

Dimana saja kita berada, tanah dan langit tak pernah tinggalkan kita sendirian.

Kalau tak ditelan bumi, dihujani batu...

Tak, aku tak marah pun dengan korang...Cuma aku terkilan. Sangat terkilan bila situasi begini berlaku. Kita semua sama je.  

-Dari tanah kita datang, pada ia kita kembali.-

Cumanya, aku tak mau rasa terkilan tu mencengkam sampai ke sanubari. Cukuplah sekadar atas angin. Sehari dua mungkin aku betah lagi melayan karenah mereka...

Jadinya, untuk mengelakkan peristiwa ni berulang, aku jelaskan lagi disini;-
bahawasanya di Arau terdapat UiTM. 

Kadang benda macam ni, kita tak tahu pun bakal menyinggung mana-mana pihak. Sebab bagi kita, benda tu takde maksud apa-apa. Maka, pesan aku satu je;

bertabahlah pabila ia melanda anda semua.

Usah melatah atau melenting, mungkin benar mereka tidak tahu.

Maka, jalan terbaik; berdiam diri atau perjelaskan pada mereka.

Iya, dulu aku tak tahu pun kat Perlis takde lapangan terbang. Aku tak tahu pun, kat Perlis takde wayang. Tapi, benda ni janganlah kita pertikaikan. Syukur tu penting...#syukurselalu

Masa mula sampai Arau, aku pun terkejut. Maunya tak terperanjat bila kita biasa shopping kat mall, bangunan tinggi-tinggi belaka (takdelah tinggi mana pun...). Tetiba kat Perlis, semuanya nampak klasik. (Tapi sekarang Perlis dah maju wooo..jangan memain tau!)

Dengan lampu isyarat setiap lima minitnya. Kadang tu bengkek jugaklah...Tapi, bila aku dah tinggalkan tempat tu, perasaan aku masih lagi melekat kat situ. Aku rasa rindu giler nak pusing Arau. Rindu tom yam dia. Rindu barangan yang murah. Kedamaian yang dia ada....#rinduarau T^T



Betullah kata orang, benda dah takde baru dirindu. Bila depan mata, serba buat tak tahu...- lumrah -#Bertabahlah duhai hati.

Cabaran hari ini, jadikan pemangkin untuk hari seterusnya,

Fahami setiap manusia,Paling tidak, hormati prinsip mereka.

Last but not least, #bertabahlah dengan karenah manusia.

Lagi-lagi sekarang ni aku hidup dalam kelompok yang sangat ramai. Maka, probability untuk menjadi seorang yang 'remarkable' tu adalah sangat sukar. Satu je kunci dia, jadilah diri sendiri...

Maaf dari hati dari saya untuk anda; pembaca budiman semua...Thanks for reading!

p/s: awalnya aku nak bebel pasal betapa ramainya calon yang ambik kos ni...T__T

Kabare kalian? Harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera. Dalam post kali ni, aku mintak maaf seandainya ada tuturan dari susunan ka...

Kabare kalian? Harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Dalam post kali ni, aku mintak maaf seandainya ada tuturan dari susunan kata aku yang bakal menyinggung rasa dalam hati kalian. Perkongsian ini, aku harap dapat mencelikkan minda kita semua. Ini bukanlah topik serius, ia hanya satu isu kecil yang dipandang remeh.

Hari tu, aku dah cerita yang aku tukar kos. Bila kita tukar kos, tahu ajelah, cabaran dia memang banyak. Dugaan? tak payah cakaplah. Semuanya tertakluk pada diri kita samada nak jadikan perkara itu sebagai loncatan atau halangan.

Cabaran bila tukar kos masa ambil degree adalah:
Kita akan bermula dari semester satu balik.


Tak buat pengecualian kredit ke?
Ada. Tapi tertakluk pada subjek yang terlibat. Jika ada persamaan sebanyak 80%, mungkin kita boleh kecualikan. Kalau tak, memang kita kena ambil balik subjek tu..walau bunyi dia ala-ala sama.

Maka, nak atau tidak...pilihan tu aku dah buat. #bertabahlah.

Masa perjumpaan dengan semua pelajar baru dari FSPU (Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur), dia ada tiga kategori:-
  1. Pelajar diploma yang sambung dalam bidang yang sama
  2. Pelajar diploma yang sambung dalam bidang lain (tukar kos-ini aku-)
  3. Pelajar Asasi, STPM dan Matriks
Untuk kategori dua dan tiga mereka kebanyakkannya akan bermula dari semester 1 bagi peringkat degree. Dan kategori 1 pulak, akan terus lompat ke semester 3.

Sebabnya?
Subjek tu mereka dah belajar masa diploma dulu.

Beruntungnya calon kategori satu ni, diorang hanya belajar selama dua tahun je untuk degree.

Dalam FSPU, calon kebanyakkan datang dari UiTM Sri Iskandar (S.I) dan juga UiTM Arau. Malangnya, ramai yang tak tahu bahawasanya di Arau ada UiTM! #bertabahlah

Aku ada dapat soalan yang 'sangat cerdik' dari salah seorang kenalan dari kenalan yang aku baru berkenalan. Takpe...pujuk dalam hati, kali ni aku maafkanlah dia. Sesungguhnya dia tidak mengetahui...so, kat sini aku nak cerita, in case masih ramai lagi yang tak tahu.

Arau ada apa ek?!
Arau ada UiTM. Namanya UiTM kampus Arau, Perlis. Ia juga dikategorikan sebagai kampus cawangan yang terbesar. Lagi satu, ada Academic Height! - Tempat lepak paling best! -


Perlis ni walaupun kecil, tapi padat dengan institusi pendidikan. Yang meriahkan Perlis adalah pelajar. Itu fenomena yang tak asing lagi. Di Perlis, masih belum ada lapangan terbang. Walau tiada wayang, Perlis masih mampu menjadi destinasi liburan. Berbanggalah kalau korang dapat sambung belajar kat Perlis.

ni mesti kes tido masa MDS hari tu nih..sampai basic knowledge tentang uitm pun tak tau ni...kan?-

Aku sanggup ambil bidang Geoamtik semata-mata nak datang dan duduk kat Perlis. Alhamdulillah, pengalamannya sangat berbaloi dengan risiko yang aku ambik... ^_^

Awak semua, yang mana dapat sambung belajar di UiTM, janganlah merasa kerdil. Berbanggalah walau sedikit. Tapi, jangan sampai riak. Sifat 'humble' tu silalah semat dalam diri. Jangan terlalu mendongak sampai lupa pandang ke bawah.

Dimana saja kita berada, tanah dan langit tak pernah tinggalkan kita sendirian. Kalau tak ditelan bumi, dihujani batu...

Tak, aku tak marah pun dengan korang...Cuma aku terkilan. Sangat terkilan bila situasi begini berlaku. Kita semua sama je.  -Dari tanah kita datang, pada ia kita kembali.- Cumanya, aku tak mau rasa terkilan tu mencengkam sampai ke sanubari. Cukuplah sekadar atas angin. Sehari dua mungkin aku betah lagi melayan karenah mereka...

Jadinya, untuk mengelakkan peristiwa ni berulang, aku jelaskan lagi disini;-

bahawasanya di Arau terdapat UiTM. 

Kadang benda macam ni, kita tak tahu pun bakal menyinggung mana-mana pihak. Sebab bagi kita, benda tu takde maksud apa-apa. Maka, pesan aku satu je; bertabahlah pabila ia melanda anda semua. Usah melatah atau melenting, mungkin benar mereka tidak tahu. Maka, jalan terbaik; berdiam diri atau perjelaskan pada mereka.

Iya, dulu aku tak tahu pun kat Perlis takde lapangan terbang. Aku tak tahu pun, kat Perlis takde wayang. Tapi, benda ni janganlah kita pertikaikan. Syukur tu penting...#syukurselalu

Masa mula sampai Arau, aku pun terkejut. Maunya tak terperanjat bila kita biasa shopping kat mall, bangunan tinggi-tinggi belaka (takdelah tinggi mana pun...). Tetiba kat Perlis, semuanya nampak klasik. (Tapi sekarang Perlis dah maju wooo..jangan memain tau!) Dengan lampu isyarat setiap lima minitnya. Kadang tu bengkek jugaklah...

Tapi, bila aku dah tinggalkan tempat tu, perasaan aku masih lagi melekat kat situ. Aku rasa rindu giler nak pusing Arau. Rindu tom yam dia. Rindu barangan yang murah. Kedamaian yang dia ada....#rinduarau T^T


Betullah kata orang, benda dah takde baru dirindu. Bila depan mata, serba buat tak tahu...- lumrah -

#Bertabahlah duhai hati. 
Cabaran hari ini, jadikan pemangkin untuk hari seterusnya,
Fahami setiap manusia,
Paling tidak, hormati prinsip mereka.

Last but not least, #bertabahlah dengan karenah manusia. Lagi-lagi sekarang ni aku hidup dalam kelompok yang sangat ramai. Maka, probability untuk menjadi seorang yang 'remarkable' tu adalah sangat sukar. Satu je kunci dia, jadilah diri sendiri...

Maaf dari hati dari saya untuk anda; pembaca budiman semua...

Thanks for reading!

p/s: awalnya aku nak bebel pasal betapa ramainya calon yang ambik kos ni...T__T