Hati itu ada dua. Hati yang boleh dilihat dengan mata kasar dan hati yang boleh merasa.
Hati itu kalau tidak dipelihara, boleh membuatkan minda/akal kita lumpuh bersama...
Hati itu ada dua. Hati yang boleh dilihat dengan mata kasar dan hati yang boleh merasa. Hati itu kalau tidak dipelihara, boleh membuatkan ...
Minda vs Hati
Klik banner untuk join ya! tag: hikayatleyha
Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip
Holla there my friends! Dari utara Malaysia hinggalah ke Sabah nun...kabare kalian semua? Aku harap korang semua sihat dan sejahtera hendakn...
A letter to my best friends
Holla there my friends!
Dari utara Malaysia hinggalah ke Sabah nun...kabare kalian semua? Aku harap korang semua sihat dan sejahtera hendaknya bersama keluarga tercinta....
[Entri kali ni adalah untuk mengembalikan mood menulis yang sudah kelaut. Sebagai langkah pertama, aku cari challenge yang betul-betul aku rasa macam nak buatlah. Disebabkan petang kelmarin, tadi or semalam, salah sorang member aku bagitau yang dia dah terima kad raya, maka aku tetiba rasa maam nak tulis surat lagi....Tapi, versi 'e-book' jer lah...]
Dear HSMS, Aina, N, F, A, K...
dan aku rasa lama kelamaan jarak mula menyusutkan perkenalan kita selama lima tahun. Aku harap, memori itu takkan dilupuskan begitu saja. (Ah, harapan aku saja!) Korang semua dah berkeluarga...harapnya sentiasa ceria...
Kenangan korang aku tetap akan simpan dalam diari, ingatan dan juga lagu. Oh, plese jangan invite aku dalam group lagi k? sebab zaman kita dah habis. Atmosfera kita dah berbeza yang kadang buat aku rasa....ah! biarkanlah aku terus lesap...rindu itu aku sandar pada gambar. Kena pada waktunya, insyaAllah kitakan bersua seperti dulu kala....
![]() |
| Zaman 2014... |
Dengar cerita masing-masing dah ada anak? Apa? nak masuk anak kedua dah? Tahniah weh! Gembira aku dengar bila korang bahagia gini...oh! lupa pulak...hai ayuni! Apa kabar kamu di sabah sana? Kamu pun bukan hebat jadi cikgu mendidik generasi bangsa untuk negara.
Buat Nadhirah yang sibuk menyambung pengajian di UPSI, (hurm....aku tak tau bila last aku KIT dengan dia...tapi adalah nak dekat tiga or dua tahun?...) saya harap kamu berjaya dunia akhirat. Amin! Doakan untuk saya jugak ya! Ni confirm student dean every sem kan? Alah, takyah nak tipulah....erm, gambar dengan kamu? serasanya macam takde pulak. Apasalla tak ambik masa zaman ritu kan?
Untuk semua penghuni rumah pink,
Alhamdulillah, so far kita masih lagi KIT dekat insta...hari tu korang tanya bila saya nak turun sana lagi? Saya pun masih takde jawapan tepat. Ada rezeki, adalah....buat apa sekarang? erm....baru nak hayati kehidupan penuh masa lapang tapi tiada uang....korang pun, saya harap bahagia jua hendaknya....(jangan sedih pulak kalau aku tak mention nama korang...korang tau aku tengah tuju surat ni untuk korang...kalau korang bacalahkan...kalau tak sampai bebila pun takkan tahu....)
Dear roomate 2082,
Terima kasih untuk memori sepanjang semester satu. Urm, sebenarnya aku dah lama nak mintak maaf pasal insiden 3043. Tapi, tulah...kau buat tak dengar dan aku pun dah malas nak ambil tahu, maka haluan kita mula bercabang. Silap aku...menyesal? tak jugaklah....pengajaran untuk hidup aku. Terima kasih :)
Aku rasa, mungkin masa sem lima kot kita last jumpa. Harapnya, cerita kita akan setia dalam helaian memori... (tipulah kalau aku kata aku tak rindu zaman tu, sebab koranglah first 'partner-in-crime' zaman U...

Untuk Geng Bangau dan juga group LP sem5,
Kenangan bersama korang, terlalu banyak aku kongsikan dalam catatan, blog dan gambar...korang pun taukan....setiap kali kita lepak jumpa balik...mesti ambil masa seminggu untuk move on....lepas tu masing-masing tak nak berjauhan bila depan mata...sekarang semua dah jauh. Nak harapkan dapat mesej wasep tanpa sebab...memang tadaklah cerita dia....maka, semua hanya dapat berita melalui insta, twitter tak pun fesbuk je...dapat 'like' dari korang pun dah cukup buat aku happy tahu...

Surat ni aku tak spesifikkan untuk individu, sebab semua situasi ni aku ditemani best friends yang berbeza. Semuanya sangat penting untuk menyerikan lagi kisah hidup aku. Garapan yang sangat halus dari Dia. Semoga kalian semua tidak melupakan kenangan kita bersama seperti memori Riley yang melupakan Bing-Bong...selama-lamanya....
Thanks for reading this letter.
Regards,
Sofie...
Holla there my friends! Dari utara Malaysia hinggalah ke Sabah nun...kabare kalian semua? Aku harap korang semua sihat dan sejahtera he...
A letter to my best friends
![]() |
| Zaman 2014... |


Holla there! Kabare kalian semua? Aku doakan korang semua sihat hendaknya sempena bulan syawal ni. Apa cer raya tahun ni? Mesti meriahkan. Y...
Salam AidilFitri dari Miri
Holla there!
Kabare kalian semua? Aku doakan korang semua sihat hendaknya sempena bulan syawal ni. Apa cer raya tahun ni? Mesti meriahkan. Yelah, mana ada kelam kelibut nak balik kolej dah...oh, ada jugak ek yang exam sebelum raya? bertabahlah :)
Sebelum terlambat, aku sofieadie dari Miri, ingin mengucapkan salam aidilfitri untuk semua warga muslim yang menyambutnya pada tahun ini. Semoga bulan Syawal kalian tetap meriah dan ceria hendaknya....Maaf zahir batin dari saya, andai ada yang tersinggung sepanjang mengenali insan kerdil ini....

Apa cer, dah lama tak update blog, lepas tu lip-lap-lip-lap...dah raya....oh, kemalasan apakah yang melanda jiwa ini? Oh, rezeki bulan ramadhan hari tu, aku belanjalah blog aku 'baju baru'. Patutnya hari tu lagi aku patut cerita. Tapi, masih 'tak berkesempatan' aka MALAS! huhuhuhu
Start puasa hari tu, faktor kekangan masa yang sampai tak ber-update blog ni. Ni time raya, tadak buat apa-apa pun masih jugak tak ber-update. Masa mood nak update datang, blog buat hal. Tak boleh bukak bagai. DNS error katanya...lepas tu aku try bukak tempat lain. Sama jugak.
Last-last aku adu dekat tempat aku daftar domain. Lepas tu, mood nak nulis pun dah merajuk....adalah dalam dua tiga hari takleh bukak...sedih wooo!
Untuk pujuk balik mood menulis tu, aku belanjalah 'baju raya'....tadaaaaa!
Begitulah kisah penuh emosi raya sofieadie....
Raya tahun ni, kitaorang buat open house lambat sikit...nextweek baru open house. Mana yang ada sekitar Miri pada 22 Julai 2016 nanti, (sila masukkan tarikh penting ini dalam jadual anda...) kalau rasa nak makan free, jemputlah maghi ke rumah. Menunya masih belum diputuskan lagi. Tapi, yang pastinya...sushi memang ada. Oh, tak lupa juga pelbagai aneka kek lapis sarawak homemade! Tabiklah kalau yang jejauh sanggup datang... kalau rajin, aku updatelah situasi open house tu nanti...(kalau rajinlah....)
Tu je kot cerita raya untuk hari ni...Thanx for reading!
p/s: awak yang dapat kad raya dari Miri tu, dah dapat ke belum?
Holla there! Kabare kalian semua? Aku doakan korang semua sihat hendaknya sempena bulan syawal ni. Apa cer raya tahun ni? Mesti meriahka...
Salam AidilFitri dari Miri









