Holla there!
First of all, aku nak ucapkan tahniah
kepada adik-adik yang dapat menyambung ke peringkat pengajian yang seterusnya!
Patutlah ramai tanya soalan pasal geomatik…ni mesti dapat geomatik ni Hehehehe…apa-apa
pun all the best kalian! Welcome to the university life!
Bagi sesiapa yang nak tambahkan pengetahuan yang mendedahkan pengalaman praktikal di
JUPEM ni tanpa
sebab, amatlah dialu-alukan membacanya. Mana yang baca sebab memang teringin
nak tahu situasi dia, silalah
baca setiap bait dengan penuh penghayatan. Ecececeh!
Ini pesanan dari senior yang sayangkan juniornya…hahahahahahah *mohon terbalikkan
biji mata berjemaah*
Entri kali ni adalah permintaan dari salah
seorang junior geomass part 3 dalam entri ini. Terima kasih sebab sudi bertanya. Semoga dengan
perkongsiaan ini, adalah manfaat untuk korang yang bakal praktikal di JUPEM
kelak.
Secara jujurnya, aku
tak pernah buat
praktikal dekat JUPEM. Sebabnya untuk orang Sabah dan Sarawak, mereka lebih
digalakkan untuk
praktikal di JTS (
Jabatan Tanah dan Survei). Kenapa?
InsyaAllah aku akan cerita dalam entri lain.
So, aku pun mintak tolong dari members yang
ada pengalaman praktikal kat JUPEM. Nak kasi feeling tu real sikit. Sebab orang
yang alami, cerita dia ada emosi... Sebelum tu, aku nak perjelaskan perbezaan antara praktikal JUPEM dan Latihan Industri (LI);
|
JUPEM
|
LI
|
Nama subjek
|
Industrial Training
JUPEM (SUG315)
|
Practicum
(SUG396/SUG397/SUG398)
*contoh kod subjek
bagi student AP120
|
Diurus oleh
|
Pensyarah
|
|
Tempoh
|
Lima minggu
|
Lima bulan
(sepanjang sesi
semester enam)
*tentatif akan diberi semasa sem 5
|
Credit hour
|
2
|
9 / 6
|
Final Paper
|
Tiada
|
Tiada
|
Viva/Presentation
|
Tiada
|
Ada
|
Jumlah report
|
Satu
|
Dua / Tiga
|
Hardcover report
|
Tak perlu
|
Wajib
|
Markah
|
Dimasukkan dalam
result sem 5
|
Result sem 6
|
Cerita pertama adalah dari Afiq. Dia orang
Selangor yang praktikal dekat JUPEM Pulau Pinang sebab apa tak tau. Mungkin
batch kitaorang paling ramai sampai satu JUPEM tu terhad hanya untuk 20 orang
sahaja. Mana yang lebih, terpaksa dicampak ke JUPEM yang masih banyak kosong…ni
cerita asal dari dia, kalau korang nak tanya lebih lanjut, korang boleh DM dia kat twitter okay? (tulisan yang ori dari Afiq, korang boleh baca kat sini..)
Masa dekat jupem eh, 1st day memang pehh berdebar gila! Maklumlah
1st time dah la tak de reference senior langsung! Lepas tu tercampak jauh dekat
Pulau Pinang...hahaha…1st day tu datang awal, then terus la konfiden gila naik
komtar terus tunggu dekat JUPEM..tak tahu pulak kena ambil pass kat bawah nak
masuk komtar tu..turun la balik amek pass then baru naik balik..
Mula-mula sekali, kitaorang kena register ‘thumb
print’ untuk record kedatangan hari-hari. Then ada briefing sikit bla bla bla… Then,
disebabkan JUPEM kitaorang cuma ada 12 orang dan dekat JUPEM hanya ada 4 ‘section’.
Maka, kitaorang pun dipecahkan kepada 4 kumpulan. Setiap satu kumpulan ada tiga
orang.
 |
| Kegigihan Afiq mengorek lubang untuk tanam batu...(familiar tak?) |
Dua minggu yang pertama, kitaorang dekat
section Strata, Stratum & Marine (SSM) dan this section yang paling banyak
bagi input dekat kitaorang. Apa yang kitaorang buat dekat section ni, dekat U
nanti banyak sangat guna. Korang akan didedahkan dan belajar pasal strata ni
masa sem lima. (dalam iklan pun ada juga terangkan pasal strata…kalau korang
ingat iklan tu, confirm korang boleh jawab dengan lancarnya apa itu strata…)
Hari yang seterusnya, kitaorang ke
section-section lain yang aku tak ingat dah apa nama section tu. Then, untuk
last two weeks, kitaorang dikumpulkan balik untuk practical dgn Jurukur Daerah
(JUD). JUD ni adalah sebahagian daripada JUPEM jugak tapi diorang cuma terlibat
dalam bahagian kerja luar. So, data yang diaorang ambil ni terus hantar ke
JUPEM untuk diproses.
Hmm…apa yang boleh aku summerize kat sini, practical
JUPEM ni takde benda pun yang korang perlu risaukan. InsyaAllah staff semua terbaik,
peramah dan sedia terima korang sebagai student. Dan korang tak payah berharap tinggi
sangat dekat praktikal ni. Sebab aku janji yang praktikal ni tak macam yang
korang fikir dan jauh dari apa yang korang sangkakan.
Dia santai sangat! Siap korang boleh main
ping pong. Main macam-macamlah! Hahaha... Kiatorang keluar minum pagi pukul 9,
naik balik pukul 11. Then, duduk depan computer main internet then keluar balik
lunch. Lepas tu, jalan-jalan sampai pukul tiga baru masuk balik. Hahaha
Tapi
takdela hari-hari. Sebab kadang-kadang adalah jugak kerja. Tapi tengok la jugak
JUPEM mana hahah…So, sape yang practical dekat JUPEM Penang tu, korang sebut je
nama aku AFIQ confirm diorang kenal…hahah Cakap yang kurus-kurus, tinggi-tinggi…huhuh..lagi-lagi
En. Fauzi Strata...
So, kepada yang nak practical tu, goodluck and All the
best! Ambik sebanyak mungkin ilmu sepanjang practical yang boleh dijadikan input
sebab tu je peluang yang korang ada. Jangan tangguh-tangguh bab report, nanti
korang menyesal! hahah Kalau nak contoh report PM kay ;D
Itu je kot… Sebenarnya takde benda pun
nak cerita…serius…hahaha k gerak luuu pape roger! ;)
Kedua ni pulak dari member yang
praktikal kat JUPEM Selangor. Dia pesan ringkas je…
Cakap je, nanti kat sana akan dipecahkan dalam
kumpulan kecil, kalau ramai sangat student yang praktikal kat situ. Pastu, korang
akan pergi setiap section untuk belajar step keje kat JUPEM. Ikut staff kat
situ nak bagi yang mana dulu. Elaun pun ikut JUPEM masing-masing. Rezeki
masing-masinglah katakan.
Ulasan yang ketiga adalah pengalaman member yang praktikal kat
JUPEM Perlis.
Pengalaman yang saya
perolehi semasa praktikal di JUPEM Perlis semestinya ilmu. Ilmu yang saya dapat
ialah semasa berada di setiap cawangan dalam JUPEM. Bagi JUPEM Perlis, hanya
cawangan strata dan stratum yang tidak diwujudkan. Terdapat sembilan cawangan dalam setiap JUPEM
tetapi antara cawangan yang kami lawati ialah cawangan kerja luar, cawangan
pendaftaran, cawangan pelan berdigit dan cawanagan semakan kualiti. Proses
kerja yang dilakukan bagi setiap cawangan adalah berbeza mengikut
langkah-langkah yang ditetapkan. Bagi pendapat saya dan mungkin juga orang
lain, cawangan kerja luar yang paling menyeronokkan dan mencabar berbanding
cawangan yang lain. Alat yang digunakan bagi kerja luar juga berbeza seperti
mengunakan tough book sebagai ganti untuk buku kerja luar. Dengan menggunakan
tough book ini, kita dapat menjimatkan masa, tenaga dan kerja dapat
diselesaikan dengan cepat. Akhir kata, pengalaman yang diperolehi itu yang akan
mematangkan kita hari kemudian.
 |
| Geng JUPEM Perlis (Batch Perihelion) |
Sebagai konklusi sepanjang praktikal lima
minggu ni:
- Pelajar akan dipecah dalam kumpulan kecil
kalau terlalu ramai
- Akan diberi peluang untuk merasai
pengalaman di setiap section JUPEM
- Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak
setiap kali ada aktiviti, tugasan atau kerja yang berkaitan (Sebagai bukti
korang buat kerja tu...dan boleh juga diletakkan dalam report korang nanti)
- Sentiasa update buku log industry korang
setiap hari. Jangan tangguh!
- Boleh start buat report dari awal, sebab masa
sem 5, korang akan mengalami situasi lambakan report... (paling banyak daripada
semester lain...)
- Jangan fikir pasal elaun, sebab tak semua
JUPEM sediakan. Ada, syukur. Takde pun kena syukur jugak…
- Jangan terlalu ikut habit pekerja dekat
tempat praktikal. Mereka pekerja, kita student…mereka dah ada jaminan kerjaya,
kita belum. So, be careful ya!
- Praktikal ni sangat membantu korang untuk
tentukan masa depan korang. Lepas praktikal baru boleh komen. Samada nak
teruskan dalam bidang yang sama atau tak.
- Paling penting, hargai setiap masa yang
korang ada untuk bertanya setiap struktur dan fahami proses yang dilakukan
dalam JUPEM.
- Terakhir, ingatlah kereta. Teori yang sama juga boleh diaplikasikan pada kereta yang berbeza.
 |
| Situasi lambakan report! Jangan tiru sikap ini!!! |
Terima kasih lagi sekali kepada Akram sebab
sudi bertanya. Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak membantu korang untuk
lebih bersedia jalani latihan industry. Kalau ada orang tanya, “Kenapa student
Geomass ada dua kali praktikal ek?” Dengan mudahnya jawablah;
kerana dunia
geomatik memerlukan pendedahan yang luas kepada pelajarnya. Supaya mereka tahu,
apa fungsi geomatik di mata dunia.
Gitu! Hahahahahhah...Okaylah aku rasa dah beriban ayat ni. Mana
yang kurang tu maafkanlah, mana yang berfaedah tu, sharelah dengan
member-member lain.
Thanks for reading! :)