Masak ni ada banyak kategori. Masakan panas, berat, pastri, bake, dessert, etc....yang penting semua menghasilkan makanan. Dan janji bukan a...
Masak oh Masak!
Masak ni ada banyak kategori. Masakan panas, berat, pastri, bake, dessert, etc....yang penting semua menghasilkan makanan. Dan janji bukan aku yang masak! Hahahahaha....okay..tak kelakar pun...T_T..
Kupas isu masak nih, aku rasa percentage aku mengusai dunia masakan hanyalah 0.01%...erm?? Okay, macam teruk sangat jer tu...atau mungkin macam titisan hujan di musim kemarau? atau sesudu beras? kot! Ah! lantaklah dengan peratusan tu...janji kalau aku campak-campak, dia jadi...itupun kalau jadilah.....Ni aku ada cerita nak kongsi dan ada soalan nak tanya..
Cerita dia begini;
Tadi, aku kengkononnya merajinkan diri nak buat satu cookies nih. Yeah, cookies pun kategori masak apa. Dari hari tu ayah minta buatkan cookies halia. Tapi, sampai ke sudah aku tak buat. Memandangkan ahad ni aku dah terbang ke utara, mau atau tidak kenalah buat. Kesian pulak kalau tak buat. Pastu aku lupa resepi apa yang aku campak dan guna masa raya hari tu. Maka, ber-google-lah aku sementara masih awal. Then, jumpa dalam dua tiga resepi cookies yang berkaitan, aku pun terus buat ikut resepi dia.
Aku ni bab ikut resepi macam noob sikit. Padahal siapalah nak kongsi resepi sebenarkan? Aku turut satu persatu. Masa tu sesi sukat menyukat bahan. Dalam hati aku apasal bahan dia macam terlampau banyak dan tak stabil ek? Dan aku hapuskan rasa hati tu.
Aku teruskan sesi mencampur adukkan bahan pulak. Sehinggalah ke titisan vanilla terakhir, baru aku sedar...aku dah terlambat....gua dah terlambat bruh! huhuhuhu...dan aku merasalah doh tersebut. Pergh! vanilla dia bapak segelen aku rasa...dan aku muak! kembang tekak dek kerana overdose vanilla...dan aku terus rasa 'hangin' [maafkan saya budak suka vanilla....]*okay abaikan....*
Tapi, aku still proceed sampailah cookies tu masak dan selamat dalam bekas sekarang. Dan setiap kali aku tengok cookies tu, aku rasa macam tengok "unwanted cookies" pulak. Nak buang bazir, sebab mak aku kata dah okey dah..maka jadilah "cookies yaya"-THE END-
Itulah dia. Itulah dia, bila aku tengok orang masak, nampak semua jadi, semua sedap....tapi, bila aku buat, aku nampak, semua tak jadi, nampak semua tak sedap...dan rasa macam nak buang je dan hapuskan serta merta...tapi nasib baik dekat rumah ada "vacuum teletubbies"...takdelah membazir. Dan sebab rasa ini, buat aku langsung takde hati nak masak. Tak lalu tengok masakan sendiri...cyeh!
![]() |
| Lebih kurang ginilah hasil dia.... |
Masak oh masak!
Aku suka masak. Tapi,.....hobi tu memasak..tapi tulah...kalau aku sendiri masak, tak makan aku...dan umi hanya menggeleng kepala sambil berkata;
"Sampai bilalah tak nak masak ni? dan sekian sekian sekian sekian....sekian..."
Dan tak lama lepas tu, kalau aku dah tolong sedia bahan ke cuci barang lepas masak ke, isu masak takkan timbul. Problem solved!
![]() |
| Okay..i'll try... |
Soalan dia;
Korang pernah tak alami rasa ketidak sukaan pada masakan sendiri? Beria masak, tapi nak makan macam tak lalu...korang pun tengok je makanan tu dimakan orang. Sampai ke habis pun korang tak lalu. (Apasal ek?)
Eh! Panjang pulak bebel pasal masak nih. Ini gara-gara "unwanted cookies yaya" lah ni...lesaplah kau cookies....hahahahahahah..[dalam nada suara Adu du] Bab makan, no hal...aku on ja..semua balun..as long as halal lah kan? kecuali ceri..aku tak makan ceri..Tapi bab masak nih,..aku kena heal dulu rasa "tidak suka pada masakan sendiri"...
Okaylah...sampai bertemu kembali gais..yang rajin memasak, dan takde masalah makan masakan sendiri, kipidap yo!
Thanks for reading! Good Night!
p/s: hari ni last day praktikal!!! tak tau nak feeling apa...feel dia sama macam buat cookies yaya...huhuhuhu T~T
Masak ni ada banyak kategori. Masakan panas, berat, pastri, bake, dessert, etc....yang penting semua menghasilkan makanan. Dan janji bukan...
Masak oh Masak!
![]() |
| Lebih kurang ginilah hasil dia.... |
![]() |
| Okay..i'll try... |
Soalan dia;
Korang pernah tak alami rasa ketidak sukaan pada masakan sendiri? Beria masak, tapi nak makan macam tak lalu...korang pun tengok je makanan tu dimakan orang. Sampai ke habis pun korang tak lalu. (Apasal ek?)
Track of the Day: Save your Heart by Mayday Parade.... Aku tau genre muzik kita takkan pernah sama. Itu sedia maklum... Tapi aku ada satu la...
TOTD: Save your Heart
Track of the Day: Save your Heart by Mayday Parade....
Aku tau genre muzik kita takkan pernah sama. Itu sedia maklum...
Tapi aku ada satu lagu nih...
(okeh tipu, sebenarnya banyak sangat lagu aku nak bagi...)
tapi, kali ni aku kasi satu je...
tuju lagu kepada sesiapa yang cuba "Save their heart..."
Thanks for listening!
I try to get up bruh...I try...
Good night......
To "MR.AOURAS, ICT2A", .. I swear this time I mean it....~mayday parade...~
Sekali dengar lagu dorang nih, macam semua kena dengan mood dan susah pulak nak lepaskan earphone..aih....tidur dulu..still breathing...
It's hard to be a man...but i'm doing all i can....
Track of the Day: Save your Heart by Mayday Parade.... Aku tau genre muzik kita takkan pernah sama. Itu sedia maklum... Tapi aku ada...
TOTD: Save your Heart
It's hard to be a man...but i'm doing all i can....
Forrest Gump adalah satu cerita yang penuh dengan dialog yang tersirat dan bermakna. Itu bagi pandangan akulah. Sebab kalau boleh sepanjang ...
Forrest Gump
Forrest Gump adalah satu cerita yang penuh dengan dialog yang tersirat dan bermakna. Itu bagi pandangan akulah. Sebab kalau boleh sepanjang tengok cerita dia, aku asyik nak pause je. Kalau tak pause rewind...Alasan?
Nak ulang balik apa yang dia kata. Feel ni sama macam tengok cerita "Angels & Demons". Aku pun tak faham pasal pa...sebab tu aku tak suka tengok movie dengan orang, mau kena marah sebab lambat giler otak nak cerna dialog.
Apa kaitan Forrest Gump dengan Angels & Demons?
Jawapan dia adalah, watak utama dia adalah pelakon yang sama. Iaitu Tom Hanks.
Secara kasarnya cerita ni mengisahkan seorang anak yang sangat baik dan dengar kata ibu dia. Budak ni nak kata tak cerdik, cerdik..tapi dia agak slow berbanding orang lain. Disebabkan dia slow, maka selalu kena buli...dahlah pakai leg braces, cakap pun macam tak normal...tapi hati dia yang baik dan jujurlah yang jadi penyelamat dia. Semua dialog dia kalau boleh mesti start dengan:
"My mama said..."
Tapi, siapa tahu dengan gaya dia yang macam tu padahal billionaire. Pernah pergi White House, jumpa PM again...
Sinopsis penuh korang boleh baca sini. Sebab aku pun tak tau nak bagi ayat apa dah..huhuhu
Trivia dia pulak rajin-rajinlah klik sini.
Yang menariknya, dalam cerita ni ada lakonan John Lennon masa beliau masih hidup. Habis semua lirik lagu "Imagine" dia guna sebagai dialog. Kelakar pulak rasa...nak kata movie ni ikut semua timeline sejarah barat pun iya jugak. Pasal AIDS kali pertama wujud, JFK, dan macam-macamlah...
Selain pada tu, Gary Sinise pun ada berlakon dalam cerita ni. Dia pegang watak sebagai "Dan Taylor". Kalau dalam CSI:NY dia jadi Mac Taylor. Suka na dengan nama tu ek? Tapi dalam cerita ni dia macam takleh terima hakikat dengan nasib dia selepas diselamatkan Forrest. Kesian pun ada...
Macam mana aku boleh terkena virus Forrest Gump ni?
Masa tu, ada satu game ni, lebih kurang macam teka tajuk movie or something like that lah. Pastu time turn ada orang duduk kat kerusi dengan briefcase, aku blur...haih, banyak lagi cerita aku tak tengok ni, kalau ni pun masih tak tau...then adik aku yang hantu movie jawablah:
"Tu cerita Forrest Gump.."
oooo ajelah aku masa tu...and terus bantai movie tu...
lagilah layan bila tau tu cerita Tom Hanks...pemilik suara Woody tu...
![]() |
| Jawapan yang famous bila orang tanya "Are you stupid or what?" |
Thanks for reading!
Patutlah mak-mak dulu minat dengan Tom Hanks ni..rupanya masa dia muda memang agak good looking lah..tinggi pulak tu...no wonder aku pun tersangkut..hahahahaha suara dia pulak senang nak cam...lain dari oranglah..lagi-lagi part dia jerit "Alabama" kuat-kuat dekat boyfriend Jenny.
Dan aku rasa semua cerita Tom Hanks buat aku tengok banyak kali dan lagi dan lagi..same goes to "Saving Private Ryan" movie...











