Latest Posts

Forrest Gump adalah satu cerita yang penuh dengan dialog yang tersirat dan bermakna. Itu bagi pandangan akulah. Sebab kalau boleh sepa...

Forrest Gump adalah satu cerita yang penuh dengan dialog yang tersirat dan bermakna. Itu bagi pandangan akulah. Sebab kalau boleh sepanjang tengok cerita dia, aku asyik nak pause je. Kalau tak pause rewind...Alasan? Nak ulang balik apa yang dia kata. Feel ni sama macam tengok cerita "Angels & Demons". Aku pun tak faham pasal pa...sebab tu aku tak suka tengok movie dengan orang, mau kena marah sebab lambat giler otak nak cerna dialog. 

Apa kaitan Forrest Gump dengan Angels & Demons?
Jawapan dia adalah, watak utama dia adalah pelakon yang sama. Iaitu Tom Hanks.

Secara kasarnya cerita ni mengisahkan seorang anak yang sangat baik dan dengar kata ibu dia. Budak ni nak kata tak cerdik, cerdik..tapi dia agak slow berbanding orang lain. Disebabkan dia slow, maka selalu kena buli...dahlah pakai leg braces, cakap pun macam tak normal...tapi hati dia yang baik dan jujurlah yang jadi penyelamat dia. Semua dialog dia kalau boleh mesti start dengan:

"My mama said..." 

Tapi, siapa tahu dengan gaya dia yang macam tu padahal billionaire. Pernah pergi White House, jumpa PM again...

Sinopsis penuh korang boleh baca sini. Sebab aku pun tak tau nak bagi ayat apa dah..huhuhu
Trivia dia pulak rajin-rajinlah klik sini.

Yang menariknya, dalam cerita ni ada lakonan John Lennon masa beliau masih hidup. Habis semua lirik lagu "Imagine" dia guna sebagai dialog. Kelakar pulak rasa...nak kata movie ni ikut semua timeline sejarah barat pun iya jugak. Pasal AIDS kali pertama wujud, JFK, dan macam-macamlah...

Selain pada tu, Gary Sinise pun ada berlakon dalam cerita ni. Dia pegang watak sebagai "Dan Taylor". Kalau dalam CSI:NY dia jadi Mac Taylor. Suka na dengan nama tu ek? Tapi dalam cerita ni dia macam takleh terima hakikat dengan nasib dia selepas diselamatkan Forrest. Kesian pun ada...

Macam mana aku boleh terkena virus Forrest Gump ni?
Masa tu, ada satu game ni, lebih kurang macam teka tajuk movie or something like that lah. Pastu time turn ada orang duduk kat kerusi dengan briefcase, aku blur...haih, banyak lagi cerita aku tak tengok ni, kalau ni pun masih tak tau...then adik aku yang hantu movie jawablah:
"Tu cerita Forrest Gump.."
oooo ajelah aku masa tu...and terus bantai movie tu...
lagilah layan bila tau tu cerita Tom Hanks...pemilik suara Woody tu...

Aku rate 8/10. 

Jawapan yang famous bila orang tanya "Are you stupid or what?"
Dan banyak lagi quotes yang menarik dan make life lepas tengok cerita ni..-THE END-

Thanks for reading!

Patutlah mak-mak dulu minat dengan Tom Hanks ni..rupanya masa dia muda memang agak good looking lah..tinggi pulak tu...no wonder aku pun tersangkut..hahahahaha suara dia pulak senang nak cam...lain dari oranglah..lagi-lagi part dia jerit "Alabama" kuat-kuat dekat boyfriend Jenny.

Dan aku rasa semua cerita Tom Hanks buat aku tengok banyak kali dan lagi dan lagi..same goes to "Saving Private Ryan" movie...

Holla there! Miss me huh? Bluek!!! Bazir karan je nak miss, miss kan? Okaylah, sebenarnya tadak alasan kukuh pun untuk aku tak update blog n...

Holla there!

Miss me huh? Bluek!!! Bazir karan je nak miss, miss kan? Okaylah, sebenarnya tadak alasan kukuh pun untuk aku tak update blog ni. Cuma aku kena cari beribu ayat dan cerita untuk bagi entri aku betul-betul manfaat untuk korang baca. (macamlah selama ni bermanfaat entri aku kan? cyeh!)

Alkisahnya....
dari hari tu nak update pasal satu isu ni, tapi macam sensitip sangat, so aku terpaksa buat untuk tatapan sendiri je. Peringatan untuk diri sendiri iya dak? Pastu, timbul lagi satu isu ni, pun sama jugak. Then, aku ingat nak buat review pasal tiga cerita aku tengok hari tu. Cerita nonsense dunia anti-loner, cerita philipine dan cerita hrithik roshan...terbantut jugak sebab itu bukan genre yang aku boleh puja lama-lama. So, terkubur lagi entri.

Plus, amukan "garuda" yang melanda dalam diri pun tak berapa stabil. Lepas dikalahkan oleh Laksamana Sunan, barulah keadaan kembali normal.Dan hari ni, aku pun come out dengan 'Kotak'.

Kenapa kotak?

Kotak?
sebab tak tau nak bagi tajuk apa dan dah lama tak update, so otak pun masuk air. Mungkin entri ni revenge kot untuk lima hari tu...bertahanlah untuk membacanya..hahahahahhaha *gelak ala-ala Hitler*

Alhamdulillah, hari ni aku dah selesai isi UPU dan juga penerapan untuk sambung ke peringkat seterusnya. Dan, maafkan aku sebab tak dapat nak kejar *Sr. dah. Aku dah keluar dari kotak tu. Sepanjang praktikal hampir tiga bulan lebih ni, aku terlalu banyak berbolak-balik dengan kos ni. Sampaikan terbalik "kotak" aku. Sebab tu lah aku decide untuk keluar. Dah alang-alang tertonggeng terbalik dari kotak tu, baik aku keluar ajelah kan?

Apalah yang aku pilih?

Masih bidang yang basic dia berkaitan. Tapi, takde ukur-ukur. Semua yang ukur-ukur aku terpaksa simpan dalam "kotak" lama. InsyaAllah ada rezeki, sambunglah aku nanti. Dan habis April ni, aku nak campak "kotak" tu jauh-jauh. Tapi, tu kata aku sekarang. Mungkin tak ditunaikan untuk akan datang.

Puas dah tanya diri sendiri, minat apa sebenarnya? Mun bulak oghang padah, habis semua kuiz personaliti dijawab...Punyalah nak tahu mana sebenarnya minat diri, apa yang sesuai etc. etc....Tapi tu lah, kerja sekarang kena letak sedikit rasa minat walau tak tahu...bila dah tahu, jangan pulak dibiarkan minat tu tenggelam macam kapal van der wijck pulak...

Kotak baru.

Kotak tak wujud pun. Macam manalah boleh ada baru dan lama? Pelikkan? Minda sendiri yang cipta kotak, lepas tu suruh keluar. Yang sempitkan minda dengan kotak buat apa? Semak tahu! Kan?

Fikir luar kotaklah, dalam kotaklah...pening r! Bazir space memori, kena fikir empat segi, bulat tak boleh ke? tak pun segi ke? empat penjuru kotak dalam minda boleh melukakan pemikiran...Empat segi kotak itu diandaikan seperti: - emosi, presepsi, kepercayaan, hakikat.

Susah betullah benda yang empat ni nak selaras. Senang cerita kita buang kotak tu, dan cuba berfikir tanpa kotak. Nak sangat macam kotak jugak, cuba tengok 'boxtrolls'. Gerenti rasa terseksa dengan pemikiran kotak motak nih....Dahlah, kotak itu kotak ini...kotak juga berjasa dalam semua keadaan. Tapi dalam minda? Nein!

Rajin nanti insyaAllah aku review..

Cerita kartun tu mungkin tak comel macam zootopia atau ice age...tapi kalau korang layan Coraline dengan Paranorman, gerenti korang dapat teka mesej yang disampaikan...nantilah aku review untuk tiga kartun tu. Karang berjeda rojak pulak, pening kome bacanya....

Kotak?

Siapa jawab quote Forrest Gump dalam entri pasal header dengan betul hari tu, tahniah aku ucapkan! Kalau ada lagi yang tak tau pasal cerita ni, boleh pergi cari kot!. 80% cerita ni dijadikan quote oleh penonton. Setiap dialog dia semua ada makna tersendiri, movie ni pun aku akan review penuh nanti. tak best kalau cerita sekerat. Tapi aku bagi preview dan jawapan dulu untuk quote pasal kotak coklat tu...

Forrest Gump-1994-

Cukuplah kot aku merapu meraban pasal kotak ni. Sebenar nak cerita satu je, "aku dah isi UPU/penerapan untuk sambung degree" dan aku tak ambil geomatik dah. Bukan sebab kos tu bermasalah, tapi aku yang bermasalah. huhuhuhuhu

'Kotak' banyak sangat, sampai aku terpaksa buang semua dari minda. Biarkan saja kosong.

Apa yang terjadi, biarkan terjadi...apa yang belum pasti, sandarkan pada yang Pasti..

*Sr.=surveyor

Pangkat untuk juruukur yang dah berlesen.

Thanks for reading and good night!

(haraplah "garuda" tak melanda minggu ni..tapi Miri jerebu...so probability untuk "garuda" tu sesat mungkin tinggi....jaga-jaga hati-hati...hahahhahah)

Okay...stop!Night!

Holla there! Miss me huh? Bluek!!! Bazir karan je nak miss, miss kan? Okaylah, sebenarnya tadak alasan kukuh pun untuk aku tak update blo...

Holla there!
Miss me huh? Bluek!!! Bazir karan je nak miss, miss kan? Okaylah, sebenarnya tadak alasan kukuh pun untuk aku tak update blog ni. Cuma aku kena cari beribu ayat dan cerita untuk bagi entri aku betul-betul manfaat untuk korang baca. (macamlah selama ni bermanfaat entri aku kan? cyeh!)

Alkisahnya....
dari hari tu nak update pasal satu isu ni, tapi macam sensitip sangat, so aku terpaksa buat untuk tatapan sendiri je. Peringatan untuk diri sendiri iya dak? Pastu, timbul lagi satu isu ni, pun sama jugak. Then, aku ingat nak buat review pasal tiga cerita aku tengok hari tu. Cerita nonsense dunia anti-loner, cerita philipine dan cerita hrithik roshan...terbantut jugak sebab itu bukan genre yang aku boleh puja lama-lama. So, terkubur lagi entri. Plus, amukan "garuda" yang melanda dalam diri pun tak berapa stabil. Lepas dikalahkan oleh Laksamana Sunan, barulah keadaan kembali normal.

Dan hari ni, aku pun come out dengan 'Kotak'. Kenapa kotak? Kotak?
sebab tak tau nak bagi tajuk apa dan dah lama tak update, so otak pun masuk air. Mungkin entri ni revenge kot untuk lima hari tu...bertahanlah untuk membacanya..hahahahahhaha *gelak ala-ala Hitler*

Alhamdulillah, hari ni aku dah selesai isi UPU dan juga penerapan untuk sambung ke peringkat seterusnya. Dan, maafkan aku sebab tak dapat nak kejar *Sr. dah. Aku dah keluar dari kotak tu. Sepanjang praktikal hampir tiga bulan lebih ni, aku terlalu banyak berbolak-balik dengan kos ni. Sampaikan terbalik "kotak" aku. Sebab tu lah aku decide untuk keluar. Dah alang-alang tertonggeng terbalik dari kotak tu, baik aku keluar ajelah kan? 

Apalah yang aku pilih?
Masih bidang yang basic dia berkaitan. Tapi, takde ukur-ukur. Semua yang ukur-ukur aku terpaksa simpan dalam "kotak" lama. InsyaAllah ada rezeki, sambunglah aku nanti. Dan habis April ni, aku nak campak "kotak" tu jauh-jauh. Tapi, tu kata aku sekarang. Mungkin tak ditunaikan untuk akan datang.

Puas dah tanya diri sendiri, minat apa sebenarnya? Mun bulak oghang padah, habis semua kuiz personaliti dijawab...Punyalah nak tahu mana sebenarnya minat diri, apa yang sesuai etc. etc....Tapi tu lah, kerja sekarang kena letak sedikit rasa minat walau tak tahu...bila dah tahu, jangan pulak dibiarkan minat tu tenggelam macam kapal van der wijck pulak...

Kotak baru.
Kotak tak wujud pun. Macam manalah boleh ada baru dan lama? Pelikkan? Minda sendiri yang cipta kotak, lepas tu suruh keluar. Yang sempitkan minda dengan kotak buat apa? Semak tahu! Kan? Fikir luar kotaklah, dalam kotaklah...pening r! Bazir space memori, kena fikir empat segi, bulat tak boleh ke? tak pun segi ke? empat penjuru kotak dalam minda boleh melukakan pemikiran...

Empat segi kotak itu diandaikan seperti: - emosi, presepsi, kepercayaan, hakikat.
Susah betullah benda yang empat ni nak selaras. Senang cerita kita buang kotak tu, dan cuba berfikir tanpa kotak. Nak sangat macam kotak jugak, cuba tengok 'boxtrolls'. Gerenti rasa terseksa dengan pemikiran kotak motak nih....

Dahlah, kotak itu kotak ini...kotak juga berjasa dalam semua keadaan. Tapi dalam minda? Nein!

Rajin nanti insyaAllah aku review..
Cerita kartun tu mungkin tak comel macam zootopia atau ice age...tapi kalau korang layan Coraline dengan Paranorman, gerenti korang dapat teka mesej yang disampaikan...nantilah aku review untuk tiga kartun tu. Karang berjeda rojak pulak, pening kome bacanya....

Kotak?
Siapa jawab quote Forrest Gump dalam entri pasal header dengan betul hari tu, tahniah aku ucapkan! Kalau ada lagi yang tak tau pasal cerita ni, boleh pergi cari kot!. 80% cerita ni dijadikan quote oleh penonton. Setiap dialog dia semua ada makna tersendiri, movie ni pun aku akan review penuh nanti. tak best kalau cerita sekerat. Tapi aku bagi preview dan jawapan dulu untuk quote pasal kotak coklat tu...

Forrest Gump-1994-
Cukuplah kot aku merapu meraban pasal kotak ni. Sebenar nak cerita satu je, "aku dah isi UPU/penerapan untuk sambung degree" dan aku tak ambil geomatik dah. Bukan sebab kos tu bermasalah, tapi aku yang bermasalah. huhuhuhuhu 

'Kotak' banyak sangat, sampai aku terpaksa buang semua dari minda. Biarkan saja kosong. 
Apa yang terjadi, biarkan terjadi...apa yang belum pasti, sandarkan pada yang Pasti..
*Sr.=surveyor
Pangkat untuk juruukur yang dah berlesen.

Thanks for reading and good night!
(haraplah "garuda" tak melanda minggu ni..tapi Miri jerebu...so probability untuk "garuda" tu sesat mungkin tinggi....jaga-jaga hati-hati...hahahhahah)
Okay...stop!

Night!

Samaada aku yang overthinking atau minda aku ni langsung tak kenal erti senyap??? Setiap benda yang aku tengok, perhati sekadar memerhati se...

Samaada aku yang overthinking atau minda aku ni langsung tak kenal erti senyap???

Setiap benda yang aku tengok, perhati sekadar memerhati seperti biasa, suara dalam kepala aku macam sedang bersidang. Aku toleh ke tiang lampu, dikatanya...jika jalan tanpa lampu, gelapnya seperti hati yang dah lama tak bertaubat. See! Tiang lampu dengan taubat tu benda yang berbeza. Jauh!

Dan untuk senyapkan suara-suara dalam kepala, aku pun pasang lagu...mulanya main lagu Shyne Ward...layan ajelah kan...tetiba lagu Asmaul Husna by Sami Yusuf berkumandang...tanya pada diri, bila kali terakhir aku ucap 99 nama Allah ni? *tunduk malu sebab tak ingat* lepas tu cabutlah earphone...tertampar dengan playlist lagu sendiri. Disebabkan hari ni aku balik rumah lambat...lagi banyak bunyi dalam kepala. Bergaduh pulak dengan suara hati.

Aku pun tak tahu nak dengar mana satu..last-last aku terpaksa masuk campur...dan bila aku masuk campur, makanya aku 'seolah' bercakap seorang diri. Padahal aku tengah sembang dengan hati dan minda aku. Kadang alam pun ada jugak masuk campur...

Cuma, orang tak nampak. Orang tak nampak perkara tu...dan perlahan aku rasa mata kanan aku seperti penuh dengan aura bawang merah...tak taulah ketawa gila dengan diri sendiri atau sedih mengenang dosa semalam...berteleku sambil menunggu orang ambil. Sampailah maghrib...baru aku balik....dan sepanjang perjalanan balik, baru suara-suara tu berhenti. Hormat maghrib kot!

Dalam senyap lepas isya', Skillet terus tak bagi chance kat aku untuk berehat. Boleh pulak buat konsert dalam kepala aku. Dan bagi aku satu rasa yang sangat berat....Hard Feeling huh???

Dan aku tak tau kenapa, kenapa aku harus biarkan semua suara ini berbunyi....mereka teman aku, aku tak boleh nak senyapkan diorang. Tanpa mereka, otak aku mati. Hati aku kering.....dan sebab itu aku hanya ikut perbualan 'mereka'...berat sangat topik-topik dia...yang kalau nak keluar secara lisan..yang dengar hanya....satu helaan yang berat tapi cuba ditahan supaya tak kedengaran seperti mengeluh...

Mengeluh tak baik...seolah macam tak bersyukur diberi hidup. Hela lagi.....perlahan...cukup perlahan untuk aturan nafas normal...

Cuba alih topik kepada penjanaan idea....apa-apa pun confirm akan back to basic..dahlah...aku tak naklah aku yang rasa berat hati, perasaan, emosi semua...korang pulak jadi mangsa tempiasnya...takpe...aku masih lagi boleh simpan 'suara-suara' ni...lewat malam macam ni, biasanya 'dorang' dah tido...

Kali ni aku tak paksa korang untuk play video yang tertera...tapi kalau korang nak dengar, I would appreciate it....thanx for be my loyal readers!!!

Setiap kali balik kerja, baca komen korang, aku rasa yang...walau kita tak pernah pun kenal ke apa secara realnya...tapi mesti ada someone somewhere yang doakan kita....percayalah...

Kenapa cahaya itu selalunya letak diatas?

Sebab dia nak menyuluh dengan menyeluruh, kenalah duduk diatas....

Jagalah cahaya dalam diri walau hanya sebesar nyalaan ubat nyamuk...

thanx for reading and supporting! No hard feeling okay?

Samaada aku yang overthinking atau minda aku ni langsung tak kenal erti senyap??? Setiap benda yang aku tengok, perhati sekadar memerhat...

Bukan Sekadar Header. Header blog adalah impression utama bila orang datang menjengah blog kita. Dari header kita mungkin dapat tebak sediki...

Bukan Sekadar Header.

Header blog adalah impression utama bila orang datang menjengah blog kita. Dari header kita mungkin dapat tebak sedikit personaliti sang pemilik blog tersebut. Header blog ni macam keadaan luar rumah kita. Mungkin! (hahahah...janganlah serius sangat, itu aku teka je...) mungkin jugak macam wallpaper lappy, phone kita...

Alhamdulillah,

Dah dua hari aku pakai header ni. Mungkin nak masuk tiga hari jugak lah...disebabkan hujung minggu lalu aku berblogwalking dan melihat semua blogger pakat tukar header...lagi-lagi kim chaa...Dahlah semua header dia kiut miut, comel pulak tu...mana tak jeles tengok..hahahah takdelah kim chaa...bagus jugak ada inspirasi tukar header macam awak! ^_^

Header yang sebelum ni direka dan dihadiahkan sendiri oleh sya. Aku dah pakai header tu dalam dua bulan lebih kalau tak silap. Header tu memang awesome sangat bagi aku. Tapi disebabkan mood aku sekarang macam tengah fight something dan masih lagi cari hala tuju, so terciptalah satu header yang undescribe...[macam yang aku tengah guna sekarang]

Kalau ikut rasa malas aku, memang nak tempah je kat orang, tapi kenang "duit dipinjam oleh kedai hari tu masih lagi tak dibayar balik", maka aku trylah geledah satu google mencari "How to make stunning header" lah, "awesome header" lah, macam-macamlah aku cari..sampai habis weekend...Last sekali aku jumpa satu video ni...so aku pun ikutlah sebijik macam dia ajar...[aku suka tengok video tutorial tanpa suara..tetiba]

Bukan sekadar header...

Dalam header tu, ada lima gambar yang digabungkan...

Dari kiri; adalah api dan sunset, diikuti seorang soldier yang sedang berdiri memerhati bandar Berlin,...diakhiri dengan seorang veteran yang duduk sendirian dibawah pokok. Dan ada kawanan burung terbang menuju ke Berlin city...

Puff! Idea penerangan tentang header ni hilang.

Bila tengok pak cik tua duduk kat kerusi dari belakang macam tu, teringat cerita "Forrest Gump". Siapa dah tengok cerita tu? Ingat tak quotes cerita tu? ha....mestilah ingat kan? Aku bagi hint sikit...

"My mom said, life is like a box of....."

Sape dapat jawab tu memang awesome lah! Sebab ni cerita tahun 1994...aku pun baru dua tahun masa tu...insyaAllah ada masa aku review movie ni. (macam dah lari dari tajuk asal je kan?)

Balik kepada "Bukan sekadar header"..

Adakah korang jugak macam aku, menyiratkan maksud tertentu dalam header? -mai dah, mai dah....-

Takdelah, aku just nak tanya pendapat korang...kotlah ada yang lagi dasyhat dari siratan maksud header....dan lagi detail...

Kenapa guna tulisan tu untuk header? Apakah maksud penggunaan tulisan tu bagi header korang? Apakah maksud disebalik bunga/corak/warna yang diguna dalam header korang? Kenapa header tu bentuk dia bulat/petak/etc..? Last sekali, describe header korang dalam satu ayat...

Itu semua psikologi ...gambaran dari diri kita. Even kalau kita deny, benda tu sedikit sebanyak ada kaitan dengan diri kita. Betul tak?

Dan aku akhiri lagi entry ni dengan "Let's think about it for a moment..."

Thanx for reading!