Podcast Trivia #4: Tulis

Hari khamis sengaja aku dedikasikan ia sebagai hari trivia. Trivia Thursday gitu…kadang the distraction is getting real, menyebabkan aku pun terbabas dari ikut jadual yang sepatutnya.

Holla gais, amacam sebulan praktikal? Alhamdulillah so far so good. Sekejap je dah sebulan, episod podcast pun dah habis bahagian pertama. Lengkaplah sudah part Cuba. Insyallah minggu depan dengan tema yang lebih gelap akan membawa korang Jatuh bersama ke lohong tidak berpenghuni yang pernah Orang lalui….

Nantikan kemunculannya. Jeng jeng jeng…..

So, untuk entri ni kita bercerita mengenai trivia sepanjang mencari ilham untuk merekod episod #4.

Trivia rakaman #4: Tulis

Tulis. Macam senangkan, sebab semua Orang boleh menulis.

  • Tajuk yang paling tadak idea sekali nak kupas isu apa
  • end up, aku random reading dengan sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa benda yang aku hujahkan
  • Tiga hari buat skrip tanpa hasil. Words masih lagi kosong selepas termenung dan research yang mendalam….
  • Ayat Quran yang sepatutnya dimasukkan adalah surah Al-Qalam…
  • Entah dari mana entah, seruan surah Luqman datang…
    • dan teringat pada ayat feveret aku yang ke 34.
  • Lepas bancuh air, dan teruskan pembacaan sambil menaip skrip, tetiba rasa gerun dengan isu yang dikupaskan.
  • Lagi-lagi part akhir yang mengatakan….(pi dengaq apa kalau nak tahu apa part terakhir yang buat aku gerun tu…)
  • Bukan sebab takut mati, tapi sebab terasa sangat kerdilnya diri ini dan betapa tak bersedainya untuk melangkah ke alam hakiki…
  • sebab itu ia seakan kedengaran awkward….(for those yang wonder kenapa bunyi aku agak janggal…)
  • Episod yang paling simple editing.
  • gila tak tersentap dengan isu ni…
    • 1) Sebab aku pun masih banyak main dalam hal-hal remeh Islam,
    • 2) Betapa kurangnya bersyukur dengan aturan Tuhan….walhal…sampai masa Tuhan pasti akan sempurnakan rezeki setiap orang…
    • 3) Walk the talk is really crucial…
  • Perancangan kita dan Dia kadang selari, kadang tidak…sebab kita sekadar merancang, Tuhan tetap yang menentukan…

Apa yang akan berlaku dalam part seterusnya?

Jatuh…

Jatuh…

Jatuh sedalamnya…

Tema yang jauh berbeza dengan bahagian Cuba…

Terima kasih kepada yang sudi mendengar Podcast Orang dan terusan bagi support! Korang adalah pemangkin untuk aku tetap konsisten dan istiqomah dalam melaksanakan jalan-jalan impian. Sokongan dari korang tersangatlah aku hargai. ^_^

Teringat kata-kata cerdik pandai, ‘consistent is the key’. Walau kecik mana pun kerja kita, tapi kalau kita istiqomah buat….lambat laun ia akan menjadi compound value…siapa tahu….

Jumpa di terowong gelap tak berOrang minggu depan!

Till then……Moga Husnul Khatimah!

Kongsi 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terima Kasih Daun Keladi! 

Scroll to Top