Latest Posts

L ama rasanya tak borak dekat sini. Since 4 July ea? Hurm.... Kemanakah daku menghilang? Aku pun tak tahu...malas naudzubillah tak payah cak...

Lama rasanya tak borak dekat sini. Since 4 July ea? Hurm....

Kemanakah daku menghilang? Aku pun tak tahu...malas naudzubillah tak payah cakaplah.

Minggu lepas secara rasminya, lappy kesayangan, my very first laptop, peneman zaman belajar sudah pun pergi selamanya....pergi ke cahaya. Hahahaha

So wassap guys, amacam pagi raya? Btw, in case korang wonder, aku update entri ni guna phone je. Feel dia tadakla sebest lappy, tapi aku cuba untuk bagi yang blog ni still dimiliki oleh tuan yang masih bernyawa...

Banyak giler cerita nak diceritakan since last entri. Dari Shah Alam ke Perak, kemudian ke Negeri Sembilan. Tup, tup sekarang dah dekat Sarawak.

Jauhkan perjalanan dia. Tapi satu pun takda entri. Pastu bila nak campur semua cerita tu dekat sini, opkoslah dia jadi caca marba macam cincau soya ais kacang perisa petai.

Macam sekarang, tengah nak update tetiba rasa lapar nak makan cheeskut. Maka kemudianla kita sambung.

Still tak makan lagi cheesekutnya. Baru nak bangkit mencari makanan. Kerepek ubi pun kerepek ubilah. Sebelum tu aku dedicate satu lagu untuk hari ni. Bolehla korang layan sambil baca entri merepek ni.

[embed]https://youtu.be/HJBXt21VpJ8[/embed]

Cerita Satu: Bunuh Diri


Sejak dari dulu lagi aku selalu wonder "what's the point of living if it just contradicts"? Biasalah kadang pemikiran macam ni dia serang, aku pun takleh kawal. Lagi-lagi musim awal PKP dulu.

Dahlah kena buang kerja (even aku pun happy lepas kena buang), pastu duduk pulak kuarintin sensorang an. Dengan pelbagai komitmen hidup yang semakin hari semakin tinggi, siapa je tak fikir nak bunuh diri weh?

Hari-hari kot fikir. Dengan suara-suara yang terngiang-ngiang bisik suruh ambik je pisau kat dapur tu. Nak lawan tak mudah. Nak ikut, kita tahu apa hukum bunuh diri.

Ada waras yang kawal. Takde akal, silap hari bulan aku sendiri boleh kecundang. Pastu aku sendiri akan end up dengan keluhan 'entahlah wei...aku penat hidup...'

Pastu shallow minded people akan terus hukum kau. Susah kan jadi dewasa...so senang cerita, tak payah lahir langsung itu mungkin lebih mudah hidup.

Cerita Dua: Perak


Bayangkan kau menganggur, nak lari dari dunia tapi takde duit. Pastu kau patah balik ke cerita satu tadi. Dalam berkira-kira macam orang gila, tetiba ada member offer short gateway.

Maka, ke Peraklah kita. Kebetulan ada member kat sana, throwbacklah sampai ke Lumut.

Aku tak tahu apa yang Lumut ada sampai pergi sana, aku rasa lega...takde dah pemikiran cerita satu membelengu jiwa.

Takde dah suara² yang menjerit katakan aku tak berguna. Dia macam...pergi...mungkin suara tu perlukan laut gamaknya. Perlukan closure kata mereka.

Sebenarnya tak habis pun dua hari satu malam tu untuk pusing satu Perak. Sempatlah ke Batu Gajah, Ipoh dan Lumut. Pangkor mungkin next mission. InsyaAllah.

Cerita Tiga: Nilai


Nilai ni misi last minit jugak. Dua hari sebelum tu aku rogerlah mana member Ca yang terdekat ajak steamboat bersama.

Awalnya total classmate 24 orang. Tolak yang quit dan tinggal yang betul stay sampai hujung adalah dalam 19 orang. Dari lapan orang yang aku ping, enam orang dapat hadirkan diri. Okaylah kan....

Jadilah trip satu hari ke Nilai. Steamboat dekat Dapur Arang tu je. Bolehlah..tapi tak seberbaloi mana.

Habis steamboat lepak Dataran Nilai. Memasing update life memasing. Cerita cabaran dunia kedewasaan. Sedikit selingan throwback dan falsafah prinsip hidup. Adalah satu dua ambush...biasalah...takdelah nama member kalau tak burn member kan.

Esoknya, mana yang masih berhampiran, kitaorang sarapan sekali. Kat sini lagi sedap dan worth it untuk lepak lama². Kedai mamak je pun.

Habis pada tu, chowla. Ke Gombak la kita.

Cerita Empat: Kuala Lumpur


Barai tak barai kita teruskan perjalanan. Selepas ambik member kitaorang satu lagi dekat Gombak, kitaorang decide untuk lepak di Sunway Putra Mall sebab dah lama tak lepak situ. Last rasanya 2017. Time tu nak merasa restoran DC.

Macam biasa, steamboat lagi. Tapi kali ni di Seoul Garden saja.

Kalau keluar dengan member sorang ni dia kena pandai decipher sikit. Sebab orangnya tak banyak bercerita. Dia lebih suka kita yang initiate dan mudi perbualan.

Aku dengan dia since first class CTU dekat blok C. Ramah, baik, cantik, manis orangnya. Senang kata dia memang perempuan melayu terakhirlah. Ramai sebenarnya peminat dia. Tapi dia sek² yang mininum 50k. Hahaha

Lepas bersteamboat, macam biasa jugak...ke Dataran lah kita. Kali ni Dataran Merdeka.

Masa ni diorang cakap aku tak best sebab ralit shoot gambar sana sini samapi lupa member. Well, siapalah tak teruja nak polish skill photography kan bila view tu kita suka. Sampai tertunggang terbalik panas phone dek kerana asyik bergambar.

Sorrylah, phone aku sejak dua menjak ni memang the best buddies everla. Dialah lagu, dialah buku, dialah laptop, dialah kamera...dialah segalanya. Mungkin sebab tu laptop aku pergi dulu...

None none none, adalah pukul 11 malam jugak aku sampai rumah. Masa ni mood socialize aku sumpah drain giler!

Drain dia sampai tarik aku kembali ke cerita satu. Penat!

Cerita Lima: Lowyat


Sebelum cerita Lowyat ni, ada sorang bekas kawan kerja dulu ajak lepak. Perempuanlah. (saja mention sebagai reference cerita semata) Aku macam separuh hati sebenarnya lepak time ni. Sebab kitaorang berkawan tak sampai setahun.

Dalam hidup aku, term kamceng, member, buddies hanya akan wujud selepas aku dengan dia/mereka/sesiapa sahaja yang datang berkawan lebih dari tiga tahun.

Kurang dari tiga tahun, kau still dekat luar maze hidup aku. Kategori acquaintance citer dia. Itu cara aku...

Berbalik pada cerita Lowyat.

Time ni member aku ajak teman dia cari gadget kat sana. Aku pun, disebabkan penganggur berjaya, plus banyak cerita yang tak habis dicerita, lepaklah dengan dia.

Allah, kau tahu jelah Lowyat macam pasar ikan. Boleh kena social anxiety aku kalau berlama dekat situ. Rimas!

Pusing-pusing habis setiap level diteroka sampai patah kaki, alih-alih barang yang dicari tu rupanya takde production lagi. Haigoo.....

Dengan laparnya...maka ke sebelah (kedai apa ea sebelah Lowyat tu...aduh lupa pulak) hurm...haa Times Square..maka mencari makanan di Times Squarela kitaorang. Itupun tak banyak kedai best.

Play safe, macam biasa SR (Secret Recipe) la tempat pilihan.

Habis cerita, dah siap hantar dia balik maka sampai rumah sekitar lepas isya' jugaklah aku. #baraibhai

Cerita Enam: Pertiwi


Aku sendiri tak expect yang aku akan pulang beraya selepas hampir setahun enam bulan tak balik sini.

Ini pun gara-gara adik aku dah sampai level pressure gunung berapi buat aku balik. Kalau tak mungkin masih hidup dalam cerita satu.

Orang yang paling happy dengan kewujudan aku kat sini opkoslah kawan sekolah rendah yang dah berapa tahun tak jumpa. (Eh, eh perasannya hidup!) Kes terjumpa semula pun sebab kakak aku.

So, amacam perasaan dah sampai tanah kuda laut ni?

Bebas berantai.

Itu jawapan aku....

Seronok ya seronok. Happy itu tidaklah sangat. Dia just adanya...

Kalau kau nak compare 12 dengan 16, opkoslah aku akan pilih 3.

Atau mungkin aku kena lengkapkan 18.6 tahun kehidupan pencarian ini bagi melengkapkan kajian MSL hidup aku. (yang faham, faham. Yang tidak, tidaklah...)

Bagi aku, perjuangan ni sampai bila-bila takkan pernah selesai. Masih dan sentiasa berjalan even aku taip ni dah tahap melunjur kaki bengkok tubuh di kerusi opis. Aku patut start minum susu Anlene bagi kuatkan tulang supaya jadi macam Michelle Yeoh.

Konklusi


Ayam belaan ayah aku belakang rumah berkokok macam lagu Mohram.

[embed]https://youtu.be/wvsbUhxI0K4[/embed]

Ini Mohramnya.

Tapi takde siapa percaya. Mungkin sebab bukti tu takde dan semua orang tak sampai ke tahap imaginasi aku.

Mungkinlah...

Korang yang selalu jadi silent reader aku mesti kenot brain jugak kan? Apahal perjuangan tidak pernah selesai punya konklusi ayam berkokok Mohram?

Adeh sakit tulang...(betulkan duduk jap...) adeh hilang dah apa yang aku taip tadi....

Konklusi yang sebenar:



  • Kalau suka orang, cakap. Jangan pendam sorang.

  • Tak jatuh pun nilai kau kalau approach atau initiate orang untuk keep in touch

  • Bila orang da approach usah layan macam sampah. Kau pun ditanam berulat jugak.

  • Ego biar bertempat. Kalau boleh, campak ke laut mati. Takde dalam sejarah ego pernah menyelamatkan dinasti.

  • Mahu yang terbaik, jadi yang terbaik. Terbaik bukan maksum, tapi manusia yang sentiasa letak neraca baik buruk dihadapan sebelum terjun.

  • Sentiasa upgrade level kematangan dari semua sisi baru kau faham istilah ready.

  • Biar dikata gila sekalipun seisi dunia menolak cita.

  • Kau benci orang, sebab kau lapar. Bila kau rasa orang benci kau, kau yang tak cukup tido. Simple!

  • Bila hidup bagi kau pisau, pilihan samada kau sembelih nafsu dalam diri atau sembelih orang yang menghalang nafsu mencapai impian.


Ditatap dongak pada langit gelap mencari awan kebiruan,

Dipasung rasa menanti pelangi bekerlipan,

Dibiar hati berbelah penuh penyesalan,

Ditimbang neraca tiada pernah kepuasan,

Penghujungnya kitakan pergi kesendirian,

Pilihan kau pergi dengan senyuman atau dihurung kehampaan...

Selamanya perjuangan tiada pernah punya jawapan....

Tapi masa, akan tetap rungkai segala kekeliruan.....

////

Itu saja laporan untuk 7/12 ini dari aku, saya, orang dan sofieadie. Oh, the other is yuhaadie. Papehal roger.

Sampai bertemu lagi dengan tahun palindrome. Semoga seorang aku ini menyerap segala apa yang ditulisnya. Dan Salam Aidil Adha buat warga Midgard!

(aku nak up gambar, tapi tak dapat....harey tollah..makanya, gambar lama je lah)

 

Assalamualaikum Julai, apa khabar ceritamu? Masih bersadu tentang nasib lagikah? Khabarnya kamu itu sudah semakin hampir dengan kehidupan ya...

Assalamualaikum Julai, apa khabar ceritamu?

Masih bersadu tentang nasib lagikah? Khabarnya kamu itu sudah semakin hampir dengan kehidupan yang akhir. Aku harap kamu itu tenang aja disana.

Wah, wah, wah kau sejak dua menjak bahasa kemain bagai dirasuk HAMKA! Well, aku tak tahulah, somehow berkata dan menulis dengan cara lama itu ia seperti indah dari biasa. Bahasa kita sekarang terlalu banyak rojak dan tercemar dengan pelbagai bahasa yang tiada lagi nilai seperti dasawarsa lalu.

Misalnya, sekarang kita juga malu untuk memartabatkana bahasa ibunda sendiri dengan menyerap bahasa luar. Katanya terminologi teknologi tidak kena dengan budaya kita. Terlalu jauh ke belakang dan jumud dipandang.

Apa kamu juga tidak berbangga dengan bahasa Ibunda?

Tidak Ibu...

Habis kenapa kamu selalu menolak karya yang lahir dari negara kita?

.....

Hadirnya Julai dikata membawa nafas kebebasan buat seluruh warga Bumi. Tidak mahukah kita menjadi sebahagian dari warga yang sibuk merencana untuk menghirup udara di lain negara?

Ah, kondisinya seperti selamat. Tapi ia tidak menjadi alasan untuk kita lupa bahawa ia masih belum kembali ke biasa. Biasa yang kita kenal sejak lahir.

Jadinya cerita Julai ini aku tidak berharap banyak. Cuma diperkuatkan hati serta jiwa ini untuk menghadap kehidupan mendatang. Agar ia tidak laagi menyerang.

Agar ia lena walau sementara. Lelah juga mahu dilawan ia yang tiada kelihatan.

Lelah lagi bila tiada jawapan.

Namun syukur kita masih punya Tuhan. Masih jua punya keidupan yang perlukan perhatian. Sisi hidup yang sering dilupa akan hadirnya kita.

Ah, terlalu mementingkan diri kita ini.

Tiada apa yang menarik untuk dicerita selain dari perkara dan rutin biasa yang kita cipta. Jadinya aku hanya berharap agar kehidupan kita semua diiringi jiwa yang kental untuk menghadapai cabaran akan datang. Dipermudahkan jua seta diberi ketenangan dalam menggapainya. Amin, insyaAllah.

Salam Julai kalian semua!

Bisikan itu semakin bingit. Sebingit gempita di subuh hari! "Kau bodoh!" "Kau tak patut hidup!" "You're the los...

Bisikan itu semakin bingit. Sebingit gempita di subuh hari!

"Kau bodoh!"

"Kau tak patut hidup!"

"You're the loser!"

Dan yang paling kerap sekali dia dengar adalah; "I HATE MYSELF!"

Siapa? Siapa dibencinya??

Kepala dipegang bagai dirasuk migrain. Namun tiada sakit.

"I Hate Myself!!!" teriaknya lagi. Dia menoleh kiri kanan. Siapa yang berkata?

Lemas. Lemas! Itu dirasanya kini.

Dia lemas dengan suara tidak berjasad itu.

Dia lemas dengan bisikan yang semakin hari semakin kerap berputar hingga lenanya pun terganggu.

"Kau apasal wujud? Bukan kau patut mati ke?" bisiknya kala dia mahu pejamkan mata.

'Ah, sudah!' earphone disumbat ditelinga. Lagu paling bingit dia pasang agar bisikan itu tiada lagi kedengaran.

Satu, dua, tiga....suara itu sudah senyap. Yang terdengar hanya irama lagu Popular Monster nyanyian Falling In Reverse.

Itu rutin harian kala dia mahu pejamkan mata. Bukan dia tidak cuba untuk mendengar ayat suci dibaca Muzammil Hasballah. Dengar. Malah pernah dia putarkan sebulanan agar suara itu tiada kedengaran.

Namun, kerap kembali ia datang. Bisiknya, 'Aku tidak patut hidup'.

Kadang dia beri gambaran agar aku ambil saja pisau didapur dan tikam saja dadaku kemudian selitkan nota terima kasih dicelahan belahan dada itu tadi.

Dia cuba untuk tidak mengikuti imaginasi yang dia bayangkan.

Dia cuba untuk bertahan.

Dia cuba.

Oh my God, I keep on stressin', every second that I waste
Is another second sooner to a blessing I won't take...

'Ci, aku nak mati...' dia menghantar mesej pada si teman yang sudah hampir setahun tiada bersua.

Bukan dia meraih simpati. Tidak. Namun dia tidak tahan pada bayangan dan segala bisikan dia yang menghantuinya SETIAP HARI!

Aku tak gila dowh...

Aku tak gila...tangisnya. Habis buku diconteng dengan ayat yang sama.

Sebaris tidak cukup menyatakan dia tidak gila. Tidak menyakinkan, ujarnya.

Pena diconteng dalam, ditarik, habis helaian buku direntuk dan basah dek kerana pertarungan itu.

Dia cuba....

Dia cuba...

Namun apa yang diputar adalah 'Nyawaku masih di TanganMu...'

Aku hamba tiada layak untuk mencabutnya...walau sejuta kali aku merasa mahu saja dicampak tubuh ini dari tingkat 17. Namun pekikan itu tiada siapa dengar.

Hanya dia. 'Kenapa dia? Kenapa aku? Kenapa aku?" lirihnya berulang.

Nyawaku diTanganMu....

Nyawaku di-Tangan-Mu...

Dia menahan diri dari melakukan sebarang hasutan yang semakin hari semakin kerap munculkan diri...

"We're searching for the truth in the lost and found

I break down, falling into love now with falling apart...."

Patutlah ia tidak melepaskan dia pergi....

Kalau dalam bahasa English, mungkin ia kedengaran lagi 'cool' kot. Crawl Above the Wind gitu. Tapi disebabkan aku utamakan pengguna...

Kalau dalam bahasa English, mungkin ia kedengaran lagi 'cool' kot. Crawl Above the Wind gitu.

Tapi disebabkan aku utamakan penggunaan bahasa, maka menjadilah ia suatu tema bertajuk Merangkak Atas Angin. Berikut merupakan keratan artikel yang telah ditulis oleh salah seorang sidang media Bonne Vie bagi kemunculan Season terbaru yang dilancarkan oleh Orang pada hari ini.

///





///

Tu je kot untuk masa sekarang. Aku pun tak tahu benda apa yang aku merepek lagi nanti. Hahahahaha. (Tiber rajin nak buat newsletter acah-acah old newspaper ^_^!)

So, sepanjang fasa penerbitan season ni jugak aku banyak dengar lagu-lagu or nasyid yang pernah teman aku masa-masa tersebut. Mostly lagu la. Sebab season lepas aku dah banyak guna nasyid, so kali ni kita fokus pada lirik lagu pulak.

Ada jugak penambahan lagu baru yang teman aku pada masa sekarang yang jadi inspirasi dan idea. Seperti yang ditulis dalam artikel kat atas

At the end, aku harap semua fasa ni berlalu dan ini merupakan masterpiece yang aku akan kenang sampai mati. Because of them, I'm alive. Amin!

Jun 22, 2020 akan dipilih sebagai tarikh pengaktifan season 3 bagi podcast Orang. Kenapa 22 June? Kalau ikut wiki dia kata: the 173rd day of...

Jun 22, 2020 akan dipilih sebagai tarikh pengaktifan season 3 bagi podcast Orang.

Kenapa 22 June?


Kalau ikut wiki dia kata:
the 173rd day of the year (174th in leap years) in the Gregorian calendar. 192 days remain until the end of the year. On this day the Summer solstice may occur in the Northern Hemisphere, and the Winter solstice may occur in the Southern Hemisphere.

Malaysia berkedudukan di Northern Hemisphere. Supposedly idea podcast ini bertema summer, riang ria dan ceria. Tapi tidak. Sebabnya, imaginasi aku sekarang terletak di Southern Hahahaha....tidaklah begitu terletak. Cumanya, aku selalu dapat idea masa aku tak nak berfikir. Ha.....masa tulah idea tetiba mencelah.

Since aku sejenis manusia yang suka conteng, aku main connnnnteng je apa benda yang dia repekkan. Aku tak tahu pun apa sebenarnya. Lepas dah habis conteng, bila baca balik itulah yang mencetuskan idea yang lagi merepek.

Merangkak Atas Angin


How??? Why??? What???

Kau dah kenapa nak merangkak atas angin dowh?

Entahlah...macam aku kata, dia yang usulkan idea itu, aku hanya ikut saja...Output dia aku just ikut apa yang dia mahu. So far aku dah siap menamakan semua title bagi setiapa bahagian, merekod dan mengedit dua episod bagi bahagian pertama Season ke-3 ni.

Mesej?


Macam takde. Cumanya, aku suka bila dapat eksperesi diri melalui penulisan dan deklamasi. Ah, tak ramai pun yang akan dengar punya. Budak sastera pun belum tentu nak dengar idea kau. Tapi takpe, janji aku dah buat apa ynag dia suruh. Aku pun okay saja sebab idea dia seem dark, epic and hysterical.

At least kau tak hipo...

Dan kemungkinan jugak ig story aku akan dipenuhi dengan lagu-lagu yang emo, dark, rock dan yang pernah ada bersama aku dengan dia sepanjang kitaorang harungi perjalanan dunia kedewasaan bersama...

Itulah dia sedikit cerita ringkas tentang kembalinya podcast Orang dengan kemunculan penambahan pada nama: The Paradox of Orang.

Aku banyak jugak guna draft buku yang tak pernah siap dan juga beberapa entri blog dalam season kali ni. Korang tahulah mana nak dengar. Spotify, Google Podcast, Tele dan lain-lain.So yeah..
"I may not be the greatest light that summering your life, but I am always being your ally through the coldest fight..." ~ ORANG~

Sebelum aku menyambung main game Cooking Diary bagi memenangi anugerah Cosmic Chef, aku nak lah update barang cerita yang tadaklah happy en...

Sebelum aku menyambung main game Cooking Diary bagi memenangi anugerah Cosmic Chef, aku nak lah update barang cerita yang tadaklah happy ending mana untuk ditatap dalam lipatan sejarah.

Selepas tiga bulan menganggur dan kerja sekadar ikut masa sendiri ni (yang jujurnya tadaklah dapat pulangan yang sampai boleh dipertontonkan dikhalayak ramai seperti kebanyakan yang berlaku dikalangan so we called them 'entrepreneur'). Termenung jugaklah akunya....

Masa sekarang semua orang bergantung hidup pada mencari rezeki yang based on hierarchy pyramid alternatif bagi sistem MLM.

Since aku adalah sejenis manusia yang paling bermasalah bila hidup berhierarki ni, awal aku nasihatkan korang untuk tidak sama sekali tidak, untuk menjadikan aku bahan ujikaji bagi perkara sebegini. Aku support ya aku akan beli. Tapi untuk join, samada beli dekat korang atau tidak itu pilihan yang aku bebas untuk buat.

Dia semacam laju je semangat rebel tu nak berevolusi bila orang push dan pressure aku (don't you dare challenge my patient). Sampai rasa macam terpaksa pesan dekat sesiapa yang gemar sistem ini untuk jauhi aku sebabnya aku bakal membawa aura toksik dan pelbagai ion negatif dalam hidup korang.

Aku suka tengok semangat korang berbisnes, suka tengok korang berjaya, aku support apa jua yang korang buat (dari jauh). Cukup sekadar itu. Orang yang betul-betul aku akan support dan percaya hanya mereka yang benar-benar kenal aku dan aku kenal mereka. Baru aku dengan rela hatinya akan bagi sokongan 100%.

Biarlah aku masih termenung dikala korang dah duduk di istana sekalipun, janji aku tak langgar prinsip hidup aku sendiri.

Biarlah ia lambat, biarlah ia bergerak seperti siput babi sekalipun, janji aku tidak terlibat dengan sistem hierarki dan piramid kristal yang dicipta untuk mengaburi mata makhluq mediocre seperti aku ni.

Aku sedang dalam proses belajar untuk terima hakikat yang hidup aku bukan seperti series HIMYM, TBBT, FRIENDS, mahupun Will & Grace. Tapi lebih kepada hidup Spongebob Squarepants yang suka masak Krabby Patty. Literallynya.

Aku terpaksa terima hakikat yang mimpi aku terlalu sukar direalisasikan. Lebih-lebih lagi bila aku menolak unsur-unsur yang kebanyakkan sifu perkenalkan. See, bermasalahnya aku ni. Dia lebih sukakan kajian sendiri sebelum main terjun dan angguk kepala pada orang yang dia sukar untuk terima konsepnya.

I wish I was simple-minded.

I wish that it doesn't have to be this complex. But, whenever I tried to pretend that I'm okay with this kind of life, part of me just wanna die. While part of them, already becoming polythene.

Orang cakap, nak suka sesuatu tu kita kena berlakon yang kita sukakannya. Nanti lambat laun kita akan terimalah dengan sendirinya. 'Bagi ia masa' kata mereka.

Termenung lagi...

"Macam mana kau nak dapat sesuatu kalau kau tak fight for it?"

I'm not a fighter mother.

I'm a surrender...

A rebellious and what I called myself as a petualang.

Always retreat whenever the battle started. Coz that's my nature.

I already lost before the battle started.

Kalau kau nak berjaya, pergilah, aku support kau.

Tapi, biarlah aku sebagai pesorak yang setia untuk kau. Aku takut pada kejayaan....tapi aku suka lihat kau berjaya....

Termenung jugaklah nak faham diri sendiri...

Aku takut pada limpahan cahaya...

Kau pun tahu aku rabun silau kan?