Latest Posts

Bisikan itu semakin bingit. Sebingit gempita di subuh hari! "Kau bodoh!" "Kau tak patut hidup!" "You're the los...

Bisikan itu semakin bingit. Sebingit gempita di subuh hari!

"Kau bodoh!"

"Kau tak patut hidup!"

"You're the loser!"

Dan yang paling kerap sekali dia dengar adalah; "I HATE MYSELF!"

Siapa? Siapa dibencinya??

Kepala dipegang bagai dirasuk migrain. Namun tiada sakit.

"I Hate Myself!!!" teriaknya lagi. Dia menoleh kiri kanan. Siapa yang berkata?

Lemas. Lemas! Itu dirasanya kini.

Dia lemas dengan suara tidak berjasad itu.

Dia lemas dengan bisikan yang semakin hari semakin kerap berputar hingga lenanya pun terganggu.

"Kau apasal wujud? Bukan kau patut mati ke?" bisiknya kala dia mahu pejamkan mata.

'Ah, sudah!' earphone disumbat ditelinga. Lagu paling bingit dia pasang agar bisikan itu tiada lagi kedengaran.

Satu, dua, tiga....suara itu sudah senyap. Yang terdengar hanya irama lagu Popular Monster nyanyian Falling In Reverse.

Itu rutin harian kala dia mahu pejamkan mata. Bukan dia tidak cuba untuk mendengar ayat suci dibaca Muzammil Hasballah. Dengar. Malah pernah dia putarkan sebulanan agar suara itu tiada kedengaran.

Namun, kerap kembali ia datang. Bisiknya, 'Aku tidak patut hidup'.

Kadang dia beri gambaran agar aku ambil saja pisau didapur dan tikam saja dadaku kemudian selitkan nota terima kasih dicelahan belahan dada itu tadi.

Dia cuba untuk tidak mengikuti imaginasi yang dia bayangkan.

Dia cuba untuk bertahan.

Dia cuba.

Oh my God, I keep on stressin', every second that I waste
Is another second sooner to a blessing I won't take...

'Ci, aku nak mati...' dia menghantar mesej pada si teman yang sudah hampir setahun tiada bersua.

Bukan dia meraih simpati. Tidak. Namun dia tidak tahan pada bayangan dan segala bisikan dia yang menghantuinya SETIAP HARI!

Aku tak gila dowh...

Aku tak gila...tangisnya. Habis buku diconteng dengan ayat yang sama.

Sebaris tidak cukup menyatakan dia tidak gila. Tidak menyakinkan, ujarnya.

Pena diconteng dalam, ditarik, habis helaian buku direntuk dan basah dek kerana pertarungan itu.

Dia cuba....

Dia cuba...

Namun apa yang diputar adalah 'Nyawaku masih di TanganMu...'

Aku hamba tiada layak untuk mencabutnya...walau sejuta kali aku merasa mahu saja dicampak tubuh ini dari tingkat 17. Namun pekikan itu tiada siapa dengar.

Hanya dia. 'Kenapa dia? Kenapa aku? Kenapa aku?" lirihnya berulang.

Nyawaku diTanganMu....

Nyawaku di-Tangan-Mu...

Dia menahan diri dari melakukan sebarang hasutan yang semakin hari semakin kerap munculkan diri...

"We're searching for the truth in the lost and found

I break down, falling into love now with falling apart...."

Patutlah ia tidak melepaskan dia pergi....

Kalau dalam bahasa English, mungkin ia kedengaran lagi 'cool' kot. Crawl Above the Wind gitu. Tapi disebabkan aku utamakan pengguna...

Kalau dalam bahasa English, mungkin ia kedengaran lagi 'cool' kot. Crawl Above the Wind gitu.

Tapi disebabkan aku utamakan penggunaan bahasa, maka menjadilah ia suatu tema bertajuk Merangkak Atas Angin. Berikut merupakan keratan artikel yang telah ditulis oleh salah seorang sidang media Bonne Vie bagi kemunculan Season terbaru yang dilancarkan oleh Orang pada hari ini.

///





///

Tu je kot untuk masa sekarang. Aku pun tak tahu benda apa yang aku merepek lagi nanti. Hahahahaha. (Tiber rajin nak buat newsletter acah-acah old newspaper ^_^!)

So, sepanjang fasa penerbitan season ni jugak aku banyak dengar lagu-lagu or nasyid yang pernah teman aku masa-masa tersebut. Mostly lagu la. Sebab season lepas aku dah banyak guna nasyid, so kali ni kita fokus pada lirik lagu pulak.

Ada jugak penambahan lagu baru yang teman aku pada masa sekarang yang jadi inspirasi dan idea. Seperti yang ditulis dalam artikel kat atas

At the end, aku harap semua fasa ni berlalu dan ini merupakan masterpiece yang aku akan kenang sampai mati. Because of them, I'm alive. Amin!

Jun 22, 2020 akan dipilih sebagai tarikh pengaktifan season 3 bagi podcast Orang. Kenapa 22 June? Kalau ikut wiki dia kata: the 173rd day of...

Jun 22, 2020 akan dipilih sebagai tarikh pengaktifan season 3 bagi podcast Orang.

Kenapa 22 June?


Kalau ikut wiki dia kata:
the 173rd day of the year (174th in leap years) in the Gregorian calendar. 192 days remain until the end of the year. On this day the Summer solstice may occur in the Northern Hemisphere, and the Winter solstice may occur in the Southern Hemisphere.

Malaysia berkedudukan di Northern Hemisphere. Supposedly idea podcast ini bertema summer, riang ria dan ceria. Tapi tidak. Sebabnya, imaginasi aku sekarang terletak di Southern Hahahaha....tidaklah begitu terletak. Cumanya, aku selalu dapat idea masa aku tak nak berfikir. Ha.....masa tulah idea tetiba mencelah.

Since aku sejenis manusia yang suka conteng, aku main connnnnteng je apa benda yang dia repekkan. Aku tak tahu pun apa sebenarnya. Lepas dah habis conteng, bila baca balik itulah yang mencetuskan idea yang lagi merepek.

Merangkak Atas Angin


How??? Why??? What???

Kau dah kenapa nak merangkak atas angin dowh?

Entahlah...macam aku kata, dia yang usulkan idea itu, aku hanya ikut saja...Output dia aku just ikut apa yang dia mahu. So far aku dah siap menamakan semua title bagi setiapa bahagian, merekod dan mengedit dua episod bagi bahagian pertama Season ke-3 ni.

Mesej?


Macam takde. Cumanya, aku suka bila dapat eksperesi diri melalui penulisan dan deklamasi. Ah, tak ramai pun yang akan dengar punya. Budak sastera pun belum tentu nak dengar idea kau. Tapi takpe, janji aku dah buat apa ynag dia suruh. Aku pun okay saja sebab idea dia seem dark, epic and hysterical.

At least kau tak hipo...

Dan kemungkinan jugak ig story aku akan dipenuhi dengan lagu-lagu yang emo, dark, rock dan yang pernah ada bersama aku dengan dia sepanjang kitaorang harungi perjalanan dunia kedewasaan bersama...

Itulah dia sedikit cerita ringkas tentang kembalinya podcast Orang dengan kemunculan penambahan pada nama: The Paradox of Orang.

Aku banyak jugak guna draft buku yang tak pernah siap dan juga beberapa entri blog dalam season kali ni. Korang tahulah mana nak dengar. Spotify, Google Podcast, Tele dan lain-lain.So yeah..
"I may not be the greatest light that summering your life, but I am always being your ally through the coldest fight..." ~ ORANG~

Sebelum aku menyambung main game Cooking Diary bagi memenangi anugerah Cosmic Chef, aku nak lah update barang cerita yang tadaklah happy en...

Sebelum aku menyambung main game Cooking Diary bagi memenangi anugerah Cosmic Chef, aku nak lah update barang cerita yang tadaklah happy ending mana untuk ditatap dalam lipatan sejarah.

Selepas tiga bulan menganggur dan kerja sekadar ikut masa sendiri ni (yang jujurnya tadaklah dapat pulangan yang sampai boleh dipertontonkan dikhalayak ramai seperti kebanyakan yang berlaku dikalangan so we called them 'entrepreneur'). Termenung jugaklah akunya....

Masa sekarang semua orang bergantung hidup pada mencari rezeki yang based on hierarchy pyramid alternatif bagi sistem MLM.

Since aku adalah sejenis manusia yang paling bermasalah bila hidup berhierarki ni, awal aku nasihatkan korang untuk tidak sama sekali tidak, untuk menjadikan aku bahan ujikaji bagi perkara sebegini. Aku support ya aku akan beli. Tapi untuk join, samada beli dekat korang atau tidak itu pilihan yang aku bebas untuk buat.

Dia semacam laju je semangat rebel tu nak berevolusi bila orang push dan pressure aku (don't you dare challenge my patient). Sampai rasa macam terpaksa pesan dekat sesiapa yang gemar sistem ini untuk jauhi aku sebabnya aku bakal membawa aura toksik dan pelbagai ion negatif dalam hidup korang.

Aku suka tengok semangat korang berbisnes, suka tengok korang berjaya, aku support apa jua yang korang buat (dari jauh). Cukup sekadar itu. Orang yang betul-betul aku akan support dan percaya hanya mereka yang benar-benar kenal aku dan aku kenal mereka. Baru aku dengan rela hatinya akan bagi sokongan 100%.

Biarlah aku masih termenung dikala korang dah duduk di istana sekalipun, janji aku tak langgar prinsip hidup aku sendiri.

Biarlah ia lambat, biarlah ia bergerak seperti siput babi sekalipun, janji aku tidak terlibat dengan sistem hierarki dan piramid kristal yang dicipta untuk mengaburi mata makhluq mediocre seperti aku ni.

Aku sedang dalam proses belajar untuk terima hakikat yang hidup aku bukan seperti series HIMYM, TBBT, FRIENDS, mahupun Will & Grace. Tapi lebih kepada hidup Spongebob Squarepants yang suka masak Krabby Patty. Literallynya.

Aku terpaksa terima hakikat yang mimpi aku terlalu sukar direalisasikan. Lebih-lebih lagi bila aku menolak unsur-unsur yang kebanyakkan sifu perkenalkan. See, bermasalahnya aku ni. Dia lebih sukakan kajian sendiri sebelum main terjun dan angguk kepala pada orang yang dia sukar untuk terima konsepnya.

I wish I was simple-minded.

I wish that it doesn't have to be this complex. But, whenever I tried to pretend that I'm okay with this kind of life, part of me just wanna die. While part of them, already becoming polythene.

Orang cakap, nak suka sesuatu tu kita kena berlakon yang kita sukakannya. Nanti lambat laun kita akan terimalah dengan sendirinya. 'Bagi ia masa' kata mereka.

Termenung lagi...

"Macam mana kau nak dapat sesuatu kalau kau tak fight for it?"

I'm not a fighter mother.

I'm a surrender...

A rebellious and what I called myself as a petualang.

Always retreat whenever the battle started. Coz that's my nature.

I already lost before the battle started.

Kalau kau nak berjaya, pergilah, aku support kau.

Tapi, biarlah aku sebagai pesorak yang setia untuk kau. Aku takut pada kejayaan....tapi aku suka lihat kau berjaya....

Termenung jugaklah nak faham diri sendiri...

Aku takut pada limpahan cahaya...

Kau pun tahu aku rabun silau kan?

Semalam dapat mesej dari group whatapps yang salah seorang selebriti India;  Sushant Singh Rajput meninggal dunia. Aku mungkin bukanlah seo...

Semalam dapat mesej dari group whatapps yang salah seorang selebriti India; Sushant Singh Rajput meninggal dunia. Aku mungkin bukanlah seorang die-hard-fan beliau. Tapi, bila kita tahu seseorang famous, ternama, dah cipta banyak impak dalam pelbagai industri dengan pengakhiran bunuh diri, buat kau sendiri akan terfikir; "KENAPA?"

Mungkin perkara ini takkan pernah bertemu jawapan. Hatta aku sendiri mediocre, marhaen, jobless, unemployed, pun acap kali terfikir mahu saja diakhirkan hidup ini. Dahlah hidup pun taraf-taraf ambil basic syarat hidup. Biawak pulak tu. Kerja pun kena buang. Apply kerja pun tak dapat. Pastu ada hati nak kasi inspirasi dekat hidup orang lain dengan hidup yang serba kurang.

Somehow, aku rasa akulah 'the freedom fraud'. Yang nak bebas tapi dengan cara mudah. Terjerut dengan pemikiran emosi sendiri. Itu, ini, pelbagai kata yang menghenyak buat kau rasa macam, apa gunanya hidup ini...

Ya, orang kata Bebas itu tidak percuma. Ia punya cagar dan harga.

Ya, orang jua kata membebaskan diri di tali itu jua bukan jawapan.

Ya, mereka kata jiwa kita harus kental dengan pelbagai cabaran.

Tapi kenapa semakin dikawal semakin berleluasa?

Jawapan mereka, 'kembali pada Tuhan'

Jawapan aku, 'Bila fitrah ditidakkan, perang 'kan tercetus..."

Samada, lahir, batin, maknawi, mahupun jasmani...Lambat laun perang itu kita harus hadap. Bercakap sama Tuhan yang ku perlukan Dia serta jawapan.

Hari-hari kau tanya, "Apa sebenarnya kebebasan dalam kehidupan itu wujud?"

Apa sebenar kita manusia tidakkan pernah bebas?

Kitakan sentiasa dirantai. Tidak pada yang dicipta, pada yang mencipta.

Freedom Fraud:-  Manusia yang menginginkan kebebasan dengan cara lari dari realiti kehidupan sebenar.

Apa bebas itu ada selepas kita lari nanti?

Aku ingin bertanya padamu, namun dunia kita sudah tidak sekufu.

Ah, bertemukah kamu dengan kebebasan itu?

Mana satu kehidupan sebenar? Yang kini atau yang akan datang?

Mana satu?!

Dunia hari ini dihidup bagi hidup akan datang.

Walau bebas, jika dijerut pada pemikiran jumud, dirantai pada fizikal yang berserabut, usah dikatalah bebas itu wujud. Bebas itu nyata takkan pernah wujud!

The truth is, freedom is a fraud.

Sampai bila kau takkan pernah bebas. Sampai bila-bila kita akan terusan terjerat.

Sampai bila-bila...

Dunia pengenalan You Tube dalam hidup aku bermula pada penghujung tahun 2009. Selepas 4 tahun bermastautin di asrama dan hanya balik ke tana...

Dunia pengenalan You Tube dalam hidup aku bermula pada penghujung tahun 2009.

Selepas 4 tahun bermastautin di asrama dan hanya balik ke tanah air selama dua minggu, akhirnya pada tahun 2009 barulah aku didedahkan dengan dunia internet, alam maya seperti MySpace, Tumblr, Tagged, Friendster, Facebook dan lain-lain lagi. Well, mungkin friendster agak awal sikit kot, tahun 2006 kalau tak silap.

Dan boleh dikatakan masa tu rata-rata You Tube dilihat sebagai suatu platform exclusive pada selebreti. Lagi-lagi kalau ada tanda 'Vevo'. Tak semua orang ada channel bersepah macam sekarang. Dalam banyak-banyak Youtuber tu, kurang dari sepuluh yang aku boleh layan the whole video yang diorang upload.

Ada setengah You Tube tu aku subscribe sebab nak belajar subjek ekonomi dan akaun. Nasib baik dapat A. Hahahaha...ko kalau belajar ikut You Tube, laju aje A nya...

So, here's are 5 YouTubers that I used to binge-watch





Aku start addict dengan channel dia masa tahun 2010. Bagi aku Ryan higa ni dia punya video sangat kemas. Editing dia, isi dan lawaknya semua kenalah. Memang boleh jadi penghibur selepas seharian menghadap kerja sekolah. Masa tu, aku ingat lagi, asal hari jumaat je, aku confirmed akan lepak dekat CC seharian suntuk semata-mata untuk marathon semua video latest dia.

Ada jugak aku jenguk channel member-member dia. Antaranya Chester See, D-Trix, Andrew dan lain-lain yang ada buat kemunculan dalam video dia.



Blimey Cow ni aku tengok sebab dia kelakar dan banyak berkait rapat dengan masalah yang selalu dihadapi oleh dak-dak introvert. Dengan rambut dia yang begitu authenticnya buat aku tak sedar berapa banyak video dia yang aku dah layan sepanjang hujung minggu zaman first-year degree (2016).

Start je tahun kedua, aku dah kurang layan diorang sebab masa tu start ralit layan Netflix dan dah jadi sebahagian dari hantu tv series serta american sitcom.



Yang ni sebab seluruh adik beradik aku suka buat lakonan semula. Siap download, repeat dan kalau boleh jadi salah satu slide showlah masa tunggu lecturer masuk kelas. Boleh tahan lama jugaklah aku dok repeat video mat luthfi ni. Dari 2010 sampailah 2016.

Sekarang, semua video dia dah dipelopori oleh pelbagai seeker. Aku layan yang mana berkenan je. Mana yang tidak tu, aku malas nak ambil tahu.



Yang ni aku layan sebab lagu 'Thinkin bout you'. Masa tu aku kerja part-time sebagai sales assistant dekat Parkson. Aku dok jadikan lagu ni sebagai ringtone. Pastu sepanjang 2013 sampai 2016 jugaklah aku follow up semua video dia.

Dan mostly mana yang berkenan tu aku akan download dalam bentuk mp3 dan letak dalam kereta sebagai peneman jalan.



Ha, yang ni tak yah cakaplah. Sepanjang zaman diploma aku dok layan dia. Siap ada satu entri sekali ha (Aku vs Lindsey Stirling) lagi sebab fanatiknya dengan muzik dan kehebatan dia main violin. Teringin giler nak jadi pakar dalam instrumen muzik. Tapi tu lah....dalam mimpi je mampu.

///

Ni pulak antara channel yang selalu menjadi penghibur masa lapang:

Banyak je lagi channel lain, cumanya yang ni lah paling aku berulang kali tengok dan rajin update. Yang lain tu kadang aku tengok je tak subscribe pun. Mat punya channel pun aku subscribe masa akaun lama dulu. Akaun baru ni aku dah tak langgan dah. Huhuhuhu...selalu sangat kena recommend sampai aku tak rasa perlu untuk subscribe.

Itu sajalah cerita youtube kita pada hari ni. Lain masa nanti kita lihat youtuber mana pulak yang menjadi tatapan di masa lapang.

Adios!