Latest Posts

Sejak musim lockdown, aku rasa setiap hari tu berharga. Bukan sekadar dihabiskan dengan chill, relax and netflix semata. Tetapi mencoretkan ...

Sejak musim lockdown, aku rasa setiap hari tu berharga. Bukan sekadar dihabiskan dengan chill, relax and netflix semata. Tetapi mencoretkan semua cerita harian yang berlaku. Sebab kita tak tahu mana satu hari akan jadi hari terakhir kita. Kemungkinan itu tinggi. Sedar tak sedar dah pergi.....

Selain daripada update satu dua khabar dengan rakan taulan, keluarga dan sahabat yang disayangi, aku rasa ada baiknya ketelusan yang kita sayang mereka itu ada bukti tulisan. Memandangkan nak jumpa pun susah even bukan musim macam sekarang ni, telah lagi dengan musim ni. Aku tetap sendirian di ruang ini.

Kadang terfikir, what if kalau satu hari aku meninggal masa tidur dan takde orang yang tahu disebabkan aku tinggal seorang diri? Sedih dowh...dahlah time taip ni nasyid bulan ramadhan oleh kumpulan Qathrunnada bermain sebagai lagu latar. Lagi terasa sebak dia....

Memanglah kita tak perlu nak propa dan menakut-nakutkan situasi sekarang, tapi...tipulah kalau takde rasa takut sikit pun.....

Masa hari pertama lockdown, awal aku VC family, friends dan hantar mesej kepada dua tiga orang yang rapat dengan aku. Risau takut tak sempat berjumpa...tapi tu lah....tak semua suka bila kita buat macam tu. Seolah macam tak telus. What's the point jadi kawan kalau ditanya khabar tak reti nak balas dowh?

Tak boleh ke just appreciate orang yang masih ambil berat pasal kau? Beza orang yang menyibuk dengan ambil kisah itu jurangnya besar tahu...yeah....aku kena faham yang manusia itu berbeza....

Ramadhan tinggal sebulan. Tak tahu dapat raikan ke tak ramadhan tahun ni. Allah, temukanlah kami dengan bulan Ramadhan tahun ini. Amin....

Banyak benda yang aku perlu buat. Kuarintin ni banyak jadikan pemikiran aku 360 darjah berputar....perubahan itu sungguh menakutkan...tapi ia perlu dalam kehidupan.

Macam mana sedihnya aku bila tengok episod terakhir The Big Bang Theory. Sedihnya hanya Tuhan yang tahu masa dengar Sheldon berucap buat kali terakhir....sedih dia bukan sebab series tu semata, tapi sebab.....kau sedar even kau ada kawan, tapi tak semua ada sebagaimana series FRIENDS, How I Met Your Mother dan The Big Bang Theory.....fuh...

Somehow orang just tak betah dengan kau sebab itu kau....kau masih dandelion yang berkeliaran di apungan udara...

Tuhan, aku dah lama tak sembahyang raya di pagi Shawal. Aku harap, dengan bersihnya udara dari COVID ni, aku teringin sangat nak sembahyang raya selepas berbelas tahun tak mengejarkannya. Aku tahu, aku tak pernah suka raya, sebab masa raya semua orang ada kawan dan saudara untuk diziarah...Aku? ...aku takde kawan untuk dikunjung...

Okaylah, panjang umur kita jumpa..jangan lupa jaga diri ya kawan....yeah aku lupa...mana ada kawan di akhir zaman ini...yang ada hanya kenalan....

p/s: kes dia sebab dengar takbir raya time menaip entri ni....tak pepasal sendu sorang....

Setelah hampir 8 tahun impian aku nak ada mentor dan join akademi pembangunan diri , akhirnya Aiman Azlan buka peluang kepada 150 orang unt...

Setelah hampir 8 tahun impian aku nak ada mentor dan join akademi pembangunan diri, akhirnya Aiman Azlan buka peluang kepada 150 orang untuk mendaftar jadi membership istimewa beliau.

Jadinya, tanpa berlengah lagi, aku pun telah mendaftar diri untuk join membership yang AA offer. Sebenarnya takut jugak nak join, sebab aku pun tak tahu samada diri aku ni sekadar bazirkan duit untuk join program ni atau aku memang betul-betul nak join.



Selepas 5 hari fikir, aku rasa sudah masanya aku bagi peluang dekat diri sendiri untuk reach out dan minta bantuan orang. Hahaha ironickan?

Susah jugak nak paksa diri ni untuk minta tolong orang. Itulah bahayanya bila kau terlalu lama berdikari dan survive sendiri. Disebabkan aku sendiri terlalu banyak benda yang aku tak faham dengan diri sendiri, aku harap dengan mendaftar diri pada yang pakar boleh membantu dalam memahami hidup sebenar.

Betullah orang kata, memang kita boleh belajar dari buku, tengok video...tapi lagi bagus bila kita betul-betul ada specific person yang boleh dirujuk. Atau kata lainnya ada murabbi.

Macam dua tiga entri lepas, (bertabahlah korang hadap rapuan aku untuk dua minggu lagi...huhuhuhu) aku dilema giler sampai tahap fedup nak kerja. Walaupun kerja tu benda yang aku suka, tapi bila fikir balik...aku dedikasi 48 jam seminggu untuk bekerja dengan orang, buat aku rasa worthless....

Persoalan seperti:

  • adakah aku akan kerja makan gaji selamanya?

  • adakah aku sekadar hidup untuk jayakan impian orang lain?

  • ini ke matlamat hidup aku sebenar?


Paling teruk, masa fasa awal kerja, aku give up untuk teruskan impian legasi Orang dan Nilediting. Dalam masa tu jugak, salah sorang member ajak buka bisnes. Pergh, lagi triggered aku nak kerja sendiri. Mulanya aku cakap, agak sukar untuk aku join. Since, kerja yang sedia ada pun hanya cuti satu hari. Itu pun aku dah tak konsisten dengan Projek Orang. Mampukah aku?

(Itu tak termasuk lagi langkah paling bodoh aku buat. Dahlah, sampai sekarang aku rasa bersalah giler dengan KKD) -which turned out, aku ingat aku okay dan let go, but..stupid me of being me, it's took forever to let go and move forward....-

Dua tiga empat orang jugak aku tanya, betulkah langkah aku kalau aku berhenti kerja dan kerja sendiri? Aku keliru! Penat betul hidup dalam sarung yang punya banyak takhta. Kadang aku suka sisi yang gelap itu, dia misteri, coldblooded, off grid tapi sayang dia tak membantu personaliti dan EQ. Jadinya, untuk tiga tahun lepas, aku cuba belajar keluar dari lautan tu.

Berjayakah aku?

Hah, you bet me! Kadang tetiba delete account. Shut down semua benda. Lepas tu, tetiba huhahuha macam semua okay...hahaha aku pun dah tak kenal mana satu personaliti yang aku perlu hidup hari ni...

Dekat tempat kerja, mungkin aku boleh bawak persona lain. Buat kerja, outperform expectation...tapi, bila balik rumah, aku rasa; this is it? what next? is this the life I'm gonna live for n years?? What if I'm stuck in this job FOREVER? What is my exit plan?

Jadinya, untuk membantu aku terangkan laluan keluar itu, aku daftar akademi Aiman Azlan.
Kadang kita perlu tawakkal sehabis mungkin sebelum letak semua kehidupan pada Tuhan.

Kuncinya aku sentiasa pesan pada diri, jangan pernah berhenti mencari, mencari, mencari sampai ia jadi realiti yang diimpi....

Moga pencarian itukan bertemu jawapan....

p/s: in case future aku baca post ni, aku nak kau tahu...yang kau worth saving. Present aku tengah bertarung untuk kau....no matter what happens, always be grateful ^_^ Penyu atau naga, kita tetap satu.....

Minggu COVID ni memang betullah boleh buat banyak benda kita fikir. Dari pilihan hidup, cara hidup, dan persoalan paling banyak ditanya adal...

Minggu COVID ni memang betullah boleh buat banyak benda kita fikir. Dari pilihan hidup, cara hidup, dan persoalan paling banyak ditanya adalah; 'What I've done to my life???'

Dan menjerlus ke pelbagai persoalan seperti:

  • Betulkah tindakan aku selama buat keputusan?

  • Betulkah dengan berhati-hati dalam persiaga dapat menjayakan keputusan?

  • Itu tak masuk lagi persoalan tentang kerja sekarang. Misalnya;

    • Betulkah aku seronok kerja dengan orang lain secara sepenuh masa?

    • Betulkah tindakan aku dengan terlalu out performance sampai sedikit demi sedikit job scope aku meluas?

    • Paling tak sangka sekali, aku fikir untuk berhenti kerja......




Mungkin sebab aku tak betah dengan arahan dan kerja dengan orang? Atau sebab aku takde authority kebebasan mutlak milik aku sendiri?

Jujurnya, dilema ni makin hari seolah makan diri dan aku tak tahu samada ini COVID berfikir atau sebab aku dapat hidup dalam mimpi bila kerja sendiri??

Mungkin kerja dengan orang boleh dapat recognition dan perlu berhadapan dengan orang. Bimbing mereka, asuh sehingga dapat jadi usahawan berjaya. Tapi, aku ni jenis tak betah nak ajar orang, guide orang, tapi sebenarnya aku sendiri tak buat. Lama kelamaan dia akan jadi ketagih tau bila kau ajar orang tapi kau sendiri tak buat....

See, aku dah start mencipta pelbagai alasan untuk tidak bertanggunjawab dengan segala tindakan. Argh! I really hate my whole decision dalam tahun 2020 sekarang. Rasa macam desperately depress pun ada...bodoh telah lagi....hurghhhh

Perkara tak logik 1/2020: Kau apply kerja semberono

Perkara tak logik 2/2020: Kau dapat kerja

Perkara tak logik 3/2020: Kau pilih untuk BEKERJA makan gaji!

Perkara tak logik 4/2020: Kau rasa selamat dengan makan gaji? instead of kerja sendiri?

Perkara tak logik 5/2020: Kau cuba bagi peluang

Perkara tak logik 6/2020: Kau patah semangat untuk hidup hanya kerana peluang bodoh (lagi???)

Perkara tak logik 7/2020: Kau mula persoal tujuan kerja makan gaji? Adakah aku diperguna atau aku memang tak reti nilai diri sendiri?

Perkara tak logik 8/2020: Kau berharap kau punya kekuatan untuk berhenti kerja makan gaji dan memilih untuk berdikari. Tapi kau takut!

Perkara tak logik 9/2020: Kau pilih untuk sambung belajar separuh masa untuk second degree???? (What the heck???)

Perkara tak logik 10/2020: Here comes the second thought yang sebenar....aku nak berhenti kerja!

Dan senarai perkara tak logik bagi tahun 2020 ini terus bercambah dari detik ke detik....sampai aku rasa macam malas gila nak hadap dunia luar. Lebih rela terperuk dalam rumah (Di mana secara jujurnya aku sangat bersyukur dengan perintah wajib #stayathome dan aku berharap jangka masa itu dipanjangkan....)

Kau nampak tak?

Ke dah buta??

Ya Allah aku rindu nak duduk terperuk dalam rumah tanpa perlu rungsing apa-apa. Pasal duit, insuran, roadtax, servis kereta, segala macam bil...haila.....aku rindu zaman lifeless....hahahah (inilah yang dikata perkara tak logik n/2020)

Aku tak rasa yang aku akan kerja lama. Oh ya untuk korang yang tanya aku kerja apa?

Aku kerja sebagai salah seorang exec pembangunan perniagaan. That's a lot of development yang kena buat. Bukan setakat tolong orang yang berminat jadi usahawan untuk menjadi usahawan, tapi turut menjadi perantara industri dan juga institusi pendidikan. Kotlah ada diantara korang yang baca ni nak kembangkan bisnes dalam industri percetakan, roger aku. Aku sedia guide korang dari zero to hero....takde modal? jangan risau, itu pun aku akan ajar. Powerkan?

Malangnya, sekarang ni separuh dari jiwa aku kata, aku kena kerja kat situ at least setahun atau tiga tahun untuk gali pengalaman. Tapi, separuh dari jiwa aku dah mula memberontak untuk tinggalkan dunia tu. Ergh!!!!

Betullah quote yang cakap; Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Haa inilah dalih yang aku sedang cipta. Inilah bahaya bila kau letak potensi masa hadapan kau di tangan orang yang lebih nampak potensi masa hadapan kau. Seolah kau perjudi masa hadapan kau sendiri.

So, terjun atau tahan? Korek atau tinggal separuh jalan?

Persoalan: apa yang akan berlaku kalau aku stay? and what the worst could happen if I left?

Jadi, aku biarkan persoalan ini tergantung dengan layan series yang berjuta minit dan baca satu dua buku self help... Bila series tu habis dan buku tu aku hadam, aku harap aku dapat figure out hidup aku dari situ. Harapnya begitulah....

Kenapa kau suka kompleks-kan pemikiran dan pilihan dengan mencipta pelbagai kemungkinan????? God, I really hate myself right now.....dah lah....papehal nanti aku update lah keserabutan hidup sebagai seorang sofie kat sini.

Kepada Asgardian, semoga aku dapat pulang ke planet sana. Paling tidak, bagilah aku jumper untuk balik ke Pluto. (Planet yang aku percaya tempat asal aku since 2004). Sesungguhnya aku tak faham delima perkara tak logik ini. Penyu atau naga? Susah nak kata....

#pencintastayathome

Bicara soal masa, banyak-banyak masa yang paling aku suka adalah masa belajar. Sebab? dunia belajar itu sendiri kawan segalanya pri...

Bicara soal masa, banyak-banyak masa yang paling aku suka adalah masa belajar. Sebab?

  1. dunia belajar itu sendiri

  2. kawan

  3. segalanya privilege

  4. fleksible

  5. istilah kelas cancel, tunda dan tangguh!!!! --- syurga untuk pelajar


Tapi, bila dah habis belajar...kau tak boleh nak harapkan dunia masa itu diputar atau kekal sama ditakuk tu. Kau kena berubah....kau kena bekerja dan kau punya masa bukan lagi sefleksible yang kau hendak.

Apa sebenarnya yang buat masa kita itu berharga?

  • berkumpul bersama orang yang kita sayang

  • belajar

  • menghargai setiap kehidupan


Minggu depan adalah suatu minggu yang bagi aku minggu ke laut. Sebab maklumlah itulah minggu yang buat julung kalinya kitaorang raikan anniversary umi ayah. Yang paling eksited adalah dapat kumpul adik beradik. Dah lama gile tak jumpa macam tu. Sejak masing-masing ada family, payah benar nak tengok muka semua ada....

Itulah dia masa yang paling susah nak dapat bila kau bergelar manusia yang bekerja. Lagi-lagi kerja makan  gaji...baru masuk dua bulan kerja dah rasa tepu heh? hahahahaha

itu belum masuk tahun...#prayforsofie

So, aku pun tunda podcast minggu ni...bagi peluang betulkan balik lensa yang terpecah hari tu. Entah ada something yang ter-demotivated buat aku tadak semangat...papehal, bila wujud sesuatu yang paradox,...aku rasa sehari cave in memang tidak cukup.

Papehal syukur selalu....

Masuk minggu ni, maka genaplah dua bulan aku bergelar seorang manusia bekerjaya. Bekerjayakah aku? Itulah persoalannya...aku sendiri masih ...

Masuk minggu ni, maka genaplah dua bulan aku bergelar seorang manusia bekerjaya. Bekerjayakah aku?

Itulah persoalannya...aku sendiri masih confused dengan situasi kehidupan aku sendiri. Meh aku senaraikan segala perkara yang telah menyerabutkan fikiran aku sejak dua menjak ni:-

  • Dahlah masa awal kerja, aku tersangatlah tidak ready.

    • menyebabkan secara mental dan emotionally, aku breakdown sebab tiada persediaan yang cukup rapi

    • walaupun aku dah jangka yang aku akan bekerja, tapi tidaklah sesingkat cuti dua minggu...



  • Tempat kerja....

    • peratusan pekerja yang berhenti dalam tempoh kurang dari dua tahun itu sangat tinggi

    • membuatkan aku rasa takut dengan kemungkinan yang aku sendiri tak pasti...

    • dia best, selesa, okaylah...waktu kerja okay, jarak dari rumah okay,...co-worker pun no hal...but feel like something is missing...

      • yep, that's right...there's no appreciation and loyalty treatments






Dan dilema sebagai seorang blogger (walaupun sekadar suam-suam kuku) di alam kerjaya ni of courselah identiti kita sebagai blogger!

  • patut ke aku bagitau dorang tentang passion aku?

  • atau aku patut pendamkan saja dan hanya jadi penyu

  • atau...aku jadikan tempat kerja sebagai platform untuk kutip pengalaman sebanyaknya dan ikut semua exit plan yang aku dah gariskan timeline dia....

  • atau, aku jadi manusia yang takde inspirasi dan datang kerja semata-mata gaji....

    • yang akhirnya menyebabkan aku jadi sloth??? what????




Okay, itu antara persoalan yang buat aku keliru! KELIRU dengan semua huruf BESAR!

Takut???

Opkos der aku takut dan rasa macam....setiap apa yang kau buat akan dipandang seperti debu di kasut maharaja walau kau rasa itu adalah contribution yang terbaik kau bagi. Tapi dimata mereka??? Kau tak ubah seperti ...apa ek frasa yang sesuai untuk digambarkan.....

Kau macam....haaa kuda larian di litar. Penghujungnya, kau hanya seekor kuda. Yang bila-bila masa boleh diganti dengan kereta...atau mesin lumba. Deng it! I hate those vulnerable feels...rasa murah dan tak bermaruah dowh...

Ke aku yang overthinking pasal the anonymity of the future?

Macam, aku letak rules & regulations serta guideline setiap kali orang nak kawan...atau ketakutan pada exposure dan recognition?? Sumpah ia menakutkan! Sampai aku rasa macam nak lari ke gua dan cave in dari melakukan sebarang interaksi.

Dilema ni bukan sehari dua menganggu jiwa...ada jugaklah aku cuba untuk alih perhatian tentang persoalan ni dengan layan series, atau baca research, atau tidur. Yeah, mostly tidur....

Maklumlah, aku pun budak mentah dalam dunia kerjaya, walaupun dah jilat dan palit berjuta garam pada pelbagai birat luka, tapi masih banyak lagi garam yang aku tak telan...dan sapu dengan limau purut pada hirisan luka yang bakal terjadi....

Imaginary luka yang tak berlaku tapi aku dah rasa sakit. Bodohkan?

Inilah namanya overthinking pemusnah keceriaan hidup.

Aku cuba telan dan sapu luka tu dengan losyen instead of garam, aku cuba walaupun aku tak pernah suka tekstur losyen. Aku cuba...doakan aku tidak terlalu takut pada terjun bangunan atau kata lainnya langgar dinding tanpa sebarang perancangan. Aku harap akan okaylah nanti.

Hopefully....phew!

"Bersihkan lukamu" arahnya. Iodin dituang pada kapas menghasilkan warna kuning yang kemudiannya dia tampal pada luka. "Awww!...

"Bersihkan lukamu" arahnya. Iodin dituang pada kapas menghasilkan warna kuning yang kemudiannya dia tampal pada luka.

"Awww!" desisnya.

"Kau tahu bukan, luka sebegini sepatutnya dijahit?" cerlung matanya. Dalam. Seperti harimau salju yang merenung pergerakan dipergunungan Iceland. Dia diam.

"Inilah masalahmu! Luka yang perlu dijahit, kau hanya rawat dengan plaster. Apa yang kau expect plaster tu akan bagi?"

Dia diam. Meringkuk, menahan perit luka yang semakin parah merebak. Dalam diam dia menangis.

Aku tak tahu doktor mana harus dituju...

Aku keliru jalan mana harus ku turut untuk ke hospital yang satu...

Aku cuma hanya mahu ikut pada alir sungai tanpa perlu risau pada batuan yang berliku...

"Kadang, kau tak boleh jadikan plaster untuk rawat luka yang perlukan jahitan..." ulangnya. Ayat ini sudah beribu kali dia guna. Pada dia, dia dan dia yang seringkali mencari plaster semata-mata takut pada jarum dan jahitan yang menggerikan. Paling parah, mereka takut pada parut!

Perit tahu, mahu fahami mereka yang lebih rela menampal plaster pada limpahan darah yang sudah bernanah dan baunya...usah diceritalah betapa hanyir! Naik mual juga dia menegur manusia sebegini.

"Aku sunyi..." ujarnya sayu.

"Muzik kan ada"

.....

"Beginilah kawan, kau itu aku sudah simpan di muzeum. Kerna kau terlalu antik untuk didedahkan pada arus kemodenan duniaku. Bahkan, aku tiada miliki satu pun peralatan yang setimpal canggihnya dengan kamu yang terlalu...terlalu klasik!" dalihnya berlapik.

Dia diam.

Jika bagimu plaster itu bisa merawat segala kudis yang mula memakan diri, paling tidak usahlah ditampal-tampal plaster itu pada luka yang sama. Atau paling jijik sekali, buanglah plaster lama itu sebelum kau balut lukamu dengan plaster yang baru.

Masakan luka itukan sembuh jika kamu hanya mengharap pada plaster untuk mengeringkan segala lukamu yang sarat dengan kuman??

Tak masuk akal! Apa kamu sudah hilang waras??

Berdenyut kepalanya untuk memahami situasi yang terlalu pantas berlaku. Seperti air bah tsunami yang menerjah tanpa sebarang warta rasmi. Sedar-sedar, dia sudah terhanyut di talian air.

"Yang kau boleh terjebak dengan dunia macam ni kenapa?" Kejora bertanya pelik. Hairan bin Ajaib betullah kawan nan seorang ini. Mahu dikata bodoh, punya kelulusan peringkat ijazah sarjana muda. Yang sang penggemar plaster itu pula, bijaknya tidak alang-alang. Bahkan pernah mendapat anugerah kecemerlangan. Tapi kenapa?????

"Jangankan kau, aku pun tak sangka...doktrin apa yang menghantui aku sekarang ni. Dia, dia tu, hero imaginasi dalam buku yang tak sepatutnya hidup di dunia nyata!" teriaknya tidak puasa hati.

"BODOH!!!!!!!!!!!!!!! kenapa kau muncul?????"

"La.....bukan selama ni kau memang nak hero novel kau muncul ke? bila dia muncul kau pulak yang meroyan tak keruan ni dah kenapa?"

Helaan nafasnya kini terasa sarat dengan persoalan yang dia sendiri tidak pasti samada punya jawapan atau tidak.

"Kau tak nak cuba berhubung dengan dia semula ke? Yelah, kau kan pernah suka dia..."

Diam.

'Patutkah aku tambahkan rawatan plaster pada luka dia?'

*****************

Plaster itu dia hulur pada mereka yang punya luka kecil sahaja, bukan pada mereka yang lukanya mengalir tanpa henti. Bahkan dia sendiri tidak pernah terfikir yang hidupnya perlu menjadi plaster. Atau, sebenarnya dia memang dilahir menjadi perawat pada manusia yang punya luka tiada kelihatan?

'Parah! Parah!' desisnya beribu kali. Namun itulah hakikat yang dia cuba untuk telan. Manusia lebih memilih plaster daripada dijahit tanpa sebarang ihsan.

Kawan, kadang jahitan yang meninggalkan parut itulah sebenarnya yang membuatkanmu lebih kental berbanding plaster yang sedikit pun tidak merawatmu bahkan kau akan ulangi kesakitan yang sama berjuta kali...
Plaster tidakkan mampu melancarkan pergerakanmu untuk jangka masa yang lama. Berhentilah jadikan plaster sebagai topeng lukamu. Taburkan saja garam dan jahitlah luka yang sekian lama dibiar bernanah itu. Kerna, ada baiknya kamu buang sebahagain dari dirimu yang sudah tidak lagi dicipta untuk bersamamu, daripada kamu pikul sesuatu yang sudah lama mati....

Pilihan itu ada pada dirimu. Dan untuk ke sekian kalinya aku ulang, "usah jadikan plaster sebagai rawatan jika lukamu itu perlukan jahitan...atau lebih teruk dari itu, pembedahan...kerna tak semua luka kan sembuh dengan hanya menampal plaster...."