- Seronok jumpa orang baru tapi dalam masa yang sama lebih seronok lepak dekat rumah
- Hanya teruja sembang topik yang kita minat, bila habis satu topik tu, terus jadi senyap. Fade away...dan tinggal telinga je yang mendengar..
- Cepat rimas dalam keramaian tapi dalam masa yang sama seronok tengok orang ramai
- Suka bersendiri tapi kalau boleh tak nak bersendirian
- Kejap riuh...lepas tu lesap untuk dua tiga hari sebelum muncul semula...
Dear readers, Hari ini aku telah selamat keluar dari Gua Wakanda Mahismati (gelaran bagi rumah tempat aku bertapa semenjak empat purnama...
Hidup seorang ambivert
Awalun pemikiran ini telah diperam menjadi ikan masin terubuk. Arakian ia digoreng, diperah pula limau kasturi sebagai pelengkap rasa dan di...
Ikan besar, ikan kecil
Awalun pemikiran ini telah diperam menjadi ikan masin terubuk. Arakian ia digoreng, diperah pula limau kasturi sebagai pelengkap rasa dan ditabur dengan potongan cili padi menjadi santapan tengahari suatu masa dahulu. Maka, terhasillah coretan di benaknya....
Ikan besar
Ikan besar dia boleh kenyangkan ramai orang. Kalau ikan tu sejenis yang boleh dimakanlah kan. Kalau ikan itu karnivor pula, dialah yang paling digeruni. Giginya saja sudah boleh meriukkan tulang belulang dalam sekelip mata.
Ikan kecil.
##
Idea ni datang bila hidup ini sering dibandingkan dengan hidup yang lain. Perbandingan itu samalah seperti meletakkan ikan besar di dalam akuarium dan melepaskan ikan kecil di lautan Atlantik. Macam kontrakan bunyi dia. Penat!
Dua tiga hari ni aku bertekad nak hiatus dari segi socmed (again!) ?Maklumlah dah musim final ni terasa macam, cukuplah aku merapu dekat blog. Plus, kalau meraban dekat blog takdelah obvious sangat yang kau tak study kan? hahahaha ?
At least, ya paling kurang...dengan blog kita dapat belajar bina ayat, karang idea, berfikir luar galaksi. Aku rasa blog sajalah platform yang paling relevan untuk selamanya.
Kau nak merapu ke, nak kongsi tips ke, nak bebel pasal betapa penatnya hidup atau betapa bahagianya hari-hari yang dilalui atau apa jualah yang berlaku sepanjang kau harungi hidup di atas bumi ni...orang tak kisah. Orang tau kau ada blog, kau bebel dekat situ punyalah panjang lebar dan kau tak kisah pun samada ada orang baca atau tak.
Benda simple dan permanent. Itulah blog. Diari alam maya yang semua orang nak orang tahu tapi dalam masa yang sama tak nak orang tahu. Haa...macam mana tu?
Macam tu lah dia....
Macam letak ikan kecil di laut pasifik. Janji kau hidup dalam lautan tu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau bilis diletak dalam akuarium terlalu kelihatan. Rasa insecure pulak dengan pantulan dunia luar. Jadi, peranan ikan kecil sebagai populasi yang memenuhi lautan biru tadi cukuplah memadai. Stay humble be incredible kata dia...
Ikan besar, peranan pun besar. Seronok sebab kuasa didengar. Kemana pun diperhatikan. Tapi sayang, privasi menjadi gadaian. Antara dua. Diletak dalam akuarium kecil, kebarangkalian iakan pecah itu tinggi atau menjadi sang buruan di lautan.. Ah...kemana hala perbincangan isu ni pun dah ke laut.
Senang cerita walau apa pun peranan kita atas dunia, sebagai ikan besar atau ikan kecil kita tetap pelengkap bagi kelangsungan sebuah kehidupan.
Peranan kita sama....jangan kerana kamu ikan besar kamu rasa berkuasa dan kerana si ikan kecil itu halus, dia lemah. Tidak! Lupakah kamu pada kuasa nyamuk yang membunuh Raja Namrud?
Sebagai peringatan pada diri ini, yang lebih memilih untuk hidup sebagai si ikan kecil dan bilis pelengkap sambal belacan, semoga terus tabah dalam mengharungi gelombang lautan kehidupan yang mencabar.
##
Blurp!
Pilihlah yang mana kamu suka, dunia tidak memaksa kamu untuk menjadi penghibur seluruh alam semesta, cukuplah mencipta ketenangan dalam jiwa insan yang mengenali kita....
Akhir kalam, moga husnul khatimah.
Awalun pemikiran ini telah diperam menjadi ikan masin terubuk. Arakian ia digoreng, diperah pula limau kasturi sebagai pelengkap rasa dan ...
Ikan besar, ikan kecil
Ikan besar
Ikan kecil.
Sambil bertemankan OST Bahubali, aku mula menaip episod yang seterusnya bagi series "Aku dan Blogger". Lullaby of death nama ost-n...
Aku dan blogger #5
Sambil bertemankan OST Bahubali, aku mula menaip episod yang seterusnya bagi series "Aku dan Blogger". Lullaby of death nama ost-nya. Part ni masa Mak Bahubali dikhabarkan yang Bahubali sudahpun mati. Sob sob sob....dasyat betullah cerita ni sampai aku dok ulang banyak kali.
Eh, eh termelalut pulak. Cerita post ni nak khabarkan perkembangan blog aku selama lima tahun selepas didaftarkan bawah domain sofieadie.com. Sudahnya ter-review Bahubali pulak?
So, kabare kalian semua pembaca baru dan lama, masih ingatkah akan dikau pada pemula bagi sebuah blog ini? hahahah..warna hitam emas dan sukar mata untuk merenung. Sekarang sudah berwarna-warni seperti pelangi selepas hujan.
Mana tidaknya, 2017 terlalu lama dibanjiri hujan, 2018 kembali membawa sirna harapan yang pelangi itukan timbul selepas gerimis panjang. Nyata, bila pancaran pelangi menyerlahkan dirinya, silau pula mata ini menatap warnanya. Berakhir dengan gali lubang tutup lubang sajalah labu....bagi mengelak silau itu membutakan mata...
Selepas lima tahun, apa perkembangan blog sofieadie.com?
1- Dia sudah berhenti mengikuti sebarang segmen, giveaway dan contest.
Alasan? Mahu fokus kepada kualiti content yang tersendiri diselangi dengan beberapa post berbayar.
Mustahillah kan dah ada blog, bila ada orang approach kita akan sewenangnya reject. Lagi-lagi bila content yang diorang tulis tu akan membantu orang ramai. Tak kisahlah benda yang diorang mention tu bukan local, tapi tips tu penting.
Mana yang baik tu, kita ambillah buat rotate baiki blog performance. Untung-untung dapat jugak jana passive income. Alhamdulillah dapatlah buat langsai hutang.
2- Design bertukar setiap tahun
Walaupun aku kata aku akan selesa dengan sesebuah design tu, tapi bila je lepas habis paper bagi sesi September-January, entah angin gila mana suka sangat merasuk agar tukar design. Dengan alasan bagi nampak lebih seri dan mengajak mood baru bertandang. InsyaAllah ada rezeki lebih akan bertukarlah designnya tak lama lagi.Mana yang okay, maybe akan dikekalkan...tapi aku rasa macam setiap tahun je akan bertukar ni. So, wait for it haa....
3- Banyak merapu sampai ke laut buat semua orang mabuk dan tak mampu lemas sebab tak reti snorkeling
Nyata, setiap kali menulis itu, sesetengahnya mood aku terbawak dan teremosi sekali. Tambahan pulak tahun ni jiwa terlalu banyak sangat koyak, sayat dek kerana perkara yang aku tak jangka akan berlaku dan nak tak nak memang kena hadap dan telan. Semoga setiap coretan itu darahnya tidak mengalir dan memerahkan laut biru...Tapi, kalau terjadi darah beku pun naya pulak....
Bila buat series macam ni setiap tahun, buat rasa macam pendek pulak tahun tu berlalu. Padahal 365 hari tu. Terasa waktu semakin singkat.
Tahun ni aku tak banyak promote entry dekat facebook page. Sebab ada satu fasa tu aku hiatus socmed kejap. Rasanya terhiatus teruk page facebook. Adoyai, marketing memang penat. Kena asah hari-hari non-stop dan kena sentiasa tebalkan semangat.
***
"Bismillahirrahmanirrahim
pulang semangat, semangat pulang
semangat kuat, semangat gagah
kuat seperti Baginda Ali
gagah seperti Lam Alif Hamzah
pulang pulih kau sediakala
dari dada kau hilang
ke dada kau pulang
pulang semangat pulihkan semangat
semangat si anak Adam
aku tahu engkau
aku seru engkau
datanglah engkau
wahai semangat
berkat aku memakai
doa Lailahaillallah
Muhammadur Rasulullah"-Ismail Mohammad, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
(dipetik dari buku 'Ulit Mayang: Kumpulan Mantera Melayu oleh Haron Daud.)
Itulah mantera yang aku jumpa hasil pembacaan yang dikutip dari library. Hanya untuk seru balik semangat yang semakin pudar. It's very nice to know there's a lot of way to improvise our semangat. InsyaAllah.
So, misi cuti sem nanti, insyaAllah aku akan mulakan kajian mengenai "Perbezaan antara mantera dan tawassul". Doakan aku dapat meluaskan lagi perkongsian ilmu yang langsung tiada kaitan dengan bidang yang aku belajar mahupun kos yang aku ambil. Hasilnya insyaAllah aku akan cuba kongsikan dekat dalam blog. Plus, FYP aku akan berjalan jugak sekitar waktu tu.
Last but not least, kepada semua warga blogger, pembaca, penjengah, silent reader dan sesiapa saja pelayar yang singgah di bahtera ini, semoga kalian peroleh barang seceduk dua perkara yang boleh dimanfaatkan dalam pelayaran kalian semua. Walau kecil diharap ia berguna bagi menyalakan sumbu pelita yang kian malap.
Till then, see ya when I see ya!
p/s: nampak kian merapu ya penulisan bila kau dah lama tak menulis.
Sambil bertemankan OST Bahubali, aku mula menaip episod yang seterusnya bagi series "Aku dan Blogger". Lullaby of death nama ost...
Aku dan blogger #5
Selepas lima tahun, apa perkembangan blog sofieadie.com?
1- Dia sudah berhenti mengikuti sebarang segmen, giveaway dan contest.
2- Design bertukar setiap tahun
Mana yang okay, maybe akan dikekalkan...tapi aku rasa macam setiap tahun je akan bertukar ni. So, wait for it haa....
3- Banyak merapu sampai ke laut buat semua orang mabuk dan tak mampu lemas sebab tak reti snorkeling
Buying a home can be one of the most excruciating and overwhelming experiences more so for first-time buyers. Setting out to find the right ...











