Latest Posts

Ada banyak perkara yang bila direnung dan diputar kau berharap ia tidakkan jadi begitu. Ia sepatutnya begini. Jadi kau mula tuding pada takd...

Ada banyak perkara yang bila direnung dan diputar kau berharap ia tidakkan jadi begitu. Ia sepatutnya begini. Jadi kau mula tuding pada takdir. Kenapa? Kau sudah mula tidak redha dengan pengadilan hakiki?

7143

Jauh masa hadapan direnung, semenjak dia dibangku sekolah dilakar semua mimpi setinggi angkasa. Tapi yang berbalik padanya hanyalah debu yang bertebaran. Habuk! Dia hanya bersin mendapat sakit. Mana pergi taburan bintang yang dia lakar untuk dijadikan jambatan suatu tika? Mana?!!!

U537355

Kau, kau, kau...satu demi satu dihitung baris nama yang menjadi pemutar segala cerita yang sepatutnya mengikut apa yang direncana. Tapi apa yang dia dapat lakukan? Sekadar menyalahkan manusia lain atas segala tanggungjawab yang dia lari? atau agar dia tiada rasa bersalah diatas kegagalan menghidupkan mimpi yang diingini?

Ah! Dangkalnya fikiran. Yang bersalah, yang patut dituding itu semuanya aku! Aku yang hidup di dalam jasad bernyawa yang mendokong nama ini. Aku! Putarannya kembali sifar. Back to squre one kata orang.

Jika tiada dilahirkan nescaya aku tidak perlu menghadapi segala kegagalan. Argh!

93850N

"Semuanya baik saja" jawabnya ringkas bagi mengelak perbualan dipanjangkan.

Dia bukan bosan. Bukan kejam untuk menghalau semua manusia dari punya interaksi dengannya, dia hanya sudah tidak punya jiwa. Sifar. Segalanya tiada motif untuk punya perasa. Sama. Malar. Constant. Itukan yang semua mahu.

Sudah lama cartanya menjunam ke lohong keluar dari garisan statistik normal. Dalam garisan sejarah, dia hanya satu titik dari huruf i dalam ejaan 'History'.

Itu saja ceritanya.

7143 45 U537355 93850N

Hampir setahun dunia begini. Dunia overthinking, paranoid, anxious dan segala kegawatan serta mala petak menimpa. Satu persatu penghuni maya...

Hampir setahun dunia begini. Dunia overthinking, paranoid, anxious dan segala kegawatan serta mala petak menimpa. Satu persatu penghuni mayapada diuji. Dari sekecil rintisan hujan sehingga sebesar arus diraja. Semua, semua kita berhadapan dengannya.

Keempat faktor untuk kita kekal kuat kian menipis yang akhirnya tinggal sifar. Kejayaan semuanya sekerat jalan. Masih diterjah bau gagal.

Ah, gagal itukan petanda proses perjuangan. Kata mereka.

Sampai bila harus berkurung dan hanya meneleku pada sesuatu yang tiada kepastian?

Mungkin Dia mahu kita belajar erti kata 'dengan izinNya'. Tiada apa yang pasti selain dari kehendakNya.

Jalan pun sudah tidak kelihatan, manakan mahu berjalan? Dalam kesamaran? Terang pun kau terjelupuk berpaling tadah inikan pula dalam bayangan.

Entahlah...sekerat jalan itu selalu menjengah. Pantang dia mahu ke penghujung, ada saja yang menghalang. Semua, semua cerita dan gerakannya hanya sekerat jalan.

Untuk memulakan ia semula, ah...tiada daya serta kuasa. Pesimis akalnya semakin tajam. Apa guna bersikap optimis dikala kekusutan begini?

Semua hanya agenda. Kita adalah permainan dunia.

Apa lagi mahu dipercaya selain tawakkal padaNya?

Hola amigos! Ni hao! Xin nian kualie! Pe cer? Pe habaq lama sepi habis berhabuk blog semua benda outdated, irrelevant and most importantly n...

Hola amigos! Ni hao! Xin nian kualie!

Pe cer? Pe habaq lama sepi habis berhabuk blog semua benda outdated, irrelevant and most importantly nonexistent!

Mana kau hilang ha? Last seen pun Julai. Lima bulan lepas tu. Okaylah, masih dalam beberapa bulan, belum tahun. Tepu sebenarnya bila laptop takde. Tu yang hambar je blog. Nak update guna phone, hurm ajelah....

Baru berapa baris, dah kering otak tetiba takde idea nak update apa. Padahal banyak giler untold story nak kongsi. Sejak balik Miri, tup tup la ni stranded di Kuching. Pasaipa boleh ke Kuching pulak?

Ha...itulah kau, sape suruh tak update cerita dengan member sendiri, kan dah banyak tertinggal. Sibuk sangat nak promote bisnes itu ini gelabah dengan ekonomi, nak jadi outstanding end up terkapai di gigi langit jugak.

Halusinasism betullah!

Nak cerita, tak rajin. Tapi nak update jugak even hambar. Maklumlah sejak masuk dekad ni, dunia hanya tinggal dua warna; hitam & putih. Makanya, aku pilih kelabu.

Kelabu bagi gambaran terkini. Mendung, hujan, banjir, segala macam jenis bencana, petaka dan masalah dari semua segi keluar hadirkan diri penuhi Bumi. Jadinya, setakat rumusan 2020 hidup seorang aku itu tiadalah bermakna sangat jika dibandingkan dengan apa yang populasi dunia lain lalui.

Dasar halusinasism!

Podcast?

Ha, itu kita memang tak dapat nak update buat masa sekarang. Biar dulu ia tergantung begitu. Aku urgh gila setiap kali dengar podcast sendiri. Apalah yang aku fikirkan sepanjang bersemangat nak hasilkan podcast tu? Lagi-lagi season 2. What's wrong with me huh? Ada ke benda, urgh...nak delete, sayang....benda bodoh macam tu jugaklah buat refleksi penambah baikkan pada masa akan datang...Ah, biar je lah...

"Kita ni tersangkut pada dunia yang ingin memberi inspirasi tapi tidak mahu menonjol diri....stuck!"

Halusinasism!

Halusinasi + ism = Halusinasism.

Sebuah teori khayalan yang selalu diangankan tanpa suatu pun jadi kenyataan. Ia sekadar sebuah ilusi.


2021.


Apa yang kau dah gapai?

Huh? Soal tentang pencapaian hidup ni kadang terasa macam takde satu benda pun yang lepas garis berjaya. None! Semua masih disekitar 'ha, bolehlah dari takde langsung'. Pathetic loser gila! Hatta nak sedarkan diri betul atau tidak aku ni loser, aku ambik ujian 10 soalan 'Di tahap manakah kegagalan aku berada sekarang?'

Jawapan?

Pathetic loser! hahaha

Takdelah, tu ujian memain sajo. But still...

"Tak pernah terfikir yang pengakhir 20'an kita macam ni..."

"Macam ni macam mana?"

Aku pandang dia, dia pandang aku. Dan masing-masing melepaskan helaan yang dalam. Berat bunyinya...

I don't like my mind right now,
Stacking up problems that are so unnecessary...

Halusinasism...apa yang digapai itu bukan diangan.

Banyak perkara, orang serta idea dilepaskan begitu saja. Peluang serta ruang itu dikatup kerna sudah tidak percaya. Nonsense katanya. Kenapa? Kenapa memaksa? Kenapa masih berimpi setinggi angkasa sedang kaki terang lagi bersuluh masih terpasak pada mayapada?

Terpasak kau kata? Berdiri pun bertongkat masakan punya upaya untuk memacak kaki pada graviti?

It is what it is. Now and then.

Tak kisahlah pengalaman itu benar atau tidak, ia tetap bukan alasan. Jadi aku lebih suka berdiam. Tidak semua manusia yang dikenal punya kelayakan pada kebenaran dan penerangan. Diam itu lebih baik. Berundur, dari bertempur di medan tanpa senjata.

"Kadang aku tak tahu nak percaya apa dah...I think I am toxic in this whole 'ship' thingy...and maybe this is the time I let myself fade away from your memory..."

Tetingkap chat dipadam. Dia termenung...

'Kau patut bersyukur punya teman yang benar-benar mahu selamatkan kau dunia akhirat. Apa masalah kau?'

Tangan ditopang pada dagu. Taipan terhenti. Bunyi kipas menderas menampar muka hingga menenggelamkan alunan muzik Forever oleh Peder B.Helland.

Baru hari ini dia punya jiwa untuk update cerita, belek cetera barang satu dua. Itupun tiada satu yang melekat dimata. Telah lagi hati. Balik-balik kisah yang serupa. Genre berunsur pemasaran. Kecewa....

Ah, kemerepekan apakah yang telah merasuk ni?

Buat semua warga laman yang menjengah, yang kenal, dikenal, mengenal, siapa pun anda yang pernah berselisih memori pada babak bersama makhluq bernama sofie ini, aku harap muka surat tentang kita itu kau koyak dan bakar tanpa sebarang keraguan. Tiadalah manfaatnya aku pada kalian.

Jika terselit satu dua baris yang buat kau tersenyum kala berduka, simpanlah baris itu. Jika sekadar pencucuh yang membara hingga mengalir air mata, goreskanlah nama aku hingga terpadam dari kamus hidup kalian. Usahlah disimpan jarum yang patah ini lagi.

Apa yang dibelakang usah dipandang dengan penyesalan, iakan menjadi beban pada masa akan datang. Apa yang dihadapan usah dirisaukan, iakan menyempitkan pilihan. Dan sekarang, biarkan halusinasism bermaharajalela kerna itulah pelarian kehidupan seorang manusia yang lumpuh mimpinya....~ so4ie

Terlalu lambat untuk diucapkan Salam Maal Hijrah 1442. Tapi, takpelah...aku ucapkan jugak bagi wakil blog ni. Biar Muharram nak habis dah pu...

Terlalu lambat untuk diucapkan Salam Maal Hijrah 1442. Tapi, takpelah...aku ucapkan jugak bagi wakil blog ni. Biar Muharram nak habis dah pun.😅

So, sejak dua menjak ketiadaan laptop ni kosentrasi untuk update blog kian hambar. Aku pun tak taulah kehambaran penulisan turut terjejas ke tidak. Macam iya, macam tidak.

Hijrah baru ni aku raikan di Tanah Miri. Sampai bila aku bermastautin disini aku pun masih tak pasti. Mungkin sampai aku betul-betul berjaya realisasikan impian. Mungkin...siapa tahu.

Aku ni sebenarnya jenis manusia suka lari dari komitmen yang kabur. Asal dengar kata komited...aku jadi cam gelabah ayam tak keruan. Padahal benda tu aku boleh je buat...tapi tu lah....kerja lari je tahu...hahaha

Jadi kali ni, projek ni aku cuba untuk tidak lari. Cuba untuk bertahan. Mana tahu jadi kenyataan kan...

Oh, seperti yang dijanjikan akhirnya aku adalah sikit keberanian untuk jadi penulis. Penulis blog tu for surelah kan...ini versi diterbit. Teringinnyalah nak ada buku sendiri yang diterbit.

Buat masa sekarang draf dan garapan tu dah separa siap. Nasib baik ada member sudi jadi pengomen tak bertauliah untuk dapatkan feedback.

Hambarnya tulisan aku...haish...

Buku tajuk apa?

Haaaaa....kena tunggulah. Ada series jugak menyusul. InsyaAllah. So bila tulis buku ni bukan satu dua kau kena fikir. Lima sepuluh kehadapan pun kau kena rancang. Supaya tahu mana arah buku tu....

Doalah semoga penutup 2020 ni disudahi dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.

Itu saja kot rapuan update aku. Takde apa yang best. Cuma doakan buku aku siap. Adios!

Till then amigos!

Aku pun takde idea kenapa selalu warna ungu menjadi simbolik sejak dua menjak kehidupan ni. Pelangi Ungu, Mentari Ungu, Bulan Ungu, Awan Kel...

Aku pun takde idea kenapa selalu warna ungu menjadi simbolik sejak dua menjak kehidupan ni.

Pelangi Ungu, Mentari Ungu, Bulan Ungu, Awan Kelabu...hurm...entahlah labu...

Mungkin sebab zaman asrama dulu kerasukan oleh Ungu Violet kot. Ala...cerita indonesia yang pernah hit zaman dedulu tu...

Selepas dikhabarkan tentang rekontraksi semula sebuah kemunculan bijakbata, aku diisytiharkan mengenai penurunan dari legasi itu. Legalah jugak rasa dia...

  • Tak perlu bersusah payah mengaplikasikan sesuatu yang bukan lagi minat untuk diteroka.

  • Tiada lagi rasa terbeban pada suatu yang tidak difaham


Seperti yang pernah dicerita, dunia kedewasaan ini aku lebih gemar untuk undur diri dari segala perkara yang memerlukan perhatian tinggi atau kata lainnya komitmen. Dengar saja frasa komited, laju saja lari...

Entahlah...malas benar nak letak tanggungjawab pada suatu perkara yang kita sudah tiada hati untuk diberi.

Alasankan?

Hahaha katalah aku sang pengalas yang gemar lari dan memberi alasan dari sebuah kejayaan. Gue sudah lali dong....

Tak salah pun lari...

Takde masalah pun menolak perkara yang kita tak pasti...Lebih² lagi kau tiada apa untuk dirugikan...

Lelah jugak perasaan bila kena ikut arus yang terlalu mengejar segalanya. Bicara sikit, soal bisnes. Berkata sikit, semua tentang duit...

Urgh!

Bodohkan aku...hahahah

Minggu ni aku bagi pengaruh Avocado pada isi dunia. Seminggu tak jumpa, kempunan rasa. Eh isi dunia, isi rumah da...nak boh gambar kemain payah. Kalau korang rajin usha igstory aku, mesti perasan aku upload gambar kek tu.

Pastu adalah pengalaman baru teman kawan zaman sekolah rendah record lagu. Okaylah...walau jujurnya aku lebih rela tido dan memeruk dibalik kaunter meja. Hahaha kejam sia...

Keakuan itu diakui yang kalau boleh aku mahu kurang interaksi dengan manusia bumi. Mana yang sedia ada kenal pun aku selang bertanyakan khabar kehidupan. Inikan pulak mahu ditambah jurang.

Baiklah aku sibuk perbaiki amal dan taulan yang sudah lama tidak dihiraukan. Hambar kan entri kali ni....hambar macam tiada msg dalam masakan.

Chow dululah gini...baik aku buat kek adam dalam Cooking Diary.

Indah bahasa pada aksara,

Indah rupa pada bahasa,

Indah pekerti dikenang mati,

Indah mentari dihampar tinggi.

P/s: dengar²kan kata orang, lamakan hidup tiada kemajuan.

Tadi ikutkan aku dah siap tulis satu entri. Guna apps Wordpress. Tapi harey semua lesap. 😑 Makanya, aku kena start over balik cerita merapu...

Tadi ikutkan aku dah siap tulis satu entri. Guna apps Wordpress. Tapi harey semua lesap. 😑 Makanya, aku kena start over balik cerita merapu Tepi Jalan.

Dalam kehidupan ni fasanya banyak. Terlalu banyak. Bukan setakat lahir, bayi, sekolah rendah, menengah, puberty, kolej, diploma, degree, master, phD then mati saja. Panjang lagi fasanya.

Fasa Biawak - Fasa Penyu - Fasa Dandelion - Fasa Pelangi - Fasa Jerangkung - Fasa Zombie...dan lain-lain lagi.

Katalah sekarang aku sedang berada di Fasa Tepi Jalan. Fasa yang kau nak lintas minta dilanggar agar hidup itu dapat dihabiskan disitu terus atau kau bina RnR untuk dimanfaatkan bagi sesiapa yang ingin berehat kala nafas terputus...

Itu fasa hidup seorang aku yang tangannya sudah kebas menaip entri yang sama walau konteksnya sudah berbeza.

Nampak asing bukan bila kau pilih untuk berundur dari bertarung. Seolah kau itu mudah benar putus asa dan kecil sekali jiwa berjuang. Ah, aku bukan si pejuang idaman semua orang.

Kenapa mahu bersusah payah kala diri tiada apa nilai yang boleh ditawarkan?

Fasa Zero kata dia.

Ah, manusia dan kesempurnaan seperti kek salju yang jarang sekali dibuat menjadi oleh si tukang kayu bertangan batu.

Ini entri perjalanan tepian jalan seorang manusia yang tidak mahu punya sebarang interaksi dengan manusia lain. Lebih-lebih lagi pabila dia memilih untuk bebas dari segala segi yang menyekat horizon pergerakannya. Tidak kiralah diarah oleh sang raja berbaju emas atau si katik berkeris pendek.

Yang penting dia tidak terlibat dengan sesuatu yang bisa meragut ketenangan jiwa.

Katalah dia bodoh sekalipun dia tidak kisah. Janji jalan yang dia pilih untuk dirintis itu tiada punya ular atau buaya yang berlidah dua.

Pelikkan.

Setiap kali aku nak up entri sesantai mungkin, ia mesti berpenghujung kiasan yang bila dibaca kemudian hari bisa merungsing akal fikiran.

Apa sebenar yang cuba kau sampaikan?

Entahlah weh...aku penat hirup udara gagal. Hidu nafas sebagai manusia loser....

"Kau hidup itu lambang sebuah kejayaan..."

Sengihan sumbing.

Entahlah...terlalu banyak keluhan sehingga dia lupa nikmat kesyukuran..

Itu saja dibisiknya. Malas bertingkah pada manusia yang tampak lebih jauh berjaya di usia yang jauh lebih muda.

Alih-alih di tepian jalan ini juga dia mengemis kasihan. Sebuah laluan yang jarang dihargai setiap insan.

Nak ubah quadrant hidup dari kiri ke kanan itu tidak semudah yang dicerita. Nak jadi S ke B itu pun tidak indah jalannya. Telah lagi jika mahu terus lompat ke I.

Yang penting ia berubah dan minda kita jua bisa teralih sebelum dipejamkan mata...moga sempat dengan IzinNya.

Dahlah weh, takat ni dulu rapuan tepi jalan seorang aku yang takut pada lintasan seberang. Ada baiknya aku perindahkan laluan ini dari menjengah ke laman orang. Paling kurang, bermanfaat pada jiran...

Terkandas mimpi dijaring labah.

Tersadung kaki tersungkur rebah.

Mahu ditangis gusar dijerlus tanah.

Maka bertarunglah ia dilipatan sejarah...