Bangkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Terlalu banyak cerita, sehingga menjadi rahsia antara kita dan Dia. Ada setengahnya sudah berulat, bernanah, busuk di halkum baru dikeluar. Itupun segalanya sudah basi. Baunya,…bangkai!

Cerita itu sudah digula. Samada dari segi harfiah, fe’el atau apa saja perilakunya…sudah plastik. Sarkastik usah diperkata. Kenapa?

Teori dia, semakin dewasa semakin banyak berahsia, benarkah?

Hypocritical, egotistical

Don’t wanna be the parenthetical, hypothetical

Working onto something that I’m proud of, out of the box

An epoxy to the world and the vision we’ve lost….

Rahsia lagi.

Sumbatan tengkorak yang disimpan itu terlalu banyak hingga kadang bau bangkainya terkeluar. Doanya, semoga Tuhan hijabkan antara bau itu dari terhidu oleh dunia luar.

Senyap.

Itu saja yang diharapkan untuk yang terbaik. Dari bercakap perkara benar, hakikat yang semua orang tidak sanggup untuk dengar, hadam dan terima dengan berlapang dada….

Bangkai.

Isunya mudah. Tidak rumit.
Kita ajar anak kecil untuk terusan jujur, tapi kenapa kita yang dewasa sentiasa menggulakan mereka dengan tidak berkata benar? Kerana tahap kefahaman mereka masih tidak dapat dihadam dunia kita? Kerana matang itu diukur pada usia? Atau…jujur anak kecil bisa merobek bangkai yang diperam dalam hati kita?

Anak kecil dalam diri itu telah diikat dari merasa kemeriahan dunia sebenar. Dek kerana persekitaran telah memaksa mereka memeruk disuatu sudut dalam, kelam dan pekat sehingga suara undian mereka jua terusan dibuang dari mengambil bahagian dalam apa jua keputusan yang dihadapkan…

Dia menangis.

Bau bangkai sudah mula terhidu. Dalam setiap tulisannya, perkataan serta perbuatan. Mana lagi tempat harus dipercaya selain almari hatinya yang penuh dengan kegelapan.
‘I’m only a man with a candle light me…’
 

Mahu dicoret, takutkan bersaksi yang tidak boleh diundur. Jadi dia pilih untuk kemam.

Ah,…

suara terluah, nafas bau bangkai.
Yang mendengar tidak menghidu, yang melihat tidak merasa….
I’m an apostrophe
I’m just a symbol to remind you that there’s more to see
I’m just a product of the system, a catastrophe

 

Aku penat jadi tikus.

Kalau diberi pilihan, dia hanya mahu menjadi helang…Dandelion…

Jasadnya manusia, mentalnya tikus, jiwanya dandelion, semangat helang…

Bagaimana mahu diterangkan jika digabung menghasilkan bangkai?

Rahsia…kita kemam.
Biar pecah diperut, tidak dimulut…

Tak hairanlah makan sikit pun sudah kenyang…

And yet a masterpiece, and yet I’m half-diseased

And when I am deceased
At least I go down to the grave and die happily
Leave the body and my soul to be a part of thee
I do what it takes….”

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Bangkai”

  1. Ahaaa la..makin kita besar makin bertambah-tambah rahsia dan apa yang kita pendamkan tu hehe. Seronok juga kan kalau dapat semangat si helang tu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top