Just another post

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

You know what is awesome?

When you can be happy, be grateful for everything that you already have and just be yourself .

Cuti semester bagi sem lima dah pun bermula.

Khabarnya, mostly kawan yang aku kenal bakal habis belajar tahun ni. That’s mean diorang semua akan konvo pada tahun depan, tidak pun yang konvo hujung tahun ni. Aku? Hah, semua orang cakap;

‘Lamanya sofie belajar. Berapa tahun lagi?’

‘Setahun…’

 

Bayangkan dari 1999 aku duduk dibangku kelas sampai 2019…masih tak habis. Kau belajar apa sofie?

Entahlah… aku pun dah naik tepu jugaklah bila hadap tahun-tahun belajar lama macam ni. Tapi, dunia belajar ni bermacam ragam dan karenah kau kena layan. Sebab itulah dunia yang banyak membentuk dunia dewasa dan kematangan dalam hidup. Nak atau tak nak terpaksa terima.

Dari duduk rumah ulang-alik sekolah, duduk asrama pindah randah, rumah sewa pink, ke hijau ke oren dan sekarang rumah hitam…

Dunia diploma dengan dunia degree ni memang lain giler. Aku pass dulu topik ni.

Cuti sem kali ni, aku busy marathon ‘How I Met Your Mother’ dan the other series yang masih dalam list aku. Seperti Gotham, Arrow, The Flash, Legend of Tomorrow, The Crown,…ah tengok dululah kalau aku dah habis move on dengan HIMYM. Oh! Lupa pulak pasal thesis…😑😑😑

How I met your mother poster

Cuti sem tiga yang lepas,

aku layan F.R.I.E.N.D.S. Series tu boleh buat aku tergolek-golek gelak sebab memang dia lawak giler. Tapi bila layan HIMYM ni, dia macam banyak cerita sedih. Huhuhuhu….Patah hati si Barney, Ted…Robin…The sweetness of Lily and Marshall marriage life. Aku just macam berada dalam situasi diorang jugak. Well, not totally same, but I can feel it too bro.

Aku faham macam mana perasaan Ted bila dia rasa heaven-nya duduk sorang, betapa mencabarnya menanti ‘The One’ dan betapa sukarnya untuk mempercayai barang bernama ‘The Destiny’. Kekeliruan dia memang boleh menyebabkan kita buat banyak kerja gila dan tanpa berfikir sedikit pun benda tu akan lead kepada masa hadapan yang kita sendiri tak tahu…

Macam biasa, time cuti sem adalah masa untuk cari gali sumber kewangan yang dapat menampung dunia mimpi dan impian kau. Kalau tak pulun masa belajar untuk kendong dan kejar semuanya, zaman bila lagilah kan. Nak-nak pulak kita memang tak tahu what future might bring us into.

Untuk diceritakan dan menghujahkan falsafah tentang hidup ni, sampai beribu entry pun belum tentu semua orang dapat hadam. Trying hard to decluttering my craps huh? Sort of….

Aku just nak hidup se-awesome Barney Stinson, se-nerd Ted Mosby, se-gorgeous Robin Scherbatsky, se-memahami Lily Aldrin dan se-setia Marshall Eriksen.

Dan tak lupa jugak, segila Phoebe Buffay, se-blur Joey, se-lawak Chandler, se-geek Ross, se-sensetif Monica dan se-simple Rachel Green….

F.R.I.E.N.D.S poster

Dorang banyak ajar tentang another kehidupan yang boleh digunakan sebagai panduan (walau tak semuanya valid) tapi most of it practicable..

Till then world, insyaAllah…doakan kita semua dapat mencapai dunia khayalan yang kita semua pernah coretkan sewaktu kali pertama memahami erti cita-cita, impian, tujuan dan harapan….

Semoga pencarian ke lautan dalam, pendakian ke puncak impian dan penerbangan ke galaksi bima sakti itukan kita temui jawapannya…

Just another post…

Quote by Ted Mosby

Keep reading on

Hello September!

Salam Aidil Adha buat semua. Moga hari ni lebih baik dari semalam dan hari sebelumnya. …

Rumbling on July’s Movies…

Alhamdulillah, July bulan ganjil yang walaupun tidaklah semewah mana, tapi masih berpeluang untuk menatap dinding …

The Secret Life of sofieadie

The Secret Life of sofieadie…. Entri ni adalah bukti yang aku masih tak boleh move …

5 Tips To Buying A Home in Sea Pines

Buying a home can be one of the most excruciating and overwhelming experiences more so …

Puisi Senja di bandaraya…

Puisi? Aku tidak memanggil ia puisi Aku panggil ia coretan. Coretan hati yang lara Masih …

Lan Berambeh Anak Sarawak 2015

“ASSALAMUALAIKUM”Pa kabar tak oghang semua? Alhamdulillah ada juak aktiviti berpekdah dapat dijoin cuti sem kedak …

Any thought?

0 thoughts on “Just another post”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *