Disconnected

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Pilihan kehidupan
Come back blog mission
Blog Migration Notice
Hilang
Aku cuba untuk fokus pada final exam yang masih berbaki dua paper saja lagi baru up entry pertama bagi tahun 2019 dengan penuh gilang gemilangnya. Namun, kemiangan tangan dan otak serta minda yang tidak tertahankan telah memaksa aku untuk update post yang berjudul ‘Disconnected’….

Disconnected.

Semenjak aku bertekad untuk ucapkan ‘A Good Goodbye’ bagi semua tahun-tahun yang terlalu banyak mengajar aku menjadi manusia, aku tetiba rasa macam kanvas kosong, macam baru kena format dan macam kena reset. Sampai aku terlupa macam mana nak sembang dengan orang yang telah lama aku tidak dengar khabar mereka.

Entahlah, semenjak tahun 2019, aku terpaksa selak kamus bagi mencari semula definisi kawan, sahabat, kenalan, teman dan sewaktu dengannya. Bila kau dah reset minda ni, dia hanya nampak sepanjang zaman hanya ada kau dan keluarga. Dan jangan lupa, atmosfera Mahismati dan juga Hijab Wakanda kau pun dah melalui fasa perubahan yang kau tak sangka pun akan berlaku. (kalau korang faham apa yang aku cuba sampaikan, walah!)

2019 have taught me to enjoy the adult phase

Ya, ya dan ya…semua orang hanya tahu dunia dewasa ini hanya berlaku bila kita melangkah ke fasa dari single ke double, or triple, or quadruple, quintuple dan seterusnyalah, tapi tidak. Ianya tetapkan berlaku even kita masih single. Young at heart pun kira okay, tapi untuk deal dengan situasi hidup kedewasaan ini amat penting. Kita kena tahu;

  1. Utamakan akal sebelum emosi
  2. It’s okay to be selfish than hold the grudge
  3. Never underestimate the power of outspoken
  4. Allah is our best friend
  5. Focus on creating our dreams

Bak kata Robert, “Lebih cepat kita dewasa dan berhadapan dengan realiti, kita dapat menghadapi masa akan datang dengan lebih baik dan lebih matang.” (Retire young retire rich, 326)

Ingat kawan, menjadi dewasa di zaman fitnah ini kita harus pandai berwaspada pada rahsia.
  • Personal life,
  • Income
  • Health
Tak semua berita gembira itu indah dan tak semua cerita pahit itu sedih. 
Disconnected.
Because offline is new luxury.

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “Disconnected”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Thank  
you
 for reading