Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter
Assalamualaikum kepada semua warga maya yang masih setia menatap laman aku yang tidak lama lagi akan bertukar ke alam lain. Aku harap semua dalam keadaan baik-baik sahaja hendaknya.

personal, barriers

Hijab Wakanda.

Ada orang cakap, aku ni terlalu kuat berimaginasi sampai menyerap unsur dalam movie ke dalam realiti. Aku hanya gelak bersahaja. Dah nak buat macam mana. Kadang aku harap sangat yang hijab wakanda itu wujud secara realitinya. Baru orang tahu jarak personal kita dalam masyarakat. Takdelah sesuka hati main terjah zon kita. Hormatlah pada radius hijab wakanda ni.

Ada masa kita kecilkan radiusnya, ada kala pula sebesar alam semesta kalau boleh. Jadi orang tak perlu datang dekat dengan kita atau berada terlalu hampir sehingga buat kita tak selesa.

dunia, sempadan, imaginasi

So apa cer aku nak bebel pasal hijab wakanda ni?

Ada satu orang manusia ini, dia seakan tidak faham pada personal zone yang buat aku takdelah bengang tahap giga, cuma buat aku rasa sangat tidak suka dengan ketidak fahaman dia terhadap zon selesa kita. Lagi-lagi stranger. Aku tak tahulah samada hijab tu yang terlalu tebal atau aku yang terlalu menjauhkan diri dari dunia sebenar yang buat aku rasa kalau boleh mahu duduk dalam gua. Lolz!

radius, distance, personal, space

Normalnya, semua orang perlu pada personal space. Zon yang kita selesa bila hidup dalam keramaian. Zon tu tak besar pun. Cukup 2 ke 3 kaki dari kita dah memadai. Kalau orang tu kita selesa, takpelah nak zerokan radius hijab wakanda tu. Buat masa sekarang untuk manusia macam aku ni, aku rasa radius tu semakin membesar. Ada satu kilometer barangkali. Kalau boleh elak zon keramaian tu memang aku akan elak sehabis mungkin. Phew! (perasaan lega bila dapat keluar dari crowded places)

hijab, wakanda

Imaginasi aku setiap kali ada stranger cuba approach zone selesa aku. Hahahahah 
Kalau boleh dia masuk je kaki, orang tu dah terpelanting jauh. Siap dengan sound effect 'zoop' bagai. Oh imaginasiku sungguhlah kau sahabat paling baik untuk dunia kita. 😂😂😂
The best friend in my entire life is always being my imagination. Do you still have your imagination friend?- Aku sambil taip sambil angguk-

So, in case orang macam pelik dan tertanya-tanya apa lah benda hijab wakanda ni, simple je jawapan dia. My personal space in a social world. Thank you Black Panther for the awesome name. Wakanda forever! (sambil buat gaya tangan bersilang)

Adios amigo. Wa chow lu, papehal roger!
Sambil bertemankan dengkuran sang kawan yang kepenatan menjalani kehidupan beliau dan juga OST filem Bahubali yang aku sukar untuk move on, aku menaip dengan penuh semangat. Uish, dashyat aura Bahubali ni. Sampai berkecamuk emosi aku seketika. 

Salam pagi buta buat semua nocturnal diluar sana. Since aku dah bantai tidur pada siang tadi setelah sekian lama 'membaraikan' tidur disebabkan tugasan yang tak pernah habis pada dua minggu lalu. Maka hari ni, kasilah peluang aku hidup dengan 'membazirnya' sebagai manusia yang tidak produktif. 

Why? What happened to the productive sofie? Budak yang pulun kerja part-time sambil belajar, sambil terkejar menjadi manusia sempurna?? 

Oh, dia ha...dia aku kasi rehat. Dia sudah hampir mahu terjun itu bangunan gara-gara dunia kesempurnaan yang dia kejarkan. Jadi, aku rasa ada bagusnya dia rehat. Sekarang, aku ambil alih tampuk dia bagi menjalani hidup dengan santai dan penuh chillax....

Bebas hidup tanpa dateline

Yuhuuu!!! Happy giler dapat rehatkan minda, emosi, otak dan jiwa yang berkecamuk dari segala perasaan yang membebankan walhal tidaklah membawa keman-mana melainkan tekanan semata-mata. Jadinya, biarlah aku ambil masa untuk berhenti seketika. Slowly enjoying my life...but surely will get what I has plan. 

6 minggu sebelum 2019, apa yang telah berjaya dicapai?

Phew! Susahlah nak cakap. Ada benda yang dapat dicapai walau tak termasuk dalam wishlist. Tak pernah expect pun pada perkara yang takde dalam senarai. Dan aku masa tu, tak tahu nak bersyukur atau nak bersedih, tapi aku anggap itu semua ada hikmah yang tersendiri. Misalnya:-

1) Accident


Ini adalah wishlist yang paling aku tak duga. Dan aku tak pernah jangka ia akan berlaku. Sepatutnya, paling kurang aku masukkan dalam rencana "unexpected events". Tapi, disebabkan terlalu angkuh pada jadual dan aturan Ilahi, aku tak ambil kira. Jadi, Tuhan sudah aturkan agar aku perlu belajar ilmu menangani detik cemas dan mendebarkan melalui pelanggaran dua buah kereta. Alhamdulillah, tiada jiwa terkorban. Alhamdulillah semua sudah selamat diselesaikan. 

Sewaktu fasa ni, terlalu banyak jiwa yang aku perlu didik agar lebih tabah, lebih chill, lebih berhati-hati dan paling penting belajar cara untuk redha pada takdir. Ini baru kali pertama kemalangan yang melibatkan insuran dan segala benda yang aku sendiri janggal untuk meminta bantuan dari sesiapa. Satu hari tu bayangkan, terketar dia usah dicakaplah. Yang aku pada waktu itu mampu ucapkan hanyalah Allah Maha Besar. Untuk pujuk hati yang kemalangan itu bukanlah besar sangat untuk disedihkan. 

Kasihan jiwa nan satu itu masih takut pada bulatan. Huhuhu...tapi alhamdulillah aku berjaya pujuk dia. 

2) Hantar surat pada Biru Kelabu


surat untuk biru kelabu

Dalam entri Biru Kelabu yang lalu, aku pernah suarakan tekad untuk bertanya samada si tuannya sudah dimilik orang atau tidak. Oh God! sumpah inilah kerja paling GILA yang aku pernah buat sepanjang menjadi manusia. Aku pun tak tahu kuasa alam mana yang buat aku terdorong untuk mengupah mata-mata dan juga posmen bagi merisik si biru kelabu. 

"The worst thing is, kau kena reject. Itu je. Daripada kau hidup berteka teki dan menyesal sampai tua, ada baiknya kau kecewa sekarang." Kata seorang pakcik yang kini sudah menjadi si insta femes.

Dan yup! Dia dah ada orang. Kussss semangat!!! Nasib baik aku guna posmen. Nasib baik aku dapat kawal otak gila aku. Nasib baik aku pandai berlakon. Nasib baik aku bijak strategi. Nasib baik aku tak buat kerja melulu...semuanya nasib baik!!!! Phew!!!

Paling kurang aku dah tahu dia dah ada orang. Paling kurang aku tak perlu mengharap pada benda yang tak pasti. Paling kurang aku dah tahu apa yang perlu dibaiki. Paling kurang...oh Tuhan....ampunkan dosa hambaMu yang tidak tahu ini. Aku tak senaraikan pun yang kerja gila ini akan termasuk dalam misi 2018 aku. Aku cuma tulis 'Misi untuk mencari cinta'. Tapi tidak bagi misi untuk kerja gila ini. Hahahahahahaha sungguhlah senget otak kau!

Jangan risau, aku dah hapuskan segala cerita 'bodoh' mengenai Biru Kelabu ini.

3) Menjadi Dewasa

Siapa je pernah senaraikan misi menjadi dewasa dalam kamus hidup dia? Okay, hari ni aku kena jadi dewasa sebab kena uruskan hal-hal orang dewasa yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang sudah bekerjaya. Ada ke orang pernah tekad nak jadi macam tu dalam hidup dia? Atau paling tidak senaraikan 'misi menjadi dewasa' itu?

Aku tak tahu apa definasi dewasa yang sebenar. Tapi bagi kamus edisi aku, dewasa itu bilamana nama kau sudah tertera pada bil telefon, bil elektrik, bil air dan kau sudah punya komitmen bulanan. Paling seram sekali, kau punya wishlist hari jadi bukan lagi kek dan coklat. Tapi hadiah berupa barangan yang praktikal untuk dipakai dalam kehidupan seharian. Seperti, set pinggan mangkuk, driller, set ruang tamu dan paling terasa tua sekali adalah kau perlukan voucher terapi diri macam spa, sauna dan short vacay! Allah.....aku sudah ke fasa itukah? huhuhuhu

Tetiba aku dah jadi macam Joey pulak. 'Why God why? Did we have a deal to let the others old excluded me?'

joey doesn't want to grow up

4) Genre kehidupan berubah

Kalau dulu kau dari ramai, kemudian seorang, kemudian ramai semula dan kini kau seorang. Dikala kawan, rakan, taulan dan kerabat yang lain sudah punya calon, paling tidak berpasang...kau pula masih ketawa pada kejayaan setiap kali dapat menampar dan membuat koleksi nyamuk dalam buku. Genre hidup yang dulu penuh ketawa ria dan mulut puaka, kini yang tinggal bunyi muzik dari corong pembesar.

Genre thriller dan horror sudah jauh kebelakang. Hidup kau sudah jadi seolah macam filem biography dan filem indie dimana bunyinya suram dan melancholy. Yang mendorong kau masuk lebih dalam kedunia sains fiksyen dan sejarah purbakala. Itulah dia genre hidup aku sekarang. 

Ya memang aku dianggap normal sebab dah terbiasa menjadi 'lonewolf' sejak masuk asrama 14 tahun yang lalu. Tapi, takdelah aku expect yang genre itu menjadi sesuram ini. Dan kini aku pun dah semakin biasa dengan genre itu. Cumanya aku harap ia tidak menjadikan aku seorang manusia yang tak tahu bagaimana untuk menghiburkan manusia luar. Sebab dah terbiasa sendiri, jadi apa yang kita faham mungkin takkan difaham oleh orang luar. Katanya relung 'Hijab Wakanda' dia sudah diperbesar. Maka, radius untuk orang luar untuk masuk ke 'kerajaan'nya semakin sukar.

5) Diserang si gegata

Siapa pernah kena gegata angkat tangan? 
Yup, yup, yup dia memang sangat derita, sengsara jiwa bakul dan raga sebab ianya sangatlah gatal sampai rasa macam nak kelar diri! Aku dah tak tahu nak guna cara apa bagi ia surut melainkan ikut kata doktor yang aku jumpa selepas membayar sejumlah RM165 bagi mendengar nasihat beliau. Dengar saja, tidak termasuk kos ubat dan rawatan. Katanya, since aku pun takde allergy dan kegatalan yang melanda disebabkan ketidak tahu punca, dia kata, hanya ubat itulah 'syurga' buat aku lepas lega.

Kali pertama aku diberi satu suntikan 'dadah' yang begitu melegakan. Sayangnya hanya bertahan selama dua minggu. Seterusnya aku bergantung pada ubat. Dan pergantungan aku pada ubat sudah berlangsung selama lebih kurang enam bulan. 

So, tell me...impian siapa nak hidup selesa dia bergantung pada ubat? Satu papan RM11. Seminggu satu papan. Sebulan? Enam bulan? Jadi sebahagian pendapatan hanya disumbangkan pada kos ubat yang langsung tak dilindung oleh insuran yang aku bayar bulanan. Alhamdulillah masih hidup. Alhamdulillah masih punya keluarga. Alhamdulillah, salah satu hajat untuk acah-acah hidup macam orang sakit impian masa kecil aku yang tersangatlah tidak masuk akal dulu sudah tercapai. So, kau yang dulu puas hati tak tengok aku yang sekarang dah macam hamba ubat?

Wishlist zaman bila aku tak tahu. Tapi paling kurang impian untuk melihat diri terlantar di hospital tidak menjadi kenyataan. Allah, apahallah impian aku masa kecik-kecik dulu semuanya pelik-pelik???? 

facepalm

Allah, minta dijauhkan semua impian pelik-pelik si sofie masa dia jahil dulu. Amin!

6) Terpaksa melunaskan misi gila dia sebelum 2020

Apa misi gila dia? Aku pun tak tahu mana satu impian, wishlist dan misi dia yang tak gila. Paling gila sekali dia berhajat nak pergi Taiwan dan Berlin untuk cari cinta. Apa ke kat Malaysia ni dah takde cinta? Allah....Okay misi itu aku amend dan tukar pada misi melancong sebelum masuk kerja dan selepas grad nanti. Aku yang satu itu, hidup penuh dengan misi yang sampai aku yang ini terpaksa menanggung malu untuk menjalankan semua misi gila itu. Complicated isn't it?

So, 2019? Are we ready to finish this mission? Paling tidak bagilah aku peluang untuk bermastautin di kultur yang berbeza untuk tempoh tiga tahun sebelum masuk ke fasa 'settle down'. Dunia adventure Bahubali pun aku tak habis teroka. Sabarlah...terlalu banyak untuk terikat. Hahahaha Let me be free for a while...

###

Dewasa, dewasa jugak. Tapi usahlah sampai dibunuh jiwa imaginasi kau yang satu itu sofie. Dia masih mahu terbang seluas angkasa. Bagi dia dunia ini tiada sempadan. Tiada kata yang dapat meleburkan semangat untuk dia menggembara. Seorang atau ramai yang penting hidup dia masih dibawah pengawasan Tuhan. Dia yang Esa. Kebergantungan hidup dia pada Tuhan perlu diperkukuhkan sebelum dia bersedia untuk membenarkan kewujudan manusia baru ke dalam kerajaan dan mengecilkan 'radius hijab wakanda'. 

freedom searcher

6 minggu lagi. 

Dalam melunaskan misi yang tak disangka, tanpa sedar aku telah menggariskan dengan laju misi yang aku sangka dan senaraikan. Itulah orang kata, aturan kita kadang terlalu lambat sehingga Tuhan campur tangan bagi mempercepatkan impian kita....Siapa tahu, dibalik setiap kejadian itu semua punya hikmah yang kita takkan faham sehinggalah kita melaluinya. 

Gila?
Dah lali. Hanya yang punya imaginasi gila kan bisa menakluk dunianya. (entah falsafah manalah kau kutip ni) Kadang tu sedih sebab terasa dunia ini terlalu besar untuk ditempuh sendirian. Tapi, bila kita rasa Allah itu Maha Besar dan Dia punya kuasa meliputi seluruh alam, kita jadi lupa pada masalah yang cuma sebesar zarah. Dan bantuan Dia tak pernah tersasar. Hanyakan hadir saat perlu bukan pada saat kita pinta. 

Jadi, kepada aku pada masa depan, aku yang sekarang ini meminta agar kau kan terus istiqomah dalam beramal. Sentiasa bertaubat dalam apa jua hal dan menyucikan diri dari segala sifat yang menjauhkan kita dari Dia. 

Semoga kerjasama antara aku yang sekarang dan aku pada masa yang akan datang akan membasmi segala kejahilan kita pada masa lepas. Terima kasih untuk imaginasi masa lalu yang sentiasa berfikir sehingga dunia hancur dan kehidupan selepas kematian. Kerananya, kita menjadi manusia yang berjiwa besar. Kerana kita yang lalu sanggup mengasingkan dirinya dari terikat dengan manusia, maka kita yang kini sudah tiada possession untuk takut pada sebuah kehilangan. Doakan kita terus kuat. Doakan kita cekal dan tabah. Kerana doa itu senjata yang paling ampuh.

Dan kalian pembaca, teruskan berusaha. Lambat atau cepat itu usahlah diambil kira. Yang penting progress tetap berjalan. Yang penting kita tahu mana duduknya kita bila kita berdiri. Dan pasti punya kerusi saat kita terjatuh. Jika tiada, yakinlah pada kewujudan tali yang Dia hulurkan. 

Kadang tali itu sudah lama Dia beri, cuma kegelapan yang meliputi buat cahaya yang menyuluh untuk kita gapai tali itu menggaburi matlamat hidup kita. 

help each other

Carilah semula cahaya yang Dia beri bersama kita. Dan suluhlah ia sehingga kita berpegang pada tali itu dan memenuhi segala cita diatas landasan yang Dia redhai. 

Akhir kalam, to the end moga husnul khatimah.
Kita yang lalu pastikan gembira melihat kita bersedia untuk berubah satu persatu pada masa sekarang demi kehidupan kita yang masa akan datang nantikan. 

Till then!
Berhenti!
Berhenti kata dia.
Berhenti seketika. Demi mencari satu nafas baru.
Namun tidak kata alam.
Kau harus teruskan perjalanan tanpa sebarang henti.

walk, alone,

Aku lelah duhai alam,
aku sudah lelah duhai kawan...
Apa yang meruntun jiwamu duhai teman?

Sendu.
"Kenapa?" tanyaku.
Kenapa aturan itu selalu tidak selari dengan waktu?
Kenapa aku harus bisu disaat teriakan jiwa itu semakin bingit dan memekakkan ragaku?
Kenapa tidak kau lolongkan suaramu?

Aku tak punya kuasa. 

"Tekanan itu tercipta bagi menggilap dirimu kawan. Ia adalah proses yang kau tak harus langkau. Mahu atau tidak kita harus tempuhi waktu itu..."

Tapi, aku cuma mahu berhenti. Seketika cuma. Tidakkah kau mengerti?
Teman, mahu atau tidak kau harus berkorban. Pengorbanan yang kau tidak rela itulah boleh jadi kekuatan kau paling gemilang. Siapa tahu...

Berhenti mengharap pada yang binasa untuk bahagia,
berhenti berharap suara diakan didengar,
berhenti menagih perhatian yang satu pun tidak punya nilai...
berhenti berkata pada suatu yang tidak punya makna...
dia hanya berhenti menjadi manusia yang pernah ceria suatu tika...

Berhenti.
Hijab dunianya semakin membesar. 
Radiusnya kian berkembang. 
Dunia yang penuh dengan kegelapan..
Kelam yang menjadi teman.
Wujud cuma satu cahaya.
Penyeri saat dia kegalauan...

quote, walk

Berhenti.
Malangnya tiada istilah berhenti dalam intipati dunianya.
Maka dia harus berjalan.
Berjalan tanpa henti.
Kerna penantian itu menyeksakan....
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    4 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    14 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    23 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026