Dah Nak Raya Haji 1447 Hijrah Sudah

Terasa macam baru je kita menyambut Raya Aidil fitri tempoh hari. Sekarang lagi seminggu dah Raya Haji. Macam sekejap je masa tu kan...

Sepanjang memandu ke pejabat hari ni, dia banyak berfikir (bila je tak berfikir dalam otak ni kan)...macam semalam pun dok fikir. Kadang fikir tu sampai menangis, kadang senyum dan ketawa seorang. Iya, semasa drive sorang-sorang ke pejabat tu. 

Kadang tu sempatlah geleng kepala dan maki orang. Alhamdulillah juga sepanjang perjalanan ke destinasi itu, selamat. Itulah suatu rezeki yang kita selalu alpa dan jarang ucapkan syukur. 

Apa yang difikir?

Banyak...

Lagi pulak kalau pagi-pagi sambil bersiap tu kita baca berita dan update di Thread. Ha...tu lah kau. Lepak lama sangat dekat Threads sana. Mulalah cepat terpengaruh dengan segala ideologi yang dibawa dari tulisan kat sana. Boleh, nak baca tu. Tapi beringatlah, kena tapis dan kaji sebelum kita nak percaya bulat-bulat.

Perkara yang kerap difikir adalah, sejak menghadiri mesyuarat dalam suatu bahasa bukan kebangsaan tempoh hari buat dia rasa macam, kena kuasai bahasa tersebut. Untuk kemajuan dan pemahaman sendiri. Dan ada juga yang approach untuk offer kelas-kelas yang bersesuaian. Cuma sekarang tinggal nak pilih dan masuk saja lagi.

Komitedkah dia?

Kenalah komited kawan. Inikan untuk kemajuan diri jugak. Jangan malas kawan. Kau kena, pasti dan boleh! - itulah suara kepala dia yang bagi semangat. 

Kita ni, semangat dari diri sendiri kena kuat. Ya, jiwa kita kena kuat dan bersungguh supaya matlamat tercapai. Susah tu memang susah. 

Kadang tu, memang rasa macam...arghhh penatlah nak kena jadi beginner. Rasa gabra dan takut salah. Padahalkan kita belajar… kenapa nak takut salah?

Dah lama sangat dia menyimpan impian untuk kuasai bahasa yang ini. Tapi semua sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jaranglah nak jadi arang. 

Apa kaedah untuk kita rasa seronok dan tidak terbeban dengan pembelajaran baru? 

Hurmm…biasanya dia akan mula dengan mendengar lagu, layan drama dalam bahasa yang dia nak kuasai kemudian dengar radio. 

Dulu ye lah masa dia ambil bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga, memang seronok giler. Seronok sebab dapat laoshi yang awesome dan sporting. 

Kemudian dia serap bahasa yang dia faham itu sikit-sikit. Kamus pun sudah dia baca. Sikit-sikit jugalah yang diserap. Tapi kali ni dia kena kekalkan semangat💪🏻

Belajar sampai jadi. 

Daripada 1441 sekarang sudah 1447. Tak lama lagi 1448. Dia kena cari sesuatu untuk penambahan kualiti diri sendiri. Bukan untuk sesiapa. Untuk dirinya juga.

Kata orang, jika kita konsisten untuk 90 hari, insyaAllah usaha itu akan lebih terlihat. 

Doakan dia kuat semangat kawan. 

Okay dah lapar la pulak. Ayuhlah kita masak dulu. 

Sampai berjumpa lagi. 

Semoga kita semua direzekikan untuk berjumpa Aidil Adha 1457 Hijrah🤲🏻







10 comments

  1. Sekejap je dah masuk bulan baru, masuk bulan haji, raya haji.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan kak cie...sedar sedar dah nak masuk tahun baru hijrah dah...cepatnya rasa...

      Padam
  2. Sekejap je dah nak masuk bulan Haji kan... Insya-Allah moga kita semua dipanjangkan umur untuk menyambut Aidil Adha tahun ni. Menarik azam Sofie nak kuasai bahasa baru tu. Memang kena ada kekuatan dalaman yang kuat. Good luck Sofie, moga terus kuat semangat ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you kak SA bagi kata-kata semangat. yee...memang perlukan semangat yang kuat, kalau tidak memang lambat nak kuasai.

      Aminnn semoga dipertemukan dengan Aidil Adha yang akan datang...^_^

      Padam
  3. Semoga berjaya dan kuat semangat ya, Sofie, dalam belajar bahasa baru. Betul, tak perlu takut buat silap, sebab kita pun tengah belajar. 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena kuat semangat kak tot.

      kalau tak semua jadi angan mat jenin nanti >_<!

      Padam
  4. Tak terasa esok dah raya haji yaaaa 😍🎉🎉🎉. Memang waktu seperti berlari .. kdg sedih juga, ingat usia dah makin tua...

    Komitmen tuh yg susah kan kak. Awal2 dulu sebelum rutin gym, saya pun macam malaaaas sangat. Tp dipaksa. Sampai2 saya pajang foto artis yg memang body goal sangat Krn rajin olahraga. Lama2 setelah dipaksa 1 bulan, akhirnya memang JD rutin dan macam tak bisa lepas 😄😄. Sesuatu yg kita rutin lakukan, commit nak kerjakan , lama2 jadi macam habit

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhhh semangatnya kak fanny! saya pun kena bersemangat nih. semoga saya pu dapat bersemangat macam kak fanny.

      buat sampai jadi!

      Padam
  5. Betul sgt tu.. mula kan satu langkah dan terus kna melangkah sampai habis.. insyallah bab nak komit tu mesti boleh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pasti dan mesti boleh!

      semoga dapat konsisten selalu!

      Padam