5 things that changed my life perceptions…

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
Semalam aku cakap nak tengok Tombiruo. Ah! itu semua omong kosong bila mana aku ternampak suatu booth yang bisa menukar kitaran hidup aku pada masa hadapan (kemungkinan). Cerita dia mungkin aku akan ulas panjang esok.

decision, life

Untuk hari ni, aku just nak share tentang 5 benda utama yang telah ubah persepsi hidup aku. (Amboi! ayat kemain kau!) Yeah, yeah…aku tahu ianya bunyi seperti plastik, tapi percayalah…tanpa 5 benda ni, aku tak tahulah aku ni dah cukup sifat jadi manusia atau sekadar jamadat…yang hidup tanpa sebarang purpose. Atau mungkin lebih teruk dari tu…

1- Novel Soalnya Hati
Dari dulu sampai sekarang, dari zaman tulis diari kucing sampai ke logo Paris, hanya novel ni lah yang aku agung-agungkan. Dia dah ubah persepsi aku tentang hidup dan survival di universiti. Buku yang menyebabkan aku gila pada perang. Maksud aku semua info berkaitan perang, movie perang…siap letak lagi dekat buku besar-esar tulisan; “Peace No War”.

Ah, itu diari zaman hingusan dulu memang penuh dengan quote…and thanks to the author because your book has helped me to become a new person that I didn’t even think that I can be…

2- Buku “Goodbye Things: Towards minimalist living” by Fumio Sasaki.
Sumpah! Kau tau apa jadi pada barang aku lepas baca dua chapter buku ni? Iyap! semua aku dah buang. Tak sangka selama ni aku banyak perap sampah rupanya! 65% dari barang aku adalah barang yang “i think it’ll be useful later”. Really???

Even a decade after that pun aku takkan tahu yang aku ada barang seberguna itu jika aku hanya simpan..dan simpan. Adoyai! Dan suatu hari aku cari balik nota zaman diploma dulu, tak jumpa. Walhal, aku lupa yang aku pernah guna falsafah Imam Ghazali yang “Ilmu fi sudur la fi sutur”… haish…research pasal satellite dan GIS tu….deng it!

So, hidup minimalist ni bukanlah erti kena hidup zuhud keterlampauan. Dia cuma kena tahu beza benda penting dan benda perlu…Tapi, takpe…aku ada minda yang cerdas untuk ingat semua research itu.

3- Drama “Age of Youth 1&2”
Drama ni banyak ajar aku tentang sudut pandangan manusia lain dan macam mana kita nak survive hidup kongsi rumah dengan orang yang luar dari cara hidup kita. Kadang aku rasa semua orang okay dengan kita bila kita dah buat yang terbaik untuk rumah tu, tapi rupanya tak cukup baik untuk orang lain.

Dia ajar, nak selesaikan masalah kena duduk berbincang..bukan cerita belakang. Benda takkan selesai kalau dibincangkan bukan pada tuannya. Paling penting, enjoy the moment while we still young and energatic…

4- Series “13 Reasons Why”
Cons cerita ni dia terlalu banyak budaya barat. Hahahaha budaya barat bhai…seperti orang timur tak buat pulak budaya tu. Tapi, tulah citer mat saleh ni, kalau takde satu dua scene tak semengah tu memang tak sah. Mesej dah cukup baik, jalan cerita kemas dan penuh twist…tapi tu lah…

Tapi, apa yang penting…cerita ni dia ajar cara kita tengok orang dari sudut mereka bukan dari sudut peribadi kita sendiri saja. Memanglah bagi kita dia terlalu bodoh nak perhatian sampai perlu bunuh diri. Tapi, ada kita kisah kalau dia tak bunuh diri? Null! We say we care, but we didn’t take any action…we care but didn’t care enough…

Sedihkan kalau kita dapat tahu orang yang paling rapat dengan kita selama ni seek for help. Sebab dia dah drown in her own blood. Deep and sink into darkness yang kita anggap tak penting. Mungkin kita terlepas pandang…makanya,

buatlah baik dengan semua orang sebab kita tak tahu apa yang dia sedang hadapi….

5- Kelas Investment (core subject with 5 credit hours)
Setiap kali masuk kelas ni, aku rasa aku noob dan ketinggalann zaman. Setiap kali masuk je lecterur bagi kuliah, otak aku menerawang tentang how bad is bad about the economy’s problems nowadays? Peluang aku nampak bersepah, tapi kenapa dia macam ada hilang sesuatu je. Ada je silap….ada je yang akan menyebabkan aku rasa macam terlalu tua untuk mula melabur atau menabung hanya selepas habis belajar.

Tapi, kesedaran ni dia macam angin kentut (sorry for the term). Sebab orang hanya bising tentang bau tu hanya seketika cuma. Kalau bau kuat, bisinglah pasal busuk. Tapi, kalau bunyi kuat, orang lari sekejap cuma. Dan semua balik pada normal macam takde apa berlaku. Orang tahu masalah itu hanya bila ‘kentut’ melanda. Krisis ekonomi yang viral. Tapi ada orang berhenti hangout dengan orang yang kentut ni tadi? Takkan?

Itu yang aku musykil tu…dan kawan aku cakap; ia bergantung pada individu itu sendiri. Haila…this class ha, really mixed up my life decision…until now…

###

Aku pernah ajak kawan aku pergi dengar talk pasal kesedaran kewangan dan cara atasi masalah tu (lebih kurang macam tulah tajuk dia). Sadisnya, semua bagi feedback yang sangat tidak memberangsangkan. Macam mana nak bagi orang jadi jutawan kalau kita kasi peluang pun dia tolak? Hatta nak kasi masa depan dia cerah pun dia matikan api…takkan nak tunggu terhantuk baru terngadah?

5, 10 tahun untuk diri sendiri pun berkira. Susahkan?

Okaylah…lain pulak isunya nanti. Saya takmaulah risaukan masa depan orang, kalau itu yang mereka mahu. I just give a future imagination if we didn’t take any action for our own wealth and even health. Kalau olang tidak mau apa boleh buat lorh?

So, see ya when I see ya.

p/s: kalau nak disenaraikan semua persitiwa dan perkara yang ubah cara hidup dan bentukkan siapa kita hari ni, memang tak habis nak taip bhai! 

Keep reading on

Any thought?

0 thoughts on “5 things that changed my life perceptions…”

  1. Nak baca Goodbye Things: Towards minimalist living" by Fumio Sasaki. Tapi tak jumpa lagi bukunya. Macam susah nak dapat je, Maybe kena order online. Nanti tengok camne.

    Siqah baca novel 13 reasons why. Tak tengok drama. Agree all your points! Sedih bila orang yang kita rapat atau nak rapat, rupanya seek for help dalam diam. Masa tu, akan timbul, "kalaulah aku rapat dengan dia lagi.."…

  2. i took me 2 hours to remember those things nina! thank you! sebenarnya memang banyak nak list…hahahahah >_<
    janganlah gitu. future dr. nina boleh survive punya dalam bidang ni.

    tu lah…saya dapat rasa kalau dia ada sambungan season yang seterusnya, mesti pasal alex standall. (i bet!)

    baca luas pengalaman dan jimat kos! ^_^

  3. I have read only good things about Goodbye Things: Towards minimalist living so I really want to read the book but the book is not available anywhere near me. I guess I have to keep looking then 🙂

  4. Respect sangat Sofie boleh list all these stuffs haha

    A thing I wish we had years ago is bundle of medical theme books / novels. Ye lah, sekarang ni kan banyak orang kesihatan keluarkan buku2 (ala bersahaja tentang life seorang doktor, medical assistant, nurse… tak lupa jugak tntg cabaran2 hidup nak hadapi pesakit2 kat Malaysia ni) I am not sure if at least 8 years ago, will I be in this track or not? hahahaha

    Tu lah, I think apa yang kita baca, apa yang kita tonton.. benda ni ada pengaruh dalam hidup kita. Cuma kalau rasa belum matang, tanyalah dan bincanglah dgn orang2 yg lebih berpengalaman tentang apa yg kita tengok tu. Contoh macam 13 reasons why tu kalau tak kena gaya, seseorang tu takkan nampak semua elemen yang baik tapi lebih fokus pada yang tak elok tu.

    hanisamanina.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *