Pistachio Baskin Robbins??

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Panas panas gini makan aiskrim memang sedap. Lagi-lagi kalau dapat offer dari Digi. Ah! jangan risau ni bukan entri berbayar dari pihak digi mahupun baskin robbins. Ini hanya cerita tentang peliknya rasa aiskrim pistachio!

Siapa pernah rasa perisa ni?

Ergh! Macam ubat rasa dia. Aku bertahan sampai habis sebab kacangnya saja. Sebab kacang pistachio! Kaler dia? Sepertinya menarik, tapi….orang kata kaler makanan yang cantik dan pelik ni, rasa memang out! Totally out! Untuk yang anti ubat, aku sangatlah tak galakkan korang ambil perasa ni.

Tapi, tak sedap pun…habis bhai! Gambar pun tak sempat nak ambik. Panas punya pasal. Semua benda balun macam tak ingat dunia. Tapi, satu je yang best…dia tak manis! Yeay! Perasa lain mungkin sedap…tapi Manisnya ya ampun…..dua bulan minum air kosong bagi neutralisekan balik gula tu. Hahahahahah

Entri ni pasal Pistachio Baskin Robbins je ke?

Tak ilmiah langsung! Tapi, bolehlah nak kasi korang tahu…kalau pi Baskin Robbins tu, cakaplah nak rasa Pistachio ni, then staf tu akan kasi korang rasa sesudu…dah tak sedap, jangan ambik. Habis cerita.

Kes aku ni, main nampak kacang, tak kisah dah cream dia rasa apa. Janji ada kacang. Hantu kacang punya pasal. (ada ke orang nak makan aiskrim ni lepas dia rasa? huhuhuhu…kawan aku kata term normal life aku terlalu janggal bagi dia…😵)

Esok, cadangnya nak pi layan Tombiruo…tapi takde geng. Takde geng pun jalan saja….janji Ejim gua support!!!!

p/s: hari tu nampak anaqi dengan syira ayob….tapi tak nampak pulak zahiril adzim….teringinnya nak ambil gambar diorang….

see ya when i see ya!

Current playlist on Spotify….

Keep reading on

“Terbaik Dari Langit”

Bila tengok je preview cerita tu masa awal keluar dulu, terasa macam nak sangat tahu …

The reason…

Kadang bau asap rokok itu nikmat. Kadang dengan hidu pun boleh buat rasa tekanan yang …

Maaf Dari Hati…

“ASSALAMUALAIKUM” Jauh dari sudut hati ni, aku nak minta maaf sangat-sangat untuk semua yang pernah …

Rumah Sewa Pink!

Assalamualaikum!Semalam, time belek-belek semua koleksi gambar lama-lama, tetiba terjumpa view senja ni. Dan teringat pada …

Summary of my holiday

Aku mula cuti hari tu 210416 sampai 020916. So ada lebih kurang enam bulan aku …

Peluang

Banyak peluang selalu tersasar bila kita mula perasan selepas kehilangannya. Macam mana kita tahu yang …

Any thought?

0 thoughts on “Pistachio Baskin Robbins??”

  1. hahahahha…sik jadi pulang nangga tombiruo…tetiba ada hal lagik menarik. adoi melepas ejim…..
    boleh minta cerik sesudu mun teringin nak rasa ubat giney…^_^!

  2. kmk blum ngga gik tombiruo ya hahaha dari hariya gik plan nak ngga,sikpalah lpas exam jak peg hahaha btw tq sbb dah madah pasal aiskrim pistachio ya hahaha sikda kmk nak beli ya klak mun rasa nya dah mcm ubat T_T

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top