Handling the downhill

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest

Sejak dua menjak ni aku rasa aku malas nak layan orang. Hahahahah. Bukanlah malas sangat, cuma tertakluk pada orangnya bagaimana. (Acah macam semua orang nak layan kau je kan? perasan da!) Takdelah…bendanya aku lebih suka diam dari berbahas tentang topik yang aku tak minat. 

Tapi tulah, sejak dah menginjak dewasa ni, banyak pulak benda yang kita rahsia. Rahsia sebab rasa benda tu tak perlu jadi isu dan tak penting pun dalam lipatan sejarah. Entah ada ke tidak aku ni dalam lipatan sejarah nanti…huhuhu

Oh, aku lupa nak ‘Hey, October!’, sebab oktober adalah bulan paling sibuk untuk buat research bagi segala assignment. Nasib baik semester ni banyak kerja individual…piuh! Macam biasa, aku kena mesti belajar dengan lebih cepat dan pantas sebabnya nak stabilkan tiga sisi kehidupan itu sungguhlah tidak semudah yang dijangka.

Tipulah kalau aku tak rasa nak berhenti langsung dengan hidup bersudut dan bersegi macam ni. Tapi tulah, orang cakap;

‘if you do what its easy, your life would be hard, but if you do what is hard, your life would be easy…’

dan semestinya aku pilih yang susah itukan. Tapi, tu lah…kena alienated, kena pandai bawak diri, kena dan terpaksa beramah mesra even itu bukan aku punya kepakaran…kena buat muka tak malu…kena sakit, kena…hah macam-macam sampai kau sendiri pun kemungkinan akan menuduh aku ‘culture shock’ disebabkan struggling yang aku buat. Ye ke aku struggle? ha ha ha

Benda ni macam paradoks tau bagi rakyat marhaen. Sama jugak macam konsep pelaburan. Mana ada low risk high return. Nak high return kenalah berani tanggung risiko tinggi…

entahlah…sebab fikir semua ini hanya sementara, tu lah aku biarkan diri ni diam je. Menjadi observer, listener, bagi semua benda yang berlaku. Pulak orang label kita the man know nothing and do nothing. Seriously??

So, korang yang mana rasa macam terjatuh dalam gaung tak bertali atau lemas tanpa pelampung tu, janganlah cepat sangat nak jadi macam Hannah Baker. (Letakkan kesalahan pada orang lain..”they care but not cared enough” tu quote yang amat bahaya walau ada benarnya. Dan kebarangkalian semua orang termasuk dalam kategori tu.. ) please, please and please let me tell you that you are stronger, braver and smarter than you think…kunci dia percayalah pada diri walau takde sesiapa yang percayakan kita. 

How I handling my downhill?

  • Dengar lagu Barbie. Shooting Star. Believe me this song really soulful!
  • Buat segala kerja yang aku patut buat. Jangan sesekali bertangguh!
  • Jadi rasional dengan tidak menjadi bahan buli kepada perasaan kasihan atau simpati.
  • Enjoy little things!

Nampak macam mudah kan? tapi tidak sebenarnya kawan-kawan. Cerita aku sekarang banyak sangat puzzle yang bersepah. So, kalau aku buat movie 14 reasons why, mungkin lagi complicated dari kes Hannah dan Clay. hahahahah (nampak tak penangan cerita tu dasyat yang amat?)

So, the things is…aku buat entry acah-acah motivasi sebab aku nak bagitau yang…

semua dark phase, downhill or drowning yang kita lalui itu, semua orang juga tempuhi. Jadinya, indahkanlah dunia ini dengan saling hormat menghormati….kita tak tahu siapa yang bakal jadi Alex Standall atau Justin Foley atau Jeff….atau si Hannah…yang penting jangan bagi rasa menyesal selubungi hidup…

Be brave soul!

Happy Monday!

Keep reading on

Hidup seorang ambivert

Dear readers, Hari ini aku telah selamat keluar dari Gua Wakanda Mahismati (gelaran bagi rumah …

Raya, raya dan raya lagi-lagi raya tak habis raya……

“ASSALAMUALAIKUM”Kalau semua orang sedang bersupu-supu upload gambar raya keluarga, aku pun nak sibuk upload gambar …

Diwali di KLCC

Assalamualaikum! and Happy Diwali Malaysian! Yeay esok cuti…itu yang penting tu…hahahah sekarang ni aku menulis …

I’m 25 and single

Aku ada satu phobia yang aku cipta dalam minda. Nama dia Gamophobia dan philophobia. Dulu, …

Gamophobia

Gamophobia. Orang kata maksud dia adalah seseorang yang fobia pada komitmen seperti perkahwinan. Gamo itu …

What happens when you change your blog platform?

Masuk bulan Julai ni, genaplah lima bulan aku tukar platform blogging daripada Blogger ke Nexbuilder. …

Any thought?

0 thoughts on “Handling the downhill”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top