Dengarlah daku berceloteh;
Dua malam berturut-turut aku ngan classmates berhabis kerat
tulang nan 14 nih demi 30 markah. Uit, 30 markah tu sangat besar untuk carry
mark der..mana nak gali markah banyak tu?
Task dia? Kita orang kena buat satu pre-comp plan dengan
skala sebenar siap dengan design sekali...complete pre-comp...mak aih, sape
yang tanah dia besar memang sangat-sangat perlukan kudrat semuanya untuk design
lot tu..(dan aku pun da guna istilah yang orang tak faham..)
Ah, abaikan semua tu...(pre-comp plan ni macam kita punya
proposal untuk buat satu tapak perumahan atau kawasan yang nak dimajukan dan di
bahagikan lot dia ikut standard area tapak pembangunan..dan plan ini digunakan
sebagai reference oleh engineer dan arkitek...*huraian sesimple mungkin...)
Lastly, kitaorang berjaya submit semua report tu dalam masa
yang ditetapkan...Alhamdulillah lepas satu tugasan. At least......, walau
sebenarnya lambakan lagi report kena buat....
Memang sakit sikit lah semester ni...sebab? Sebab report
banyak GILER tapi kerja kat site tak banyak pun padahal. Penat buat report
dengan penat buat kerja luar nisbahnya macam 1:4
Nampak tak disitu...sebenarnya kerja ngadap lappy nie lagi
restless dari berjemur bawah matahari.
Kena pulak kalau musim submit report dan assignment dan juga
test dua dan final dalam tempoh yang terdekat...mak aih,...terasa macam robot
da...tido entah kemana makan pun ikut suka...
(Ini bukan kes suka buat kerja last minit ea, ni kes lambat
memproses data dan maklumat...) hahahahaha dah macam cuba bersembunyi di
belakang cahaya matahari da...(abaikan peribahasa tu...)
Sebut pasal peribahasa, teringat masa kirim nasi goreng
kat member nie, masa tu dalam keadaan tengah lapar giler (lepas skip berapa
kali makan sebab nak siapkan cepat atau kata lainnya malas nak turun beli
makanan). Dengan terujanya bukaklah polistrin tu nak makan, sekali nasik
dia bapak ciput! Bukan tak bersyukur, tapi sangat tak berbaloi dengan harga 7
ringgit untuk
nasi yang kalau istilah mengarutnya ayam berak pun besar lagi...(sangat tak
senonoh...masa bengang macam-macam istilah mengarut terkeluar...)
Then, daripada mood marah tu member tanya...
"Hang rajin tengok ke ayam berak? Banyak mana, besaq
mana..." Dan....hahahaha hahahaha pecah perut kau gelak....
Dan aku terpaksa order makanan lain sebab tak memenuhi
percentage kekenyangan perut aku...tak pasal-pasal aku black list kan kedai
tu...dengan alasan harga tak berpatutan...apa ke dia guna beras emas?!
Macam-macam ragam dorang sepanjang berkampung kat bilik aku.
Dah macam hotel da dorang cakap...semua disediakan, maklum kolej masing-masing
bukan dekat.
Masa nilah nak tengok semangat setiakawan kata orang. Susah
gelabah kita bersama. Seronok pulak rasa..itu lah hikmahnya report berlambak
nih...dan tetiba rasa macam "lumut fever" pulak...rindunya masa tu...
(Lumut fever adalah hydrography camp kat lumut, Perak)
Oklah, best of luck untuk semua yang sudi belek entri
ni...sape yang final dengan finalnya...dan apa yang penting;
Kejayaan itu bukan diukur dengan berapa markah kau dapat, tapi berapa banyak usaha kau untuk tolong orang lain dapatkan markah tu...-sofieadie-
rindu zaman lumut....huhuhuhu

0 comments: