Moving Forward

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on pinterest
“ASSALAMUALAIKUM”
Semalam aku berjumpa dengan Sir Z yang mengajar subjek Engin. Surv. 2,..dan dengan penuh ____ (undescribe feeling) aku cuba mintak maaf pasal betapa aku tak perform dengan final paper sem lepas bagi kos tu. Walaweh…betapa kecutnya perut nak kata:
“Sir, saya mintak maaf sebab tak dapat perform final lepas..”
“Ko tak dapat buat pun…”

Hahahahah itu aku tau tu Sir…sebab tu saya spoil tak D sem lepas. Dan aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding jer..Bukan senang kan nak buktikan yang kita boleh, selepas kegagalan yang hampir hadir. Lagi-lagi pada seorang yang mulia bernama Pengajar. Oh Tuhan…
Feeling sem ni rasa macam-macam falsafah berlegar di minda…antaranya:

  • “Kerap mendongak, hingga lupa menjenguk, bila terhantuk baru tersentak..”
  • “Tanpa gagal hidup takkkan pernah berjaya..”
  • “Hidup tanpa gagal ibarat kanvas tanpa corak dan warna…” 

dan macam-macamlah yang aku merapukan hanya untuk memangkinkan balik hati yang galau. Dan last sekali, aku BALIK.


Balik kepada Tuhan. Berkat hidup tu kurang sebab mengabaikan Tuhan. Tahu ilmu, tak amal..kau abaikan..dan bila gagal kau salahkan Tuhan? Apa jenis manusialah aku ni?
Dan sekali lagi..ia berulang..
Bagai bayang hitam yang mengekori..samada aku perlu takut atau lawan.
Akhir sekali aku ambil keputusan seperti last word Sir Z semalam;

“Sofi, kau move forward. Semua benda tu dah lepas. Cuba lagi yang terbaik..”


Siapa faham perasaan tu? Seorang Lect. bagi kita peluang dan harapan untuk kita terus bangkit walau kita dah calitkan parut padanya? Terharu. Serius!

Dan Sem 4 ni banyak yang aku perlu langsaikan untuk kebaikan. Come onlah, barang baik mana ada dapat dengan mudah..semua perlukan Mujahadatunnafsi.. Semua senang bila kita selesaikan urusan dengan Tuhan dahulu… (tetiba rindu zaman ’04-’09, lagi-lagi ’07)

“Kadang bila dah lama sangat berseorangan cuba untuk berkumpulan, kita rasa terbeban..tapi itulah kehidupan…”-sofieadie-

Keep reading on

Argh!!! Fe-me Dup-mup!!!! (FED-UP!)

*Amaran!* *Entry ini mengandungi bahasa rojak yang melampau! Sila pangkah jika tidak mahu pening* Argh!!!! Ishfish …

Raya, raya dan raya lagi-lagi raya tak habis raya……

“ASSALAMUALAIKUM”Kalau semua orang sedang bersupu-supu upload gambar raya keluarga, aku pun nak sibuk upload gambar …

Orang

Dalam penggunaan kata ganti nama diri, aku selalunya bahasakan ‘orang’. Digunakan dengan campuran bahasa melayu …

Movie of the Month

Bulan Mei ni adalah bulan paling banyak aku ke wayang…(3 kali je pun!) Lebih pada satu …

#Bertabahlah…

Kabare kalian? Harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera. Dalam post kali ni, aku mintak maaf …

Tiga sisi

Alhamdulillah masih berpeluang hidup dan membebel dekat laman yang kian pudar warnanya. Hah! So, hello …

Any thought?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *