Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Satu daripada kelemahan menjadi manusia ialah, mereka suka buat andaian.

Andaian itu yang selalunya mencetus kepada perang. Perang jenis apa?

Selalunya perang dingin.

Ya. Kita manusia sering menyalah faham sesama sendiri. Miscommunication kata orang.

Tidak ditanya, tidak diapa, terus lancar misil. Jadi, dia kebutaan.

Apa salahnya?

Mana tingkahnya yang jelak pada pandangan mereka?

Lalu dia hanya menyepi. Terasa dia hanya satu retakan pada istana kaca buat mereka. Si asing, pelik yang pentingkan diri. Si gila pada kebebasan...

Siapa dia untuk menghukum mereka jika salahnya dia sukar untuk diterima sebagai salah?

Dia salah? Jika ya, silalah ajukan bagaimana untuk betulkan. Bukan kerana kita dewasa, kita tahu dan peka dengan setiap gerak geri manusia. Dia itu masih perlu pada bahasa. Bukan dicemuh semata.

Ah....tidak berjasad, tidak bertuan. Itulah dia. Semua orang belajar dengannya sedari kecil. Tapi, tidak semua mempunyakan dia sebagai milik mereka. Dia keliru usah dicerita.

Penat. Penat jika hanya membayangkan senario didalam minda. Kenapa bila kita bertanya, nada balasannya sering kedengaran sinis. Tidak sinis, ditinggi suara.

Apa salahnya?

Kerana tiada kontribusi pada apa yang mereka kerja? Begitu?

Baliknya, dia membisu. Membisu itu lebih baik dari bicara yang diketepi. Seolah berkata pada dinding.

Tidak mengapalah, diakan memang sering begitu. Disisih terpinggir disudut yang hujung bermain bersama bayang...apalah sangat hendak bergaul dengan orang...

Itulah...sepi itu sering buat dia terfikir. Kenapa kita berandai dengan sesuatu yang menyakitkan? Kenapa tidak kita andai dengan sesuatu yang membahagiakan? Takut kecewa?

Bodoh!

It's all in my head....sebab itu dia tidak berjasad

It's all in my head....sebab itu dia kesepian riuh dialam minda. Dijerut pada sesuatu yang tiada bertuan.

Satu dari fasa menjadi manusia yang dia tidak suka....ditinggal sebelum meninggalkan....

Setiap kali lepas sahur, aku terpaksa memaksa diri untuk rajin. Yup! R-AJ-I-N!. Tarik nafas panjang...

Untuk malas, satu benda pun tak payah search. Siapa yang ajar untuk jadi malas? Siapa yang google 'How To Be Lazy?' Yilek! Takde. Itu jawapannya. Seminggu sudah aku jalani training bakal diserap under satu program GEP. Alhamdulillah rezeki bagi tahun ini terlalu banyak untuk dihitung.

Maka, setiap pagi lepas sahur, aku akan masak menu untuk jualan di gerai. Menu aku tak banyak dua saja. Kadang satu, kadang dua. Ikut tahap daya yang ada. Sambil masak tu, instead of dengar lagu, aku cuba membiasakan diri untuk mendengar podcast. Satu rutin yang lama aku tinggal.

Maka, podcast pilihan dan kegemaran selalunya adalah 'The Minimalist'. Korang mesti familiar punya dengan dua orang jejaka yang mengasas gaya hidup ni. Dokumentari pendek diorang ada dekat Netflix. Nak tengok, pilah search.

So, aku belajar gaya hidup minimalist ni based on kemampuan aku sejak tahun 2018. Aku mula belajar untuk tidak punya ikatan emosi pada semua barang, orang mahupun tempat. Dan isu yang aku dengar semalam adalah mengenai 'Enoughism'.

How much enough is enough?

Persoalan yang kita sering tanya pada nafsu yang selalu tamak pada kepuasan hidup. Siapa yang letak paras kecukupan pada kepuasan hidup?

KITA.

Siapa yang kata, dengan gaji RM800 sebulan kita tak boleh hidup?

KITA,

Sepanjang aku jadi manusia tidak berupaya untuk enam bulan lamanya, aku langsung takde pendapatan. Zero! Tapi, aku matikah?

Tidak!

Aku masih lagi hidup dan tersengih bagai kerang busuk minta dipelihara. Alhamdulillah aku bersyukur punya kecukupan pada hidup seadanya. Aku belajar yang, cukup itu tiada batas parasnya. Ia cukup. Titik.

Ada sebuah kereta biasa untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat itu cukup.

Ada sebuah rumah untuk berlindung dari hujan panas serta marabahaya itu cukup.

Ada keluarga yang sentiasa membantu perkuatkan emosi dan keupayaan hidup itu lebih dari cukup.

Ada agama dan Allah pelengkap hidup. Itu lebih dari cukup.

Jadi apa yang kita mahu cari lagi?

Sebab standard hidup kita tidak setaraf dengan orang lain?

Ah, persetankan perasaan itu. Rasa untuk membina kemajuan diri itu bagus, tapi jika ia merosakkan rasa syukur dan rasa kecukupan kita pada hidup itu sangat bahaya. Sebab manusia tidak akan pernah merasa cukup.

Lambatkan nak belajar rasa bersyukur.

Aku syukur pada setiap nikmat yang Allah beri sejak lahir hingga ke detik ini.

Aku syukur adanya dengan segala ujian dan rahmat Ilahi.

Aku syukur dan merasa cukup dengan nikmat zahir dan batin.

Moga aku, kau dan kita semua menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan mereka. Amin! :D

Tak lama lagi, terbanglah aku ke tanah dagangan. Mencari pengalaman dan rezeki di tanah orang.

Alhamdulillah pengurusan permit untuk rentas negeri sudah pun selesai. Dalam kelam kabutnya, dalam keadaan tidak teraturnya, banyak itu ini lupa, selesai jugaklah...Lega sikit...

Tapi, takdelah terus tarik nafas lega sebab masih berbaki enam hari lagi untuk join online training. Penat!

Tu je. Penat dan menarik. Banyak ilmu baru dipelajari, insyaAllah akan diamal dan diserap sebagai pedoman kedewasaan.

Cubalah... penat mental dan fizikal sekaligus. Tu belum lagi penat emosi. Penat! Penat nak bertoleransi dengan orang. Biarlah...terbiasa jadi lone ranger tu, memang lone ranger je lah. Biasa dah kan...bukan sekali dua...terlalu biasa dah. Family, kawan, semua sama....

Dunia ni tipu daya. Tu jelah...

Nak dekat setahun jugak aku hirup angin sini. Walaupun aku tak expect pun untuk hirup udara Samarahan lama-lama. Tapi, benda dah jadi. Begitulahnya....

Hari ni, masa training aku broke down...bodohkan? Nak dengar? Nah...

Alien Oren · Hujan
Orang lain bagi kurang 10 saat, aku tiber nak lima minit...mende...tapi tu lah..pasal apa ntah tetiba aku cenggitu...biasalah sedih sorang. Sedih dengan diri sendiri...rasa macam nak peluk diri sendiri dan cakap, 'everything gonna be okay. You just embrace it...we so close to give up now....'

Music latar belakang tu pulak nama dia 'Resurrection'. Ni spontan ja...tu yang ayat terabur habis. Sabar jelah an...

Tu je lah rapuan untuk hari ni. Takda pa yang menarik, papehal roger!

Adios!

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • cikcappuccinolatte
    Tonton | Drama Dear Farris
    Sejam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: PART 8 - SYAWAL 1447 :.
    2 jam yang lalu
  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    7 jam yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026