Syurga Untuk Sofie🖊️
  • Home
  • About
    • Her
    • Blog Timeline
    • Podcast
    • Sitemap
  • Writes
    • Blog
    • Geomatik
    • Review
    • Tips
  • Thoughts
    • Journal
    • Rant
    • Novella
  • Newsletter

Ya saudara saudari covid sekalian, gimana puasa kamu orang?

Ada okaykah? Ada tidak okaykah?

Aku, alhamdulillah semua okay saja. Abaikan dulu dunia yang sibuk dan zalim dengan pemerintahnnya. Kalau nak difikir kezaliman sang pemimpin dan barisan atasan, memang bisa sakit kepala dan hati dibuatnya.

Jadi, raikanlah saja Ramadhan bersama Covid untuk kali kedua. Apa kes? Semua sudah betah dengan norma baharu, apa perlu rungsing. Kes itu memang akan sentiasa ada turun naik. Nak dituding jari pada siapa? Pada telinga yang degil mendengar kata? Pffthh! Bazir karan saja...

Oh ya, bermula Ramadhan kedua, aku dan beradik dah mula buka gerai depan rumah. Alhamdulillah dapat juga sambutan yang meriah. Seronok rasanya. Siang bertungkus lumus menyedia juadah jualan. Malamnya pulak, sibuk update blog dan bogwalking mana yang patut.

Sementalahan, aku pulak sibuk buat contest sempena merai tujuh tahun berblogging :D Makanya, kena rajin dan aktif mempromosi mana yang patut. Ye, aku tahu syaratnya tak berapa mudah dan guna pulak sweepwidget, but nah...worth the prizes lah kan...

Di gerai ni, kitaorang ada jual dalam beberapa juadah seperti, donut gula, donut fancy, tart telur, tart cheese, samosa, begedil, bubur pedas, dadih, maruku, kek pisang dan air chocopeng.

Sebenarnya banyak yang kena buat dari segi marketing untuk tingkatkan branding barangan jualan. *tarik nafas panjang* tapi, idea selalu tak selaras dengan masa yang ada. Aku cubalah mana yang patut untuk menyumbang serta memperkembangkan life as biz startup.

Apa lagi ek?

Hurm...nanti kitaorang insyaAllah (kalau larat) akan buka jualan biskut raya dan popia untuk Raya bersama Covid di tahun kedua ni pulak. Buat jelah demi hidupkan raya yang dah lama mati. Covid tak covid, raya tetap raya biarpun tak pernah meriah mana.

Kadang, tengok ekonomi ni memang rasa nak pot pet pot pet tanpa henti. Kita bagai nak rak itu ini banting tulang, sudahnya situ juge...

Covid ni untuk marhaen saja, dia tak sentuh golongan bangsawan dan kelas atasan. Maka, kena terima dan akur pada covid. Tak dapat vaksin pun redhalah, marhaen nyawanya tak layak dipertarung. Marhaen kan...datang dan pergi tak bernilai...Nak tuntut hak dekat sana pun, hurm....suka hatilah korang...dunia is dunia...yang pasti semua sana.

Sedapkan bertiduran dan enak bermimpi disulam penderitaan rakyat....

Kita yang marhaen ni, aku harap akan terusan diberi ketabahan dan kekuatan jiwa untuk harungi hidup yang sementara ni. Sementara tak sementara mahu empat dekad jugak ginian aja...

Papehal, salam Ramadhan bersama Covid kali kedua!

Adios!

Salam Ramadhan Kareem buat semua umat Islam yang menjalani ibadah puasa!

Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan puasa di tanah air sendiri, bersama saki baki beradik yang masih bujang dan juga umi ayah. Tiga hari sudah, aku selamat menjejak kaki di tanah Miri selepas hampir enam bulan bermastautin di Samarahan. Enam bulan yang penuh chill dan tragedi.

Seminggu dah aku sepi dari segala socmed dan blog. Macam biasa, aku kan, mood pasang surut semedang. Bila rajin, semua benda nak post. Sehari mahu berjuta stories dekat IG di letak. Tapi....bila datang mood malas.....satu bayang pun tak nampak! So, dah ada mood ni balik, aku recaplah balik benda apa je yang aku buat sampai malas naudzubillah tu...ni baru rajin sebab syaitan kena ikat an, so...sebenarnya aku rajin je hahahah

Alasan cari laptop tertunda

Selepas misi mencari Matebook D15 tak berjaya dua minggu sudah, aku terus turn off semua semangat. Malas nak promo beria sangat dengan servis yang aku buat. Baiklah layan youtube atau habiskan series. Makanya, disebabkan aku guna nama alias Oren, tertengoklah series 'Orange is The New Black' tanpa sengaja...

Binge watch OITNB

Yang ni memang tak pernah masuk watch list langsung. Tapi, disebabkan series ni dah habis dan bukan ongoing, aku tengoklah trailer dia, not bad not bad...tu yang sampai tujuh hari tujuh malam mengadap. But....frankly aku sedikit kecewa dengan ending dia....tak macam Breaking Bad....hurm...

Sampai la aku macam kenot brain dengan ending dia...urgh! Dahlah season akhir dia macam drag giler, pastu last episod pulak kinda summary teroks! Apasal tak dedahkan life dorang yang dekat belah Ohio? Kenapa nak fokus dekat main character padahal main character tu takdelah menarik sangat pun life dia lepas keluar penjara.

Rajin nanti aku ceritalah lagi panjang pasal series ni je...

Balik Miri

Selepas habis sesi appointment aku dekat Kuching, aku dah takde sebab untuk stay lelama dekat tempat orang. Maka pulang ajelah kita ya labu...

I'm really glad to be back and breath the air of Miri City. Untuk orang yang membesar di Miri, tiada bandar lain yang seselesa Miri...gituuu hahahaha

Pergi airport 15 minit saja, pergi bandar tak sampai lima minit. Semua dikelilingi kawasan yang familiar walaupun takdelah selalu sangat pusing Miri...dia just familiar...dan feeling homey...walaupun aku ni balik Miri jarang-jarang, tapi Miri is still the best place to drop by and stay with your sibling.

Rindu tu opkoslah dengan anak buah yang sama-sama belajar berjalan. Tapi life must go on...aku pun dah lama rasanya tak hidup life sebagai manusia single. Remind me to never get married hahahaha it suck!

Akhirnya beli laptop juga!

Selepas setahun hidup tak berlaptop, akhirnya aku berjaya guna duit titik peluh simpanan masa kerja part time zaman ritu untuk beli laptop. Menggeletar tangan nak bayar bhai! Barang pertama yang dibeli dengan harga sedemikian, titik peluh sendiri pulak, mahunya tak rasa gitu. Dia nak beli, tapi rasa berat hati, tapi perlu jugak beli...

Phew!

Dia bukanlah laptop pilihan pertama atau kedua, dia hanya laptop yang muncul pada waktu dan bajet yang ada. hahahaha. Brand biasa saja. Tapi kemungkinan lepas ni aku nak upgrade RAM lah. Gila nak hidup dengan laptop 4gb RAM je? mahu lag kerja aku. Tunggulah dapat bajet lebih sikit, nanti aku upgradelah. InsyaAllah.

Hajatnya nak laptop yang ada backlit, tapi nah...bajet tak merestui...

Keypad dia best, smooth dan selesa, berat tu okaylah dengan saiz dia, tekstur dia pun aku suka, matte gitu. Warna? Opkoslah hitam.

Bazaar depan rumah

Yang ni memang rutin normal. Sepatutnya kitaorang memang, ya memang akan bukak gerai setiap hari. Tapi disebabkan insiden 15 September lalu, semua tu jadi tergendala. Gitulah dia...bukan nak jadi tipikal gerai melayu, kejap bukak kejap tutup, tapi tulah...nak buat macam mana...ada perkara tak boleh nak dielak, tetap akan berlaku.

So, kali ni aku harap aku dapat lihat dan kenal tanah air sendiri dengan hati yang lebih terbukalah. No more taking things for granted. Misalnya, tak bersyukur dengan segala kurnia diberi. Biar takde duit, duit tu bukan ukuran mewah. Ada rumah yang penuh selesa itu sangat memadai.

Dia tak mewah, tapi cukup adanya bahkan lebih dari cukup bila kau faham betapa nak jadikan rumah itu sebuah rumah tidaklah murah. Maka, bersyukurlah...Plus, kau ada kamceng beradik yang masih bersama kau dan umi ayah. Tak rapat tu belakang ceritalah, janji aku ada diusia senja mereka.

Tak bagi manfaat sangat pun takpa, diorang pun kena faham, hahahaha

Esok baru kitaorang bukak gerai, hari ni nak kemas rumah, kemas tapak gerai dulu, buat menu harga, itu ini lagi, pastu nak buat contest dekat blog sebelah lagi...ada rezeki dapatlah bagi kad raya virtual. InsyaAllah...

///

Tu jelah kerja aku sejak dua menjak ni. Menghargai setiap udara yang dihirup dihujung sisa late 20s. Baju raya tu tak fikir lagi, mungkin takde mungkin recycle baju lama-lama. Who cares?

Kalau dah ada gambar gerai yang lawa pa semua nanti aku share lah bebila. Life startup ni banyak cara. Tapi yang susah itu pastinya ia. Takde benda mudah dalam nak mulakan sesuatu. Gagal tu normallah kan..mula dari ceruk, cikai tu biasalah. Tapi masih belajar untuk buat yang terbaik itu adalah mesti.

Papehal roger!

Hari Ahad yang tidaklah berapa santai ini, dengan rajinnya aku nak ceritakan sedikit latar belakang, sejarah dan kenapa aku boleh terjebak jadi pendengar setia Linkin Park.

Segalanya bermula pada tahun 2009, di waktu subuh yang hening dan terdampar di suatu tempat asing dimana ada hanya kau, seketul PC dan headphone. Macam biasa, aku dan komputer berpisah tiada. Pantang bukak komputer, mesti cari Window Player. Lagu pertama yang didengar adalah Crawling.

Ah, bosannya penulisan aku...blerghhh

Okay start balik.

Tahun 2009 adalah tahun bermulanya fasa aku jadi budak yang keliru dan sentiasa dalam kekeliruan. Aku berada dikawasan yang sama untuk empat tahun sudah, tapi bukan dikawasan yang serupa. Aku masih berposkod yang sama, tapi alamat yang berbeza. Aku punya kawan, tapi dilarang berjumpa. Aku punya jadual hidup masih sama...bezanya dulu beramai-ramai, kini yang tinggal hanya aku seorang.

Keliru kan?

Ramai tertanya, kenapa, apa dan bagaimana aku boleh terdampar disitu? Adakah ianya kehendak aku? Adakah ianya sesuatu yang perlu? Atau adakah ia satu dari cabang yang menjadikan aku lebih gila pada ilmu? Aku pun tak tahu...

Perlukah aku berada disitu umpama warga asing yang menjadi pendatang pada tanahnya sendiri?

Apa yang bezakan aku dan mereka?

Maka, dalam hidup yang penuh persoalan itu, aku buka windows player dan lagu pertama yang keluar adalah Crawling...

Crawling in my skin These wounds, they will not heal Fear is how I fall Confusing what is real
There's something inside me that pulls beneath the surface Consuming, confusing This lack of self control I fear is never ending Controlling I can't seem
To find myself again My walls are closing in

Walaupun video muzik yang selalu lekat dalam kepala aku adalah lagu 'Numb', tapi lagu pertama yang buat aku mendaftar jadi LPU adalah, 'Crawling'. Dan seterusnya-seterusnya hinggalah sekarang...

Dalam selingan dengar Linkin Park, aku jumpa MCR, Sum41, Sleeping With Sirens, I See Star, Falling In Reverse, Breaking Benjamin, dan ramai lagi...

Asal dengar lagu genre macam ni? Memang dengar diorang je ke sepanjang masa?

Terpulang jugaklah. Ada masa bila aku rasa tak keliru, dan rasa nak lost, aku akan dengar Sleeping At Last, Peder B.Helland, Anson Seabra, Lord Huron, Canyon City, dan seterusnya...

Ada masa rasa nak hyper, aku akan berpaling pada Avicii, Axwell, Steve Aoki, Martin Garixx, Illenium, dan seterusnya...

Kalau ditanya, tahun apakah yang buat hidup kau 360 berubah? 

Aku akan jawab 2009. Sebelum 2009, aku lebih kepada budak yang nak belajar, suka bergaul dengan rakan sebaya, suka buat hal sendiri dan kind of rebellion yang kurang gemar pada barisan kepimpinan.

Tapi, selepas 2009, aku lebih kepada lone ranger. Suka elakkan sebarang pertemuan sosial, jarang nak open up dengan orang, tak percaya semua orang, lebih suka bersembang dengan diari dan muzik, dan malas nak ambik tahu hidup orang lain..

Hahaha, ni kalau geng diploma baca mesti cakap, eh...sofie tak macam tu pun...dialah yang suka buat majlis, jadi hoster, dan borak dengan semua orang...hahahaha

itu adalah another watak yang dipolish based on novel yang dibaca. Kalau tak baca novel dan belajar cara beretika dalam kelompokan sosial, aku rasa, aku akan jadi Grinch kot!

Sebab tu aku suka bahagikan hidup ni pada beberapa fasa. Sebab setiap fasa punya latar muzik yang berbeza. Misalnya, bila dengar lagu Falling In Reverse, itu adalah fasa aku percaya pada nihilism. Eh....kau nihilism? Bukan ada Tuhan ke?

Oh ya, lagu Situasi (Bunkface) adalah lagu yang bila didengar, terasa macam aku dibawa ke tahun 2009. Seolah aku dapat lihat aku yang 2009 dalam background.

Pernah aku dengar lagu 'Take You Down' (Illenium) sampai tercipta another aku. Seolah aku itu punya dua jasad.

Weh, kau gila ke?

hahahahah yeah, kind of....kadang waras itu menyakitkan. Dia kena fikir itu ini, dosa pahala, syurga neraka dan bermacam hukum yang buat langkah kau terbejat untuk sebarang pergerakan. Ye aku tahu Islam is the great way of life. Sebab Islamlah pembela kaum wanita, dengan Islam manusia lebih peka pada kesucian dan punya kredibiliti dalam kehidupan.

Terima Kasih Islam...

Tapi, ada setengah perkara itu aku lebih suka ianya tiada religion. Tiada agama.

Seperti muzik. Muzik itu tidak beragama. Ia universal. Jadi, bila orang menghukum agama seseorang berdasarkan muzik yang dia dengar, itu adalah salah.

Apa yang aku dengar adalah pilihan aku, bukan refleksi pada agama yang dianut.

Sama juga dengan seleksi hiburan yang dipilih.

Ya, ia  mungkin akan menjadi kayu ukur pada personaliti seseorang, tapi tak boleh ke kalau kita tidak dilabel berdasarkan cerminan yang kita pilih? Aku bukan cermin dowh...

Sebab aku dengar ini, aku adalah itu. Sebab aku layan itu, maka akunya berikut...the heck with that man?

Just clear your mind.

Disebabkan semuanya adalah sementara dan punya penghujung tarikh basi, aku akan explore mana yang aku rasa nak explore dan ianya bukan refleksi pada agama aku.

Tapi ia akan jadi cermin pada tahap Iman kau bukan?

hahahahaha lols!

Deng it man...nampak sangat Iman kau lemah level mujahadatunnafsi dan kebawah hahaha

Wallahua'lam.

Entahlah...

Dahlah merepek mendelah tiber ni...ada ke nak universalkan muzik tanpa agama. Tapi betullah yang muzik itu tidak punya agama. Orang yang beragama yang ambil dan serap muzik sebagai medium sebarkan agama mereka..katanya muzik itu bahasa universal. Kalau muzik itu bahasa universal, tapi kenapa masih ramai yang buta dalam mendengarnya?

Ke? Hurm....kita tak boleh nak hukum minat seseorang dalam memilih muzik yang didengar. Alam masih misteri...lebih lagi nak faham personaliti manusiawi...segalanya punya misteri. Misteri tu sesuatu yang seram ke kalau kita jumpa dengan jawapannya?

Mana lagi seram; dihurung pelbagai persoalan yang tiada jawapan atau diselebung jawapan yang menakutkan?

p/s: kata jelah kau nak ngelat buat kerja sebenar dan cipta distraction...acah..

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

✨Short Update✨


Salam Aidilfitri 1447 Hijrah semua.

Salam Singgah

Apa pun yang terjadi, di teratak blog ini jua lah tempat kita kembali…kembali menjadi manusia yang punya hobi. Hobinya…menulis. Dunia apa sekalipun, blog ini syurganya…✨

Singgah Follow

Singgah Baca

  • Hati-hati dengan Mak cik ini ketika di TBS!!
  • Tradisi Hari raya
  • Dapat Hadiah Dari Cikla!

Singgah Beli Dulu

Singgah Selalu

  • Secawan Kopi, Sekebun Cerita
    Cerita Isnin
    6 jam yang lalu
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: MERENTAS DESA :.
    15 jam yang lalu
  • cikcappuccinolatte
    Lirik Lagu Risk It All | Bruno Mars
    Sehari yang lalu
  • Blog Anamizu™
    Alhamdulillah Selesai Puasa Enam Syawal
    2 minggu yang lalu
  • Jurnal Shikin Razali
    Salam Ramadan
    Sebulan yang lalu
  • Sembang Sorang
    Cerita Wajib Tonton: The Conjuring - Last Rites
    7 bulan yang lalu
  • aienienka
    Tulisan pertama pada 2025
    7 bulan yang lalu
  • Wa Thought...
    Untung
    11 bulan yang lalu
Tunjuk 5 Tunjukkan Semua

Singgah Borak

Arkib Blog

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Mac (5)
      • Tradisi Hari raya
      • Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor
      • Lampu Raya Belum Sampai Lagi
      • Hujan Lebat Nan Meribut
      • Au Revoir Wordpress (2019 - 2025)
  • ►  2025 (26)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2024 (34)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (1)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (3)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (7)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Januari (5)
  • ►  2023 (58)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (12)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (6)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2022 (46)
    • ►  Disember (4)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (4)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (7)
  • ►  2021 (91)
    • ►  Disember (8)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (6)
    • ►  September (9)
    • ►  Ogos (8)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  Mei (9)
    • ►  April (8)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2020 (39)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (13)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (8)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (6)
  • ►  2019 (51)
    • ►  Disember (5)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (6)
    • ►  Mei (4)
    • ►  April (2)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Januari (8)
  • ►  2018 (58)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (8)
    • ►  Ogos (11)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Mei (3)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Januari (2)
  • ►  2017 (59)
    • ►  Disember (2)
    • ►  November (4)
    • ►  Oktober (5)
    • ►  September (6)
    • ►  Ogos (7)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (6)
    • ►  Mac (7)
    • ►  Februari (3)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2016 (109)
    • ►  Disember (6)
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (4)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (4)
    • ►  Mac (21)
    • ►  Februari (14)
    • ►  Januari (15)
  • ►  2015 (72)
    • ►  Disember (20)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (10)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Julai (6)
    • ►  Jun (4)
    • ►  Mei (8)
    • ►  April (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Januari (3)
  • ►  2014 (44)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (20)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (7)

✨Anda Awesome✨

Theme by Odd | S.U.S @ 2026